Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, March 25, 2011

2 kali BODOH!.

Astaghfirullahal 'azhiim.

Pepagi lagi aku dah mengungkap kalimah negatif!. Lancang sungguh lidah ni (masih dalam proses nak memperbaiki perkataan!!.. lajuuu je mulut ni kalau bab2 nak mencela segala bagai ni tau!!.. HUH!!).

Membaca mukasurat ke-2 akhbar KOSMO, perkataan BODOH yang pertama lancar je tercetus daripada mulut aku!.

BODOH #1 ~ "RAKYAT MALAYSIA PERLU TAHU SIAPA AKTOR VIDEO SEKS".

HEEELLLLOOOOO!!!... Saya rakyat Malaysia okeh.. anak-anak saya juga merupakan warganegara dan pemegang NRIC Malaysia!!.

DAN SAYA TIDAK HALALKAN PERKATAAN DAN PERBUATAN ITU KE ATAS DIRI SAYA JUGA KELUARGA SAYA!.

Tolak segala fahaman politik tanpa mengira di SEBELAH mana pun saya atau anda.. saya berbicara di atas ORBIT ISLAM!.

Apa yang dimaksudkan dengan "PERLU TAHU"?.

Adakah KAMI (saya, dan keluarga saya yang merupakan rakyat Malaysia yang MARHAIEN ini) perlu MENONTON AKSI AKTOR dalam 'filem' tersebut untuk MENGETAHUINYA?..

Saya jadi terlalu kasihan kepada individu Islam yang secara terpaksa atau 'dipaksa-rela' untuk melihat aksi-aksi video yang dikatakan berdurasi selama 20 minit itu ~ kasihan sungguh, 20 minit itu anda telah MELAKUKAN DOSA PERTAMA IAITU ZINA MATA! Jika hati dan mulut anda berbicara, makanya anda melakukan DOSA KEDUA YAKNI MENGUMPAT. Dan jika anda tersalah bicara dengan menokoh nambah yang tiada, ANDA TELAH MELAKUKAN DOSA KETIGA, yakni FITNAH!

HUUH!.. HANYA 20 MINIT, ANDA MENJERUMUSKAN DIRI KE DALAM 3 DOSA BESAR!!!... Adakah anda tidak rasa ini satu KEAIBAN untuk diri anda apabila bakal diseksa di NERAKA kelak hanya dengan tontonan 20 minit itu?.. ASTAGHFIRULLAHAL’ AZHIM... (seram bulu roma aku weihhh... even kartun tom and jerry yang ada part kiss kiss tu pon aku tutup mata si nureen ngan zaqwan, cerita omputih yg ada bab2 pakai bikini pon aku alih channel, inikan pulak video camni..haish!)

NAUZUBILLAHI MINDZAALIK!!..

TIDAK!!.. SAYA TIDAK INGIN TAHU!.. LANGSUNG SAYA TIDAK MAHU TAHU!. LANTAK DIA LA WALAU SAPA PUN DIA!!..

TOLONG!. Saya tidak mahu terlibat dalam melihat dan turut sama menyebarkan AIB orang!. TIDAK!.

Sebagaimana saya mohon kepada Allah untuk ditutup KEAIBAN saya di dunia serta di akhirat, maka, saya juga tidak setuju KEAIBAN manusia lain dipertontonkan, terutamanya UMAT ISLAM!.

Dan, saya tidak hingin bersekongkol dengan manusia-manusia yang BERAGAMA ISLAM tetapi sanggup MEMBUKA AIB sesama saudara islamnya!.. ASTAGHFIRULLAHAL 'AZHIIM!..

Saya ingin membuat satu pertanyaan kepada sesiapa sahaja ~ termasuk diri saya sendiri ~ yang DENGAN BANGGANYA BERANI membongkar KEAIBAN orang lain:

"ADAKAH ANDA BERSEDIA AIB ANDA DIBONGKAR ALLAH DI HADAPAN KHALAYAK UMUM KELAK?. ATAU ANDA FIKIR JANJI ALLAH ITU TENTANG AKHIRAT ITU DUSTA?"

@... adakah anda merasakan anda TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KEAIBAN?. Adakah anda rasa anda manusia MULIA yang tidak pernah melakukan walau sekelumit DOSA?. Atau mungkin anda rasa anda terlalu SUCI sehingga tiada noda yang pernah tercalit di dalam catatan malaikat di kiri kitab hisab anda?.. OWH, ataukah mungkin anda rasa anda LEBIH MAKSUM daripada Rasulullullahi Sallallahu 'Alahi Wassalam!. APAKAH DEMIKIAN?

~ISTIGHFARLAH WAHAI UMAT ISLAM TANAHAIRKU MALAYSIA!!.. ~

Dari sudut lain, sebenarnya, BERUNTUNG ORANG YANG DITUDUH DI DALAM VIDEO ITU.. hahahahaha... RAMAI BETUL YANG "SAYANG" KEPADA DIRINYA!.

Bagi setiap orang yang menontonnya, dan memperkatakan (mengumpat) tentang diri 'nya', (jika benar itu dirinya), dia akan mendapat pahala bagi setiap perkataan yang diucapkan (oleh pemakan-pemakan bangkainya kelak a.k.a pengumpat) ke atas dirinya... dan jika orang dalam video itu bukan dirinya (fitnah), maka, DOANYA AKAN DIANGKAT TERUS KE LANGIT ALLAH TANPA HISAB.. dan setiap orang yang memperkatakannya (pembunuh a.k.a PEMFITNAH! ~ yang dosanya sama seperti membunuh satu jiwa) akan mengambil setiap dosa diri orang itu, serta dengan murah hati memberikan pahala kalian kepada dia..

Firman Allah bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Quran Surah Al-Hujurat 49 : Ayat 12)


MAAF!. Saya tidak mahu terlibat dalam "DOSA MENGUMPAT ATAU MENDENGAR UMPATAN"!!. (Jauh sekali DOSA MEMFITNAH!). Hukum mengumpat itu HARAM ~ dan mengetahui KEBENARAN kepada umpatan pada video itu TIDAK TERMASUK di dalam mana-mana '6 JENIS UMPATAN YANG DIPERBOLEHKAN-OLEH AGAMA’ seperti yang diriwayatkan oleh Imam An-Nawawy dalam kitab Riyadhus Salihin (Wallahu ’alam bisawab).

Saya sedar, iman saya tidak sekukuh Penghulu Syurga bagi wanita iaitu Asiah, Khatijah, Fatimah, dan Maryam.. juga jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Masyitah, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah mahupun Bilal bin Rabbah.. TETAPI, saya tidak mahu dan tidak tergamak menzalimi diri saya dengan menambah dosa yang telah sedia ada... SAYA GERUN AKAN MURKA ALLAH!. SAYA BIMBANG ALLAH MENURUNKAN BALANYA! KERANA, jika Allah mengkehendakkan musibah itu berlaku kerana MURKA-NYA, ia tidak hanya mengenai orang yang bersalah, TETAPI PETAKANYA KEPADA SEMUA! (Malaysia ini terlalu kecil jika Allah ingin menggulungnya dalam SATU SAAT!).

(MAAF ENCIK AKTOR SERTA ENCIK-ENCIK TRIO SERTA ENCIK-ENCIK YANG TERLIBAT SERTA TERPAKSA TERLIBAT DALAM 'KES AIB' INI, SAYA TIDAK BEGITU PEMURAH UNTUK SEDEKAHKAN PAHALA SAYA KEPADA ANDA, KERANA SAYA JUGA MASIH BANYAK DOSA YANG TAK TERTEBUS SERTA SAYA MASIH INGIN MEREBUT GANJARAN PAHALA ALLAH UNTUK DIRI SAYA YANG TERLALU KERDIL INI!. SAYA INGINKAN REDHA ALLAH SEBAGAIMANA SAYA SENTIASA MEMOHON REDHA-NYA KEPADA KITA SEMUA!!!).
............................................................................................................................

BODOH # 2 ~ "ISU NOVEL INTERLOK SELESAI".

Terpacul perkataan BODOH ke-2 apabila membaca mukasurat ke-3 akhbar kosmo tetang 'pengubahsuaian yang perlu dilakukan ke atas Novel Interlok'!. Mulanya, banyak yang ingin aku bicarakan, tetapi aku diamkan dulu, pembacaan perlu diteruskan untuk mengutip maklumat!.

NAMUN, apabila tiba di bait ayat ~ "Saya cuma menulis, bukan untuk mengancam orang" ~ KALIMAT MULUS itu lahir dari seorang ilmuan, lantas lidah aku kelu, hati aku membisu sendu terharu... baitan ayat yang tulus serta mendalam maknanya ini menyejukkan haba di jiwa aku. AKUR!. Perlahan, aku mengangguk “SETUJU”. NOKHTAH!


Note : Okeh Nureen and Zaqwan, malam ini ASTRO milik kalian.. Ibu dan Abah benarkan kalian mengambil ’waktu menonton berita’ kami seperti yang termaktub dalam perjanjian kita sebelum ini.. Ibu ngan abah tak mau tengok TV!. MALAS!. (MULUT IBU TAK CUKUP KUAT UNTUK 'DIAM' DAN 'TIDAK MENGUMPAT' jika Ibu menonton berita-berita yang Ibu sebutkan di atas!!!).

Ya, anak-anak, minggu ni, Ibu izinkan kalian pegang remote Astro tu!.
Tengoklah Channel Nickelodeon 612, Playhouse Disney 613, Disney Channel 615, Cartoon Network 616 waima Astro Ceria 611 sepuas hati!.…

LAGI BAIK TENGOK CERITA KARTUN YANG DAH TENTU KARTUNNYA!!!...



"Ya Allah, aku terlalu kerdil untuk berteriak lantang di luar sana... aku hanya terdaya dan mampu bersuara kecil di sini.. terimalah kalimahku ini Ya Rabb... bahawasanya aku cuba untuk mencegah kemungkaran yang menyimpang dari jalan Islam-Mu yang suci ini.. aku akur, bahasaku ini adalah selemah-lemah imanku!. Ampuni kekhilafanku Ya 'Afuww.. Lindungi kami Ya Waliy.. Sesungguhnya kepada-Mu jualah kami berserah diri dan kembalikan segala urusan wahai Ya Haqq."


Aku mohon redha-Mu Allah... redhai kami. Ameen.






.

26 comments:

EIZAM said...

betul, tgk kartun, byk belajar bahasa bahasa yg elok elok...kartun takda istilah seks. sebb sesetengah animation tiada jantan betina. ahahahahah

Kaktiny said...

eizam > tom and jerry pon sesekali ada timbul girlfriend!.. mickey mouse club house pon ada minnie and daisy sbg partner mickey and donald!!.. geram tul!!.. grrr..grrr..grrr....

(thomas and friend jugak yg best kan.. banyak yg jantina lelaki je.. thomas, edward, henry, gordon, james... kalaupun ada si emily tapi tetap tak leh bersentuhan!!!.. hihihi).

.. rindu nak tgk cartoon SMURF.. biar badan biru daripada otak yang biru kan!.

..layan WONDERPETS.. lagi bagus..
APA YANG PENTING?... KERJASAMA!!
.

Anonymous said...

Salam, saya yang dewasa ni pun suka tgk kartun, Nak nak nya si upin dan ipin tu.

Kaktiny said...

As Salam Anon > Saya suka tengok Detective Conan (DC).. anak2 pun tau, kalau time DC je, automatik diaorg serah remote kat ibu dia nih.. hahahaha..

Masy said...

byk sgt benda bodoh kat malaysia ni. sampaikan berita pun byk berita yg bodoh2.

Kaktiny said...

masy > sebab tu lagi best layan kartun.. kalau kita kata "BODOH betul tom tu, asyik kena buli je dgn jerry jer".. so, tak berdosa!.. sbb mmg FITRAH penciptaan animasi TOM AND JERRY itu utk tom diperbodohkankan dek jerry!.. tp, mereka tetap "bersahabat" dan serasi bersama.... kan kan kan..


.

suara said...

"Jika kita melindungi aib orang, insyaAllah aib kita akan dilindungi Allah." Itu kata-kata yang akan buat su diam tiap kali nak mengumpat. Selalu ingatkan kawan-kawan, tak payah sibuk nak update gossip terkini pada Su, Su tak kisah, tak marah sbb bila terdengar cerita yg buat Su geram, ada ketika tersyasyul cakap... huhu

Tapi kalau dalam kes b**** yg ini, rasanya Su akan ambik tindakan yg sama macam tiny. Tak nak ambik tahu.

Tukang cuci cute said...

Semalam aku terjumpa kisah pasal video seks tuh.. trus rasa seram sejuk kejap uihhh inikah dia namanya negara kecintaanku.. aku duk sini 4 thn dah takde pun penah kecoh2 pasal kes2 camnie.. uihh.. entahlah

Tijah said...

haihhhh! macam2 la kan? Allah je la yg tau tu.

blackcardomompods said...

Ingtkn kisah tsunami jepun dpt mnyedarkn kita,malangnya kita mkn jauh dr Allah sedangkn Allah tidak pernah jauh dr kita

kakpah said...

akak memang dari mula lagi dah tutup mata tutup telinga. Tak koser lah aku nak ambek tahu hal-hal yang aib ni. Gasak koranglah. Sapa yang benar sapa yang salah, hanya Allah yang maha mengetahui. maleh nak ambil pusing.
Dah nampak sangat pilihanraya akan berlaku tak lama lagi.

kak Erna said...

Ya Allah tiny..sukanya akak dengan n3 ni..sejak bermulanya kes..akak dah tutp mata dan pekakkan telinga.berita dah tak tengok..suratkhabar dah tak baca..termasuk online..pun x baca..
takut akan hukum allah.
terima kasih tiny..akak suka sangat..
akak tak pandai nak tulis macam tiny..tapi apa yang tiny tulis..itulah yang akak rasa..

rosdiana said...

betul kak.
sekarang aku jadi benci tengok berita, aku jadi benci baca paper.
tolak tepi pahaman politik kita. tapi berita sekarang asyik bukak aib orang. asyik tunjuk pada bangsa lain betapa bangsa kita nih asyik bertikam.
benci!.

Makbonda said...

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).

ckLah said...

Tiny;
Dua tak cukup.










Memang sangat 'BODOH'.

(Perkataan 'sangat' itu pun belum cukup tu!)

Kaktiny said...

Su > sungguh la su.. sebenarnya lebih baik takyah tahu daripada terlibat. Terpaksa dan akhirnya timbul teringin nak ambil tahu.. silap2, dengan satu berita, terjerumus ke tiga-tiga dosa besar yang hanya akan diampunkan jika kita minta ampun kepada org yg kita perkatakan tu!. HAH!.. seribu kali naiya!..

Kaktiny said...

Tijah > Betullah kata malaikat… ‘manusia ni hanya akan mencipta kerosakan!’… dan SANGAT BENAR DAN TEPAT bahawasanya.. “Allah je la yg tau tu.”
25.3.11

Kaktiny said...

Ct > mmg manusia ni besar kepala kan!. Tak pernah nak ambil peringatan… sungguh syaitan guling-guling gelak bangga dengan perbuatan tangan manusia-manusia nih!..

Semoga Allah lindungi kita daripada sebarang mala petaka.. amen.

Kaktiny said...

kakpah > Itulah dunia kita hari ni kan kak!... Semoga kita sentiasa beristiqamah di jalan Allah… semoga Allah berikan petunjuk.. amen.

Kaktiny said...

kak Erna > kak.. tiny gunakah anugerah Allah melalui tulisan ini untuk mengingatkan diri sendiri seterusnya menyampaikan kepada yang mahu mengerti.. semoga kita sama-sama dapat iktibar dan pengertian daripada kalam Allah yg mulia.. Hanya ini yang mampu tiny lakukan dan yg terdaya tiny bawa utk mengadap Allah kelak dlm usaha untuk “AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR!”…

(tiny tak mampu berpidato di pentas politik kita yang sgt jijik itu kak.. jadinya, di sini sahaja yg mampu tiny luahkan…)

Kaktiny said...

rosdiana > … jugak, kita sedang tunjukkan kepada agama lain tentang kepincangan UMAT ISLAM di tanahair tercinta kita ini!..

… yang lagi sedih… kita dengan bangganya ‘tayang’ kepada Allah bahawa “KAMI BUKAN KAUM MUSLIMIN ~ KERANA KAMI TIDAK SALING MENYAYANGI SESAMA SAUDARA!!! ~ makanya, apakah layak kita mendapat rahmat dan redha Allah?.. (Aku marah diri sendiri!!!).

Kaktiny said...

Makbonda > kita sering menadah tangan memohon ampun kepada Allah.. tetapi kita sendiri tidak bersedia untuk memberi maaf kepada orang.. maka, apakah layak kita untuk dapat pengampunan dan rahmat Allah?..

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu….. Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 55).

.. justeru itu MakBonda… dan adakah Allah zalim jika menurunkan musibah kepada kita.. sedangkan kita terlebih dahulu menzalimi diri kita… bahkan sombong dan dengan bangga meletakkan diri kita serta bersubahat dengan GOLONGAN ORANG-ORANG YANG ”TIDAK” BERIMAN DAN ”TIDAK” BERAMAL SOLEH!!..

.. tiny takut!.. sungguh takut!.. sungguh!!!... huuu huhuhu huhuuuuu….

Kaktiny said...

ckLah > kalau ikutkan nafsu amarah, lawamah, mulhammah, yang bercelaru yang menginjak-injak nafsu mutmainah.. banyak perkataan yang bermula dengan huruf “B” nak dicatat ni cklah oii…

Semoga Allah ampuni kekhilafan dan kelemahan kita semua… amen.

Anonymous said...

kenapa tak cakap pasal akibat kat 'nya' jika orang dalam video tu memang 'nya'? and nak tambah sikit, kalau kak tiny ni takut dengan Ilahi, kenapa buat blog? kenapa habiskan masa type posts, mempertikaikan hal hal padahal boleh buat benda benda yang lebih berfaedah? kerana blog ni boleh jadi punca orang mengumpat dan salah faham. kak tiny tak pernah fikir begini ke? kaktiny tanya lah diri sendiri, lebih baik kak tutup blog ni yang penuh kontroversi dunia dan tunaikan perintah perintah Ilahi dan amalan amalan sunat. kak tiny fikir fikirkan lah.

Kaktiny said...

Salam Anon > terima kasih di atas komentar anda.. dan terima kasih dik, kerana memberi ilham untuk kaktiny mencatat entry di pagi hari ahad ini... heheheheeee....

ryann said...

manusia sibuk mencari perkara yg sepatutnya, salam sis

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.