Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, March 16, 2011

Langkah Selangkah Melangkah.


Dialog monolog.


Dia : Aku sedih kak!. Kenapa bahagia itu bukan milik aku selamanya?.

Aku : Maha Suci Allah. Apakah tidak cukup "Allah" itu bagimu?. Kenapa tamak jiwamu inginkan semua kebahagiaan dunia menjadi milikmu?. Renungkan!.. Tatkala bahagia dunia itu kau kendong, pernahkah setiap detik bahagiamu itu, kau mensyukuri anugerah Illahi?. Sedangkan bahagia itu adalah nikmat pemberian-Nya kerana kasih-Nya kepadamu... Apabila dunia meninggalkanmu, tetap DIA tidak pernah jauh malah semakin hampir mendekatimu. Maka, apa lagi kebahagiaan yang kau perlu?. Selain daripada rahmat dan redha Allah?.

Dia : Namun, laluannya perit kak!. tambahan pula mereka mengejiku kak!.

Aku : Yang perit itu pada hatimu. Bukan cacat tubuh badanmu. Yang sakit mendengar cacian itu hanya bunyian di hujung telingamu, bukan luka darah di anggota dan pancainderamu. Rasa sedih itu hanya pada jiwamu, bukan pada udara yang kau hirup setiap pagi. Yang mengejimu itu mereka, bukan malaikat yang mencatit dosa menyampai berita kepada Allah. Maka kembalikan perit, sakit, sedih dan cacian mereka itu kepada Allah, kau akan lebih menghargai nikmati rahmat-Nya yang melimpah ruah.
Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wassalam bersabda:
"Apabila Allah mencintai seorang hamba-Nya, Dia mengujinya.
Jika hamba-Nya sangat mencintai-Nya, maka Allah mencubanya."

Dia : Tapi kak.. kau tidak kena seperti yang aku kena.. Mereka tidak alami seperti yang aku alami. Berkata itu mudah kak!.

Aku : Perlukah ujian aku sama sepertimu dik?. Kenapa kau inginkan satu dunia merasai sepertimu?. Dendamkah kau kepada rencana Allah pada setiap hamba-Nya yang tidak serupa denganmu?. Apa kau mahu ujian-ujian Allah kepadaku untuk dirimu sebagai galang ganti ujian 'perit' yang kau rasai ini?. Tahukah kau apa ujian yang aku hadapi? yang mereka lain hadapi?. Apakah kau bersedia untuk menerima ujian yang sama seperti KAMI-KAMI yang lain ini?.. Tidakkah kau merasakan bahawa kata-kataku ini juga sebagai nikmat Allah? Kerana Allah memberi kamu anugerah RASA PEDULI DAN KASIH AKU KEPADAMU, wahai adikku!!.

Dia: (Diam.. yang membenarkan barangkali!)

Aku: Tiba-tiba aku jadi cemburu padamu dik!.

Dia : Kenapa kak?. Akak nak ujian sepertiku?. Jangan kak. Sakitnya hanya Allah yang tahu!. Aku hanya mampu merintih kepada Allah bila sakit itu datang kak!.

Aku : NAH!. Kau telah memberi jawapan kepada cemburuku padamu. Sakitnya itu hanya Allah yang tahu. Bukankah kau mengakui pemberian Allah yang bernama 'sakit' itu?. Sehingga kau sungguh-sungguh mempercayai bahawa sakit itu hanya Allah yang tahu, bukan aku, bukan manusia-manusia yang mengejimu, tidak juga kamu sendiri!. Bukankah kau beruntung kerana ujian ini telah secara tidak langsung mendekatkanmu dengan Yang Khaliq, sedangkan ramai di luar sana, malah mungkin akak sendiri, yang kau lihat hidup dalam 'kesenangan' dan 'kebahagiaan', terlupa mensyukuri pemberian Allah yang bernama 'senang' dan 'bahagia' itu. Malah, ada juga yang matinya dalam 'kesenangan' dan 'kebahagiaan' dunia ciptaan mereka sendiri tanpa tahu apakah 'senang' dan 'bahagia' juga yang akan Allah anugerakan kepada mereka di akhirat kelak.

Dia : Aku faham kak. Tapi..... Apa aku nak buat sekarang?. Orang yang aku sayang tinggalkan aku. Tidak ada sesiapa yang percayakan aku. Semua menjauhi aku. Semua membenci aku. Menunding jari menyatakan itu semua salahku! Apa yang patut aku buat kak?.

Aku : Kau patut bersyukur.

Dia : Biar benar kak?!. Bersyukur ketika semua orang mengejiku? Ketika semua orang kini lari meninggalkan aku?.

Aku : YA!. Selangkah mereka melangkah meninggalkan kamu, selangkah kamu berjalan menghampiri Allah.. dan seribu langkah Allah berlari mendapatkan kamu!. Kamu pernah dengar hadith qudsi itukan?.

Dia : (diam yang agak lama...). Kak, sungguh Allah menyayangiku kan?. Aku beruntung kan kak?. (tersenyum bertanya, untuk mengunci keyakinan diri barangkali).

Aku : Ya. Sangat-sangat. Allah sentiasa menyayangi hamba-Nya. Kamu sangat beruntung. Maka, jadilah hamba-Nya yang beriman dik!. Jadilah insan yang beroleh kemenangan apabila kamu mampu hadapi ujian Allah dengan sabar, dengan redha dan dengan syukur.

Firman Allah, bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran), dan kuatkanlah (perteguhkanlah iman) kesabaran kamu, serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beruntung (beroleh kemenangan).” (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 200).

Dia : Astaghfirullahal ’azhiim. Ampuni kekhilafanku Ya Allah. Sungguh benar firman Allah itu kak!. Aku yang buta hati!. Aku akan terus melangkah kak!. Dan setiap langkahku, di setiap suka dan duka, tangis dan tawa, derita dan bahagia, aku kembalikan kepada Allah.. Aku akan terus melangkah, selangkah demi selangkah, dengan nawaitu Lillahi Ta’ala. Semoga Allah tidak berpaling, melangkah meninggalkan aku dan kita semua ya kak!. Laillaha illallah, Muhammadur Rasullullah.

Aku : Alhamdulillah. Kita kembalikan segala pujian kepada Allah dan Nabi junjungan Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang mulia. Lihatlah, hidayah Allah dalam kita berasa payah. Lihatlah, rahmat Allah dalam ujian duka. Ianya terlalu indah. Kan!.

Dia : (mengangguk – dan anggukan itu penuh makna).


Monolog aku : dan aku?... wahai... wahai aku.... di mana tingkat takwa dan imanku?.. Di mana langkah selangkahku melangkah?.



Ya Allah... aku memohon redha-Mu. Redhai kami semua. Ameen.



"Ya Allah. Telah tercatat setiap kisah kami di Luh Mahfuz-Mu. Kisah aku, juga kisah mereka itu. Di setiap kesukaran pasti ada kesenangan. Dan ujian-Mu sedaya dengan kemampuan hamba-Mu. Aku akur malah meyakini itu Ya Rabb. Maka perteguhkanlah iman dan takwa si hawa itu Ya Matin, ketika menempuh tarikh keramat dalam hidupnya esok. Kau sentiasa dekat, Ya Wadud, dekatkanlah juga jiwa kami kepada-Mu. Ya Haadi, petunjuk dan hidayah-Mu yang kami dambakan. Redhai kami semua. Ameen".

Aku tidak mengenali dirinya.. begitu juga dia.. aku cuma tahu bahawa "esok" merupakan tarikh yang paling tidak pernah diminta walau sekelumit hama hadir dalam hidupnya.. tarikh keramat itu pasti perit baginya!!. (YA!. Bagi sesiapa jua yg berhadapan situasi seperti dirinya..).. Namun, perancangan Allah itu Maha Sempurna, pasti ada ganjaran kebaikan setelah kesulitan ini dilaluinya.. Semoga beliau kuat.. dan semoga sahaja Allah permudahkan kehidupannya dunia dan akhirat.. ameen.


.

10 comments:

Makbonda said...

Assalamualaikum.

Sebanrnya kamu tidak bermonolog,aku adalah pasanganmu berdialog...... Boleh?

Kaktiny said...

MakBonda > Waalaikum salam makbonda... berdialog dgn makbonda?.. waaaahhh.... bak bintang jatuh ke riba... hehehehe...

...andai berkesempatan berdialog dgn makbonda, baaaanyaaak sekali persoalan demi persoalan yang ingin ditanya, ilmu yang ingin dipelajari, tingkah yang diteladani.. owh.. alangkah... :)

kak Erna said...

assalamualaikum tiny..n3 tiny buatkan akak befikir..terima kasih tiny..walaupun tiny masih muda..tapi n3 tiny banyak yang memberi peringatan..

Mak Su said...

monolog jadi dialog, sekarang kita ramai2 kongsi dan hayati :)

blackcardomompods said...

Tq for sharing the note.

Re:: betul tuh kaktiny,kita ubah famili sendiri lg bgus dr ubah orang kan.

Kaktiny said...

kak erna > waalaikum salam kak..
entri2 tiny ni tujuan utamanya adalah utk peringatan kepada diri sendiri kak.. serta utk anak-anak di kemudian hari kelak..

ketika minda masih waras berfikir, maka catatan ini terlakar, apabila ujian menggoyah iman datang bertamu meruntun rasa dan emosi, lembaran ini akan dibuka kembali utk menjadi inspirasi kepada diri.. ketika iman memerlukannya utk memerangi dan memintasi nafsu yg bermaharajalela..

Kaktiny said...

maksu > sekadar peringatan utk diri juga utk mereka yang inginkan sumber kekuatan jiwa.. wallahu 'alam bisawaab..

Kaktiny said...

ct > just to express the inside feelings..

..and yes.. mmg sukar utk ubah org lain.. sebagaimana sukarnya utk merubah diri sendiri.. justeru, sebelum kaktiny rasa 'layak' utk tegur org, baik kaktiny tegur dan perbaiki diri serta anak2.. kemudiannya org akan turut sama berubah apabila kita terlebih dahulu berubah mengikut syariat Allah.. InsyaAllah.. semoga Allah permudahkan.. ameen.

azza_irah said...

Assalam kaktiny..

..tersentuh di hati..
menginsafkan..
spt ada sstu yang rasa tersekat..
kita diuji kerana kita bertuah..begitu kan harus disemat ke hati..cuba utk melapangkan hati..tiap sstu ada hikmahnya..

tkasih kak tiny..utk entry yg sgt menarik..

Kaktiny said...

azza_irah > kita diuji kerana Allah memerhati dan diri kita dikasihi.. cuma adakalanya kita tidak perasan akan kasih-Nya melalui ujian pedih itu, kerana kita dilalaikan dek syaitan ketika ujian senang dan suka..

sekadar peringatan... semoga kita mendapat iktibar daripadanya..

terima kasih sudi berkunjung dan meninggalkan komentar..

:)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.