Pagi tadi, berbual dengan Boss pasal kisah terkini Libya.
Terus teringat apa yang Ustaz penceramah tu cakap.. tentang janji Allah kepada orang-orang yang beriman.
Firman Allah:
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Al-Quran Sura An-Nur 24 : Ayat 55).
Di baca juga dengan janji Allah dalam firman-Nya di ayat yang berikut.
Firman Allah:
Janganlah engkau menyangka orang-orang kafir itu akan dapat melemahkan kekuasaan Allah (daripada menimpakan azab kepada mereka) di dunia, sedang tempat kembali mereka ialah neraka; dan sesungguhnya neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 57).
Dan, janji Allah itu benar!. Kejayaan milik umat Islam. Kafir laknat pasti akan menerima azab neraka Jahannam!.
Allah tetap bersama orang yang berjihad ke jalan-Nya.
Ini janji Allah!.
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Al-Quran Surah As-Shaff 61 : Ayat 4)
Tapi, mesti kita tertanya, kenapa Negara Islam itu tidak MENANG?!.
Sebelum tanya Allah, cuba tanya diri kita.. renung kembali janji Allah itu.. kepada siapa ianya ditujukan??
"As-Sollihat" ~ "Al-Mukminun" ~ "Amanu" ~ dan yang sewaktu dengannya..
JANJI ALLAH ITU KHAS DITUJUKAN KEPADA HAMBA-NYA YANG BERIMAN, BERAMAL SOLEH, YANG MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI MATLAMAT UTAMA DUNIA DAN AKHIRAT!.
Sabda Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam:
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung keapda niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seseorang perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Justeru, jika kita tidak BERJAYA mencapai kemenangan seperti yang dijanjikan-Nya, MAKA... SEMAK HATI KITA....
APA NIAT KITA SEBENARNYA????...
DI MANA ALLAH KITA LETAKKAN??!!...
Allah juga telah berjanji kepada Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam agar tidak berdukacita jika melihat orang zalim itu BERJAYA dengan rencana mereka, kerana, telah JELAS BALASAN untuk mereka. Hanya menanti SAAT TIBA WAKTUNYA!..
Firman Allah:
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (Al-Quran Surah Ibrahim 14 : Ayat 42).
Wahai Negara-negara Islam... wahai jiran-jiran Negara Islam... wahai Pemimpin-pemimpin Islam.. wahai orang-orang Islam... dan wahai aku sendiri... renunglah peristiwa-peristiwa yang terjadi ini... Aku?.. Aku belajar mengenali diri sambil sentiasa menanyakan diri.
DI MANA ALLAH DI HATIKU?.
'Ya Allah, walau apapun, aku berpegang teguh dengan janji-Mu. Kekhilafanku membuatkan aku sering terpesong, terkeliru dan buntu. Bantu aku Ya Rabb. Berjalan di jalan lurus-Mu.'
Aku menyeru diriku, anda, kalian dan kita semua... untuk beristiqamah seperti yang Allah firmankan kepada Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Firman Allah bermaksud:
"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang bertaubat kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, agar kamu tidak disambar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." (Al-Quran Surah Hud 11: Ayat 112 – 113)
Semoga Allah meredhainya.. Semoga Allah permudahkannya...
Ya Allah. Aku mohon redha-Mu. Redhai kami semua, hamba-hamba-Mu. Ameen.
12 comments:
wahh.. baik sungguh ingatan yagn diberikan. maceh ya.. ;)
Beto sgt.bukan lam perjuangan je,tp lam kehidupan seharian.kdg2 kedudukan Allah last sekali then bila Allah uji bru kelam kabut ingat Allah.ingatan utk diri sendiri jugak ni jgk ni kdg2 terbabossss ntah mana2.haha
Re::: buleh sgt,umh mak kita ada 5 bilik.kiki,mg buleh jd hotel jadinya.hihi
Jgn kecik hati tau,tgu semuanya berjln lncar then bolhlh nk kuak lentang.hihih
Tiny...terima kasih kerana mengingatkan... dan berkongsi sesuatu yang amat berharga...
Moga kita seperti Masyitah, isteri Firaun, atau Bilal Bin Rabah...tetap meletakkan Allah di tempat paling utama, meski nyawa bagai telur di hujung tanduk dengan ugutan supaya meninggalkan Islam. Amin.
Ameen..
*tak sesuai nak bergurau, jd komen saya adalah berkonsepkan siriyes.
Di mana kita meletakkan Allah
1.ketika diuji,merintih dalam hati"kenapalah aku yang kena"
2.Ketika azan berkmandang enggan berganjak dari depan tv kerana mahu menghabiskan jalan cerita.
3.Ketika azan subuh,tutup telinga dengan selimut."aah ada masa lagi"
4.Ketika didatangi orang salih "alamak datang lagi orang ni,rosakah program"
5......dan banyak lagi, Astaghfirullahuladhim.
fRaMe+LenSeS > peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.. terima kasih kerana sudi singgah dan membacanya.. :)
ct > sungguh pon.. kekadang nak pergi kerja ponkena tanya diri.. ‘ni, aku ni pergi kerja utk ibadah ke atau sekadar malas duduk umah atau sebab nak dapat gaji bulanan?’.. nak didik anak pon serupa gaks.. kena tanya balik ‘aku marah anak ni demi Allah atau sebab mereka anak aku/ hak aku?..’… sering kali terkeliru.. huhuhuu…
Kak Anie > terima kasih kak, sebab sudi membacanya… semoga kita sama-sama ambil iktibar dan peringatan…
:)
ckLah > Allahu… betapa jauhnya diri ini dibandingkan dengan Maryam, Fatimah, Khadijah dan Asiah, penghulu wanita bagi segenap penghuni syurga Allah itu.. tapi, sungguh.. teringin rasanya andai Allah kurniakan secangkir iman seperti wanita-wanita terbilang itu (tapi, kalau ikut tahap iman tiny skrg, ke laut rasanya!.. huwaaa waaa waaa…)..
Semoga sebelum sakaratul maut itu tiba ke kita, Allah anugerahkan redha-Nya untuk berpeluang bertemu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam di tepian telaga kauthar untuk mendapat syafaat Baginda Rasulullah serta diberi izin oleh Allah menghuni syurga-Nya dan bersama menjawab dan memberi salam kepada Allah.. ameen. (tinggikan impian?.. tapi kita mmg perlu berdoa dan berusaha untuk itu kan cklah kan kan kan…)
rosdiana > teringat plak kata-kata tijah haritu..
“Kalau masuk blog tiny skrg ni, umpama baru balik dari kelas fekah.. di hujung entri, umpama tercatat ‘sekian kelas kita pada hari ini, selesai sudah bahagian feqah bab 2’.”… hehehe..
Apapun, semoga kita semua mendapat kehidupan dan kesudahan yang baik dari Allah.. ameen.
Makbonda > biasanya ketika sedih, susah, musibah, sungguh2 kita meratap memohon kepada Allah.. lama je kita berkhalwat bersama Allah…
Tetapi.. kalau time senang, time happy, cepat je nak habiskan ‘dating’ dengan Allah.. dh la baca surah pendek2, pastu kekadang doa pun tak sempat.. bagi je salam terus tanggal telekung.. lipat sejadah.. bergegas balik kek tempat duduk.. (nak plak kalau time kat ofis, bila boss ada.. utamakan Boss daripada Allah.. huwaaaa waaa waaaaa…)
Yang lagi geram, bila dh set jam nak solat tahajjud.. saje lengah2kan.. lepas tu bila bangun buat solat taubat.. masa tu la mengantuk sangat... mula berkira-kira.. nak baca 11 ke nak baca 3 ayat je.. sedangkan kalau doa minta rezeki, nak rezeki lebih-lebih, nak banyak-banyak.. nak melimpah ruah... tapi, dengan Allah berkira!!...
~ tu, semua perlakuan tu... tiny la ni, yg dok kerap buat macam tuh!!... huhuhuhu.
Astaghfirullahuladhim.
Moga Allah berikan hidayah dan petunjukNya untuk sentiasa bertaubat dan memohon redha-Nya kepada kita sehingga roh kita dicabut dari badan. Ameen.
Post a Comment