Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, March 11, 2011

Solat Jumaat di Kompleks Membeli-Belah!.


Ada cadangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar memberi kelonggaran untuk solat Jumaat dilakukan di Pusat Membeli-belah.

Hmm…. AKU SETUJU!.. Sangat-sangat setuju perkara ini dikuatkuasakan SERTA-MERTA!... hihihi..

Bagi yang bekerja samada di sektor awam atau swasta (kecuali beberapa syarikat yang menggunapakai peraturan sendiri), hari Jumaat merupakan hari yang waktu REHATnya panjaaang.. dan hari Jumaat merupakan "SHOPPING DAY" (even Window shopping) kepada kebanyakan kaum wanita yang berkerjaya..

12.15pm sehingga 2.30pm... tidakkah banyak perkara yang boleh dilakukan di kala kaum Adam berpusu menunaikan solat Jumaat?.. Ya.. ianya masa yang amaaat panjang..

Tetapi.. yang sedihnya.. bila kaum-kaum wanita ini berkeliaran bahagia meluangkan masa rehatnya yang panjang di shopping-shopping kompleks, ada pulak kelibat kaum-kaum Adam Islam yang mukallaf yang dengan senang dan bahagia juga berlonggok sama dalam pusuan kaum Hawa tanpa menghiraukan detik waktu azan dan 2 khutbah yang sedang berkumandang.

Wahai Kaum Adam yang mukallaf, bukankah Allah telah berfirman di kalam-Nya yang mulia:

Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Al-Quran Surah Al-Jumu’ah 62 : Ayat 9-10).


Lagi sedih apabila 2 rakaat berlalu, sedangkan mereka (kaum-kaum Adam Islam yang mukallaf ini), tanpa segan silu turut menghabiskan masa SOLAT JUMAATNYA di tempat yang gerombolan wanita ini bersantai.

Apabila ada cadangan sebegini, aku sangat setuju.

Adakan solat Jumaat di kompleks membeli belah dengan membentangkan sejadah di tengah-tengah medan (yang seringkali menjadi tempat hiburan/ persembahan/ promosi barangan) – dan Bilal melaungkan azan serta membuat announcement, memanggil kaum Adam untuk menunaikan solat. (bila tengok jemaah lelaki solat bersama di tengah pusat membeli-belah, pasti orang yang bukan beragama Islam juga tourist kagum dengan cara hidup kita di Malaysia, dan semoga cara ini mampu memberi hidayah kepada mereka untuk menyembah Allah melalui agama yang sebenar, yakni Agama Islam).

Biar nanti bila dah azan berkumandang di pusat membeli belah, Imam dah masuk saff dan jemaah dah berkumpul, lelaki-lelaki Adam yang sengaja tak mau join solat jumaat ni, akan tersipu-sipu malu dan masuk jugak dalam jemaah Jumaat (Alhamdulillah).

Lagi berkesan jika ditugaskan penguatkuasa wanita (adakan dalam bentuk kumpulan y ang banyak – katakan 3 orang dalam 1 kumpulan), bergerak mencari kaum-kaum Adam yang mukallaf ini dan menyuruh mereka turun masuk ke jemaah!.

Siapa yang engkar, KENAKAN SAMAN "TUNAI" THERE AND THEN!!..

(Aku pernah tengok penguatkuasa tangkap bebudak sekolah yang pergi ke shopping kompleks dengan baju sekolah - maka buat jugak pada 'BAPAK' budak yang enggan solat Jumaat..).

Kalau bilik hotel, taman-taman bunga, lorong-lorong gelap, pihak penguatkuasa Islam rajin pergi terjah tengah-tengah malam buta untuk TANGKAP KHALWAT atau untuk mencegah pasangan2 bukan mahram daripada 'menghampiri/ melakukan ZINA' – sudah tiba masanya untuk sayap "AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR" itu diperluaskan lagi dengan adakan TANGKAPAN DAN DENDA kepada kaum ADAM ISLAM MUKALLAF yang tidak menunaikan solat Jumaat!.

Berzina / menghampiri zina ~ berdosa, tetapi, dosanya dikira satu pada sekali perlakuan!.

Meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja itu (bukan atas sebab yang dibenarkan), apakah HUKUMNYA?..
Rasullullah Bersabda:
Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud).

Jadi, tidakkah berat bebanan bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat ini tanpa sebab yang dibenarkan? (dan, adalah wajib bagi kita mengingatkan mereka-mereka itu tentang kerugian yang bakal mereka hadapi jika masih bersambil lewa dengan solat Jumaat!!..)

Jika Allah tidak lagi memberi petunjuk, bagaimanakah laluan kehidupan mereka kelak?????.

MAKA ITU ~
Adalah amat bertepatan dan bersesuaian sekali jika ada PERATURAN mengenainya yang dibuat oleh pihak yang diberi mandat kuasa untuk menguatkuasakan Undang-Undang Islam!!. (Wallahu ’alam bisawab).

Jadi, aku mohon, sila adakan peruntukan undang-undang Islam seperti yang sedemikian.

~~~~~~
Bukankah Hari Jumaat itu penghulu segala hari...
Dan kalian, wahai Kaum Adam yang mukallaf, ada keistimewaan itu berbanding kami kaum Hawa ini..

Ingatlah antara keistimewaan Jumaat seperti yang disabdakan Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya hari Jumaat merupakan ibu segala hari dan hari yang paling besar di sisi ALLAH SWT. Ia lebih besar di sisi ALLAH daripada Aidiladha dan Aidilfitri. Ia terdapat lima ciri: Hari ALLAH Menciptakan Adam, hari ALLAH menurunkan Adam di muka bumi, hari ALLAH mewafatkan Adam, hari terjadinya kiamat dan hari di mana terdapat satu waktu sepanjang hari itu jika seorang hamba berdoa, pasti ALLAH akan mengabulkan selagi dia tidak meminta perkara yang haram. Tidak terdapat malaikat yang dekat dengan ALLAH, langit, bumi, angin, gunung, lautan melainkan kesemua itu berasa cemas terhadap hari Jumaat." (Hadis hasan riwayat Ibn Majah).


Jika hari ini adalah hari Jumaat yang dimaksudkan, bersediakah kita?.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu KIAMAT akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).


Bersama kita BERAMAL DENGAN YANG MAARUF, DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN!.

(... dan aku, hanya mampu BERSUARA di blog kecil ini...).



Ya Allah.. aku mohon redha-Mu Allah.. redhai kami semua, hamba-hamba-Mu. Ameen.


.

10 comments:

@xiM said...

salam jumaat kak tinie!!

Kaktiny said...

Axim > ye.. selamat menunaikan solat jumaat yer.. jgn lupa ajak rakan-rakan Adam Islam mukallf yg lain juga.. doakan yang baik-baik utk semuruh umat Muhammad Sallallahu 'Alahi Wassalam ya..
Semoga kita semua dlm rahmat dan redha Allah.. ameen.

Masy said...

sy sokong!

dan yg lebih menyedihkan lg, kaum perempuan yg bawak asben / bf pegi shopping complex pun mcm xde mulut nk tegur partner masing2 utk pegi solat jmaat. takkan sygkan asben / bf kat atas dunia je kot? sampai hati ke bila bayangkan lelaki yg kita syg tu dibakar dek api neraka di akhirat nanti T____T

astaghfirullah..

cinta sesama manusia pun boleh mendorong kita ke jalan yg baik, terpulang pada individu tu sama ada nk buat ke tak..

tasekM said...

kalau tak solat juga tak tau la kan...?




.

Kaktiny said...

masy > you've got my implied meaning there.. tq.. hihihihi..

Kaktiny said...

tasek > utk yg cam tu.. hanya hidayah Allah yg dapat membantu!.. wallahu 'alam.

Tijah said...

err...yang kita buat tadi tu kira ketegori apa ek?

ooo...itu sesi muhasabah diri kannnnn?

Makbonda said...

Tiny,masa kecil2 dulu Makbonda malas solat,satu hari Makbonda cakap dengan Bapak,
"Best ya Pak,duduk Mekah,boleh selalu buat Haji."Sambil pandang mata bapak.
Jawab Bapak"Tapi di Mekah tak ada air,susah nak wudhuk,kat sini banyak air senang wudhuk tapi orangnya malas nak solat"
Lalu mata Makbonda berkelip-kelip.

he he he,kena mengena tak dengan entry?

Kaktiny said...

tijah > errr...ummmmm... haaaaaa.... huhuhuhu... tu yang aku malas nak kuar lunch tuh!!!.... dah 'berat' aku tambah 2 kilo !!!... huwaaa waaa waaaa....

Kaktiny said...

Makbonda > kehkehkeh.... berkelip dapat jawapan 'zaaaaaassssss'... hihihihi....

MakBonda nak tau tak..
tiny baca komen makbonda ni smlm..
Pastu pagi tadi, kelas fardhu ain, ustazah ajar bab air bersuci..
Bila tiba pada bab air musyammas, ustazah kata, ini terguna pakai di negara2 yg beriklim panas terik... kita kat malaysia ni, senang dapat air.. air paip tu 24 jam tersedia.. siap ada water heater lagi.. Rasulullah dulu, guna semangkuk air je utk berwudu', tak macam kita ni, air berkolah-kolah...

.... terus teringat komen MakBonda.. mengekek kecil dalam kelas..

hihihi... ada makbonda.. ada kena mengena jugak.. bawah topik, "MALAS SOLAT"..
* peringatan utk semua.. bukan utk lelaki dan solat jumaat sahaja... tapi untuk semua umat islam lelaki dan wanita yang mukallaf.. WAJIB SOLAT TAK KIRA APA JUA KEADAAN!!.. TANPA ALASAN!!... (dan mengingatkan diri sendiri utk SEGERAKAN SOLAT!!!... asyik suka 'take 5' hingga lajak ke sejam dua!!!.. HAISHHH!!!!... geram tul dgn diri sendiri!!!). huhuhu...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.