Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, May 31, 2011

Tunggu di Syurga?.


* Entri ini panjang!... (pernah ke aku buat entri pendek?).. hihihi.. Sempena menutup bulan Mei 2011 dan esok, SELAMAT DATANG JUN 2011.

Firman Allah: “Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari Syurga) secara khusus, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” (Al-Quran Surah Al-Waqi’ah 56: ayat 35 – 37)

Minggu lepas aku pergi kenduri kahwin sedara, Tok Imam yang nak nikahkan pengantin tu, bagi tazkirah 'pendek' utk pengantin sebelum acara akad nikah...Tok Imam ingatkan tanggungjawab suami dan isteri... (juga untuk pedoman bagi yang dah jadi laki bini ni, kata tok imam.. hehehe).

Tok Imam kata, yang lelaki ni, tak payahla nak fikir sangat pasal poligami semua ni.. Esok di akhirat nanti, suami akan dapat jugak berpoligami.. dengan bidadari lagi! Dan isteri kamu ni, akan jadi ketua bidadari kepada madu-madunya.. bimbingkan dulu isteri yang ada ni, bagi dia jadi bidadari syurga. dan bersenang-lenanglah kamu di dalamnya tanpa rasa cemburu dan muda belia selamanya...

Lepas tu, tok imam nasihatkan pula kepada kaum isteri supaya janganlah mengamuk sangat kalau suami nak berpoligami, bagilah dia kahwin sebab di akhirat nanti kamu akan dimadukan jugak. Malah kamu akan jadi ketua bidadari... kamu akan bersiap sedia menunggu suami kamu datang di syurga Allah. Maka, cuba-cuba bawa hidup aman tenteram untuk cari redha Allah dunia dan akhirat. ~ serentak di sambut dengan ’wooooo’ yang panjang... (para suami, abang-abang bapa bapa sekalian, suka la tuh!..).. hahahaha...

Sejurus ’wooooo’ tu ’berhenti’, timbul satu suara dari group ‘makcik-makcik’ kat belakang nuun..

"Nak tunggu dia?. HUH!!.. Nak bermadu dengan bidadari la konon!. Entah iya entah tidak dia (si laki la tu kot) tu dapat masuk syurga, solat pun culas-culas, puasa apatah lagi... asyik bini ni je yang dok tunggang langgang sorang-sorang... nafkah pun kekadang semput.. bini ni la yang tanggung hutang piutang belanja rumah segala bagai!... Haish.. Tak kuasa la nak menunggu dia tok imaammm.. Taknak dah jadi bini dia kat akhirat esok... baik minta Allah bagi pasangan yang lain. Kalau dia tu dapat masuk syurga tu, mmg rahmat Allah la tok imam oii.. entahnya, tak habis azab Allah dok seksa dia kat neraka esok..".

Hahahaha... boleh pulak ada dialog camtuh!.. kehkehkeh... (aku dh tunduk mengekek tahan gelak, kawal kawal kawal!!!.. JGN SAMPAI TERBURAI!, nanti lambat pulak akad nikah si pengantin sebab berlarutan bahas dan debat pasal isu nih.. kuikuikui...).

Di satu acara lain.. (terselit sikit perihal poligami dan bermadu).

Seorang dari wakil kaum muslimat bertanya:
"Ustaz, Nabi Muhammad SAW dulu, tak pun memadukan Khatijah. Ada petikan yang saya baca, ada hadis menyatakan bahawa Nabi Muhammad dulu marah apabila ada kabilah quraisy nak risikkan menantu Baginda, Saidina Ali dengan anak gadis mereka. Nabi Muhammad tak bagi Saidina Ali memadukan Fatimah. Betul tak Ustaz?." konfiden akak tuh nak menegakkan isu!. Hahahaha....

Ustaz kata:
"Nabi Muhammad SAW tak bagi Saidina Ali memadukan Fatimah KERANA, disebut dalam hadis, bahawa kekuatan Saidatina Fatimah dikatakan bersamaan dengan kekuatan 4 orang wanita. Maknanya memang Ali telahpun memiliki 4 orang isteri, umpamanya!." ujar Ustaz penceramah..

Ada wajah-wajah isteri yang ku lihat, tunduk.. insaf agaknya dengan kekhilafan diri.. huhuhuhu...

"Tapi Ustaz, kami yang bini-bini sekarang ni pon, tak ke lebih kekuatan dari tu?. Beranak dh tentu kami, mandikan anak, kami buat, tidurkan anak, kami, sekolahkan anak, kami, kami nilah si Ibu yang dok mengurus setiap inci hal anak. Dah tu, cari nafkah utk rumahtangga pun kami!. Kami ni kena pergi kerja jugak!. Keluar awal pagi, balik lewat petang. Melayan karenah Boss dan birokrasi pun kami lalui jugak!. Gaji kami kerja sebagai kuli tu la untuk tampung bocor yang tak dapat ditampung dek cik abang tu hah!. Dah tu, balik kerja, sampai rumah, memasak pun kami jugakla, mengemas pun kami, kain baju nak cuci nak gosok, lantai nak disapu dimop, pun kami lah yg jadi tukang cuci tukang memasak, tukang mengemasnya. Dah standard Orang Gaji dah!. Pastu pulak, dah malam, yang nak kena jalankan tanggungjawab utama ISTERI.. layan itu ini begitu begini yang macam yang itu itu pun KAMIIILAH jugak.... tak ke 4 tugasan utama kami tu dah bersamaan ngan 4 bini jugak ustaz?... silap-silap LEBIH!.. Ada suami nampak?. Rasanya pasal tu la Allah bagi kami bermadu kat syurga esok, sebab LAKI yang masuk syurga SIKIT SANGAT!.." penuh perasaan akak ni membalas..

Aku mampu tunduk dan terbahak dalam hati.. memang syok nak gelak kuat-kuat sebenarnya... tapi, di majlis ilmu, jgn buat onar weh!.. mujur laki aku tak ikut time ni sebab dia kena kerja, kalau tidak, MMG MODAL BESAR!... kahkahkah.. (ceramah kemudiannya beralih kepada topik asal ~ ’Khusyu’ Dalam Solat!.. hihihihi... :) ).

Di satu acara lain, tetiba aku di usik bab poligami ini.. (pi kenduri ni memang macam2 hal la kan!.. kalau tak kawen, tanya bila nak kawen, dh kawen tanya bila nk dapat anak, dah dapat anak tanya bila nak tambah anak, dah tambah anak, boleh plak tanya soalan sudi ke tidak nak bermadu!... CHEESSSS!!).

Aku pun apa lagi!... Bagi la sedas, jawapan pedih telinga (kepada soalan yang pedih telinga.. apa punya soalan daaaa!!!). Ini jawapan aku: ~
"Kalau laki 'cheq' (cheq tu maknanya 'aku' dalam bahasa Utara) tu, orang yang SOLEH, TINGGI IMAN DAN TAKWA, boleh membentuk dan mengekalkan 'cheq' menjadi isteri yang solehah serta mampu mentarbiyah anak-anak 'cheq' agar menjadi mujaheed dan mujaheedah yang berjuang dunia dan akhirat untuk mencari redha Allah serta dia berkemampuan membina keluarga kami menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah... MAKA, sesungguhnya! (hah... dalam satu nafas ko!!.. hihihi).. 'CHEQ' SIKIT PUN TAK AKAN MEMBANTAH MALAH SANGAT-SANGAT MENGIZINKANNYA!. SUNGGUH HAIH!!!"

(Diam sat... Minum ayaq seteguk... then sambung balik.. hahahaha...)

"Tapi... setakat hari ni, detik ni dan saat ni.. CIK ABANG 'CHEQ' NI, BELUM LA LAGI SAMPAI TAHAP IMAM MUDA, APATAH LAGI IMAM ULAMA... jadinya, takyahla sesapa nak tengok 'cheq' bermadu noooo! Dan, untuk laki 'cheq', takyah nak pasang angan-angan nak minta izin berpoligami segala bagai! NAN ADO LAH!!!... kahkahkahkah..."

(abang di sebelah senyum je sambil meneguk sirap ais sampai habis.. kehkehkeh... abang COOL kan bang kan kan kan...!!!)..

Dalam kereta, aku minta maaf kat abang, sebab cakap camtu depan orang kat umah kenduri.. tapi sempat gak aku usik cik abang..
Aku kata: "Kalau abang teringin nak berpoligami, maaf la... mmg Leen tak bagi. Bukan apa, sebab Leen sayang abang... Leen takut kalau abang berpoligami, Leen kesian kalau abang masuk syurga lambat (kata dalam hati, leen lagi takut kalau leen masuk lambat asyik dok memendam dendam.. takut weih kalau takleh nk kawal rasa cemburu dan sakit hati, pompuan ni nafsu 9 ooooo....)... Tapi, kalau abang nak jugak, GO A HEAD. TAPIII... kalau dengan izin dan takdir Allah, Leen yang masuk dulu, Leen taknak ah tunggu abang, sebab, kalau abang berpoligami, mesti banyak hitungan "KEADILAN" yang abang nak kena JAWAB dan DIBALAS... Baik Leen minta jadi pasangan pejuang mujahid Islam yang mati syahid, dah tentu-tentu diaorg tu dah masuk syurga awal!.... Leh Leen rasa nikmat syurga dengan suami yang muda belia sama usia... hahahaha... [serentak itu, paha aku kena cubit... kuang kuang kuang!!....]

...... (gurau je la bang!.. jangan amik ati yer.. Leen ni pun entah iya entah tidak dpt masuk.. tapi mmg la berazam nak masuk.. walaupun sedar yang dosa tinggi melangit melaut!!.. GILA amat kalau ada umat islam yang taknak masuk syurga!!! Orang yang tiap-tiap hari tak solat dan dok buat dosa tu pun tau teringin nak masuk syurga!!... betul tak???!!!)...

Firman Allah:Katakanlah: “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (Nabi Muhammad SAW), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Ali-Imran 3: Ayat 30-31).


Untuk aku sendiri:
#Takyah nak pening kepala fikir akan berjumpa atau tidak suami/isteri, anak-anak di Syurga nanti... yang penting, jaga iman, amal dan takwa di dunia ini, dengan nawaitu "LILLAHI TA’ALA" untuk mencari redha Allah semata-mata... Agar diizinkan Allah, diberi ganjaran untuk menikmati syurga-Nya kelak!.. (ameen). Nikmat dan keindahan syurga Allah itukan melebihi sekalian nikmat nafsu yang telah dimatikan Allah di sana nanti. Dapat menikmatinya (Syurga Allah) di 'sana' kelak (mudah-mudahan, ameen), pasti TAKKAN SEMPAT nak memikirkan siapa-siapa dan apa-apa jua.. KAN!..#

-------------------------------------------------------------------------------

~ pada sesapa yang terasa blog aku ni ’pedih’ atau asyik nak MENUNJUK MACAM BAGUS... lihat butang pangkah, sila tekan di sana... sebelum itu, aku cadangkan, sila baca blog ILUVISLAM.COM...Blog dakwah itu amat bebas tanpa emosi... tak macam blog aku ni yang adakalanya penulisanku tidak dipimpin akal waras, kerana ianya bersulam emosi yang tidak stabil yang sering menggoyahkan iman!. Ini kekhilafanku yang sangat aku akui.. Tetapi, penulisanku ini benar-benar menjadi terapi kepada jiwa aku.. UNTUK DIRIKU!!... Maaf jika rentak kita tidak sama bunyi dan nada kita berbeza alunan! ~


Seperti kata MakBonda dalam komen entri aku sebelum ini:
~ rezeki ialah bagaimana ia memberi munafaat kepada kita... (dan dengannya kita mampu memberi munafaat kepada yang lain) ~

Mampu menulis di blog ini adalah satu anugerah Allah yang sangat aku syukuri sebagai satu daripada jutaan rezeki kurniaan Allah, dan aku mohon agar yang membacanya mendapat manfaat, setidak-tidaknya ketika membaca makna/ terjemahan ayat suci al-Quran yang aku titipkan (aku merujuk kepada 4 sumber rujukan, di mana Tafsir Al-Quran itu telah mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - InsyaAllah.. semoga tidak tersilap tafsir.. andai ada kesilapan, mohon diperbetulkan kepada yang lebih memahami... terima kasih!.).


Ya Allah... kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa memohon redha-Mu. Redhai kami Ya Rabb.










.

25 comments:

fRaMe+LenSeS said...

Terbaek perkongsian ni kak, Nadh suka.. Nadh suka. mendalam tu.. :)

Kaktiny said...

Nadh > alhamdulillah.. ambil peringatan yang baik-baik je tau... ketepikan ayat2 emosi yang bercampur tu ye dik.. hihihi...

:)

sindiketsulit said...

terbaek kak!
tesembuq-semboq nasik minyak yg aku tapau buat mkn tgh hari nih..

aku sukaaaa sangat baca apa yang hang taip kak..

dan oleh kerana entry hang panjang dan penuh berilmiah ni la yang membuatkan aku selalu lambat komen.
sbb aku betoi2 nak baca dan fahami. Part yg buleh gelak aku nak gelak, part yang aku nak insof aku akan insof, insyaallah.

tengkiu kak!
teruskan menaip.
insyaallah aku akan tetap dtg membaca walaupun selalu terlambat!

ibuintan said...

canteknya keluar entri ni di saat Salih Yakob baru melengkapkan kuota empatnya.... jenuhlah menjawab hitungan keadilan tu

Tiny... memang terbaik, akak suka sangat.... akak hanya nak jadi ketua bidadari tapi taknak jadi ketua madu, takut lambat masuk syurga

Kaktiny said...

wos > laki aku pon nyaris tersemboq sirap ais dia bila aku sebu "LAKI CHEQ"!!.. kehkehkeh..

....aku kalau bab-bab nk menentang ni mmg aku akui, 'terbaek' dari ladang.. kalau tidak laki aku tak kuaqla ayat power mengenakan aku!!.. Kata dia:
1) Leen patut jadi Setiausaha "kementerian keluarga wanita dan masyarakat"!
2) Leen patut bagi tazkirah kepada kat kaum-kaum suami dan bakal-bakal suami.. mesti semua insaaf..
3) Leen dah patut ganti ustazah2 yang dok buat ceramah perdana tu, mesti meletup punya..


.. baik dia punya perli aku kan!!.. kehkehkeh...

Kaktiny said...

ibuintan > akak hanya nak jadi ketua bidadari tapi taknak jadi ketua madu, takut lambat masuk syurga..

YES kaaakkk!!.. Setujuuu... gif mi faif!..

Kita doakan semoga kita terpilih menjadi KETUA BIDADARI DI SYURGA ALLAH kelak... Ameen...

iina said...

Tiny

Hahahah.. bab2 poligami kalau bertekak laki pompuan takkan abis.. apa2 pun masing2 kenalah tengok kemampuan.. bukan takat kemampuan harta.. tapi kemampuan tenaga.. ilmu.. amal..

Tapi aku pulak berbeza sikit pandangan.. kalau dia nak madukan aku.. dengan sebab2 yang aku boleh terima.. dan aku redha aku takde masalah.. apa2 pun kena ada komunikasi dan bukan secara selindung2.. InsyAllah.. lagipun kadangkala kita tak tahu ketentuan Allah.. kadang kita tak nak.. tapi kalau Allah dah kata.. itulah.. maka tetap itulah juga kan ;)

Acik Erna said...

assalam tiny akak kan terus membaca walau panjang macam mana pun..
walaupun tiny kata..untuk peringatan diri tiny sendiri..tapi akak tumpang jugak untuk mengingatkan diri akak..terima kasih tiny..

ibundo said...

salam tiny,
cantik penulisan mu dik. Tak jemu membacanya. Banyak peringatan yang diselitkan untuk semua.
Berpoligami ni bukanlah semudah yang disangka banyak lelaki. Mungkin harta boleh diberi samarata tapi bukan mudah mahu adil dalam kasih dan sayang.

aza ni said...

kaktiny

saya suka jelaskan seperti mana yang pernah diterangkan oleh ustaz,lelaki,tuntutan dan soal jawabnya banyak di akhirat,sedangkan hawa ni biladah dpt title ibu...restu Allah dan murka Allah ditangannya, pasal itu anak yang islam,wajib hormatdan kasih ibunyahatta yang masih kafir..sekaipun.
lagi banyak isteri lagi banyak soal jawab...

nak kena fikir panjang sebelum menggatal....

Kaktiny said...

iina > memang pon.. bab poligami ni kalau bertekak sama la mcm nak cari kebenaran "Antara ayam dengan telur, mana datang dulu?". kuikuikui..

Aku pegang pesanan mak aku, bila topik bermadu poligami ni kami bincang bersama.. (dgn kakak aku sekali)..
Mak aku kata: "Selagi tak kena (bermadu), jgn dok minta supaya kena... tapi, kalau dh ditakdirkan kena (nauzubillah), ingat janji Allah, 'Dia beri ujian sesuai dgn kemampuan hamba-Nya'.
... dan pasai tu aku rasa mak aku Allah tak takdirkan ujian bermadu.. SBB MAK AKU TAK MAMPU NK HANDLE EMOSI CEMBURU!.. (wallahu a'alam).. kehkehkeh...

Betul tuh.. KUN FA YA KUN kata Allah, siapa yg mampu menolaknya kan?!.

Sama macam mati.. bebila pun kita boleh mati, tapi, jgn doa kematian tu dtg segera.. berdoalah semoga panjang umur dan mendapat berkat dan redha Allah.. InsyaAllah.. ameen..

Peace... hihihihi...

Kaktiny said...

Kak Erna > terima kasih kerana sudi membaca tulisan budak mentah ini kak!.. (terharu pulak.. huhuhuhu).

Kaktiny said...

kakpah > peringatkan budak mentah ini, jika ada tulisannya yg ke laut, ke lombong apatah lagi ke longkang ye kak!..

Poligami ini sgt indah sebenarnya.. HANYA JIKA LELAKI @ SUAMI ITU TAHU DAN FAHAM SEPENUHNYA KANDUNGAN AL-QURAN.. SERTA TAHU SIFAT DAN SIKAP RASULULLAH SERTA MENELADANI BAGINDA SECARA TOTAL!!..
(masalahnya dgn lelaki skrg ni, bab poligami tu je yg 'diaorg' nk baca dan terjemahkan.. sunah Rasul tang itu je yang diorg nk titikberatkan.. yang lain2 yang lebih utama dan wajib.. hmm... cam hampeh!...).

kan kak kan.... hihihi....

Kaktiny said...

azani > betul tuh.. saya sokong.. jadi perempuan ni, senang sgt masuk syurga )dan senang jugak masuk neraka.. hihihi)..
Bila jadi isteri, jaga 4 perkara:
1- Jaga solat 5 waktu (tu pon ada kelonggaran time uzur)
2- Berpuasa di bulan Ramadhan(pun ada kelonggaran time uzur + time mengandung + time dalam pantang melahirkan anak + time menyusukan anak).
3- Jaga kemaluan / aurat (bukan susah pun nak pakai tudung berbaju labuh dan longar, senang je pakai, selesa.. takyah nk buat teknik rebonding segala bagai.. BAZIR!)
4- TAAT PADA SUAMI. jaga perut @ makan, pakai, nama baik, dan tempat tidur dia, settle la semua perkara!.. ye dak?!!)

hihihi.. sempurna 4 perkara ni, plus BONUS dapat keampunan dan redha si suami.. INSYAALLAH.. LAYAK UNTUK MEMILIH MANA-MANA PINTU SYURGA ALLAH!!...

Wah... hebatkan si isteri!.. Apatah lagi SI IBU!!.. laagggiii besaarrr dan cerah peluang ke syurga-Nya.. ameen.

....

"nak kena fikir panjang sebelum menggatal"

~ saya suka statement itu!.. hihihihi...

Jujurnya, sebelum nak BERPOLIGAMI, suami perlu bertanya pada hati dan bercerita kepada Allah :
"Aku nak kawen lagi ni sbb NAFSU atau sebab SYARIAT?"..
(TAPI, KENA KHATAM DULU MAKNA "SYARIAT"!!.. Bukan macam bukak SYARIKAT!!!)..

kehkehkeh...

ckLah @xiiinam said...

Lepas memeriksa beberapa skrip esei murid yang panjang tu, ingat nak rehat-rehat baca blog teman-teman.


Alamak....laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi panjang!


















Tarik nafas sat naa!










...tapi, dalam panjang itu banyak butiran mutiara!

Kaktiny said...

cklah > hahaha.... kalau entri ni dibuat essei, berapa markah buleh dapat ni cklah?.. (dgn tatabahasa yang tunggang langgang.. dengan klimaks yang tak ikut tona, dengan pemilihan ayat yang caca-marba.. kehkehkeh)..

hahaha...





... yang panjang itu sebab nk tarbiyah diri sendiri yang sering sangat ke laut dan ke longkang ni cklah oii.. hihihihi...

.. dapat tulis panjang2, rasa macam dah lepas beban utk seminggu.. hihihihi....

.

amirhisham said...

Cakap pasai cemburu mak....teringat time ayah tumpangkan budak pompuan naik keta....dok depan plak tu....

Teruih mak x mau dok depan....ada kot sebulan....hahahahaha

Huish....dalam cengei2 mak tu....kuat jugak cemburu dia nooo...

By the way...mom. Whatever are u. You're the best mom for me and my sibling also for my dad (as wife)

Kaktiny said...

amir > KAHKAHKAHKAHKAH... Atiny mmg nak gelak guling guling bila teringat cerita tuh!.. kehkehkeh...
Buleh mak tak mau naik kereta ayah.. sanggup naik motor ja.. kalau naik kereta, pi duduk belakang mcm MEM BESAQ.. padahal ayah tak tau apa2 pon.. (innocent sungguh ayah kan!.. kehkehkeh)..

.. tu la... tu baru ayah tumpangkan budak pompuan tu (alaaahaaaii.. sama sebaya hang ja pon.. praktikal kat tempat kerja ayah, nak hantaq pi training!, tu pon dgn tulus sucinya ayah singgah umah dulu nak bgtau mak dia nk hantaq budak tu pi tempat training.. kalau tidak, mak pon tak tau.. hihihi)

bayangkan kalau ayah bawak pi hotel?.. mau TSUNAMI KOT!..

HAH!.. baru hang tau mak kita tu bukan takat cengei, tapi kuat cemburu ooo...

(naiya atiny kalau mak bukak dan baca esok nih!.. hahahahaha)

.. dan pasai CEMBURU tu jugakla, dia KAWAL anak-anak dia!.. supaya kita JADI ORANG.. JADI INSAN!. kan!..

Alhamdulillah..

(ingat tak cerita mak sanggup naik bas, suh ayah bawak hang balik naik motor???.. buleh atiny masuk dlm entri dak??. hihihi)..


Sayang mak dan ayah sangat2.. kan!.

<3 <3 <3

Makbonda61 said...

Itulah Tiny,

Khutbah nikah tu sebanarnya bukan semata-matra untuk orang yang bernikah tapi juga untuk lain-lain yang hadhir,begitu juga talkin di pusara semasa pengkebumian,yang lain silalah ambik iktibar.

Semakin banyak kita berada disuasana masyarakat semakin banyak persoalan yang timbul,itu yang menariknya,kadang tu menguji kebijaksanaan kita bagaimana mahu merungkai,disamping itu jangan lupa tentang perasaan mereka.

Menarik juga kisah Mak Tiny,itulah kita ni kalau belum diuji belum tahu takat mana cemburu kita...sebab itu selalu berdoa janganlah diuji dengan perkara tidak mampu kita hadapi.

Makbonda61 said...

Lupa nak promosikan satu kisah sadis dalam http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/2455-mulia-hati-seorang-kakak.html

Kaktiny said...

Makbonda > sebab tu kita jangan pernah putus ke majlis ILMU kan makbonda.. walaupun biasanya DAH TAHU, tapi tetap kena lebih ambil tahu dan selalu dikemaskinikan ilmu.. kan!.. (sebab tu makbonda kena selalu selalu buat entri.. sebab di situ, banyak ilmu yang tiny nak kutip lagi dan lagi dan lagi.. hehehehe)

CEMBURU?.. hehehe... betul sangat pernyataan makbonda itu.. kita takkan pernah tahu 'kekuatan dan kelemahan' kita terhadap sesuatu, SEHINGGA PERKARA ITU MENIMPA KITA!!.. SETUJUUUU!!!!!...

tiny selalu ingat pesan mak.. "Takyah nak 'idam' benda yg kita tak tau samada kita 'sanggup' tak nak terima.. mulut kita kata 'NAK", tapi, bila dh terima, sesilap boleh jadi "MERENG"!!.."
(masa ni tiny tanya mak pasal anak yang meninggal.. tiny 'tercakap', teringin dapat macam mak, anak meninggal masa bayi, dah tentu ada org tunggu mak di "sana" esok!..)

.. oleh itu.... tiny nak doa yg macam ibuintan doa:
"akak hanya nak jadi ketua bidadari tapi taknak jadi ketua madu..".. hihihihi..

Kaktiny said...

makbonda > dah baca kisah tuh!.. besar ganjaran kepada si Ibu itu kan!.. mempunyai semua anak-anaknya berjaya adalah berbaloi dgn kesabarannya beralah sejak kecil..

mempunyai anak-anak yang menjadi orang dan insan.. adalah sangat beruntung melebihi mempunyai adik yang membuang saudara kandung...

.. dan pada si adik.. nantikan balasan Allah kepada orang yang memutuskan silaturahim sesama keluarga..

dgn org lagikan kita nak bersaudara, apatah lagi dgn adik beradik, laagggiiilllaah kita nak tatang nak jaga!.. SEDIH BETUL!!..

semoga terhindar dari sikap sedemikian.. nauzubillah!.


- terima kasih atas perkongsian ini ya makbonda.

:) <3

amirhisham said...

TAAKKKK....MAAAUUUUUUU.....

Atiny cerita la...pasai ayah tinggai mak kat pasar malam n then cakap sorg2 kat atas moto.....wahahahahahaha


adeh.....pedih perut den teringat balik cerita tu....

Kaktiny said...

amir> kuikuikuikui... wokeh.. kita simpan cerita tu.. hihihi..

pasai mak kena tinggai + ayah sembang sorang2 atas motor tu.. adeh deh deh.. mmg nk pecah perot la teringat ceqhita tuh..

takpa.. nanti kaktiny buat entri tuh.. hihihi...

Unknown said...

jika suami tak mampu penuhi syarat cukuplah seorang, jika suami mampu berlaku adil dan bg nafkah, cukup syaratnya, doakan saja kebahagiaannya dgn isteri baru.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.