Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday

Murah Rezeki.

Pelbagai amalan dan nasihat daripada pakar motivasi mahupun ilmuan agama jika ditanya apa cara dan amalan terbaik untuk murah rezeki..

Aku juga tak ketinggalan mencari itu ini begitu begini untuk tujuan yang sama.

Membaca surah Al-Waqiah setiap malam, amalan solat-solat sunat seperti solat sunat subuh, dhuha, tahajjud, taubat, hajat, istikharah, witir.. banyakkan beristighfar, sentiasa insaf, tawaduk, dan bertaubat, sentiasa bersyukur, hadiahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu-bapa setiap pagi, sentiasa memaafkan orang sebelum tidur dan memohon maaf dari orang, bersedekah setiap pagi dan petang, menjamu orang makan, memudahkan urusan orang lain, mengamal zikir-zikir, dan doa-doa tertentu seperti ayat seribu dinar, doa mejauhkan sifat malas, bakhil dan banyak hutang, doa pembuka 12 pintu, dan pelbagai lagi amalan lainnya… Segala amalan, zikir, tahlil, tasbih dan doa nawaitu adalah Lillahi Ta’ala kerana memohon redha dari Allah..

DENGAN IZIN DAN RAHMAT ALLAH, AMALAN-AMALAN YANG DILAKUKAN SECARA ISTIQAMAH ITU JELAS MENAMPAKKAN HASIL YANG SANGAT-SANGAT BERKESAN.. SUNGGUH!.. AKU AKUINYA…

"Eleh, sembang macam bagus, tapi takde la pulak nampak ko bawak BMW ke, Alphard ke, duduk rumah Banglo ada swimming pool ke, ada ratusan jutaan tunai dalam Bank.. dalam fix deposit ke.. tak pulak dapat hantar mak ayah dan juga diri sendiri pergi Haji dan Umrah berkali-kali.. tak ada pulak dapat bagi pinjam ribu riban kat orang..!!!… hutang kereta, rumah, loan, kad kredit nampak dok bersepah lagik tuh!.." satu suara datang mengejek!.. hihihihi..

Ya.. aku akui… jika dipandang dari sudut REZEKI WANG RINGGIT DAN HARTA BENDA MATERIAL, hari ini, saat ini, detik ini dan ketika ini, AKU KALAH di situ… tiada RM jutaan dalam akaun simpanan aku. Di waktu ini, masih ada hutang yang tersisa, yang masih berlarutan utk menanti dijelaskannya.. (sedayanya aku ingin melangsaikannya… semoga dipermudahkan Allah, ameen).

Namun, aku yakin dengan janji-janji Allah..

Firman Allah:"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Quran Surah Thaha 20 : Ayat 132)


Sungguh aku bersyukur ke hadrat yang Esa.. SANGAT-SANGAT BERSYUKUR!!. Anugerah dan REZEKI yang Allah limpahkan kepada aku dari sudut yang lainnya, SANGAT BANYAK.. terasa malu pula menikmati rezeki yang melimpah ruah ini, sedangkan AMALANKU SGT "SEDIKIT".. sangat tidak berpadanan dengan apa yang telah Allah hadirkan ke dalam hidupku ini…

Di usia ini, aku masih mempunyai kedua ibu-bapa.. Ada adik-beradik kandung.
Di usia ini, aku sudahpun memiliki keluarga sendiri..
Ada suami di sisi, ada sepasang anak, puteri dan putera penyambung kasih..
Ada kedua ibu-bapa mertua serta ipar duai dan biras..
Ada saudara-mara..
Diizinkan suami dan dimudahkan Allah menjalankan ibadah di dunia pekerjaan.
Ada rumah, kenderaan, gaji tetap serta kemudahan pendidikan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan sebagai cabang mencari redha Allah.
Ada rakan taulan.. di kala senang ada yang bertandang, di kala susah, ada yang menjengah.
Ada jiran tetangga. Ada kariah dan jemaah.
Ada cukup anggota tubuh badan, pancaindera, kecerdasan fizikal, mental, emosi dan rohani.
Ada kekuatan untuk menjalankan amalan wajib untuk beribadah kepada Allah.. dalam tenang dan dengan kemudahan yang tersedia..

Yang mahalnya...
Diizin Allah lahir dalam Agama suci Islam.
Diizin Allah mengenali Rasulullah dan berazam meneladani Baginda.
Diizin Allah masih kekal dengan agama Islam sebagai pegangan dan tata-cara hidup (meski banyak lagi ropong dan lompong yang perlu ditampal dan diperbaiki)..
Diizin Allah menikmati udara-Nya, merasai degup nafas dari ruang rongga tubuh, menikmati sejuk panasnya cuaca, dan menikmati segala isi perut bumi luar dan dalam dan segala yang diciptakan-Nya..
Dengan mudah dan lapang mendapat ampunan maaf dan kata kasih dari suami, anak-anak dan kedua ibu-bapa.. mudah redha dipohon dan kata balas redha diberi... oleh suami, oleh Bonda dan oleh Ayahanda tercinta..

Dan banyak lagi.. jika aku tulis setiap inci anugerah Allah kepadaku, tidak mampu tertaip dek jemari ini, tidak cukup laman ruang entri ini, tidak habis baca kepada yang menatap..

ALLAHU.. MAKA REZEKI SEBAGAIMANAKAH LAGI YANG AKU DAMBAKAN??.. (monolog untuk diri!!).
Firman Allah:
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Al-Quran Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 29-30)

"Di Jumaat ini, Penghulu segala hari... Tanpa putus aku bersyukur ke hadrat Illahi.. dan tanpa putus juga aku mohon kepada Khaliq-ku .. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Pemberi Rezeki... Aku mohon:
1- Semoga dipermudahkan langsai segala hutang piutangku yang terzahir atau tidak... sentiasa INGAT DAN SEDAR untuk kembali memberi rezeki yang diberikan Allah kepadaku!.
2- Sentiasa diberi kemudahan untuk menuntut ilmu, mengamalkannya dan menyebarkannya.. dan memberi manfaat kepada yang lainnya... semoga segala amalan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala.
3- Sentiasa memaafkan dan diberi kemaafan oleh Allah dan oleh sekalian makhluk Allah.
4- Hatiku dan nawaitu sentiasa "Lillahi Ta'ala" (Moga segera diberi kesedaran oleh Allah apabila tersasar jalan dan tindakan).. dapat benar-benar melaksanakan perintah Allah juga Rasulullah.
5- Sentiasa berada dalam orbit Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ihsan dan dalam redha Allah dunia dan akhirat.. Hidup dan kembali kepada Allah dalam redha-Nya jua.. Ameen. "

"Semoga Allah makbulkan dan perkenankan setiap doa dan permintaan hamba-hamba-Nya.. Ameen. "

Ya Allah... kami mohon redha-Mu Allah... redhai kami.






.

latest update:



Firman Allah:
"Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan". (Al-Quran Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 60-61)


Ya Allah.. TERIMA KASIH!.. TERIMA KASIH ALLAH.. TERIMA KASIH ALLAH!.

Teringat kata-kata mak..
"Allah selalu duga kita ni sikit ja dengan ujian susah.. sat (sekejap) sangat.. tak sampai berapa lama pun, sat gi Dia dah bagi kemudahan pulak.. kalau dalam sebulan tu, baru satu hari ja Dia bagi kita susah hati.. yang lagi 29 hari tu lapaaanggg ja.. tu pun kadang-kadang berbulan-bulan lapang!!.."

Mak!!.. Benar sungguh kata-kata mak itu!..

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah.. Allahu Akhbar..


Walahau lawala qu wata illabillahi 'aliyul 'azhiim.

I LOVE ALLAH... sooo much!...


.

18 comments:

blackcardomompods said...

Yeayyy first commentor.hikhik

Ktiny bab solat dhuha tuh beto benor tau,setiap kali diamalkan setiap hari ,xperlu tgu lama a week dh dpt rezeki yg tak disangka2.

Jom kita istiqamah!kdg2 once dh period jd slow nk start blik

tasekM said...

yang...
kalau u kalah.
ai ni apa lah agaknya...



.

Kaktiny said...

Ct> lajunya ko datang.. hihihi..
sebenarnya, semua amalan yang diajarkan Rasulullah itu benar dan betul.. semuanya Allah redhai.. terpualng kita jujur atau tidak.. ikhlas atau tidak..

...Kekadang kita ni, time susah sungguh2 istiqamah.. bila dh senang lapang.. time tu la terasa 'sibuuukkk memanjang' dgn urusan dunia ni!... huhuhuhu...
(ayat ini sebenarnya adalah peringatan dan tarbiyah utk diri sendiri!!..)

selalunya begitulah manusia ni kan!!.. huwaaaa...


... betul rupanya ayat Allah bahawa ujian susah lebih mendekatkan kita hamba-Nya ini dengannya berbanding ujian senang..
... tetapi kita memilih utk SENANG dan SERING MENJAUHI ALLAH!!... KAN??!!..

huwaa waa waaaa....

Semoga Allah sentiasa memelihara iman dan hati kita agar tetap beristiqamah dalam susah mahupun senang.. mendapat redha-Nya dunia dan akhirat..ameen.

Kaktiny said...

tasek > kita kalah pada mereka yang meletakkan RM sebagai ukuran "MURAH REZEKI"...
..tapi, ko pun apa kurangnya... di saat org lain terkapar mencari kerja, ko tgh serabut buat kira-kira account syarikat.. tu masyyuukkk la tuh.. kan kan kan... hihihi....

yang...
ko ada pengikut sampai beribu.. feed counter mencecah 90000 tu kira rezeki weih.. ramai yg seronok baca blog ko.. tu pun rezeki tu, bila org ramai suka kt ko.. dan ramai yang senang dgn tulisan ko.. bukan senang nak suruh org jd pengikut setia tanpa 'ganjaran material' tau!!..

... MC tu pon rezeki weih.. gelagatnya saja hang dh buleh buat satu blog khas.. kehkehkeh..


:)

Acik Erna said...

assalam tiny..betul kata tiny..murah rezeki..bukan hanya pada wang ringgit..
macam2 cara allah murahkan rezeki kita..tapi memang dah jadi lumrah..wang ringgit jadi ukuran didunia ini..
teima kasih tiny..menulis begini.
memberi kesedaran..

Kaktiny said...

kak erna > tiny emngingatkan diri sendiri kak.. agar tidak terpengaruh dengan makna persekitaran yang memandang RM itulah MAKNA MURAH REZEKI..

..tiny ingatkan diri tiny supaya sentiasa SELAK ENTRI INI utk menghayati makna SYUKUR pada REZEKI yang Allah anugerahkan supaya tidak KUFUR NIKMAT hanya kerana RM tidak berkepuk-kepuk seprti yg diidamkan ramai orang!..

.... kelemahan diri masih banyak sangat dlm menghayati makna SYUKUR!.. lantas terbit entri ini, utk MENGINGATKAN DIRI SENDIRI sebenarnya kak!!.. huhuhu..

fRaMe+LenSeS said...

maceh mengingatkan. :D

Kaktiny said...

frame+lenses > saling mengingatkan k.. yang baik amik iktibar, yg emosi tu letak sebelah... :)

Tukang cuci cute said...

Amin... InsyAllah.. rezeki tuh tak semestinya dtg dari duit.. byk lagi bentuk lain rezeki tuh..

Welkem to the club.. nanti bersedialah untuk nangis pulak di bahu aku.. ;)

rosdiana said...

Semua yang Kak Tiny taip tu betul. takde yg tak betul.

Alhamdulillah saya pun murah rezeki, tp bukan jugak dari bentuk RM. Susah nak cerita tapi dgn izinNya saya berjaya survive dari hari ke hari, bulan ke bulan &thn ke thn, mohon pada Allah di permudahkan sehingga hujung nyawa saya.

aaaahhhh...
sedih la kalau bincang topik ni..
tp tetap nak ucap terima kasih tak terhingga di atas ucapan doa dari hang semalam kak.. sangat-sangat menusuk qolbu. Semoga Allah merahmati hang kak!

ckLah said...

Semoga kita dimurahkan rezeki, agar kelak dapat memurahkan rezeki orang lain yang memerlukan bantuan kita, terutama golongan asnaf yang lapan itu. Ya Tiny!

Kaktiny said...

TCC ~ Yang > betulkan.. silapnya kita selalu nampak 'rezeki' tu dlm dollar and cents kan..
.. aku selalu ckp kt ayah aku yg dia lebih kaya daripada Donald Trumph.. ayah aku kaya masa rehat.. msa lapang dan ketenangan terutamanya waktu tidur... kehkehkeh...

check list:
~ nombor tepon ko - ADA
~ email ko - ADA
~ YM & FB ko - ADA..

oke dear, sila pastikan ketiga-tiga talian hayat itu berfungsi dgn baik ya... kahkahkah..

:)

Kaktiny said...

wos > kita dapat duduk-duduk lepak-lepak (makan kt chilis.. hihihihi) gelak-gelak (kutuk-kutuk oppsss...)... tu pon rezeki tu wos kan...

bini-bini kt palestin tu kerja depa beranak, suh anak depa pi berjuang, dengar berita anak depa mati.. setiap hari cerita tu ja.. tu pon rezeki kat depa, sbb anak2 depa jihad fisabilillah..

time sedih, kita sedih.. time gelak, kita gelak.. kan!.. hihihi..

Kaktiny said...

cklah > ameen...
semoga Allah limpahkan rezeki kepada kita.. dan semoga rezeki yang diberikan itu dapat kita beri kembali kepada yang berhak..

(syukur sebab dh buat potongan gaji bulanan utk zakat.. sekurang-kurangnya rezeki duit ringgit yg ada sikit ni dh 'settle' urusannya... )

... ilmu juga rezeki kan cklah... berkongsi dan menyebarkannya juga ibadah kan..

ibuintan said...

Tahniah3 Tiny... selamat menyambung pelajaran ke tingkat yg lebih tinggi

itulah rezeki yg tak ternilai.. ilmu

memang betul masyarakat kita menilai kekayaan dengan wang ringgit dan harta benda, namun rezeki pemberianNya banyak cabangnya hanya kita sendiri yg tau dan merasainya

Kaktiny said...

ibuintan > itu yg ayah tiny selalu pesan.. ayah tak ada duit ringgit harta berkepuk.. dan ayah tak memandang pun duit ringgit anak-anak sebagai ukuran kejayaan.. ayah kata, dengan ilmu, duit cari kita, takyah kita kejar duit..
dgn ilmu, org sayang kita... dan paling penting Allah sayang..

sebab tu tiny nak kejar sebanyak mungkin ilmu di dunia Allah ini ibuintan.. semoga dpt redha dari-Nya.. duniawi dan ukhrawi.. sekadar kemampuan yang Allah izinkan..

Makbonda said...

Tahniah Tiny.
Betul,rezeki bukanlah harta yang melimpah ruah,itu belum tentu kita punya,bukan makanan yang terhidang dengan berbagai menu,belum tentu ianya mendatangkan munafgaat kepada kita. Rezki ialah bagaimana ia memberi munafaat kepada kita.


semoga rezeki yang baru turun itu memberi munafaat kepada kamu dan insan lain.

Suka dengan kata-kata mak kamu.

Kaktiny said...

MakBonda > Mak selalu pesan, rezeki yang kita dapat tu, sebahagian utk kita, yang lebihnya untuk orang...

... sebab tu mak kalau masak, dia masak banyak2 lauk.. sebab, yang walaupun dia penat masak, tapi rezeki utk menikmati makanan itu adalah utk ayah dan anak-anak serta jiran tetangga..
(tiny pinjam semangat mak, sebab tu kalau masak, tak reti masak sikit2.. nak plak kalau tetamu datang umah... huhuhu)


.. Betul makbonda... itu yang sangat2 tiny mohon kepada Allah... agar ilmu pendidikan yang dianugerahkan ini, mendapat redha-Nya.. dan dapat dimanfaatkan untuk memberi munafaat kepada orang lain.. atas semangat dan cita-cita inilah, tak pernah putus azam utk mendalami ilmu...

... nak tarbiyah orang-orang tua, rasa tak layak dan tak mampu, jadinya bercita-cita utk tarbiyah
para mujaheed dan mujaheedah islam (anak-anak kecil dan remaja) yang bakal memimpin negara pada masa depan... InsyaAllah.. semoga mendapat izin dari-Nya dan semoga redha Allah bersama kita semua... ameen.

YA.. NI AKU NI..

My Photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.