Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, May 09, 2011

Untukmu Ibu.


Semalam adalah SAMBUTAN HARI IBU..

(Sebenarnya, tiap-tiap hari juga adalah hari Ibu kan.. hari yang kita perlu mengingati Ibu.. dan tidak pernah luput ingatan dan doa untuk Ibu dan Ayah... )

Menurut Ustaz penceramah:

Sabda Rasulullah:Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu.. ( tak kira masih hidup atau telah tiada), nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... (Wallahu’alam).


Makanya, setiap pagi, amalkanlah.


Berbalik kepada Kisah Hari Ibu semalam..

Bangun pagi je (smlm set jam awal skit sebelum waktu azan), aku terus meluru turun ke bawah - mak tidur kat depan tv dengan cucu-cucunya.. yang sibuk nak mengendeng celah ketiak maktoknya! (jeless oo jeles!!.. huhuhu).. terus aku ‘terkam’ mak (elaborate as peluk, gomol, cium pipi dahi hidung dagu.. hahahahaha.. dan mengendeng jugak kat celak ketiak mak utk beberapa minit sebelum ayah melaungkan azan subuh di bilik atas).

Ucapan Selamat Hari Ibu aku beri kepada mak sebelum orang lain berbuat demikian.. hihihihi (YA!, kami masih sering berebut-rebut nak "MENANG" siapa yang bagi ucapan dulu, tak kira la sebarang hari keraian!!... kuikuikui… dan aku sentiasa akan memastikan aku tidak menjadi orang terakhir!!.. dan menjadi yang pertama adalah BONUS!... hahahaha).

Plan untuk hari ini telah di atur oleh kami adik-beradik - ‘tong-tong sama banyak!’.. (epy, adik bongsuku yang jauh di Sabah nuun masih jugak contribute dgn ‘mengirim sumbangan’ ke akaun kakak untuk hadiah mak.. We miss you dik..)..

Kakak buat tempahan Restoran.. Amir pergi beli hadiah.. since mak stay umah aku minggu ni, so, aku akan bawak mak dan ayah berkumpul di rumah kakak.

Usai zohor, bergerak ke sini, Red Work Bangi, mula-mula cadang nak layan Korean Steamboat, tapi, Amir kata rugi, sebab bawak budak-budak, diaorg ni kan tak makan banyak, membazir je.. (betul gak..), lepas tu, terus tukar kepada ala-carte.

Semua menu-menu best gilos… so, menu pilihan kami adalah nasi putih bersama lauk-pauk di bawah ini. 12 jenis lauk pauk.. dan 2 jenis dessert.. serta air yang bercampur baur jenis dan aneka…

(gambar di cilok dari sini sana sinun.. imej asal dah ‘sadaqallah’.. tak sempat nak snap.. kehkehkeh)

Seronok sangat.. makan dengan berseleranya.. termasuk dessert dan air-airnya..

(OKEH, admit, MMG MENU YANG AMAT TAK IKUT SUNNAH RASULLULLAH… tapi, inikan JUGA ADALAH NIKMAT ALLAH... jangan kufur nikmaaattt.. Ya.. alasan kan!.. huhuhu...).

Di akhir acara, perlahan amir buka begnya dan sampaikan HADIAH kepada mak..

Mak agak terkejut pada mulanya, tapi kemudian senyum.. (suka la tuuh.. hihihi)..

Hadiah itu adalah hasil 'collection' daripada anak-anak mak (tanpa campurtangan menantu yeee.. kehkehkeh)..

"Nilai" bukan ukuran kan?.. Berapa jua harganya, bukan itu 'target' utamanya..

Kasih-sayang Mak yang sungguh tulus mulus dan suci itu mana mungkin mampu dinilai dengan harga barang yang 'sangat murah' itu.. Semua nilai menjadi terlalu murah dibanding dengan nilai KASIH MAK dan RAHMAT ALLAH!.

Lepas mak bukak hadiahnya, ayah mencelah..

"Ayah ucapkan terima kasih dekat anak-anak ayah sebab buat event ni, belanja makan dan bagi hadiah dekat mak. Sempena hari Ibu ni, dan setiap hari pun, hadiah ayah untuk mak adalah, ayah ampunkan semua dosa kesalahan mak pada ayah, ayah redha hidup mak dunia akhirat, ayah doakan mak bahagia selalu".. (dan di 'amiin' kan oleh semua anak menantu cucu..)

Wooooaaahhhh... sooo sweeettttttt.... (see see see.. ayah ni kan.. kalau ada apa acara yang berkaitan dengan mak, he won’t miss a chance to 'enter the scene'.. hehehehe).


(ayah yang selalu ceria ~ kalau time tak marah la.. hihihi... dan suka sangat buat lawak… kehkehkeh... gambar blur sbb kedudukan aku ngan ayah mengadap matahari..).

Tetiba abang ipar aku si En. Fauzi itu mencelah ~ "Ayah, 'hadiah dan doa' tu untuk menantu jugak kan?".. hahahahaaaa.... (HAH!.. ni mesti banyak buat salah ngan mak ayah nih!!.. kehkehkeh... taaaaak laaahhh... abang iparku dan suamiku kan ke MENANTU TERBAIK MAK DAN AYAH!.. sama rataaaaa... kuikuikuikui)..


Usai solat maghrib berjemaah, sekali lagi kami ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mak..

"MAK.. tiny sayaaaaaannnggggg mak dunia dan akhirat!.. Semoga Allah redhai mak sepanjang hayat, di dunia dan di akhirat kelak.. Ya Allah.. sediakan Jannah-Mu kepada Ibuku.. ameeen."


p/s : Oh ya.. selain mak, seorang lagi "IBU" di dalam keluarga aku yang amat aku kagumi adalah ini:


My one and only Kakakku sayang... AYU.. seayu budi pekerti dan akhlaknya.. (adik pompuan dia ni je yang "kasaq kedegaq"!!! huhuhuhu...)

Lihat watak seorang Ibu Contoh ini... setelah menyuap anak-anaknya (yang seramai 5 orang itu ~ DAH CUKUP QUOTA CUTI BERSALIN!!) dan suaminya habis makan, barulah mencapai pinggan 'saki-baki' anak-anak dan menyudahkannya... huhuhuhu... SUNGGUH AKU MENGKAGUMI KAKAKKU NAN SORANG INI.. (dan akak, tiny banyak belajar dari semangat dan kesungguhan akak jugak... SUNGGUH!.. sayang akak... muaaahhhsss).

SAYANG MY FAMILY SOOOO MUCH!..


Firman Allah:
"Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … " (Al-Quran Surah Al-Ankabut 29 : Ayat 8)

Alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan... dan dianugerahkan nikmat kebahagiaan ini kepadaku... Syukur Alhamdulillah..



Ya Allah... kami hanya dambakan redha-Mu Allah.. Redhai kami.. Ameen.







12 comments:

rosdiana said...

uiii meriahnya!
kak, aku nak jadik mak angkat hang la.. sudi tak? sudi takk?

Kaktiny said...

wos > CHEH!!.. TETIBA!!.. elok2 hang panggei aku KAKAK, aku plak nk kena panggei hang MAK!!.. chaitss.. kahkahkah..

(wos, aku nk ajak hang lepak kt satu tempat ni, dekat ngan umah hang.. hihihi.. time aku makan kt situ, aku terbayang muka hang.. pasai pa ntah.. maybe sebab dekat kot ngan umah hang... nanti kita roger2 eh.. ) kehkehkeh..

iina said...

Camtu aku nak angkat mak ko jadi mak angkat aku.. hahaha.. wos tuh tak pandai berpolitik ler hehehehe...

Kim salam ngan mak ye.. mesti meriah makan-makan ahad truh ;)

aNIe said...

Tiny...memang tiap hari kita patut meraikan ibu kita... tapi bagi satu hari yang paling sepesel untuk dia...pasti dia tersenyum sampai telinga...

Pasti mak Tiny terharu dengan pemberian dan sambutan yang diberikan oleh anak2...

Itulah yang tak ternilai bagi seorang ibu...

ckLah said...

Keluarga yang bahagia dan rapat...



...patutlah Tiny ceria dan gembira sentiasa orangnya! hasil kasih sayang yang sarat.


Salam ckLah buat mak dan abah Tiny ya...


dan Ayu itu....sangat seiras dengan Tiny. Cuma tahi lalat membezakan...

kakpah said...

salam tiny,
bahagianya tiny mempunyai ibu. Alhamdulillah kpah bahagia dengan anak-anak...

tiny juga ibu yang baik dan menjadi contoh anak-anak..

Err. biasalah kalau anak2 ramai. Semua dah makan baru emak makan sisa anak-anak. kalau tak, membazir...hehe.
Mak kpah dulu selalu cakap. Macamanalah ekau ni tak gemuk. Apa yang anak kau tak habis makan, kau yang abiskan haha.. (er.. aku dulu gemuk ke.. tak ingatlah pulak).

Kaktiny said...

iina > wos tu mmg selalu ke laut kan!.. hahahaha... (ampun woosss..) hehehe..

ye ye ye.. silakan angkat, dukung, gendong mak aku.. aku takde hal.. hahahaha...

InsyaAllah, salam ko akan aku titipkan bila mak aku dtg umah aku nanti (time aku bg dia baca entry dan komen.. hihihii).

Kaktiny said...

kak anie > ye kan kak.. setiap hari kita raikan dengan doa.. bila tiba hari tertentu, kita raikan dengan acara.. tul tak?.. hihihi...

yg pasti mak tiny seronok sgt sampai masa tu jugak mak peluk kitaorg.. kehkehkeh..

Kebahagiaan mak adalah penawar jiwa buat si anak..

Kaktiny said...

cklah > org kata tiny ikut muka dan perangai ayah.. mulut bising pon macam ayah.. 'perongos' pon macam ayah.. huhuhuhu... (tak langsung mewarisi sikap tenang mak.. huwaaaa....)...

InsyaAllah, tiny titipkan salam cklah kepada mak dan ayah bilamak baca entri ni nanti.. hihihi...

... Kak Ayu tahi lalat satu.. tiny, tahi lalat 'bersepah'!!.. huhuhu... dan ramai yg kata tiny ni kakak, mungkin sbb 'muka cengei' (garang) kot!.. huhuhu..

:)

Kaktiny said...

kak pah > kak pah bukan setakat bahagia dgn anak-anak.. turut jugak bahagia dgn cucu2 yang turut sama dpt tumpang tuahnya ada grandma yang best.. hihihi..

kak pah penah gemuk ke????.. confuse!!!!.. (nak gak tgk rope kak pah yg gemokss.. ada ke??. kuikuikui)..

suara said...

Selamat menyambut hari ibu ya tiny... Untuk mak dan kakak tiny juga... Semoga tiny akan menjadi ibu yg terbaik dunia dan akhirat.

Ermmm Su tak berpeluang nak dapat ucapan tu sampai bila-bila agaknya... :(

** Ceh... setan dah mula datang nak mengusik emosi.

Kaktiny said...

su > terima kasih atas ucapan dan doa...

.. haaaiiiippppp!!!... dah dah dah.. jgn sebut camtu eh!.. masih panjaaaaaannnggg lagi perjalanan hidup ini kan.. InsyaAllah.. masih banyak nikmat yg Allah beri utk kita kecapi dan hargai.. kan..!

**hugg Su...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.