Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, May 05, 2011

Kasih Ibu.


Sabtu minggu lepas.. lepak-lepak tengok Tanyalah Ustaz jam 7.00 pagi dengan mak dan ayah kat ruang tamu.. tajuknya, "KASIH IBU".. wah.. memang menarik.. maklumla, bulan MEI kan sinonim ngan MOTHER'S DAY... hihihi... (proud to still have my Ibu with me and proud to be Ibu as well... Alhamdulillah).

Sambil picit-picit kaki mak, sambil dengar ceramah kat TV.. (sambil otak dok memikir.. nak breakfast kat luar ke or nak masak.. kehkehkeh) – mata kami khusyuk mengadap bait-bait ayat ustaz penceramah tentang kehebatan seorang Ibu.

Dalam dok ralit dengar ceramah.. tiba-tiba ayah tadah tangan berdoa.. “Ya Allah, Alhamdulillah Kau anugerahkan aku isteri yang sangat baik dan setia, yang melahirkan, mendidik dan membesarkan anak-anak yang terbaik bagiku Ya Allah. Redhai isteriku dan anak-anakku. Ameen”. (Dan aku turut mengaminkannya dengan hati yang girang..)

Waaaaahhhhhhh… perlakuan spontan ayah amat mengusik hati kecil aku.. memang, kalau apa-apa yang berkaitan dengan mak, ayah akan selalu cepat bereaksi sedemikian.. sungguh indah kan.. dramatik betul la ayah nih.. hihihi… (dan.. sungguh mak beruntung kan.. hihihi).

Aku : Untung mak.. ayah selalu hargai mak.. selalu sanjung dan puji mak.. selalu doa utk mak.. dan yang penting.. ayah selalu redha setiap gerak laku mak..

Ayah : Ayah la yang paling untung dapat mak hang!.. (cepat je ayah membalas.. hihihi).

Mak senyum je (suka la tuuhh.. kuikuikui).. Soooooo cuteeee... (tak plak mak membalas apa-apa.. sedap sangat kot sbb aku dok picit kaki mak sambil mak baring-baring tengok tv.. hahahaha... nak gak kredit tuh.. chaitss.. hehehehe....).

Memang sewajarnya ayah menghargai emak.. Emak memang isteri yang sangat setia.. sangat mulus sifat dan perwatakan emak untuk seorang lelaki bernama Yahaya bin Marzuki (kalau dapat kat orang lain, mungkin jadi lain kan.. sebab tu jodoh mak adalah dengan ayah.. dan rezeki kami, anak-anak mereka, untuk berada di dalam keluarga bahagia ini.. Syukur kepada Allah).

Emak bukanlah seorang wanita yang terlalu sempurna sifat, perlakuan dan perwatakan. Emak hanya seorang wanita biasa yang lahirnya di sebuah kampung yang ayahnya bertani sawah padi untuk menyara keluarga dan ibunya seorang surirumah yang telah melahirkan seramai 12 orang anak (meninggal 2). Sehingga hari ini, emak kekal dengan adik beradik seramai 10 orang dan gabungan keluarga HASHIM-CHIK FAMILY CLUB, kami telah mempunyai seramai 102 orang ahli (setakat April 2011).


Emak tidak berpendidikan tinggi, tiada ijazah sarjana yang tergantung di dinding.

Emak tidak berkerjaya. Jawatan 'profesional'nya adalah SuriRumahTangga sepenuh masa.

Emak tidak pandai memandu kenderaan. Ada 'lesen’ basikal je.

Emak bukan seorang yang bertudung labuh berjubah berpurdah. Hanya seorang makcik yang biasa-biasa sahaja penampilannya (dan yang pasti, kuat membebel oooo... hahaha).

Emak bukan ustazah yang sangat mendalam ilmu agamanya, setakat asas hukum Islam dan hukum wanita sahaja yang diketahuinya (namun, kami mula belajar mengaji adalah dengan mak!.. dan mak adalah guru yang sgt GARANG!. Syukur mak tak jadi cikgu / ustazah.. hahaha).

Meskipun tanpa semua itu..

Emak adalah seorang Cikgu Displin yang sangat tegas!. Ketegasannya membuatkan kami sangat menjaga maruah diri dan batasan pergaulan!. (sebab tu aku ngan kakak takdak boyfriend masa zaman sekolah dulu, sebab TAKMAU KENA MAKAN PENAMPAQ MAK!.. huhuu – dan sebab tu jugak kot, adik-adik bujangku dua orang tu masih kekal bujang.. sebab terpengaruh dgn ’ketakutan’ kakak-kakanya inikah??!!.. hehehehe) – tapi skrg, bila dh hidup dlm rumahtangga sendiri, langkah banyak plak yg pincang!.. huwaaaa....waaaa.. waaaa...

Emak adalah seorang Chef terhandal. Air tangannya bisa membuatkan ayah dan kami teringat dan terkenang masakannya walaupun jarak beribu batu membatasi.. hihihi.. (tapi tak turun sangat la bakat tu kat anak-anak pompuan dia nih!.. sebab asyik dok layan mak masak je, sampai tak reti-reti nak belajar masakan mak!.. huhuhu).

Emak adalah seorang co-pilot yang sangat cekap dan tenang. Mak terror betul tunjuk jalan walaupun baru sekali mak pernah pergi ke tempat tu and kalau sesat dengan mak, relax aaa... kita leh ronda-ronda pusing kampung membelah kota.. (jangan dengan ayah, bergegar gempita satu kereta dengan bebelannya.. kehkehkeh.. opsss. Ampun ayah.. time Father’s Day nanti, cerita yang best-best pasal ayah plaks eh.. hihihi).

Emak adalah seorang Ibu yang sangat sempurna.. meski beliau tidak layak untuk menerima tokoh Ummul Mukminin di pentas dunia abad 21 ini, tetapi, beliaulah Ibu Mithali, Ibu yang sejati di mataku.. di hatiku.. di jiwaku.. selamanya..

Zakiah Binti Hashim.. Mak is THE BEST MOM for Ayu, Tiny, Amir and Jefry. Semoga redha Allah sentiasa bersama mak sebagaimana ayah sentiasa redha pada mak.

Sabda Rasulullah:
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Sungguh-sungguh aku memohon kepada Allah, semoga mak juga di dalam senarai penghuni Syurga Allah.. ameen (adik Badrul - yang meninggal seusia 2 minggu selepas kelahirannya, juga pasti menanti Mak di sana nanti).

“Ya Allah, Wahai Khaliq Yang Agung.. Kami mohon Ya Allah.. ampunilah dosa-dosa kedua orang tua kami, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka untuk beribadah kepada-Mu, berikanlah keberkatan di dalam tubuh badan mereka, rezeki mereka, usia mereka serta kehidupan mereka dunia dan akhirat. Jauhikanlah mereka daripada sebarang bahaya, dan lindungilah mereka setiap detik, saat, masa dan ketika, di tanah, bumi malah alam mana jua mereka berada. Redhailah mereka Ya Rabb. Amiin Yarabul ‘alamin.”



Ya Allah.. redhai kami semua. Ameen.


12 comments:

Mak Su said...

nak tekan butang 'like' lah :D

Kaktiny said...

maksu > salah masuk port ni maksu.. butang 'like' kena masuk FB.. kehkehkeh...

iina said...

Amin...

Aku doakan mak panjang umur dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik ;)

amirhisham said...

Ameen....

Acik Erna said...

Ameen..alhamdulillah..tiny masih berkesempatan bersama ibu..

Makbonda said...

Assalamualaikum

Untung emak dapat ayah,untung ayah dapat emak,dua-duanya beruntung.

Untung itu adalah nikmat.Tambah indah jika dipagari Rahmat,lalu lahirlah kasih sayang. Menjadi harta yang tidak ternilai. Diwariskan pula pada anak-anak,untuk dipelihara dan diwariskan pada jenerasi seterusnya.Jadi pikullah amanah itu.

Kaktiny said...

Iina > semoga Allah makbulkan doa kita semua.. ameen.

Mak tanya bila ko nak balik Mesia... hihihi.. teringat gak dia kat ko.. kehkehkeh..

Kaktiny said...

amir > ALhamdulillah.. ameen.

Kaktiny said...

Kak Erna > itu antara nikmat Allah yang sangat sangat sangat tiny syukuri setiap saat dan masa.. sungguh Tiny memanjat syukur ke hadrat Illahi kerana masih mengurniakan seorang Ibu dan ayah kepada Tiny.. Syukran..

Selamat Hari Ibu utk kak erna..

Kaktiny said...

MakBonda > Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

Benar MakBonda.. nikmat Allah yang amat besar kpd kami semua adalah dengan memiliki sebuah keluarga yang sangat bahagia.. ianya adalah rahmat Allah yang sangat tidak ternilai harganya.. tidak terhitung nikmatnya.. sungguh2 bersyukur..

..dan.. utk mewariskannya kepada generasi seterusnya.. Allahu.. satu cabaran, tanggungjawab, tugasan dan amanah yang amat berat utk digalas, dipikul dan direalisasikan rupanya.. huhuhu..

... MakBonda, tolong tegur dan nasihati ibu muda ini agar bisa menjadi sehebat Ibu-ibu ungggul di pasca modenisasi ini..


.

iina said...

Kim salam ngan bonda mu... mak ko sama jek ngan mak aku.. tiap kali call mak aku pun tanya soalan yang sama.. lepas tuh bila cakap ngan ayah aku pun.. soalan sama pun keluar lagik.. Biasalah hehehe ;)

InsyAllah.. soon.. doa2kan aku ye..

Kaktiny said...

iina > InsyaAllah.. salammu dititipkan.. :)

aku sentiasa doakan ko yang..

<3

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.