Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, April 29, 2011

Kata.. Fakta.. Auta.. Fatwa.. atau sekadar RASA?

Statement: Alaah… Tak guna kalau bertudung, tutup aurat segala bagai, solat tak tinggal la kononnya, tapi.. mulut tu masih dok megumpat, mengata orang. Lebih baik mcm si fulan si fulan tu, yang walaupun tak pakai tudung tapi tetap solat tak tinggal , baik pulak tu dan takde la mengata orang.

Pada mulanya aku SANGAT mengambil kata-kata ini dengan menempelak kembali (dalam hati) kepada orang yang berkata-kata sedemikian seakan membenarkan perlakuan "TIDAK PERLU MENUTUP AURAT" .. dan seolah menyokong sangat yang sedemikian itu lebih mulia!. Marah dan geram beraja di hati, tetapi, demi kemaslahatan perhubungan dan ukhwah persaudaraan, aku memilih untuk diam lebih baik daripada bercakap, hanya berdoa dalam hati agar Allah memberinya dan si fulan itu hidayah ~ OH! Sungguh selemah-lemah iman di dadaku!

NAMUN, seketika, datang pula satu suara ‘nafsu emosi’ berbisik dibirai telinga aku:- ‘Alah, dia tu, yang bercakap macam tu pon kiranya mengumpat la tu.. kalau tidak, kenapa nak cakap macam tu kat orang yang bertudung dan bersolat?. Iya ka yang TAK BERTUDUNG tapi SOLAT tu TAK PERNAH LANGSUNG MENGUMPAT DAN MENGATA.. tengok yg tu pon macam lajuuuu je dok ’bercerita’ perihal orang!!..

Sedang asyik leka menjuih bibir kiri tepi kanan, tiba-tiba ada satu 'DUSH'!!.. Terasa satu tamparan kasar di dada (dan di kepala hotak!!)!. Pedih dan perit!.

Satu sudut HATI NALURI aku bertanya kepada NAFSU EMOSI.

~ Kenapa kau terasa weihh? Apa kaitannya ‘statement’ di atas tu dengan kau?. HAH!. Ni mesti kau pon dok buat benda yang sama, pasal tu kau terasa kan kan kan!..

~ Makna kata, kau terasa sebab kau yakin agaknya, orang yang menutup aurat itu adalah kau!. Kau yakin agaknya orang yang solat tak tinggal itu kau! Dan KAU YAKIN AGAKNYA, ORANG YANG MENUTUP AURAT DAN BERSOLAT TAPI TETAP MENGUMPAT MENGATA ITU KAU!!!...

KAN KAN KAN????!!!!...

Tiba-tiba nafsu emosi aku mentertawakan aku dengan berdekah-dekah mendengar kata-kata hati naluri aku yang mencela dan mengutuk diri aku sendiri!.. CHAITSSSSS!!!..

Membaca kembali entri-entri lepas, KONON asalnya aku berazam ingin menjadi orang yang berjaya seperti yang difirman Allah dalam kalam-Nya yang suci.
Firman Allah bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 104)
Tetapi.. MALANGNYA!, aku terlupa diri!!..

Aku bersungguh membaca surah ke-3 Al-Quran yakni Surah Ali-Imran tanpa terlebih dahulu merujuk surah ke-2, yakni surah Al-Baqarah yang bermaksud demikian.
Firman Allah bermaksud:
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 44)
Triple cheh chaits chesss utk aku!!.. (tak dak akai ka???!!.... huhuhuhuhu....)

Teringat dialog dengan mak perihal ini:

Mak: Tak payah nak pening kepala susah hati untuk orang. Mulakan dengan susah hati untuk diri sendiri!. Bila hati dah kuat, iman dah mantap, perasaan tu semua takkan ada lagi. Kadang-kadang, nak nasihatkan orang ni, takyah pakai mulut pon takpa, bile depa tengok kita baik, secara automatik depa pun nak jadi baik. Macam pi masjid la. Orang semua tau yang masjid tu tempat mulia, nak masuk masjid kena tutup aurat, takyah suruh pon, kalau depa kena pi masjid, depa tutup aurat. Tapi, cuba suruh pi makan kenduri kat hotel, yang tutup aurat tu pon silap-silap pakai baju ketat, pasai depa tau yang hotel tu tempat bergaya, tempat tayang segala bagai.

Mak lagi : Jadinya, toksah dok risau dosa orang. Risaukan dosa diri sendiri dulu. BETUI ka kita ni dah CUKUP BETUI?. Kadang-kadang bila kita rasa kita DAH CUKUP BETUI, tu la YANG TAK BETUI TU!. Pasai yang dok kata kita BETUI tu NAFSU. Orang beriman tak berani cakap dia dah BETUI, sebab sapa yang tau kita ni BETUI ka tak BETUI HANYA ALLAH. YANG SEMPURNA ITU HANYA ALLAH!.

Aku : Allahu. ok ok ok mak.. mak betui.. sangat betui betui betui... paham paham paham.. (ok mak, anak mak nni yang kena dok perbetui diri sendiri sebelum dok tunding jari tengok orang tak betui dan asyik dok nak betuikan orang..).

Mak dah merungkaikan kusut nafsu di hati aku. Aku dah dapat jawapannya!.
Sayang Mak!. Muahs muahss muahss...

YA! Mulai hari ini, aku berazam untuk MEMPERBAIKI DIRI.

Di antara cara memberikan nasihat yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Sallam adalah dengan perkataan-perkataan yang baik dan dengan merendahkan suara.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu:

Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Sallam bersabda:
”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam...” (HR. Bukhari dan Muslim).


DI MULAI DENGAN ~ MENYIMPAN AIB DIRI SENDIRI DAN JUGA AIB SAUDARA ISLAM ~ SEMOGA DENGAN ITU, ALLAH JUGA MENYEMBUNYIKAN AIB DIRIKU DUNIA DAN AKHIRAT!. Ameen.

- Ketika aku bercerita / mengumpat / mengata perihal aib orang lain ~ sebenarnya aku membuka aib diriku sendiri ~ yakni keaiban diriku yang sedang mengumpat / mengata yang silap-silap boleh membawa kepada fitnah!.

MENGUMPAT ~ adalah memperkatakan perihal BENAR tentang saudaramu!. (Hukumnya memakan bangkai saudara yang diumpatkan!)
FITNAH ~ adalah menceritakan atau menokoknambah umpatan dan menyebarkan berita TIDAK BENAR perihal saudaramu!.
(Hukumnya sama seperti membunuh nyawa manusia!)

Dua-dua BERDOSA!. (aaaaaarrrrrrrrgggggggg!!!!.... huhuhuhuhu)

Jika cerita yang disampaikan itu membuatkan saudaramu (diketahuinya) tersinggung, tidak suka, kecil hati, benci dengan perihal yang disampaikan, MAKA KETIKA ITU, ALLAH MELAKNATIMU!. Mahukah??! Allahu!. (tak maaaauuuuu laaaaaa!!!... huwaaaaa waaaa)

Pendek cerita ~ aku kena mula untuk ’SAY NO TO MY MOUTH UNTUK MENGATA ORANG, waima bercerita perihal buruk orang pon aku nak cuba elakkan (JUJUR!, saat dan tika ini aku tak kuat untuk TIDAK 'MENGATA' PERIHAL ORANG.. ada sahaja perihal kamu, dia, juga mereka itu yang aku 'SEBUTKAN'.. kekadang, sambil dengar ceramah, perihal ceramah yang di utarakan dek ustaz penceramah tu pun aku 'umpat' dengan cik abang dalam kereta...!! haish haish haish!! MALU MALU MALUUUUUU!!!....)

Kata para ulama':-
"Sesiapa yang menasihati saudaranya secara bersendirian, perbuatannya itu adalah nasihat. Sementara sesiapa yang menasihati saudaranya dihadapan manusia, sesungguhnya dia telah mencelanya.".

The morale of the story to me:
"NAK MULAKAN DAKWAH, ADALAH, MEMULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI. KALAU DIRI PON TAK BETUL, JANGAN PERASAN NAK BETULKAN ORANG!!!..."

Peringatan untuk diri sendiri :
Satu aib saudaramu kau simpan, maka satu aibmu Allah sembunyikan. Satu aib saudaramu kau sebarkan, sepuluh aibmu disebar dek mulut orang ke telinga orang dalam gandaan 10, dan di akhirat kelak, aib itulah yang akan malaikat war-warkan dan semua mencemuhmu kerana keaibanmu itu!. NAK KE??... NAK KE?... SENDIRI MAU INGAT HA!!!...(waaa waaa waaaa.... tak nak tak nak tak nak!!... tapi, camner eh?... uishhhh... LEMAHNYA IMAN AKU!!! Astaqfirullahal ’azhiim!!).

Ingat ini wahai diri:
"JIKA HENDAK MENEGUR DAN MENASIHATI ~ DO IT AS ONE TO ONE BASIS ~ DO NOT SHOW IT TO PUBLIC!!!. ITU BARU NAMANYA DAKWAH.. KALAU TIDAK, BAIK 'TAKYAH'!!!!..."

~ yang aku yakin betul, Blog aku ini (serta yang aku tahu betul yang aku pilih), adalah satu daripada timbunan "Buku Motivasi" utk aku dan anak-anak aku.. maka itu, salah satu cabang untuk aku mentarbiyah diriku sendiri adalah melalui baitan ayat di blog aku sendiri!!.. TITIK!.



Oh ya.. teringat aku akan FATWA KAUM BERUK oleh keretamayat.. eh eh.. silap.. FATWA KAUM "KERA".. hahaha... (gelak tu gelak jugak tiny... pandang dari sudut yang boleh perbaiki diri.. JANGAN JADI BERUK KERA BETINA PULAK!!!). GULP!!





Ya Allah.. redhai kami semua. Ameen.


.

.

15 comments:

iina said...

Aku senyum dengar apa mak ko cakap.. betul sangat tuh.. tapi biasalah kan.. bila ada mulut tuh rasa nak bercakap jek bila tak puas hati.. InsyAllah.. pelan2 kita belajar

Kaktiny said...

iina > dah namanya MAAAAKKKK kan.. kehkehkeh... hanya mak je yang dgn tanpa rasa bersalahnya boleh kata yang anak dia tak betul.. dan hanya dengan mak sahaja si anak mampu menerima teguran yang diri tak betul.. kehkehkeh...

aku sangat2 mentah dan naive dalam bab2 ni semua.. tolong tegur dan betul kan aku jugaks yer..

sayang ko.. muahss..


:)

ckLah @xiiinam said...

"Mangumpat" itu apabila kita berbual tentang keburukan, keaiban dan kejelekan orang lain, dengan menyebut-nyebut namanya. Dan biasanya, dilakukan tanpa rasa bersalah.....

Jika dikaitkan dengan hal solat, tudung, puasa dan sebagainya, seperti yang terpapar di sini, ckLah cuma mampu menjawab begini:

"Sesungguhnya antara iman dan taqwa itu ada bezanya. Di sinilah yang kita selalu tidak cakna....

...lalu di samping kita sentiasa memohon agar dikuatkan iman, doa dan harapan kita juga semoga ketaqwaan kita sentiasa utuh!

Dengan adanya taqwa, pasti kita selamat. Yang selebihnya tentang perilaku seseorang itu... memang kita mungkin boleh melihatnya secara zahir, tapi di sebaliknya itu adalah urusan Allah. Hidayah itu kepunyaan Dia, dan urusan Dia samada mahu menghidayahi kita atau sebaliknya.


Wallahu'alam.

kaklong said...

ye betul....hidayah itu kepunyaan Allah,semoga kita semua sentiasa beroleh hidayahNya...jadi...stop giving statement about others...baiki diri dahulu....chaiyok!

Kaktiny said...

ckLah > … dan sesungguhnya, baik tingkat iman mahupun tingkat takwa, tiny ni sering terkandas dalam nafsu “TERASA” tu cklah.. huhuhu…
(pantang ada yg menjentik, mengusik, melastik.. mula telinga terasa pedih, panas, meruap.. jantung berdegup cepat.. huwaaaa..)

Ya, tiny amat mohon, hidayah Allah itu sentiasa diberi kepada diri tiny ni, yg asyik terkeliru, buntu dan haru-biru.. dalam melayari hidup sebagai, umat, insan, masyarakat, anak, isteri serta ibu.. (tolong Ibu Guru.. tolong didik anak murid mu ini... huwaaaa...)..

Semoga kita semua dalam rahmat dan hidayah Allah.. ameen.


...tolong cklah.. ajarkan cara mencakna iman dan takwa.. kerana sering didombakan dengan kata nista yang berkata ’USAH JAGA TEPI KAIN ORG, LIHAT KAIN SENDIRI YANG KOYAK TAK BERTAMPAL”!.

(Hati menjawab ~ setidak-tidaknya, kain aku yg koyak tu, jubah luar.. kat dalam, ada seluar hitam panjang yang tersarung.. tapi, kain ko yang koyak tu, kain batik lepas yang terbelah di depan... aku offer kain dalam, ko tolak.. taknak sudah, biar nampak yg dalam-dalam.. kalau ada org kejar dan rogol, jangan kata aku tak tegur dan tak tolong!!..)

See see see... nak jugak menjawab tu.. inilah ‘KEDEGILAN SEORANG TINY!!.. huwaaaaaa…..

TOLONG TEGUR SAYA WAHAI IBU GURU!!!!....
SAYA NAK BERJALAN DI LANDASAN YANG BETUL… TAPI SERING TERSASAR KE HALUAN YANG TAK BERAPA NAK BETUL!!...

Kaktiny said...

kaklong > betul yang.. hari ini kita mungkin rasa kita di jalan yang betul.. dan org itu tidak betul.. tapi, esok lusa.. Allah boleh sahaja bolak-balikkan hati sesiapa shj utk jadi tak betul.. nauzubillah..

Begitu juga hidayah Allah.. meski di hujung usia pon, seorang pelacur diterima amalan kebaikannya hanya kerana jiwa tulusnya memberi minum seekor anjing..
Benarlah, hidayah, kehidupan dan pengakhiran itu, adalah rahsia Allah yg tidak akan mampu ditembusi mata kasar kita insan yg serba jahil dan lemah ini..

Ingatkan aku yang.. andai tanpa sedar, aku sedang tergolong dalam golongan KERA BETINA itu.. (aku ni kan lajuu je bab2 lidah tak bertulang nih!!... huwaaaa..) ~ sila tampar aku laju2 k.. supaya aku sedar skit.. huuhuhuhu...

Acik Erna said...

assalam tiny..terima kasih..
insaf..betapa kerdilnya diri ini.

Kaktiny said...

As Salam kak..

tolong tegur tiny bila ternampak tiny tersasar kepada perkara yg tak betul ye kak..

Makbonda61 said...

Salam Tiny,
Sebab tu makbonda sering berdoa

"Ya Allah, jadikanlah mataku ini sentiasa melihat orang membuat kebaikan,jauhilah ia dari melihat kemungkaran.
Telingaku sentiasa mendengar ilmu yang bermunafaat.Jauhi dari mendengar cerita kejahatan."

Neeza Shahril said...

sebagai manusia, memang kita nampak salah orang dulu. Salah kita mana lah kita nak nampak kan...

Tapi bab menutup aurat, bab solat tu.. semua tu lain2 tapi semuanya wajib. Tiangnya solat. Kalau solat tak betul, amalan lain pun tak betul la.. maknanya kalau solat tapi masih tak tutup aurat, maknanya, something is wrong dengan solat tu.. itu yang akak belajar la Tiny... Wallahualam..

Kaktiny said...

Mak Bonda > terima kasih makbonda.. terima kasih atas doa yang dititipkan dan peringatan yang disampaikan..

Besaaarrr ertinya pengajaran daripada komen mak bonda ini kpd diri yang kerdil ini.. terleka seketika.. akan doa yang mempunyai kuasa minda yang cukup besaaarr ertinya.. sangat-sangat berterima kasih... sungguh!.

Mulai hari ini, setiap hari, tiny mohon kepada Allah..
"Ya Allah, jadikanlah mataku ini sentiasa melihat orang membuat kebaikan,jauhilah ia dari melihat kemungkaran. Telingaku sentiasa mendengar ilmu yang bermunafaat. Jauhi dari mendengar cerita kejahatan." Ameen.

(Ya Allah.. rahmati dan redhai orang yang menyampaikan ilmu ini kepadaku.. ameen).

Kaktiny said...

Kak Neeza > betul kak.. itu mmg fitrah kita sebagai manusia.. salah org senang dilihat, salah sendiri, sering terabai.. maka itu kita perlukan mata org utk memandang, lidah org utk menegur dan kita amat perlukan saudara dan sahabat utk meyampaikan kebenaran dgn kesabaran.. betul tak kak?..

.. tiny pon dengar yg sama kak.. amal maaruf nahi mungkar itu adalah fardu ain kpd semua umat Muhammad.. perkara solat, aurat, dan semua amalan wajib itu kena sama2 tegur menegur..
.. betul juga kak.. tiny pun dengar ceramah, ustaz kata.. "TIDAK SEMPURNA SOLAT SESEORANG JIKA DENGANNYA TIDAK DAPAT MENCEGAH IA DARIPADA MELAKUKAN KEMUNGKARAN".. kalau solat tp tak pakai tudung tu, mmg ada yg tak kena dgn imannya kan kak..

.. dan lagi.. ustazah fardu ain tiny ckp, mengumpat itu terbahagi kepada 2 dlm HUKUM MAKHRUH.... ada umpatan yg belum sampai ke tahap BERDOSA BESAR.. tapi, kalau tak pakai tudung tu, MMG SAH SAH JATUH DLM HUKUM HARAM- BERDOSA!. kan akak kan.. (Wallahu 'alam).

suara said...

Huhuhu... Bila hati dah geram, mulut nak bercerita rasa ringan.

Ya Allah... ampunkan kami. Lindungi kami dari melakukan dosa besar dan kecil, yang disengajakan dan yang tidak disengajakan...

** membayangkan diri dok menongkat dagu depan mak tiny, menumpang mendengar nasihat yang tak ternilai harganya.

Asleh Nafsak said...

assalamu'alaikum wbt.

maaf, saya hanya mahu menegur 'typing error' anda.

berkenaan surah Al-Baqarah yang bermaksud "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?".

bukan ayat 4 tetapi ayat ke 44. semoga dapat menyemak semula.

entry anda sangat terkesan! teruskan menulis dan berjuang di jalan Allah! insya Allah! :)

Kaktiny said...

Islah Nafsak > Allahu Akhbar.. Alhamdulillah kerana sudi menegur kesalahan yg sya lakukan tanpa sedar itu.. Ya, saya telah menyemak lalu menukarnya.. (kesalahan menaip tanpa menyemak semula!!.. kena lebih berhati2 selepas ini..)

Syukur anda menegurnya.. jika tidak, kekallah ia menjadi kesalahan tanpa sedar.. nak pula jika ada org yang mengambil tiru secara buta-tuli tanpa menyemak,lantas menyebarkannya.. Astaghfirullahal'azhiim... mohon Allah lindungi..

Jazakillahu khair.. moga rahmat Allah mencerahi hidup anda.. terima kasih..

Salam ukhwah..

:)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.