Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Saturday, April 02, 2011

PENYAMPAIAN MAKLUMAT ~ ILMU vs. EMOSI

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah, yang memberi anugerah dan ilham kepada setiap insan.. salah satu kemudahan dan anugerah ciptaan-Nya adalah BLOG!.

Sungguh aku sangat bersyukur kerana adanya BLOG ini, aku bisa menghamburkan minatku.. MEMBACA, BERCAKAP, MENULIS.. ketiga-tiga minatku ini dirangkum dalam satu medium bernama BLOG!.

PENULISANKU TANPA SEMPADAN RASA...

Di BLOG ini, aku hamburkan MAKLUMAT secara tebar-rata!. Menulis melata mengikut arus akal yang berfikir, emosi yang adakalanya tidak stabil, rasa yang adakalanya berat sebelah, naluri yang ada masanya berbahagi... secara pukal...

Kerana di sini, AKU BEBAS BERBICARA!. (juga dengan nada dan rasa yang serupa kepada kotak komen aku serta di kotak komen kalian, orang yang bagiku, DEKAT DI HATIKU ~ meski ramai di antaranya yang aku tidak pernah bersua secara EMPAT MATA... hihihi...).

Andai aku definisikan MAKLUMAT di BLOG ini sebagai MAKANAN, ia sama seperti BUBUR ASYURA..

BUKANKAH BAHAN RESEPI BUBUR ASYURA BERLAINAN ISINYA?.
Resepi bubur asyura aku tidak semestinya sama seperti kalian. Mungkin aku letak keledek merah, kalian letak keladi.. mungkin aku letak pulut hitam.. kalian letak kacang hijau... aku letak pisang emas, kalian letak pisang raja.. RAMUAN YANG BERBEZA TAPI SAMA JE BUBUR ASYURA NAMANYA..

BEGITU JUGA PENERIMAAN KEPADA BUBUR ITU. Jika kalian tidak suka jagung, buang jagungnya.. jika tidak suka keladi, buang keladinya, jika tidak suka kacang, buang kacangnya.. makanlah hanya kuahnya.. DAN, JIKA TIDAK SUKA BUBUR ASYURA ~ JANGAN LANGSUNG MENYENTUHNYA!!..

Mudah bukan?..

Justeru itu wahai kalian yang singgah membaca.. Ketahuilah oleh kalian...

PENULISANKU INI SEKADAR PENYAMPAIAN MAKLUMAT...

Maklumat itu bisa datang dengan berita, cerita, kisah, bicara, atau apa sahaja, sesuka hati aku menulisnya... dan 'tujuan' penulisanku, tak perlu dinilaikan, bukan milik kita penilaian itu (tiada ganjaran fizikal kepada sebarang penilaian)!!. Maklumat ini aku garap dengan campuran ilmu, emosi, naluri, perasaan pelbagai perisa perasa!.

MAKLUMAT itu bisa menjadi BETUL DAN SALAH.
YANG BETUL ITU ILMU!.
YANG SALAH ITU EMOSI!.
MAKLUMAT ITU UNTUK DICERNA ~ SERAP ILMU, KETEPI EMOSI.


Maka itulah para hukama sering menyebut:
"YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH, YANG BURUK ITU ADALAH KELEMAHAN SAYA SENDIRI".

BENAR!.
Yang baik itu adalah ILHAM RASA DARI ALLAH..
Yang jelek itu adalah TIUPAN NAFSU YANG BERGANTUNG DI BIRAI EMOSI DIRI..


#Pandai-pandai kalianlah wahai pembaca, untuk membezakan yang BAIK juga yang JELEK!.

Segalanya aku pulangkan kembali kepada Allah yang Maha Mengetahui, maklumat dalam penulisanku ini tidak sampai setitik air di hujung jari berbanding luasnya ilmu milik Allah bak air di lautan. Meski setitik ilmuku, namun, ada titisan yang tersisa kotoran di jemari juga debu pada udara!.

HANYA SATU SAHAJA ILMU (PENULISAN) DI DUNIA INI, YANG LENGKAP TANPA KRITIKAN.. 'PENULISAN' YANG MANTAP DAN BENAR ~ AL-QURAN!!.. IA ADALAH KALAM SUCI ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM – SECARA LANGUNG ~ TANPA TOKOK TAMBAH.. IANYA DIPELIHARA OLEH ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA. IA CUKUP SEMPURNA!!.

Firman Allah yang bermaksud,
"Kitab (Al-Quran) itu tiada diragukan, menjadi pemimpin untuk orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan". (Surah Al- Quran Al-Baqarah 2 : Ayat 2)


*****************************************************************************
Kepada kalian yang mencemuh, tolong jangan benci aku kerana penulisanku ini, aku juga masih belajar dan mendidik diri. Banyak lagi rompong dan lopongnya minda dan jiwa ini terutamanya dalam penyampaian maklumat di blog ini... banyak lagi ruang yang perlu aku tampal dan isi dengan nasihat, peringatan serta pembetulan.. Sudikanlah menegur tata salah bicara dan tingkah.. Jikapun ada terselit 'rasa terasa' (aku juga manusia biasa seperti kalian), tetapi, aku tidak mahu membawa perasaan itu ke akhirat, aku lepaskan kembali kepada Allah dengan lafaz:

"Innalillahi Wainnailaihi raajiun" (Sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali) ~ (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2: sebahagian ayat 156)

Andai ada rasa BENCI, MARAH, DENDAM, IRI, GERAM, SAKIT HATI kalian kepada penulisanku ini atau kepada diriku.. MOHON JANGAN DI SIMPAN, MOHON JUGA JANGAN DISEBARKAN KEPADA MANUSIA LAIN... KONGSIKANNYA DENGAN ALLAH ~ HANYA KEPADA ALLAH.. LAFAZKAN RASA SAKIT, BENCI, AMARAH, DENDAM KALIAN ITU KEPADA ALLAH.. Semoga Allah hadirkan penawarnya kepada anda!!.

Kepada yang menyokong, sangat aku hargai sokongan kalian (kritikan kalian juga satu sokongan, yang sangat aku hargai, untuk memperbaiki kelemahan diri)...

Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam berlari mendapatkan Khadijah A.S untuk menyelimut dan menenangkan Baginda tatkala Baginda menggeletar menerima wahyu pertama Allah melalui Jibrail.

Saidatina Khatijah menjadi dahan Baginda berpaut emosi ketika orang kafir menghinanya. Kenangan dan budi Saidatina Khatijah, Baginda Rasulullah terusan menghargainya, meskipun isteri tercinta itu telah meninggal sebelum Baginda.

Sabda Rasulullah kepada Saidatina Aisyah A.S:
"Khatijah beriman kepadaku, ketika yang lain mengkufuriku. Dialah yang mempercayaiku, ketika yang lain mendustaiku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku, ketika yang lain menahan pemberiannya..." (Hadith riwayat Imam Ahmad).

~ Wallahu ‘alam Bisawwab ~

Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam tetap mengenang dan menyanjungi orang yang dikasihi dan yang pernah berbudi kepadanya.. Justeru, kepada kalian yang menyokong, budi baik kalian tidak mungkin akan aku mampu membalasnya... TERIMA KASIH!. Aku serahkan kembali ucapan salam selamat dan terima kasih itu kepada Allah Azzawajalla dengan bacaan Al-Fatihah.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segenap pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang. Yang Menguasai hari Pembalasan (Akhirat). Hanya Engkau (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (Al-Quran Surah Al-Fatihah 1 : Ayat 1-7)


Syukran Jazilan Ya Allah.
Alhamdulillah Ya Rabb.
Jazakillahu Khairan Kathira
~ Balasan Allah untuk kamu (kepada sahabatku yang kebanyakkannya wanita) dengan kebaikan yang banyak. Ameen.

Semoga kalian dan kita semua diberkati dan diredhai Allah dunia dan akhirat..


Aku mohon redha-Mu Ya Rabb. Redhai kami semua. Ameen. .

17 comments:

ckLah @xiiinam said...

Teruskan 'menghambur minatmu' di blog Tiny...
Teruskan menyuguhkan bubur asyuramu lewat medium ini...

...kerana ckLah tahu, Tiny tidak pernah menulis sekadar mahu menulis seperti kebanyakan bloger lain. ckLah sangat tahu itu.


Dari ckLah, yang keterujaan berlaman sosialnya sudah mula menurun, kerana banyak faktor.

Kaktiny said...

cklah > bergenang manik halus di birai mata 'anak murid mayamu' ini..

benarlah kata pepatah ~ "Hanya Jauhari Mengenal Manikam.."

Hanya guru yang mengenal 'muridnya'..

Terima kasih cklah..
"Guru,
Kau hadir sebagai pemangkin,
di kala emosi diri bak jelly di pinggan kaca yang leper,
menghulur kata sebagai semangat, akan ku pegang menjadi azimat.."

(sajakku utkmu Ibu Guru..)


..tiny tahu dan yakin benar, di satu masa nanti, *PENYAMPAIAN DI BLOG INI JUGA AKAN "BERKURANGAN".. DAN AKAN TIBA MASANYA IANYA AKAN "BERHENTI BERNADA".. ITU PASTI!.


sayang cklah.. muahs..

zino said...

bebas utk menulis apa saja... hanya diri sendiri yg mampu menyekat nya hehe

blackcardomompods said...

Ctpun mcm kaktiny,rasa tenang je bila menulis.lantaklah org suka ke tak janji apa yg benar kita nk sampaikan tu benar bknnya kita nk tunjuk lv handbagpun.kalau buat entry tunjuk tu kena kutuk le pun xpe psl kita gatal sgt nk nunjuk2 buat org lg sakit hati.mg patutpun org sakit hati n mata.hihi

aNIe said...

Tiny... jgn disebabkan segelintir dari mereka yg tidak suka pada cara kamu menulis membuatkan kamu berundur...

Teruskan minat itu kerana kami ada bersama untuk berkongsi apa jua ilmu yang bermanafaat yang ditulis di sini

Cikgooden said...

sejak akhir akhir ini, baca blog kak tiny dah macam dah baca buku motiasi agama....

hang kumpul-kumpul n3..buat buku....jual.

iina said...

Teruskan menulis.. kritikan itu adalah lumrah.. biasalah kita kan manusia ada hati dan perasaan pasti tersentuh juga sikit2 tuh.. ;)

Anonymous said...

Menulis ni membantu diri kita sebenarnya.... sebab tu makcik ni (kak tie laaa) sibuk nak tulis benda-benda remeh dalam hidupnya.

err...

kak tie dah tukar url, baru bebas menulis.

sindiketsulit said...

kak,
hang p mana nih?
awat senyap?
jgn le merajok..
cepat la membebel.
eh, cepat la menaipp..
cepat ler.. cepat lerr..
*Sambil tarik-tarik kain hang*

Kaktiny said...

Abah zino > betul tu kana bah zino kan kan kan… hanya Allah yg mampu menarik nikmat ini.. bukan tangan manusia kan.. kuikuikui..

Kaktiny said...
This comment has been removed by the author.
Kaktiny said...

blackcardomompods > betul dear.. even kalau nk tunjuk beg LV pon, apa salahnya kan.. blog sendiri… sendiri jawab ler… ye dak?.. kehkehkeh… diaorg tu, yg sakit hati, bukan sebab apa, sbb diaorg sukaaaaaa… suka nak bagi pahala freee… kalau diaorg tak suka, dioarg tak tgk dan tak kata… we should be thankful to people yg dok ngumpat mengata kita ni… bukan senang ooo nk suruh org bagi ‘rezeki’ percuma….. kehkehkeh….

Kaktiny said...

aNIe > akak.. jgn bimbang kak… itu tak menjadi kudis pada tiny.. cukup tiny pernah merugikan nikmat kurniaan Allah ini sekali dulu.. kini tidak lagi.. dan tiny akan lebih menghargai ‘rezeki’ dan ‘anugerah’ Allah ini.. InsyaAllah…

Terima kasih kak.. atas dorongan dan sokongan..

Kaktiny said...

Cikgooden > katanya, hidup harus ada anjakan paradigma kan cikgu kan kan kan…
Bila anak aku dh pandai membaca, maka ini adalah satu daripada bahan ilmiah utk dia.. jadinya, mmg ini adalah BUKU MOTIVASI untuk anak-anak aku…

.. dan ya, aku akan bukukan dan hadiahkan kepada anak-anak aku sebagai tinta kenangan utk mereka bila ibu ini tiada kelak..

Kaktiny said...

iina > yes dear.. I am fine as long as my dearie best friend keep on giving me their support.. especially you, my dear.. hihihihi…

Aku ok.. biasa la.. terasa sikit-sikit tu yang syok tuh.. buat azimat semangat.. kan.. kehkehkeh..

Kaktiny said...

dangarumbia > mak haaiiii.. sudah tukar laa ini makcik… hihihi..
sorry kak tie.. gurau jer..

Dapat menulis itu nikmat Allah kak.. macam nikmat makan dengan mulut.. takkan kita taknak guna kan.. cuba tgk org yg kena makan guna saluran paip… kesian kan..
Blog ni kan kemudahan teknologi, juga kurnia dari Allah.. macam kemudahan kereta, kalau dh mampu pakai kereta, takkan masih nak berbasikal kan?.

Jadinya, wajiblah utk kita guna nikmat dan kurniaan Allah ini kan.. kalau tidak, nanti jadi kufur nikmat pulak kita ni.. nauzubillah… hehehe.
Thanks kak.. for the motivation and support..

Kaktiny said...

rosdiana > hang tak pernah GAGAL buat aku gelak guling –guling dan terbahak-bahak..
Dulu dan kini.. semoga selamanya.. amen.

*aku setuju bak kata si tasek.. ntah dari planet mana hang ni mai eh?.. kehkehkeh.. (insan yg menghadirkan tawa pada insan lain tanpa ada yg ketahui berita di birai hatinya… apakah?...)..

Sayang hang wos!.. Sungguh!!. hehehe..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.