Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, April 21, 2011

TERLALU DEWASA!.


YA!. Emosi aku memang kalah andai berita-berita begini tersiar.. sangat kalah.. jiwa kacau aku meronta.. jiwa murni aku sering terkandas dibelakang... (dah tak menyempat nak simpan entri.. nak jugak tulis.. haish!!..)

Aku tidak kuat untuk TIDAK BERKATA tentang perkara yang berkaitan aib, berkaitan maruah, berkaitan agama yang dipersenda secara MEMB*B* B*T*.. (lebih baik buta huruf daripada BUTA IMAN!!) – meski bersungguh aku cuba untuk tidak bersuara, tetapi.....haish!..

Membaca kenyataan yang sungguh berani.. sungguh-sungguh berani!.. Aku masih menggeleng tanpa henti!..

HEBAT (B*D*H) MANUSIA ABAD INI..

PERKARA DOSA BAGAIKAN RANCANGAN REALITI HIBURAN..
PERKARA AIB ADALAH SESUATU YANG OK, YANG BOLEH, YANG ASYIK UNTUK DIJAJA, DIBONGKAR, DISELONGKAR, DICANANG, DIWARTA KEPADA SELURUH MANUSIA!!.

Andai setiap keaiban itu dibalas dengan AZAB SEGERA.. mahukah keaiban itu diwartakan?.. Aduh.. mana hilangnya malu?... mana perginya maruah?..

WAH.. DASYAT!.
Sehingga tiada malu kepada Allah.. kepada Sang Pencipta yang sedayanya menyembunyikan aib kita semua daripada terbuka hijabnya!!..

Manusia sendiri berkejar-kejar membongkar aib di celah kain orang dan kain sendiri!.. Astaghfirullahal’azhhim.. (syaitan itu makluk yang benar-benar berpegang kepada janjinya kepada Allah.. untuk menipu dan menyesatkan manusia.. dan berjaya membuatkan manusia berpegang kepada janji autanya yang nyata!..)

Mana NILAI INTEGRITI masyarakat pasca modenisasi ini?????!!!!!!!
(Wajib!!! Inilah kajian yang aku buat untuk proposal pengajian aku!! SUNGGUH!!).

......................................................................

Anak-anak Ibu...

Kalian TIDAK PERNAH DEWASA walau seinci, walau selangkah, walau setingkat di hadapan Ibu!.. Andai sahaja kalian berasa umur kalian bertambah, namun, kalian TIDAK AKAN PERNAH mampu membatasi maupun melewati batasan umur Ibu walau sehari, walau seminit, walau sesaat... KALIAN TIDAK AKAN PERNAH DEWASA!!..

Jadinya, tiada istilah KAMI TELAH DEWASA jika ia melibatkan soal agama dan maruah diri.. JANGAN PERASAN bahawa KAMU TELAH TERLALU DEWASA DAN BIJAK dengan cara hidup dan pemikiran kamu!.. TIDAK SEKALI-KALI!..

Jika Al-Quran itu tidak kamu fahami, dalami, hayati, ikuti... jika sunnah Rasulullah itu tidak kamu tahu sepenuhnya dan teladani sebenar-benarnya.. JANGAN KAMU RIAK MENYATAKAN KAMU SUDAH CUKUP DEWASA.. Ingat pesan Ibu!!..

Sebagaimana Ibu tidak pernah berasa ibu sudah lebih dewasa daripada MAK TOK!.. Ibu sentiasa perlukan maktok.. untuk menyedarkan Ibu, yang masih mentah hal ehwal dunia ini!..

Justeru itu, sampai mati pun, ibu tidak akan benarkan kamu berasa kamu CUKUP DEWASA untuk memperlakukan tingkah sewenangnya dengan MENGHALALKAN YANG HARAM!!.. TIDAK PERNAH...

Ibu doakan kalian, WAHAI ANAK-ANAK IBU dan kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. serta diberi HIDAYAH ALLAH, sentiasa.. semoga pintu taubat itu, Allah buka untuk kita semua.. ameen...

.....................................................................................

Di Kelas Fardhu Ain, Ustazah suruh kami semua hafal Surah Al-Zalzalah (98) – bagi yg belum hafal ler.. hafal dengan terjemahannya (bukan hafal ayat jer.. jgn jadi burung kakak tua!!!.. hihihi).

Setiap malam Jumaat, selepas solat maghrib, lakukan Solat Sunat Tashil 2 rakaat. Rakaat Pertama baca Surah Al-Fatihah diikuti Surah Al-Zalzalah sebanyak 11 kali. Rakaat Kedua juga baca Surah Al-Fatihah diikuti Surah Al-Zalzalah sebanyak 11 kali (no diskaun, kepada yang tanya ustazah, boleh tak baca 3 kali je.. kehkehkeh).

Menurut Ustazah, Solat sunat ini tujuannya untuk mengingatkan kita tentang maut kita dan semoga Allah memberi keizinan untuk memudahkan kita ’terasa’ maut itu menghampiri, dan mampu bersedia menghadapinya.

Membaca Surah Al-Zalzalah beserta terjemahannya, terasa sungguh seram bulu roma..

Firman Allah:
[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan (dalam surat amalnya)!
[8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan (dalam surat amalnya)!
(Surah Al-Zalzalah 98 : Ayat 1-7).


MENULIS INIPUN, AKU HAMPIR PITAM!..

Ya Allah, redhai kami. Ameen.



.

12 comments:

blackcardomompods said...

kita suka tul baca surah tu esp for those yg sibuk tanya pasal kiamat dn islam,memang surah tu jadi rujukan.tapi as Allah said in quran,manusia akan lupa sampai terjadinya kiamat bru akui kebenaran quran tu..

thanks kak tiny for article,keep on writing..

Kaktiny said...

ct > kaktiny seram bulu roma bila baca surah tu, nak plak masa solat.. rasa macam malaikat maut kat tepi badan je.. meremang bulu roma.. nak nangis.. nak pengsan... semua rasa jadi satu..

.. tapi, itulah kita manusia ni kan.. insafnya kekadang 2 minit jer.. habis je solat, terus buat perangai balik.. tabiat.. tabiat!.. haish!..


.. thanks dear, for the spirit and encouragement.. InsyaAllah.. I will.. pray for me yah!.

:)

Mak Su said...

sekarng orang suka selak kain orang lain. hobi kot.... :(

Makbonda said...

Mengingati mati adalah cara terbaik manusia menasihati dirinya sendiri.

Kaktiny said...

maksu > hadoiillaaarrrr... kan maksu kan..

ambil iktibar kan.. kita jgn la dok buat camtu.. huhuhu...

Kaktiny said...

makbonda > sungguh kan makbonda..
....teringin sgt nk sampai kepada penghayatan yg cukup dalam tu.. haish.. bila la nk dapat.. asyik alpa, lalai dan leka jer!!!.. huhuhu...

tasekM said...

tiny syg.

nk kopi...





z149

Kaktiny said...

tas > maaakkk haaaiii... ini ari ko baru sampai kt aku tas?.. kalah marathon sinetron nih!.. kahkahkah..

ckLah said...

"Kepit kaki kejap-kejap, supaya kain tak terelak oleh orang lain...apatah lagi diri sendiri."


...perbuatan mengumpat keburukan orang lain, selalu dilakukan tanpa rasa bersalah. Entah sempat atau tidak menuntut kemaafan darpada yang di'aibkan.


'Allah akan menutup ke'abanmu, andai kamu menutup ke'aiban saudaramu'-janji Dia yang Maha Memiliki...

ckLah said...

Erata:
terelak>terselak
darpada>daripada
ke'abanmu>keaibanmu

Haih...cikgu ni! Gelojoh benar menaip!

Kaktiny said...

cklah > iya kan cklah.. bukan setakat kena kepit kain luar.. kena jugak pakai seluar panjang hitam kt dalam.. bagi tutup, tutup lagi.. org mmg suka sgt nk mencari aib kita..

... dan takutnya jugak, cam tiny ni, kekadang terduduk tak betul gaya, sampaikan angin bertiup pun, leh terselak kain.. huhuhu.. (tolong tegur kalau DUDUK tiny TAK SOPAN DAN TAK KENA CARA yg boleh membuka aib sendiri ya Ibu Guru ya...).




cklah lagi > penat naik pengangkutan awam masih terasa tu.. pasal tu taip pun banyak ter'miss' huruf.. hihihihi...
Miss U.. Miss U.. Miss U..

:)

suara said...

Thks tiny, atas ilmu yg dikongsi.
Tak pernah buat solat sunat tashil malam jumaat sblm ni... Huhu... InsyaAllah, berazam untuk melakukannya.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.