Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, April 27, 2011

Sahabat, Teman dan Rakan.

Dulu… masa aku ‘menyepi 4 bulan’.. (uish.. diam tak diam, dah 2 tahun berlalu eh.. hihihi)... dalam tempoh itu, banyak perkara yang aku renungi dan hayati.. dan kembali bermuhasabah serta mentarbiyah diri.. Kisah-kisah yang berlaku sebelum kejadian 4 bulan diam itu, impaknya terlalu banyak..

Masa kejadian-kejadian berturut-turut yang bertimpa-timpa itu (penggunaan perkataan berganda yang melampau - tatabahasa FAIL di sini!!.. hahaha..), rasa perit, sakit, pedih, semua rasa bersatu menjadi beban yang sangat berat untuk aku galas di pundakku.. secara sendiri..

YA.. aku akui.. aku sendiri tidak kuat untuk berhadapan dengan masalah demi masalah dengan hanya sekadar MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRIi.. rasa itu perlu diluahkan.. beban itu perlu dikongsikan.. bukan untuk menagih simpati.. bukan untuk mengharap ehsan, hanya sekadar untuk melepas lelah.. mengurangkan amarah.. menumpang semangat pada bahu teman yang sudi mencelah.. dan aku pasti, bukan aku sahaja sedemikian, kita semua juga sama.. kerana.. ITU FITRAH MANUSIA…

Aku teringat ketika itu, aku mencari TOKMA (jiran tersayang).
Duduk di sampingnya di pondok kecil tempat bersantai sambil mengadap kolam ikan mini serta bagi makan ikan-ikan kaloi kesayangan tokma, hati terasa amat tenang dan damai di Alam Damai..hihihihi.. (rindu dengan suasana itu.. huhuhuu)..

(gambar kenangan di 'pondok dan kolam tokma... hehehe.. serta ikan koi yg gumuksss itu..)

Teringat Pesan Tokma ketika itu..
"Cari kawan tu, kena pilih-pilih jugak. Boleh untuk berkawan dengan semua orang, tapi, untuk rapat bercerita, hanya dengan yang benar-benar boleh kita percaya. Setakat kawan blog tu, cari je yang makcik-makcik macam tokma ni, banyak pengalaman dan pengajaran. Tak payah cari yang muda-muda yang asyik nak berseronok je, kita tu kan bini orang, mak orang. Susah-susah sangat, kawan je ngan ikan-ikan kaloi kita yang gemuk-gemuk ni. Tenang je hati." pesan tokma masih sempat bergurau..

(Owh.. aku rindu tokma.. rumah kami sepelaung je.. tapi, nak jumpa.. ASTAGHFIRULLAHAL 'AZHIIM.. punyalah payah.. tak tau la apa yang kami sibukkan.. huhuhuhuhu... kalau bertukar juadah pun, sempat hantar kot depan pagar je, tak sempat nak singgah berbual... TOKMA.. I MISS U... huhuhuhu).

Dan lagi...

Aku sangat setuju dengan jawapan-balas-komen MakBonda kepada Bonda Ngasobahseliman di salah satu daripada entrinya:

“Saya bercakap begini sebab saya masih dalam keadaan waras,jika dalam keadaan kesakitan seperti kamu,belum tentu saya dapat berfikir dan bertindak dengan waras. Semoga ada insan yang membimbing saya. Kisah kamu juga menjadi ilmu kepada saya untuk muhasabah diri."

Ya… sangat benar kata-kata MakBonda itu..

Maka itu, jika kita bermasalah, jangan di cari orang yang berhadapan masalah yang sama dengan kita.. jika kita berhadapan dengan sesuatu beban, jangan diminta pertolongan dengan orang yang bebannya sama dengan kita.. kerana hasilnya nanti MUNGKIN mengundang lebih banyak musibah daripada maslahah!..

Dan lagi.. kita harus bijak memilih kawan untuk bercerita dan berkongsi berita.. pilih yang tahu menyimpan 'aib' anda.. bukan yang akan mencanangkannya ke serata dunia.. and it is VICE-VERSA ~ where, we also should be the same.. yang perlu menjaga rapat perihal aib teman.. (YA ALLAH, JADIKANLAH AKU TEMAN YANG TAHU MENJAGA AIB TEMANNYA SERTA DIJAGA AIBKU YA RABB!!...ameen).

Contoh 1 – Jika anda berhadapan dengan masalah rumahtangga, jangan diminta pendapat daripada orang yang sedang di ambang perceraian, kerana pendapatnya bisa mengheret masalah anda ke jurang yang lebih merbahayakan hubungan rumahtangga anda.. Tanyakan pendapat kepada seseorang yang rumahtangganya aman dan bahagia, mungkin di situ anda akan nampak hikmah dan jalan yang terang (dan anda harus kuat untuk melawan rasa cemburu, amarah, sakit hati melihat kebahagiaan rumahtangga teman anda itu. Anda kena akur dan redha dan bersyukur mempunyai teman sebegitu.. bukan mendoakan dia berhadapan masalah seperti rumahtangga anda!!).

Contoh 2 – Anda seorang yang boros belanja. Anda tidak dapat mengawal perbelanjaan bulanan dengan berhemah. Tetapi anda berkawan dengan teman yang juga boros berbelanja atau yang sememangnya 'mudah berbelanja' sewenangnya. Itu adalah malapetaka untuk anda!. Anda pasti terbeban perasaan dan paling ngeri terbeban dengan HUTANG!! huhuhuhu.... Carilah teman yang berhemah dalam berbelanja dan dapat membantu anda mengawal perbelanjaan anda!..

Justeru, kita perlu tahu 'menilai' kawan.. cari yang boleh membantu dan 'menyelamatkan' serta memperingatkan kita untuk 'memperbaiki' diri kita menjadi yang lebih baik, bukan yang membawa kita hanyut dunia dan akhirat..

Kita perlukan bimbingan dan dorongan daripada persekitaran yang baik kerana kita, MANUSIA INI, ADALAH MAKHLUK YANG JAHIL DAN MUDAH BENAR TERLUPA!!.. ... ITULAH MANUSIA!!..

Manusia ini sifatnya mudah lupa.. "TERLUPA".. Ya.. cuba singkap makna bahasa arab kepada perkataan TERLUPA.. ianya adalah ‘نسي’ (nun-sin-ya) – bukankah itu asas kata nama MANUSIA?..

Dan lagi... yang paling utama.. APA JUA MASALAH ATAU BEBAN ATAU BERITA SEDIH, GEMBIRA MAHUPUN SUKA... CERITAKAN KEPADA ALLAH.. ADUKAN KEPADA YANG MAHA PENCIPTA..

Bukanlah Allah itu sangat dekat?.. Lebih dekat daripada urat nadi kita sendiri.


Firman Allah : "Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri" (Al-Quran Surah Al-Qaf 50 : Ayat 16).

Maka itu.. Jangan 'tinggalkan' ruang untuk berbicara dengan Allah.. andai sahaja Allah 'meninggalkan' dan tidak mahu lagi ’berbicara’ dengan kita... APAKAH??!!.. owwhhhh.. tidaaaakkk!!!...

Dan.. aku sangat-sangat bersyukur ke hadrat Illahi.. kerana Allah telah mengurniakan aku kawan-kawan, teman-teman, sahabat-sahabat yang sangat memberi manfaat dan kemaslahatan kepada diriku.. mereka-mereka ini amat aku sayangi, sanjungi, serta dapat aku teladani perkara-perkara baik daripada mereka..

Sabda Rasulullah saw:
Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang teman yang saleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh temannya itu. (wallahu 'alam)

Ya, aku akur, setiap kita punya kelemahan diri, citarasa dan padangan yang berbeza.. tapi, apalah sangat ertinya garisan-garisan perbezaan kita itu, jika kita mampu bertemu di satu titik persamaan yang membahagiakan.. kerana Allah, untuk Allah, demi Allahyang telah menjadikan hubungan persaudaraan itu satu pertalian yang ikatannya sampai ke akhirat kelak..

Sabda Rasulullah: "Tidak ada seorang jua pun yang bersahabat dgn orng lain walaupun satu saat sahaja, kecuali dia akan ditanyai pada hari kiamat nanti tentang hak persahabatannya, apakah dia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak. ” (Wallahu ‘alam)

Untuk itu juga.. aku sangat-sangat bersyukur... kerana Allah telah menemukan aku dengan seorang insan yang aku hormati, sanjungi serta sayangi (meskipun perkenalan bermula hanya di alam maya - BLOG). Terima kasih Allah, kerana menggerakkan hatinya untuk bertemuku dan telah memudahkan pertemuan ‘singkat’ kami sehingga terasa amat berat untuk melepaskan pelukan perpisahan (kalau tak pasal guard tu ketuk cermin kereta, mau sejam pulak sessi ‘salam perpisahan’ tu dalam kereta.. hahahahaha)..

Terima kasih cklah.. pertemuan denganmu (yang sungguh ayu orangnya... dan pemalu juga ~ sungguh kan.. hihihihi), amat dihargai… dan dikenangi.. jangan serik datang lagi ye cklah.. LUV U… muahs muahs muahs.. hihihihi..

(kaklong, sahabatku sayang… nanti aku penuhi permintaanmu untuk huraikan maksud status wall FB aku itu di blog ini ya yang.. hihihi).

Terima Kasih Allah.. di atas segalanya pemberian-MU.. Sungguh aku bahagia..

Aku mohon hanya redha-Mu Allah.. Redhai kami. Ameen.









.

13 comments:

kakpah said...

rindu dengan tokma. dah lama benar dia tak berceloteh. Sibuk agaknya. sampaikan salam kakpah kalau terjumpa tokma.

Kaktiny said...

kakpah > tiny pon rindu kt tokma..

dan.. sebenarnya kan kak pah.... tiny menjejak kakpah atas nasihat tokma pada ketika 'nasihat' di atas itulah.. kata tokma, kawan ngan makcik-makcik mcm tokma ni, pegi kt bloglist tokma tu, ada senarainya, macam 'kakpah'... and a few name being mentioned by her.. hihihi..

and yes.. befriend with all of you is like a 'star light' for me.. always show me the happiness way to live a life..

thank you all.. luv U all.. hihihi.. and... luv you kak pah.. muahssss... <3


:)

ckLah said...

errr...errr....err.....
ckLah ni, kategori makcik-makcik juga ke Tiny? Hhhhihihi!







Terima kasih atas pertemuan yang manis.


Semoga manis selamanya....amin.

Kaktiny said...

cklah > makcik-makcik bagi tokma itu adalah MAK-MAK budak yang masih "CIK" dan bergetah lagi.. mcm cklah ler.. yang masih ayu dan sungguh anggun.. sungguh!.. hihihi..

...kalau tak kerana manjanya Dia dihidang dijaga ibunya, pasti org kata yang berdua tu adalah kakak dan adik.. (sesilap malam tu ada org syak yg tiny ni kakak sulung.. kehkehkeh)..

.. terima kasih kerana sudi berjumpa.. luv it sooo much.. hihihi..


:)

.

tasekM said...

ye la.
ye la.
dgn aku gak la yg ko tak nak kawan...




:p
(merajuk 2 tahun)




.

Kaktiny said...

tasek > cobit tinga kang!! (cklah, tgk anak murid cklah yg sorang nih.. ngengada kan!.. hahaha)..

ngko tu yg payah noi aku nk jumpa... semedangnya bizi!...

okeh, aku turun melaka minggu ni, ko takde, SIAP KO!..
(aku nk tuntut karipap.. tak kira.. ko siapkan karipap.. aku nk gi singgah umah ko on the way aku balik muar, umah mertua aku!!..)

hihihi..

aku tau, ko bg alasan merajuk 2 tawon sbb ada chance ko nk ngelat taknak wat karipap utk aku kan kan kan)... hihihi..

tapi, raya tawon ni, aku akan make sure aku hantar hamper coklat kat ko.. (siang-siang aku dh siapkan pesanan utk delivery dah.. hopefully, not going to miss it... see see see.. aku sentiasa ingat itu dan sentiasa ingat ko tau!.. hihihi..)

(aku tunggu ayat 'kejiss' si wos plak.. sama la tu pe'el dia ngan ko.. korang ni mmg spesis alien kan.. kalau duduk serumah, mmg aku rasa bercahaya je umah tu.. sbb tak tutup lampu, takdak sapa nk tiso, asyik berjaga bergelak jer.. kehkehkeh)...

:)

Makbonda said...

Tiny,Makbonda ni tak lah makcik sangat,kadang kalau jumpa kawan lama macam remaja 17 je rasanya. Tapi kena akur bila terkenang beberapa detik lagi setengah abad sudah usia Makbonda,Maha suci Allah.

Ooo jumpa CkLah ye. Baru tahu seanggun mana dia.Satu masa semasa kami sedang berdua,sesaorang memebri komen kepada kami,"Owh adik eradik ye,yang mana satu adik,yang mana satu kakak nih?lain sangat"
Makbonda jawab "ialah kakaknya dah tua,masa muda dulu anggunnya jugalah,he he he" Terekelip-kelip mata orang tuh.

iina said...

Kim salam ngan tokma ye.. lama tak dgr khabar berita dia.. Kwn yg sama susah mmg sukar dicari.. tapi kwn masa seng mmg ramai ;)

Masy said...

saye la org muda yg nk berseronok2 tu.. huhuhuhuhuhuh

*kuis² tanah*

Kaktiny said...

Makbonda > hihihi… makcik2 dlm konteks ayat di sini tidak bermaksud makcik-makcik yang kerjanya menyinggah kedai pak mat sambil pot pet pot pet cerita pasal hal luar dalam kain jiran sebelah dan sebelah dan jiran kampung sebelah juga jiran kampung seberang.. kuikuikui…

Makcik-makcik di sini adalah mak-mak yang the level of energetic, excitement and fresh idea and knowledge are like a cik-cik tennagers yang sentiasa muda, mantap, segar malah mempersonakan..

Contohnya, macam cklah.. adik makbonda itu.. aura anggun keibuannya itu sgt terserlah.. meskipun hanya seketika berjuma, sempat meneladani tingkah beliau ketika melayan si anak di meja makan.. malu seketika diri ini, melihat sopannya cklah mencedok makanan ke pinggan Dia.. membandingkan diri yang asyik dok suruh anak sulung (yg baru berusia 6 tahun), ambil itu ini sendiri (dgn alasan nk suruh berdikari.. tapi sebenarnya, mungkin mak dia ni yg MALAS berdiri!!! Haish!.. ~ nak kena muhasabah dan perbaiki diri dalam bab ni!!.. Huuuawaaaa)..

Jelas kebenaran kata-kata tokma di sini… MAK MAK CIK CIK ni semua adalah contoh teladan teranggun dan terunggul utk diteladani.. cklah dan makbonda adalah di antara contohnya yang ada di dalam senarai tersebut.. (di hati juga pada penilaian mata seorang tiny).. :-)

Terima kasih.. Luv U all.. muahss… hihihi…

…. Andai cklah, si adik pun kelihatan muda sebaya dgn anaknya yg berusia 17 tahun.. pasti kakak cklah nan sorang itu jua anggun di dalam arcanya yang tersendiri.. PASTI!.. hihihi….

Kaktiny said...

iina > InsyaAllah yang.. aku sampaikan andai dapt bertentang wajah..(aku ni asyik jumpa tokpa je masa hantar juadah.. jarang dpt jumpa tokma yg asyik ngan cucu kt atas umahnyer.. huhuhuhu.. iyalah, layan cucu mandi la, mainlah.. itu ini.. hehehe).

Betul dear.. kawan senang dan nk gelak gelak happy happy.. memang berlaaaammmbaaak… petik jari.. 10000 mari tauuu!!.. kehkehkeh..

Tapi.. kawan yang bila kita nangis sengsorang selepas baca yaa siin.. terdampar merawat rawan hati yang hiba di birai katil… tetiba dapat phone call daripada nombor panjang (tandanya panggilan dari oversea), seakan faham akan isi hati teman yang jauh dibatasi lautan dan benua.. ADALAH AMAT SUUUKAAAARRR diperolehi… amattt jaaaraaaannnggg ditemui.. and amat berniiilaaaaaiiii dimiliki…

.... and dear… U R THE PERSON.. that moment is still alive in my heart.. every single day.. and stilll living in my du’a… LUV U DEAR!.. muahsss… muahhsss… muaahhsss…

Kaktiny said...

Masy > tu yang tokma marah tu.. org muda ni baca sekerat2 je.. cuba baca ayat tokma yang atas-atas tu.. BERKAWAN DENGAN SEMUA ORANG!!... hah!!... hihihi…

Orang muda cam ko ni syok bawak gi makan jonis.. melantak happy happy gelak gelak jer.. I LIKEEE... kehkehkeh...

Hidup ini kena seimbang kan..
kalau semua pakai jubah, sapa plak yg nak beli seluar jeans kan! Sian peniaga.... (kalau semua plak pakai seluar jin, jin nak pakai apa eh?.. tu pasal le bnyk jin duduk dlm tandas tu.. sbb malu nk kuar... kahkahkah... gurau je dik.. hihihi)..

suara said...

Teringat makcik2 yg menjadi kekawan Su, yg dikenali dari jemaah masjid Shah Alam. Mrk selalu tanya Su, kenapa la Su suka sangat layan mrk, bwk mrk jejalan la... temankan mrk pegi kenduri la... Jawab Su ringkas je... Su nak menumpang kasih ibu...

Kawan mmg mempengaruhi. Tak dinafikan. Ye lah... berkawan dgn penjual minyak wangi... keharumannya sedikit sebanyak terlekat. Berkawan dgn perokok pun, sedikit sebanyak bau dan kesannya tersedut. So, mana nak?

Tapi biasanya org yg bermasalah seperti contoh 1, mrk lebih suka mencurahkan pd yg senasib, sbb bagi mrk lebih menjiwai dan memahami situasi. Kalaulah mrk berfikir dan berpendapat seperti tiny...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.