Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Sunday, April 17, 2011

Su, ayuh kita berjihad!.

SMS masuk : “Ko nape diam nok?”.. “Ingatkan dah 'givap' menulis”.. sms member sorang ni buat aku gelak guling2 untuk yang kedua kalinya… yang pertamanya daripada cik adik sorang lagi nuun… baca je komen dia, aku ‘otomatik’ membayangkan muka dia yang kiut dengan ‘tangan didagu, mata dikelip-kelip sambil lidah terjelir kat aku”.. kehkehkeh.. (gurau je cik kak cik kak sekalian yer.. kehkehkeh).

Ada jugak yang rindu ‘bebelan’ aku.. hihihi…

Kenapa aku tidak menulis? Adakah aku sudah berhenti menulis?. NO WAY!..

Selagi ada izin, dilimpahi Allah daya upaya dan rezeki, mana mungkin aku sia-siakan kecerdasan yang Allah anugerahkan kepada aku.. bukankah itu BODOH SOMBONG ORANGNYA!.. KUFUR NIKMAT NAMANYA!.

Firman Allah:
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (Al-Quran Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 1-4)
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (Al-Quran Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 55)
Sehingga hari ni, aku masih bepegang pada tujuan aku “KENAPA AKU BERBLOG”.. (semoga aku beristiqamah dengan niat sedemikian, amiin…).. oleh itu, aku tidak akan menulis sesuatu sekadar INGIN MENULIS… aku ingin menulis maklumat yang membolehkan aku sendiri mencernanya menjadi ilmu!..

BUKANKAH AKU PEMINAT TEGAR BLOG AKU SENDIRI!.. kuikuikui... Aku akan mengulang baca entri-entri yang berkaitan dengan apa yang aku “PERLU TAHU DAN MAHU TAHU”!. Hahahahaha… Blog aku adalah buku motivasi bergerak untuk aku sendiri.. yang aku boleh buka dan baca di mana jua aku berada (selagi ada handphone, PC bertalian internet dan mampu di access).

Cumanya, aku ‘slow’ sikit sebab banyak perkara di bulan April ini yang harus aku selesaikan.. TUGASAN HAKIKI… TUGASAN IBADAH!.

Meskipun begitu, aku sempat menjengah blog kengkawan. Aku intai cerita kalian di balik tirai senggang dalam ruang waktu yang mengekang.. hihihi..

Singgah di sanggar ‘suaradimindaku’, aku baca monolog Su dengan dilemanya..

AKU SENYUM..

Aku jelas! Faham! Dan akur dengan gejolak jiwa Su ketika menaip ‘toloonngggg’ (hihihi). ~ ampun Su, terbuat entri plak kat sini.. thanks for the idea!.. hihihi.

Sangat mengerti jeritan Su, kerana itu yang aku lalui juga.. namun, aku segera sedar, berpaling kembali kepada “KENAPA AKU BERBLOG”.. dan kembali menyingkap rahsia Allah, kenapa aku diberi ruang dan peluang berblog?..

"Su, ini pandangan peribadi tiny.. (secara terbuka di sini).."

Kenapa Su punyai blog?.. kenapa tiny diperkenalkan dengan blog?.. kenapa blog ini muncul?.. Semuanya kerana IZIN DAN KEHENDAK ALLAH.. bukankah begitu?.. YA, itu kita akui dengan sesungguhnya bukan?.. izin-Nya pasti bersebab!.

Tiny bandingkan di antara tiny dengan suami. Dia tidak mempunyai blog, malah TIDAK LANGSUNG BERMINAT UNTUK BERBLOG (setakat hari ini). Jangankan menulis blog, membuka url blog pun, dia tidak berminat. Kenapa? Kerana Allah tidak memberi keizinan untuknya berblog!. Allah lebih mengetahui kemaslahatan juga kemudaratan (yang mungkin terjadi, wallahu ‘alam) jika dia berblog!.

Bagi SANG BLOGGER, menulis ini sebenarnya merupakan salah satu daripada TERAPI KURNIAAN ALLAH.. Su pasti mengakuinya kan?. IYA bagi diri tiny sendiri… menulis, meluahkan, mendapat komentar teman-teman, berbual bicara secara maya, sememangnya satu PELARIAN KEPADA PERMASALAHAN terlindung yang tidak mampu terungkap dengan bicara lisan. Benarkan?.

Perasaan gusar, bimbang, resah, takut, malu, kecewa, jika penulisan kita ini menyebabkan ada jiwa yang tersenta, ada hati yang tercalar, ada diri yang terasa.. ITU LUMRAH!.

Firman Allah:
“…..dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka…. (Al-Quran Suran Al-An’am 6 : Ayat 121)

Bagi mereka yang ada berperasaan negatif sedemikian… BUKAN HAK KITA UNTUK MEMINTA ATAU MENGHALANG MEREKA...ITU HAK MEREKA… KEBENARAN ITU MILIK ALLAH…

Kita sekadar menggunakan ruang dan peluang nikmat Allah..

Bukankah setiap waktu solat kita telah berjanji kepada Allah,
“….. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.” (Doa Iftitah).
Maka Su, mengapa digentar dengan pandangan orang melebihi nawaitu kerana Allah?.
Berperasaan bimbang itu adalah NORMALITI dan TABIAT seorang manusia, tetapi.. kita perlu meneruskan JIHAD PERJUANGAN UNTUK ALLAH..

Menyebarkan maklumat sebagai ilmu adalah satu daripada cara kita mensyukuri nikmat Allah. Kerana, tidak semua orang diberi izin dan anugerah oleh Allah untuk menulis di blog.. tidak semua orang diberi ruang dan peluang untuk menyebarkan maklumat Allah melalui penulisan di blog..

Firman Allah:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.” (Al-Quran Surah Al-Hajj 22 : Ayat 78).

Untuk itu Su, ayuh kita berjihad.. dengan cara kita sendiri… dengan izin dan kurnia dari Illahi..

Memetik kata-kata Ibnu Rusyd:-
“Berjihad itu banyak bentuknya. Ada yang menggunakan kuasa, ada yang menggunakan daya pemikiran, ilmu, semnagat keberanian, kesabaran, kesungguhan dan ada yang melalui hartabenda.
Ibnu Taimiah pula berkata:
“Jihad ialah usaha bersungguh-sungguh menghasilkan sesuatu agar mendapat keredhaan Allah”.
Seandainya kisah diri kita mampu menjadi iktibar dan panduan kepada kehidupan “SEORANG” insan, MENAPA TIDAK KITA NUKILKAN?.. SOMBONGKAH KITA? BONGKAKKAH KITA DENGAN KURNIAAN ALLAH?.. Bukankah itu juga ibadah jihad!. Nawaitu kita, biar Allah sahaja yang menghakiminya.. BUKAN DI TANGAN MANUSIA PENGHAKIMAN DAN KEPUTUSAN TERSEBUT!! TITIK!.

Sharing is caring… bukankah begitu?.

Jadinya… AYUH SU, KITA BERJIHAD!.. SEMOGA ALLAH MEREDHAI KITA SEMUA..






YA ALLAH.. REDHAI KAMI.. ameen.
.

21 comments:

kak Erna said...

assalamualaikum tiny..memang lama tiny menyepi.
dah tentu tiny sibuk kan..sebab akak tau tiny tak kan berhenti menulis..

Kaktiny said...

kak Erna > Waalaikumsalam kak.. InsyaAllah, dengan izin Allah blog ini akan terus bernafas.. dan perkongsian cerita antara kita akan terus berhasil..

semoga ukhwah silaturrahim antara kita yang telah sedia terjalin akan terus mekar dan segar.. ye kak.. ameen.

muahss..

:)

.

blackcardomompods said...

Ingt dh tarik kain selimut daaa kan skrg asyik ujan.hihi.bru nk tegur nape diaaaaaammm je

tasekM said...

blog aku gak yg mcm haram yek tiny...?

:)




.

Kaktiny said...

Ct > hehehehe.... dok main tarik mouse utk buat proposal.. tu yg senyap tuh.. kehkehkeh...

Kaktiny said...

tasek > blog ko, wos, tijah semua tu le yg buat aku gelak2 guling2 hilang stress.. kalau semua blog macam aku, alamatnya muka memasing stress gilos babe.. hihihi.. asyik kena ceramah jer..

hidup kena balance kan..
ko, wos, tijah, telah menyeimbangkan hormon androgen aku weih.. kalau tidak, cepat tua ooo... kehkehkeh....

♥ manje ♥ said...

assalamualaikum

moga ALLAH terus beri kekuatan buat kita semua utk terus ber'blog' ya...

sampaikan baik2 sahaja. insya ALLAH ~

iina said...

Sajelah nak test ada org rindu ke idak kan kan hehehehe... Yang penting apa yang kita tulis tuh untuk peringatan diri sendiri.. gaya menulis macam2.. cam aku gak kan.. kat situ cam baik jek.. kat situ situ hahaha... ko pun tau jelah ;)

Makbonda said...

Assalamualaiku,

Besedekah tak semestinya gunakan harta.Nak bagi wang kat semua orang pasti kamu tak mampu. Memberi orang ilmu itupun adalah sedekah.Ruginya orang yang melakukan sesuatu tanpa memberi munafaat kepada orang lain.

ckLah said...

...sambung komen makbonda (sebab ckLah memang pengikut beliau dari kecik..hehe):

Dan lebih luhur dari segala sedekah itu adalah keikhlasan. Segalanya tak bererti kalau tiada yang itu...

dangarumbia said...

Kak tie pun perasan Tiny dah lama tak upadate. Tapi kak tie faham, Tiny ni sibuk orangnya, dan rajin bersilat di dapur... hehe.. tak macam kak tie ni, makin tua lagi malas lak.

Kaktiny said...

Manje > waalaikumsalam.. Alhamdulillah.. terima kasih atas doa dan ingatan itu ya sis..

Kaktiny said...

iina > takde org rindu pon takper.. janji ingat aku dalam doa.. hahaha…
Betul tu yang.. paling penting sebab anak aku baca blog aku nih… FB dia tak leh bukak, so, takpe la aku nk merapu lebih2.. lagipun dlm fb tu bnyk gambar makan, jadinya, nanti nureen dah anak dara nanti, sure aku suh dia masak pelbagai menu yg aku penah masak tuh.. hahahahaha… (aku ada bukti yg aku penah masak, jadinya, kalau aku ngelat nak masak tua2 nanti, tak jadi masalah utk tunjuk bukti.. kehkehkeh).

Kaktiny said...

Makbonda > waalaikumsalam.. MakBonda..
Betul makbonda.. dengar ceramah ustaz di IKIM, katanya, ilmju itu anugerah Allah.. sebagai pemberian-Nya kepada kita dan pinjamannya sahaja.. kufur nikmat kalau kita tidak kongsikan dengan orang ramai.. umpama kita tamak haloba, nak kawal seorang, sedangkan tugas menyampaikan itu adalah amanat Rasulullah kepada SETIAP UMAT MANUSIA.. bukan tugas para dai’e, ulama atau cikgu sekolah sahaja…
(baru terasa nak celik mata yg selama ini buta hati.... huhuhu).

Kaktiny said...

ckLah > suka suka suka… hehehehe.. terima kasih cklah… hihihi… setuju dengan pernyataan cklah.. dan … Ikhlas itu adalah perhitungan Allah kepada kita.. hanya milik Allah.. dan ianya kekal sebagai rahsia Allah kan cklah… tiada seorang mahkluk pun mampu mengukur ikhlas.. asalkan kita tahu nawaitu kita untuk Allah, the rest, let Allah give the merit.. we just do the action!. Betul kan?.. : )

Kaktiny said...

dangarumbia > Kak tie ooo kak tie.. bersilat di dapur itu tiada kaitan dengan lama tak update blog kak tie oii.. hahahaha… cumanya memang skrg tgh buat satu perkara yg lebih hakiki dan lebih penting drpd menulis di blog ni.. nanti dh sampai masanya, tiny khabarkan eh.. hihihihi…

rosdiana said...

aaa..
sori kak.
aku lambat baca entry ni.
hari ni baru di takdirkan utk aku membaca.
hehehe.. nak jugak jadikan takdir sebagai alasan.
tehehee.

kan aku dah penah bitaw hang.
blog hang nih blog ilmiah. jadi aku kena baca betoi-betoi, fahamkan teks baru boleh komen.

kalau blog aku yg merapu tu, baca 4 saat pun dah boleh paham.

tapi betul kak, blogger mcm hang nih mmng kena wujud dlm dunia blog.
kalau semua pakat2 merapu, takdak siapa pulak nak mengingatkan.

baca entri hang ni pun dah buat aku rasa malu, macam kena lempang laju-laju. ha! padan muka wos, merapu la lagi!

gitu.
eh? kemain panjang aku naip.

Kaktiny said...

wos > takdir itukan katanya penentu segalanya.. kehkehkeh..

nak malu apa plak nya wos oiii.. kalau takdak blogger2 mcm hang, mcm tijah, mcm tasek... maunya urat saraf aku kejung weih..

..kalau semua pakat dok nasyid 'Sepohon Kayu', sapa lak nk teman usop wilca nyanyi 'sole-sole'?... kan kan kan..

Balance Lifestyle katanya kan.. hihihihi... (tayar kete pon kena buat balancing wos.. apatah lagi kita manusia nih.. hehehe).

huish.. sungguh2 hang taip komen ni kan wos.. sungguh2 hang windu kt aku kan kan kan.. kehkehkeh.. (tetiba nk perasan ada org rindu.. hahahaha)..

Kaktiny said...

utk wos lagi > hehehe...
cara jihad kita tak sama wos..
hang cara hang, aku cara aku, setakat yg kita mampu.. aku mampu tulis meraban kt blog ni.. hang mampu hantar amik anak2 pi sekolah, siap pantau makcik kantin ngan kolam ikan sekolah anak2 hang.. aku ni, HARAM tak tau rupa cikgu sekolah anak aku.. taunya auntie suri driver van tu je yg dok amik hantar nureen pi sekolah.. huhuhuhu..

jadinya, markah hang lebih tang didik anak.. markah aku takat tulis panjang2 kt blog ni.. ;)

apa yg penting.. setiap langkah kita adalah jihad utk mencari redha Allah.. kan kan kan... :)


<3

.
note : ni, sapa rindu sapa ni?.. aku rasa, aku yg rindu kat hang kot.. hahahaha..

.

suara said...

Assalamualaikum!!!
Tiny!!!
Aduhai. Terima kasih sebab buat entry ni. Su amat-amat hargainya. Dan maaf sebab lambat bonar menjengok tulisan tiny kat sini. Banyak yang berlaku akhir-akhir ini. Rasa macam nak bercerita... tapi... erm... nantilah.

Huhu... banyak entry tiny yang su tak baca lagi ni... Semuanya best untuk dikomen. Cuma mungkin komen su dah basi la...

Erm...
Su banyak kelemahan, keburukan... dan banyak sekali kekurangan. Bila memikirkan semua itu segala curahan minda menjadi terbatas. Menulis untuk menunjuk-nunjuk? Memang mahu dijauhi. Menulis untuk menuding jari? Nak elak sesangat. menulis untuk bercerita kekurangan diri? Tak sanggup rasanya.

Allah Maha Mengetahui niat di hati. Tapi bimbang juga lain yg nak disampaikan, lain pulak penerimaan. Ish... Su ni banyak sangat alasan, kan. :)

Anyway... thks tiny, atas motivasi yang berapi-api ni. Memang buat Su rasa lega. Su selalu memohon pada Allah, jika ada kebaikan yang dibawa oleh tulisan Su, mohon dipermudahkan ilham. Jika sebaliknya, harap dihalang dari dipaparkan. Pahala yang dikutip tak sebanyak mana, jangan sampai dihakis oleh dosa yang berbisa.

Kaktiny said...

su > waalaikum salam.. HAH!.. baru muncul dia.. lama tak 'jumpa'.. rindu su!.. hihihihi..

Takpe Su, apa yg kita buat.. yg penting antara kita dengan Allah.. kalau nk fikir 'pandangan dan penerimaan' manusia, tak sudahnya hidup kita..

dan lagi.. bimbang dan was-was itu kan sajian syaitan utk kita.. dan itulah 'fitrah'nya kita manusia ini kan...

komentar su tak pernah basi utk tiny.. sungguh!.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.