Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, June 03, 2011

Kerana Allah!.


Senyum!.. Angguk!.. Senyum lagi.. Angguk lagi.. PUAS!.

Itu reaksi aku apabila aku membaca ayat demi ayat, bait demi bait entri "MENENTU CINTA KERANA ALLAH".. dari blog Cahaya Mukmin.

Aku sering terkeliru dengan hati dan nafsu!. Suara hati dan lingkaran belenggu jiwa sering berperang menanyakan 'APA NIAT AKU?'.

Terutamanya apabila masyarakat memandang, persekitaran mempersoalkan, maka goyah itu sampai!.

Aku sangat-sangat menyayangi keluarga aku.. sayang mak ayah, suami, anak-anak, adik-beradik, saudara mara, sahabat handai jiran tetangga, DENGAN SANGAT-SANGAT!. Sehingga aku bimbang sayang itu melebihi sayangku kepada Khaliq yang Agung!. Bimbang juga sayang itu menjadi ujian yang mengundang kecewa sehingga aku dengan mudah terperdaya dengan pujuk rayu syaitan ke arah derhaka (... dan neraka - nauzubillahi mindzaalik)!.

Kemahiran yang Allah anugerahkan kepadaku ketika dan saat ini, amat aku syukuri. Aku tahu aku memerlukannya, dan aku yakin Allah mengizinkannya, untuk mencari ilmu dan memperbanyakkan amal dengan nawaitu mencari redha Allah serta berkongsi pula ilmu itu kepada yang memerlukannya.. (*MEMBERI KEMBALI PEMBERIAN ALLAH).

Maka itu Kelas Fardhu Ain Pengajian Wanita aku ikuti, Ijazah Doktor Falsafah Pembangunan Sumber Manusia aku mohon dan Alhamdulillah diterima, dan ada beberapa kelas lagi yang sedang aku selidiki dan akan aku ikuti bila diizinkan-Nya kelak. Tetapi pada masa yang sama juga pencarian, penerimaan dan perkongsian ilmu itu aku bimbangi. BIMBANG MENJADI UJIAN KEPADA RIAK DAN TAKBUR DIRI APABILA MASYARAKAT MULA MASUK CAMPUR!.

Bukan aku menyalahi masyarakat dan persekitaran. TIDAK!. Tetapi, kerana kita hidup bermasyarakat, maka perasaan-perasaan seperti itu berpotensi untuk wujud!. Aku bimbang!. SUNGGUH!.

Andai sahaja hidup ini dan ilmu itu antara aku dengan Allah... setentunya aku yakin mengapa aku menuntut ilmu, mengapa aku menggunapakai potensi diri yang Allah anugerahkan semaksima mungkin. KERANA AKU SEMATA-MATA INGINKAN RAHMAT DAN REDHA ALLAH, DUNIA DAN AKHIRAT!.. tanpa goyah, tanpa dakwa-dakwi!!.

Tetapi, apabila aku menuntut ilmu diperhatikan masyarakat dan akan berkongsi pula dengan masyarakat, di sinilah segala titik akan terbentuk, akan terhasil di kanvas niat aku terhadap Allah. Jika tidak aku yang merasakannya, mungki terdetik di hati orang lain yang melihatnya! Nauzubillah!.

Begitu juga perasaan aku apabila aku sering menayangkan gambar makanan di FB aku (terutamanya gambar menu untuk hidangan tetamu). Aku memuatnaik gambar kerana rasa syukurku kepada Allah kerana memberi kemudahan sedemikian kepadaku. Satu bentuk anugerah YANG TIDAK PERNAH WUJUD dalam kamus hidup aku sebelum bergelar ISTERI! (cuba tanya mak, tanya ayah, tanya kakak, tanya adik-adik aku, PERNAH TAK DIAORG MAKAN HASIL TANGAN AKU SEMASA AKU BUJANG???.. NAN ADOLAH JAWABNYA!!!!.. kecuali ayah dan emak, dalam KES YANG BERBEZA ~ yang pernah aku ceritakan sebahagian kisahnya DI SINI duluuuuu).

Melalui FB aku simpan gambar2 menu yang aku masak serta yang aku jamu tetamu sebagai kenangan bahawa AKU TELAH MELAKUKANNYA!!.. sesuatu perkara yang pada umur remajaku aku rasa SANGAT SUKAR DAN SUSAHNYA untuk melakukannya... (Nasi ayam pon aku rasa SANGAT AZAB untuk menyediakan bahan-bahan, apatah lagi yang berasaskan SANTAN.. NGERI ooo).. gambar-gambar menu itu juga bagiku, sebagai tatapan sekalian mereka yang ingin memasak yang serupa, mereka ada tempat rujukan dan bertanya
(aku sampai hari ni dok telefon mak bila nak masak GULAI IKAN.. ngeri jika salah letak helba atau bunga cengkih buah pelaga!!).

..Dan aku akui.. aku amat SENANG dan TERBUKA untuk menerima tetamu datang bertandang ke rumah.. (adakalanya aku boleh je rasa nak merajuk kalau tetamu tiba-tiba cancel tak jadi datang!!.. huhuhu.. tapi aku dh belajar utk recover perasaan ini!).. Untuk tetamu, aku sedayanya cuba menjamu dengan menu-menu yang membuatkan tetamu rasa puas hati (dan nak datang laggi... kehkehkeh).. kerana, aku bersyukur di atas KESUDIAN mereka menjengah rumahku..

Aku yakin dengan kata seorang ustaz ini
(meskipun aku tidak pernah lagi temui mana-mana hadis sahih mengenainya.. iyalah, aku tak pandai bab-bab hadis ni.. semoga diberi izin-Nya untuk aku pelajari ilmu dalam hadis pulak.. InsyaAllah)..

Ustaz kata, Islam menggalakkan kita menerima tetamu. Apabila tetamu datang, maknanya kita disenangi orang. Kata Ustaz lagi, tetamu yang datang 'MEMBAWA RAHMAT DAN MEMBAWA KELUAR DOSA-DOSA KECIL KITA'
(tanpa mengurangkan rahmat Allah kepada mereka, malah bertambah lebih lagi kerana mereka menjadi tetamu – HEBATKAN RAHMAT ALLAH.. dua-dua merasai nikmatnya!).

TETAPI, sesekali apabila ada suara-suara yang berkata itu ini begitu begini, membuatkan aku BIMBANG!.

Nah!.. ini rupanya yang aku bimbangkan! Tanggapan masyarakat yang sampai ke pendengaran ku.. Kata-kata yang hinggap di birai hatiku dan berlawan dengan nafsuku!.. Dan ia menjadi ujian bagiku yang seketikanya bisa menggoyahkan nawaituku KERANA ALLAH!.

Benar!. Aku tidak harus hiraukan pandangan masyarakat!. Tetapi aku juga masyarakat! Yang hidup dalam masyarakat!.

NAMUN, hari ini, membaca entri cahaya mukmin ini.. hatiku terasa ingin menangis.. SYUKUR!.. Membaca pula terjemahan ayat-ayat Al-Quran di Juzuk ke-20 (Juz XX) dalam Surah An-Naml (27), juga membuatkan hati aku tenang dalam sayu! (MALU!!).

Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan). Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata." (Al-Quran Surah An-Naml (27) : Ayat 73-75).

Syukur Allah.. Kau lebih mengetahui!. Jumaat ini membawa jawapan kepada kebolak-balikan hatiku selama ini.

MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN!. Kalian tidak akan pernah habis untuk dibicarakan!. Aku tahu dan mengerti! Perasaan-perasaan sebahagian masyarakat yang memandang, kerana aku SEBAHAGIAN DARI MEREKA!!.

Firman Allah:
"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Quran Surah Al-Hasyr (59) : Ayat 1).

WAHAI DIRIKU!.. Berbalik kepada orbit asal!. Ada perkara yang boleh diturutkan "KEHENDAK" masyarakat dan persekitaran. Namun, untuk segenap perkara,perlu berpaksi kepada "KEPERLUAN" AGAMA itu sendiri.

Firman Allah:
".....................................Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya." (Al-Quran Surah Al-Hasyr (59) : Ayat 2).


Ya Allah... Redhai kami. Ameen.














17 comments:

ns said...

Assalamualaikum Kak Tiny.

Semoga kita sama-sama sentiasa di bawah peliharaanNYA dan RahmatNYA.:)

diba said...

segalanya ketntuan ilahi..

diba said...

segalanya ketntuan ilahi..

diba said...

segalanya ketntuan ilahi..

diba said...

segalanya ketntuan ilahi..

Kaktiny said...

Diba x4 > Ya.. benar dik.. ketentuan Allah segala-gala-Nya.. Maka itu kita sangat perlu kita meningkatkan iman dan takwa agar berjaya mengekalkan nafsu agar sentiasa berada dibelakang akal.. dan jangan biar syaitan bermaharajalela dalam jiwa kita..

:)

iina said...

InsyAllah.. Yang penting niat.. cuma biasalah kdg2 hati manusia nie mudah berdetik dan mulut pun mudah berkata2.. ;)

Makbonda61 said...

Makbonda juga suka didatangi tetamu,sangat jelous tengok jiran tetangga yang rumah buruk je,tapi meriah dengan tetamu.

Memang nafsu dan akal selalu berperang utuk meletakkan "Kerana Allah" disetiap amalan,kecuali kita sentiasa dalam saling ingat mengingat.

Kak Long said...

Alhamduillah, syukur ada sahabat macam hang yang selalu menjamu makan kawan-kawan dan rajin memasak menu-menu yang best-best belaka....Jika memikir bicara masyarakat, harus memilih yang patut/wajar dan bermanfaat sahaja. Yang lain-lain ada aku kesah??? Biasalah sahabatku, aku juga melalui perkara seperti ini tapi mungkin di arena yang berbeza dan mungkin lebih teruk lagi kot. oleh itu marilah kita sama-sama berkongsi ketabahan dan kekuatan demi mempertahankan kemaslahatan hidup dan juga yang penting tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa bahkan memberi kebahagiaan kepada semua orang. I know you and always trust you.... I love you always!!!

Kaktiny said...

Ns > waalaikum salam ns.. Alhamdulillah.. semoga Allah permudahkan segalanya.. dan semoga Allah izinkan mendapat kehidupan dan kesudahan yg baik kpd semua umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.. ameen.

Kaktiny said...

iina > betul tu dear.. niat tu yg paling utama.. tetapi, susah gak kan.. kadang2 mudah benar takwa ni tersasar dr pintu iman.. nafsu iblis mengetuk-ngetuk menyuruh mungkar dari jalan Allah.. nauzubillah.. huhuhu.

Kaktiny said...

makbonda > betul tu makbonda.. dari kecil mmg tiny suka sgt tetamu dtg rumah (mak akan masak best-best.. hihihi).. dan rumah menjadi sgt meriah dgn adanya tetamu... (berkumpul ramai ramai ramai semua adik beradik sanak saudara terutamanya di rumah arwah tok wan adalah sgt indah)..

Sungguh makbonda, rumah arwah tok tiny kecil.. bilik terhad, 'jamban' pon kat luar.. tetapi.. MERIAHNYA, SUBHANALLAH.. seronok sgt..

duduk di bandar, jarang ketemu situasi demikian.. JARAANG!. huhuhu..

Demi Allah yang Esa, demi Rasulullah yang unggul, Demi Islam yang syumul, tolong ingatkan budak mentah ini ya makbonda.. yang sering tersasar dari landasan iman dan insan!..

<3
.

Kaktiny said...

kaklong > Alhamdulillah.. aku kembalikan pujian kepada allah yang memiliki sekalian 'alam.

Dianugerahkan oleh-Nya hang sebagai kawan, teman dan sahabat.. adalah permata nilam yang sungguh aku syukuri..

Ujian dan halangan yg mendatang, lebih menjadikan kita mengenali hati budi dan syukur kepada Allah kerana memberi ruang dan peluang kpd kita utk saling berkongsi kekuatan dan ketabahan...

Di saat aku goyah, Allah kuatkan hang.. di saat hang dalam payah, Allah mudahkan aku utk mendengar keluh kesah.. dan akhirnya Allah izinkan kita terus melangkah dgn gagah melepas lelah meninggalkan gundah.. Alhamdulillah.

Yes Darling.. ujian hang lagi berat dr ujian aku.. dan Allah bagi kekuatan yg banyak pd hang berbanding aku.. dan pastinya ganjaran Allah utk hang sgt berlebihan.. aku doakan itu.. ameen.


I LOVE YOU 2, 3 and 4 EVER!!!...

<3 <3 <3

..

Masy said...

takpelah kak. org boleh ckp apa saja tp nawaitu kita hanya Allah saja yg tau. klu terlalu amik kisah sgt pandangan org, bimbang nanti lama2 apa yg org kata tu terjadi jugak kt kita, mana la tau kan? manusia kan senang terpengaruh.. hehe. jadinya semua benda kita ambik n buat cara sederhana.. itulah yg sebaik2nya.

amacam, pandai x sy bcakap? mcm akak tak? heheheh

ailebiuuu kakak! nanti buatkan cheesecake utk sy eh? hahahahahha

air said...

hidup ini penuh pancaroba....

Kaktiny said...

masy > wah!.. tiba2 kaktiny speechless dengar hujah ko dik!. jom jonis.. hehehe..

cheesecake?.. nan adolah!!.. hahahaha....

Kaktiny said...

air > musafir di padang pasir.. itukan kita!.. hihihi..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.