Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, December 24, 2010

Tag from Iina Glasgow

Iina tag aku.. hahahaaa.. lama sungguh aku tak main tag tag ni.. ada yang bagi tag, aku biarkan di angin lalu jer.. (mohon maaf kepada yang tag tapi aku tak jawab..)

Tetiba hari ni tergerak pulak nak jawab tag si iina nih.. hihihihi.

Soalan pertama: Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda?

Hahaha… aku memaaaaannnggg jaraaaaang masak masa zaman bebudak hingusan dulu.. sebab ayah aku cerewet bab makanan nih dan jugak ayah aku tak pernah percaya bebudak buleh buat kerja.. dia takut nanti luka lah, pinggan pecahla, terlecur tangan la, tertumpah cililah (yang benarnya, dia nak hasil tangan mak aku jeeerrr.. hihihihi).

Jadinya aku memang tak penah masak.. tapi, di takdirkan satu hari masa aku sekolah menengah, mak aku masuk spital, operate buang rahim.. so, kena tahan kat wad ler.. kakak aku plak duduk asrama.. mau tak mau, aku le yang kena masak..

Dek kerana aku hanya minat SUP @ KUAH beserta aku ni TAK MAKAN PEDAS, makanya menu yang aku masak tengahari itu adalah:

1) Sup sayur sawi
2) Sup ikan belanak
3) Telur dadar
4) Ikan belanak goreng kunyit
5) Nasi putih (mujur periuk ’karen’)

(gambar adalah ehsan en.google, aku cilok je.. mana nk cekau gambar 15 tawon sudah kan..)

Itulah menu tengahari yang aku jamu ayah aku.. hahahha.. (aku suka je makan, sebab semuanya SUP dan TAK PEDAS...)

Tapi, ayah aku dah macam kucen tercekik tulang sebab menunya 'TAKDE YANG PEDAS' dan very the very FAIL COMBINATION!.. hahaha.. (ayah aku kata, dia macam nak petik je cili padi rumah jiran aku untuk di buat sambal.. kehkehkeh).

Pengalaman kegagalan pertama memasak itu membuat mood aku untuk memasak, jatuh merundum (yg dah sememangnya tak de minat nak masak langsung!!!).. hahahaaa...

Kegagalan masakan yang kedua adalah sejurus selepas mak aku keluar daripada hospital.. doktor arahkan untuk tidak buat kerja berat terutamanya memasak dan membasuh. Kena tidur dan rehat (iyala kan, belah perut tuh!!).

Orang sekeliling semua pesan supaya mak kena banyak makan sup ikan haruan. (hihihi)..
Jadinya, aku sebagai anak yang sangat prihatin dan amat sayang kepada si ibu, tanpa melengah masa, terus beli ikan haruan dan dengan suci hati memasak penuh ikhlas untuk mak.. (ala, sup je kan kan kan.. apa yg susah sangat.. kehkehkeh).

Selepas supnya siap, mak pon makan.

Sesuap, mak terhenti.. dikunyah nasi perlahan-lahan.. dan kemudian, pinggannya di letak sebelah.... (hati aku dengan penuh yakin menyatakan bahawa mak masih sakit sebab tu dia tak lalu makan..)

Lepas tu adik aku sibuk nak nasi.. mak pun suapkan.. sorang sorang (termasuk adik2 sedara aku), sampai nasi dan lauk habis.. (hati aku masih kuat menyatakan bahawa mak tak lalu nak makan nasi sebab baru lepas operate).

Tak lama lepas tu, aku tengok, arwah tok bawak makanan untuk mak, dan mak makan sampai liccciiiiinnnn.... (????).

Lama daripada tu, baru aku tahu yang mak kata MAK TAK LALU SUP IKAN HARUAN AKU SEBAB "MANIS!!!". (owh ye, lupa nk bagitau, aku masukkan garam serta GULA sebagai perisa dalam sup itu okeh.. warghkahkahkahkah).

MANA AKU TAU RESEPINYA MACAM MANA!!!! (???.... sebab ikan haruan tawar, maka aku masukkanla gula dengan harapan, isi ikan itu akan manis sikt.. erkkkkk!!!... kehkehkeh).

(gambar ehsan en. google jugaks)


Dan selepas itu, semakin terserlahlah KEMALASAN aku nak masak, sebab aku tau, AKU MASAK TAK SEDAP!!. Dan ayah aku akan cepat je perasan kalau rasa lauk bukan mak aku yang masak.. (dasatkan deria rasa dan kasihnya ayah aku kat mak aku.. hihihihi).


Soalan kedua: Siapa yang menggalakkan anda memasak?

Selepas daripada peristiwa itu, aku tanam azam dalam diri..
"Aku hanya akan masak sepenuhnya untuk anak-anak aku dan bila anak-anak aku dah pandai makan".. (ini azam sebelum kawen nih.. entah iya entah tidak dapat kawen dan dapat anak.. kuikuikui).

Kenapa?.. Sebab aku yakin satu perkara, hanya anak-anak sahaja yang akan menyatakan bahawa "MASAKAN TERSEDAP DALAM DUNIA ADALAH : MASAKAN IBU" (ingat tak dalam buku biodata kita selalu tulis camni??. Hehehe). So, aku nak masak utk anak2 aku supaya mereka sentiasa ingatkan masakan ibu mereka ini yang ibu mereka sediakan dengan penuh kasih sayang.. hihihi.

Ya, maka itu, masa memula aku kawen, mmg aku jarang masak.. waima plak laki aku peminat tegar asam pedas ‘mak dia’ (laaggiiii la susah nak samakan masakan ngan mak mertua.. asam pedas johor plak tuh.. yang tak penah hayat aku makan selama aku bujang dulu!! Sebab AKU TAK SUKA PEDAS!!.)

Tapi, lama-kelamaan, bila dah kawen, dan dah ada anak.. cik abang plak ‘anti’ kalau ajak ‘makan kat luar’.. ayat ‘dramatik’ yang dia selalu guna adalah “dari masa sekolah, duduk asrama, abang makan bungkus.. zaman kat ITM pun makan bungkus.. zaman kerja duduk umah bujang pon, makan bungkus... takkan dah kawen pon kena beli kat luar lagi???”...

Iya!!! ayat sadis cik abang itu berjaya buat aku menggagahkan diri masuk dapur memikir menu dan berkuntau karate do kat dapur untuk masak.. tapi, sepuluh kali masak menda yang serupa nak di masak, (terutamanya gulai ikan..) maka sepuluh kali itu jugaklah aku akan menelepon mak untuk tanya resepi dan cara memasaknya.. hihihi.

Tapi, lama-kelamaan jadi minat pulak nak memasak.. tapi yang aku lemas dan rimas adalah kuantiti masakan.. takkan nak buat gulai ayam beli ayam 3 ketul, santan suku biji dan tomato sebelah je.. iya tak??.

Sebab tu, skrg bila masak, aku suka panggil orang datang makan jugak.. baru syok.. di samping boleh beli barang yang banyak dan bahan yang banyak,.. boleh jugak jamu tetamu yang bertandang.. kan kan kan..


Soalan ketiga: Masakan yang paling anda suka dan digemari orang-orang kesayangan anda...

- asam pedas
- sambal terutup
- nasi ayam berlada
- puding kastard coktail
- kari ikan
- ketam

(gambar2 menu penuh bersepah dalam facebook.. hihihi).

Itu antara menu feveret cik abang sayang... dan setelah 6 tawon cubaan memasak asam pedas, baru tawon ni abang bagi aku kredit 4.3/5.00.. kuikuikui...

.. dan.. feveret masakan aku adalah : Hokkien Mee Udang serta Spageti Carbonara.. sebab itu adalah masakan yang mak aku suka dan mak aku TAK TAHU RESEPINYA... (bangga weih.. bila mak request dan datang rumah aku semata-mata nak makan menu2 tersebut.. hihihihi).

Spageti carbonara ni mmg feveret aku jugak.. (aku kureng suka sikit yang bolognese tuh..)


Dan Hokkien Mee Udang ni.. dah jadi cam menu wajib plak yang aku suka nak hidang kat orang.. hihihi..

Kalau sesapa yang buleh access FB aku, akan perasan bahawa aku banyak upload gambar masakan aku..

Bukan sebab aku rajin masak sangat pon.. TAAAK.. (dan masakan aku tak de lah marbeles manapon... gempak hiasan je lebiiih...)... tapi sebenarnya, aku upload itu adalah untuk memberitahu kepada diri bahawa, "ALAH BISA TEGAL BIASA".. dan "YAKIN BOLEH"..

Setiap menu masakan aku, itu adalah satu pencapaian luar biasa bagi aku berbanding diri aku yang 15-20 tahun yang lalu.

Dulu, aku tidak pernah akan percaya bahawa aku mampu menyediakan sebaris panjang lauk pauk sebegini.. TIDAK PERNAH MEMBAYANGKANNYA SEKALIPON.. bahawasanya aku mampu untuk menyediakan ini dengan hasil tangan aku sendiri!!...

Tapi, benarlah kata pepatah..

"PRACTICE MAKE PERFECT"..
"DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN"...
"HENDAH SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH"..
"USAHA TANGGA KEJAYAAN"..
"KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA"..

Oleh itu.. wahai adik-adik sedaraku sekalian.. (khas ditujukan kepada shima, fazira, azlina, azyani, dan lain-lain).. kalau kaktiny BULEH, makanya : "NO EXCUSE OKEH!!!".... hahahaha...



.


9 comments:

Masy said...

nanti pasni nk mintak kaktiny suapkan org mknlah pulak. lalalalalalala

Kaktiny said...

masy > ko masak menunya.. kaktiny suapkan.. buleh buleh.. hihihi.

Acik Erna said...

salam tiny..seronoknya akak baca..memang bagus dipanjagkan tag ni kan..kita boleh tahu macam2 pengalaman masak2 ni..terhibur dan lucu pun ada..
he he..ada ke patut tiny masak ikan haruan boh gula..

ibundo said...

weh.. panjang giler n3 kau.
kakpah sebelum kawin memang tak pandai masak. lepas kawin baru belajar. ada sekali tu hasben suruh goreng daging. akak hiris daging tu, taruk kunyit ngan garam lepas tu goreng macam goreng ikan. haha.. nak patah gigi hasben aku mengunggis daging tu.

iina said...

Tiny

Alhamdullilah.. bagus22.. dah kawin.. ada suami ada anak.. kenalah tau masak sebab air tangan isteri dan ibu lebih berkat.. sebenarnya masak nie kalau ada org yang suka makan.. mmg seronok jek nak masak dan masak lagik.. cuba takde sapa nak makan.. mesti takde mood nak masak dah.. aku terer masak pun lepas kwin.. walaupun dulu aku selalu gak masak utk family aku.. zaman tuh mana de internet.. masak pun takat lauk2 biasa jek (tapi zaman tuh aku rajin buat kek dan biskut sebav buku resipi mak aku melambak hahaha)

Nyampuk jap.. Kak Pah.. tergolak den dongar goreng daging cam goreng ikan hehehehe...

aNIe said...

Mesti boleh!! ... Sedap ke idak belakang kira... sebab lama2 masak nanti jadi sedap... setuju sgt dengan Tiny.akak dulu pun tak pandai...dok umah MIL...kena masak... pucat muka...hahahha

Cikgooden said...

tgk gambar..tiba tiba rasa lapaq.

Kaktiny said...

kak Erna > sesekali layan tag ni syok gak kan kak.. hihihi...
Itu la pasal.. mmg hampeh kan masak sup haruan letak gula.. org kedah kata ”hayyai” (meloyakan.. kehkehkeh).



kakpah > tiny ni mmg kak pah oii… tiga soalan, 6 kajang muka surat.. pasai tu BM buleh dapat A.. kehkehkeh… danpasai tu buleh amik course Law.. mengarang macam nk buat manuskrip.. hihihi.

Kes masak daging itu sgt2 lucu dan keras perut den nahan gelak kak oii… kahkahkah..

Kaktiny said...

iina > Ye.. alhamdulillah, aku berjaya buat tag ko dlm masa tak sampai 10 minit… tak de la aku peram sampai 10 tawon.. hahaha..
Aku dulu mmg tak biasa masak utk family.. sbb ayah aku tak bagi org lain masak selain mak aku.. tu yg bila kena masak, rasa terkial2 dan tergedik2 tepon sana sini tanya resepi dan cara memasak.. hihihi.


aNIe > sapa kata tak sedap, PEGI MAKAN KAT KEDAI…!!!.. kan kak kan kan kan.. kehkehkeh…



Cikgooden > apa lagi.. mai la umah aku… bilanya hang nk bawak bini ngan anak2 hang mai sini weih??..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.