Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Saturday, December 04, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran - Anakku Zaqwan

Salam anakku Muhammad Zaqwan Bin Mohd Rizal.

Hari ini hari ulangtahun ke-3 putera Ibu yang gagah ini. Ibu doakan semoga anak ibu sentiasa memperolehi kesejahteraan dan diberkati Allah akan umurmu, rezekimu, kehidupanmu dunia dan akhirat wahai anakku.

Doa Ibu sentiasa mengiringi perjalananmu Nak, selagi Allah masih meminjamkan nyawa kepada jasad ibumu ini..

Zaqwan.

Ibu bersyukur malah sangat berbesar hati kerana Allah menganugerahkan seorang wira kepada Ibu. Anak lelaki yang soleh mampu menjadi jaminan Ibu ke syurga Allah tanpa hisab!. Dan Ibu impikan itu padamu Nak!..

Membesarlah zaqwan menjadi anak yang taat, hamba Allah yang beriman, umat Muhammad yang meneruskan perjuangan menegakkan syiar Islam tak kira di mana jasadmu dihadirkan Allah.

Tinggi cita-cita Ibu pada mu Nak. Namun Ibu juga akur dengan dugaan dan ujian Allah, serta Ibu sedar benar akan rintangan dunia, cabaran di setiap peringkat usia serta godaan serata maya ini anakku... Untuk itu, doa ibu tidak pernah putus agar Allah lindungi dirimu, kukuhkan Imanmu, kentalkan jiwamu dengan nama Allah dan tanamkan niat akhirmu untuk ke syurga Allah agar kau bisa menapak kemas mengharungi gelombang dunia dan bisa menangkis hasutan iblis dengan ilmu, dengan iman dan dengan amalan solehmu..! Semoga Zaqwan bangga kembali di hadapan Allah sebagai hamba yang beriman dan mendapat syafaat Rasulullah sebagai penyebar pejuang Islam!. Ameen.

Muhammad Zaqwan Bin Mohd Rizal.
Lahirmu sebagai putera Ibu di pagi yang penuh rahmat Allah. Senang dan tenang. (sempat lagi Ibu meneguk secawan teh tarik dan melahap satu set roti bakar sementara menunggu klinik buka!).
Ibu bahagia sekali dengan kelahiranmu Nak. Syukur kepada Allah kerana putera yang Ibu lahirkan ini tidak banyak karenahnya.
(Ibu ngan abah plak yang banyak kerenah! hahaha)
Jadilah pejuang, penegak dan penyebar agama Allah ini seperti yang dipinta Nabi junjungan kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
Di zamanmu nanti, akan semakin sedikit ditemui LELAKI
(lebihnya JANTAN!!).
MAKA, IBU MOHON PADA ALLAH..
"YA ALLAH, BIMBING DAN PIMPIN ANAKKU INI MENJADI LELAKI YANG BERIMAN YANG MAMPU MENJADI IMAM!!!.." - sungguh-sungguh Ibu berdoa untuk ini wahai anakku!.
Jika ditakdirkan kita terpisah jasad,
HANYA DOAMU YANG IBU MOHON WAHAI PUTERAKU!.
Ibu sayang zaqwan.
Semoga Allah sentiasa bersihkan hati anakanda dengan cahaya Iman dan nur Islam.
Ameen.


Doa Ibu adalah seperti dalam Firman Allah:
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (Al-Quran Surah As-Saaffat 37 : Ayat 40).

Juga Ibu berdoa seperti doa Nabi Zakaria kepada Allah dalam Firman Allah:
"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan" (Al-Quran Surah Ibrahim 14 : Ayat 40).








.

9 comments:

ibundo said...

wah tiny.. berturut2 ni celebrate birthday. Happy birthday buat zakwan dan amin kepada segala doa-doa ibu mu..

Anonymous said...

amin...


hepi befday zaqwan sayang...


-aunty bini angkat MZ-




.

MARIA said...

Hah...ni sorang lagi punya birthday. Tokma dah balik...tunggu ajelah nanti bebila tokma datang. Tokma ni kalau dah ada kat rumah sebok jer memanjangnya. Entah apa yang disebokkan pun tak tau ler tokma. hehehehehehe.

SELAMAT HARI KELAHIRAN BUAT ZAQWAN
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MENJADI ANAK YANG SOLEH. AMINNNN....

Acik Erna said...

Selamat Hari Lahir buat putera Tiny..Muhammad Zaqwan.
semoga doa2 ibumu di makbulkan..amiin..

iina said...

Alahai.. hadiah betday bila masuk bln 12 nie mmg berderet2 korg anak beranak kan.. hahaha.. Happy birthday dear zaqwan.. mama iina bg hadiah sekali ngan betday ibu esok jelah hahaha... kiss him for me ;)

blackcardomompods said...

4 dec ek...wah..unty mesti ingt nyer...hihihi..

kak tiny,moga2 anakmu tergolong dalam golongan yg beriman kerana betul katamu itu,zaman hidupnya nanti terlalu byk pancaroba.MOga2 dia terselamat dr pancaroba itu.

Kaktiny said...

kakpah > iye kak pah.. mmg dekat sangat tarikh berdua tu.. lepas ni kena gabung celebrate sekali je la.. kehkehkeh..
Terima kasih kerana turut mendoakan.. tq tq tq..


-aunty bini angkat MZ- hahaha…. Iye lah aunty.. semoga zaqwan ada semangat utk perjuangkan islam mcm maher zain jugaks.. hihihi…

Kaktiny said...

TOKMA > mana la tokma ni tak nampak2 bayang tubuh.. kata dah balik, tapi sunyi je rumah.. nak buat kunjungan hormat le kat tokma.. hihihihi…
(iya la, kekadang mcm tak de apa nk buat, tapi masa penuh je ngan aktiviti... tak perasan ada je perkara yg nak buat kan.. sama la kita tokma oiii...)

Amiin. Terima kasih atas doa..


kak Erna > Alhamdulillah.. terima kasih atas iringan doa itu… hihihi..

Kaktiny said...

iina > betul tu weih.. start huung bulan 11 tu, dh tahu dh, ada 3 yg menanti.. kehkehkeh…


blackcardomompods > ameen… terima kasih atas doa itu..
.. a day before aunty’s birthday eh.. hihihi…
(happy belated besday.. terlupa nk wish.. semoga diredhai Allah akan kehidupanmu dunia dan akhirat ye dik.. ameen.)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.