Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, December 10, 2010

Wahai Wanita Syurga… aku mengkagumi kalian!.


Wahai wanita-wanita syurga.. alangkah bertuahnya kalian.. peranan kalian dalam lipatan sejarah islam terpahat kemas menjadi pedoman. Nama kalian unggul meniti bibir para malaikat yang bercerita akan kehebatan kalian di syurga abadi Allah serta menjadi teladan kepada kami wanita islam di dunia sementara ini...

Wahai Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid.
Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam tenang bersamamu sepanjang hayatmu bersamanya. Di dalam pelukan kasihmu Rasulku bertapak kemas memperjuangkan islam.
Ya Allah, pinjamkan aku tulus kasih setianya dan semangat juangnya itu..

Wahai Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW.
Kau anak yang taat kepada bapamu. Najis dan luka dibadan ayahandamu, kaulah yang membasuh sehingga bersih suci.
Ya Allah, pinjamkan aku ketaatannya terhadap bapanya itu.

Wahai Siti Hajar.
Aku mengkagumi setia kasihmu terhadap suamimu Nabi Ibrahim. Setahun sekali bertemu kau tidak pernah mengeluh. Tiada merungut ditinggal suami walau dalam keadaan payah.
Ya Allah, pinjamkan aku tinggi keyakinannya terhadap si suami.

Wahai Aisyah RA.
Kau bijak sedari kecil. Kecerdikanmu memikat hati Rasulullah. Bantuanmu kepadanya bukan sedikit. Ketika ujian melanda, sedikit pun kau tidak gentar.
Ya Allah, pinjamkan aku kebijaksanaannya yang memikat suami.

Wahai Asiah, wahai Masyitah, wahai Sumaiyyah ahli keluarga Yasir.
Syurga yang kalian kejar walau pemerintahmu menghukum bunuh yang kejam. Keyakinan kalian kepada rasul serta Allah tidak mampu dilentur walau nyawa menjadi galang ganti.
Ya Allah, pinjamkan aku kentalnya takwa mereka terhadap-Mu Allah.

Wahai Mutiah.
Bagaimana mampu aku bersedia sentiasa dengan menyediakan tongkat, air dan berhias untuk suamiku sepertimana yang kau lakukan sehingga selayaknya kau dahulu yang menjejak kaki syurga dengan memimpin tunggangan anak Rasulullah Fatimah.
Ya Allah, pinjamkan aku kecintaannya kepada suaminya.

Wahai Nusaibah, wahai Khansa.
Kalian sanggup mempertaruhkan anak-anak kalian di medan juang demi menegakkan Islam tanpa menilaikan nyawa darah dagingmu.
Ya Allah, pinjamkan aku semangat ibu-ibu ini yang menyayangi-Mu melebihi anugerahmu yang bernama anak!.

Wahai Ummu Sulaim.
Mas kahwinmu hanyalah keimanan suamimu.
Ya Allah, pinjamkan aku kemampuannya mentarbiyah suami agar berada di landasan agama suci-Mu yang benar.

Wahai anak Sayidina Abu Bakar, Asma’.
Tidak kau gentar dengan pemerintah yang kejam. Kau tidak culas menyimpan rahsia besar menjaga nyawa bapamu dan Rasulmu.
Ya Allah, pinjamkan aku keberanian menjadi penyimpan rahsia yang tulus sepertinya.

Wahai Maryam ibu Isa A.S.
Tohmahan manusia kau terima redha kerana yakin Allah penentu segala. Melahirkan Isa tanpa bapa, tidak sedikit kutukan manusia. Kau tabah dan redha sehingga Allah membenarkan Isa diumur bayi berkata-kata akan kebenaran.
Ya Allah, pinjamkan aku ketinggian tahap redhanya tanpa berbelah bahagi kepada-Mu itu.

Wahai wanita-wanita contoh terbaik ummah.. aku ingin mencontohi kalian..

Aku malu imanku tidak seteguh mereka. Ampuni kekhilafanku Ya Rabb.
Tolong Ya Allah.. percikkan secangkir ketakwaan mereka kepadaku, agar aku dapat menemui-Mu nanti dengan semangat juang para syuhada wanita islam ini..


Firman Allah:
"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya)". (Al-Quran Surah Yunus 10 : Ayat 99-100)


Ya Allah. Aku mohon agar Kau berikan ketakwaan dan keimanan kepada ibuku, kepadaku, kepada anak-anakku, saudara-saudara perempuanku dan sekalian muslimah islam hari ini.. seteguh ketakwaan wanita-wanita syurga itu.. Ameen.


Firman Allah:
"Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Allah akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun – yang lain dari Allah – yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka." (Al-Quran An-Nissa’ 4 : Ayat 173)


Aku mohon redha-Mu Ya Allah.. Redhai aku..


.

11 comments:

Masy said...

yeayyy ade nama sy!

ze said...

salam tiny... per kabar? lama tak dengar cerita kan. ada masa singgahlah kat "umah" akak yg mcm dah jd umah berantu hehehe

zino said...

salam hujung minggu

aNIe said...

Tiny terima kasih berkongsi sama... berdiri bulu roma membaca tentang keimanan...ketaqwaan dan kekuatan rohani mereka... terasa betapa kerdilnya kita...teringin menjadi seperti mereka...

ckLah @xiiinam said...

Amin...semoga Redha Allah sentiasa membaluti kita...

Mak Su said...

siapalah kita ni nak dibandingkan ngan mereka.... kaktiny, berusaha !

:)

iina said...

Tiny.. sila dtg blog aku ambik nama ko.. penat aku tulis semalam ;)

Kaktiny said...

Masy > semoga imanmu sekukuh pemilik namamu sebelummu itu dik..


kak dee > lamaaaaaaanya akak menghilang kak oiii.... baru kini bersua kembali yer.. hihihi

Kaktiny said...

zino > ye.. ye.. selamaat.. hihihi..


kak anie > nak jadi sepenuhnya mcm mereka mmg takkan termampu kak kan.. dpt sepercik dari itu pon amatlah didambakan.. semoga Allah perkenankan.. ameen.

Kaktiny said...

cklah > Ameeen ya rabbul 'alamiin.
ya cklah.. sungguh2 mengharapkan redha Allah sampai ke akhirat sana.. sampai ketemu di alam syurga (walaupun sedar dan akur kekhilafan diri dan gunungan dosa.. huhuhuhu.... namun, masih tetap inginkan rahmat dan redha Allah..)


maksu > takkan mampu disamakan maksu.. takkan pernah mampu... dpt setitis takwa mereka pon amat memadai.. sentiasa mengharap dan berdoa.. sentiasaaaaa.... semoga Allah meredhai usaha kita semua.. ameen..

Kaktiny said...

iina > ye ye ye.. aku pi amik le nih.. hihihi..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.