Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, December 06, 2010

HIJRAH : IMAN, SOLAT DAN AURAT!.

Hari ini sudah masuk Tahun Baru Islam – 1432 – maknanya. Sudah seribu empat ratus tiga puluh dua tahun agama Islam sebaran Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam tersebar di bumi Allah ini.. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Azza Wajalla kerana ini semua terjadi dengan izin dan kehendak-Nya.

Azam Tahun Baru?.

Pasti ada yg memasang cita-cita pada Tahun Baru Islam ini (atau ada yang mungkin terlupa dan menghitung lagi 24 hari utk memasang cita-cita di tahun baru Masihi 2011?? Wallahu ’alam).

Aku ingin mengajak diriku (supaya melakukannya dan beristiqamah dengannya!!!) serta muslimah Islam untuk memasang cita-cita di Awal Muharram ini.

MENJAGA IMAN, SOLAT DAN AURAT!.

Ya, aku tahu, TIDAK MUDAH!.
Sementelah menjadi wanita, isteri, ibu yang bekerja serta dikelilingi masyarakat yang bergaya 'korporat' – adakalanya aku akur kelemahan imanku dalam menjaga SOLAT dan AURAT!. (malu pd diri sendiri.. malu pd Rasulullah serta malu pada Allah.. sedih!! huhuhuhu)..

Namun, aku masih ingin mengingatkan diriku sendiri.. agar menjaga perkara-perkara ini dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH!!.

1) SOLAT!.

1.1 – Setepat waktu.

Rukun Islam ke-2 selepas mengucap 2 kalimah syahadah adalah SOLAT 5 WAKTU!.
Ya, untuk mengerjakan solat, adalah perkara yang MAMPU dilakukan!. Tetapi untuk segera mengerjakannya sesudah AZAN berkumandang adalah yang PAYAH (nak pulak ada meeting, ada guest, ada urusan itu ini bla bla bla @ alasan!!!huhuhu). Seringkali solat zohor dikerjakan di hujung-hujung waktu (kononnya nak sambung terus dengan asar) – satu menangguk dosa, satu menyimpul pahala.. 1-1= 0 juga jawapannya!. ADUH!!.

1.2 – Berjemaah serta solat-solat sunat!

Kalau diberi pilihan, bonus sebulan gaji dengan bonus 6 bulan gaji, yang mana kita nak?. Atau adakah kita dengan SUKARELANYA beritahu pada Ketua Jabatan bahawa kita TIDAK MAHU BONUS, cukup gaji biasa!. Atau lebih hebatnya, kita dengan BANGGANYA beritahu kepada Jabatan Sumber Manusia bahawa kita hanya MAHU KERJA SAHAJA, TETAPI TIDAK MAHU GAJI BULANAN LANGSUNG!! ADA YANG SANGGUP SAHUT CABARAN ITU????...

Pasti ramai yang terjerit nak bonus 6 bulan gaji. Malah jika company istihar 6 bulan gaji tapi di’cantas’ dek Ketua Jabatan 3 bulan dan hanya dapat 3 bulan bonus berbanding rakan lain yang dapat 6 bulan, PASTI ADA SUMPAH SERANAH YANG AKAN KEDENGARAN!.

Aku pasti, juga tidak ada yang berani mengangkat tangan meminta untuk TIDAK DIBERI BONUS..

Dan adalah lebih diyakini bahawa TIDAK AKAN ADA YANG MAHU BEKERJA PERCUMA TANPA BAYARAN!! Betulkan???!!!..

Pahala solat sendiri dengan solat berjemaah bukankah jauuuuuh tinggi markahnya. Kenapa tidak pula mahu dikejar?. Dan solat sunat, bukankah ada ganjarannya tersendiri.. tapi, adakalanya aku leka dan lalai tentang perkara ini!!..
MAKANYA... Siapa yang lebih ego dari diri manusia ini?. Allahu!!..


2) AURAT.

Ya, Isu aurat dan wanita ini takkan habis jika dibincangkan. Dari zaman jahiliyah kuno sehingga jahiliyah moden ini, malah hingga sangkakala ditiup Israfil, pasti isu aurat wanita masih menjadi perhatian khusus!.

Sering kita dengar pelbagai alasan yang diberikan jika ditanya tentang aurat.

Antara yang ’femes ’d emesos” adalah 'statement' yang sedemikian!.
Baiklah wahai sesama muslimahku..
Mari kita buat analisis mudah "MODEL TEORI AURAT KAKTINY" mengikut kiraan matematik mudah dari aku yg bodoh matematik ini!.

1.1) 1 – 1 = 0 (situasi di atas)

Situasi A
– Bertudung TAPI... sekian sekian sekian..

1 pahala tolak dengan (–) 1 dosa = TIADA NILAI!.

Situasi B
– Tak tutup aurat TAPI.. sekian sekian sekian...

1 dosa tolak dengan (–) 1 pahala = TIADA NILAI..

Kiranya DUDUK SATU KAPAL JUGAKLA!!.. so, takyah lah nk tunding jari sapa elok sapa tak elok!!... SAMA JER!!!...

* Lihat warnanya.. tidak sekata kan!. Kelabu menghuni di sebalik cahaya!.
1.2) 0 – 2 = - 2 (situasi di atas)

Situasi C – Tak tutup aurat DAN berbuat sekian sekian sekian..

MASYAALLAH... LAAGGIII DASATTT!!.. KELABU TERUIH!!..

Dua kali ganda (siap negatif lagik..) dosa.. NAUZUBILLAHIMINDZAALIK!.

*Warna kelabu yang sekata.. tiada cahaya yang menerobos di antaranya!
1.3) 1 + 1 = 2 (di atas)

Situasi D – Bertudung DAN berbuat sedemikian demikian demikian..

ALHAMDULILLAH.. SUBHANALLAH... ALLAHU AKHBAR..

INDAHNYA IMAN!.

(Ya Allah.. aku mohon pada-Mu untuk menjadi sebegini dan beristiqamah dengannya.. Ameen).

* Warna cahaya terang dan menawan!.


3) IMAN

Sering juga kita dengar, komentar sesetengah pihak seakan2 begini:

"Alah... dia tu cakap ja pandai, tengoklah diri tu sendiri, tengok family dia sendiri, tengok anak-beranak dia sendiri.. PANDAI CAKAP TAPI TAK BUAT PON!. Biar jadi macam KITA NI, walaupun tak tutup aurat (ataupun walaupun tak solat!), tapi takdelah nak cakap GEGAR-GEGAR macam dia, macam la dia baik sangat.. dia pon teruk jugak.. duluuuukaaann dia tuuu... bla bla bla bla bla... tak pon, nanti kita tengokla apa jadi dekat anak dia, dekat dia, dekat itu ini macam tu macam ni begitu begini bla bla bla..."

Wahai DIRIKU, wahai saudara-saudara muslimahku serta anak-anakku..

JANGAN kita SEMAK IMAN ORANG LAIN... JANGAN!.
JANGAN kita menjatuhkan hukum pahala atau dosa kepada orang.. JANGAN!.

JANGAN kita pula menyumpah mendoakan keburukan orang lain... JANGAN!

URUSAN IMAN ADALAH URUSAN HAK MUTLAK ALLAH.. tiada satu manusia pon yang boleh meletakkan darjah keimanan seseorang!!

"Seorang yang membuat maksiat tidak tentu lagi tempatnya di neraka jika dengan maksiat yang dilakukan itu membuatkannya gentar dan takut kepada Allah!.
Seseorang yang melakukan amal kebajikan itu tidak semestinya terus menuju Jannah Allah jika kebajikan yang dilakukan itu melarik riak dan berasa hebat dengannya"!

TAHAP KEIKHLASAN SEORANG INSAN ADALAH RAHSIA ALLAH YANG TIDAK MAMPU DITEROKA OLEH MANA-MANA MAKHLUK!. IA KEKAL SEBAGAI RAHSIA ALLAH!.

Jangan sesekali cuba menilai ikhlas, cukuplah sekadar kita melakukan ibadah demi kerana Allah – NAWAITU LILLAHI TA’ALA!. (Wallahu ’alam bisawwab).

Cukuplah kita ingatkan diri kita sendiri dan saling mengingatkan dengan saudara-saudara Islam kita untuk bersama AMALKAN YANG MAARUF dan JAUHI YANG MUNGKAR!. CUKUP!.

Kita manusia biasa, yang telah dilemparkan nafsu, kita tidak semaksum Rasul, oleh itu sama-samalah kita perbaiki Ibadah kita kepada Allah dan saling ingat-mengingatkan sesama sendiri.

PERINGATAN UNTUK DIRIKU SENDIRI:

WANITA YANG MENUTUP AURAT (tertib atau 'tak penuh'), TIDAK TENTU SOLATNYA SEMPURNA DAN TIDAK TENTU IMANNYA TEGUH!.

WANITA YANG SOLATNYA SEMPURNA DAN IMANNYA TEGUH, PASTI AKAN MENUTUP AURAT DENGAN TERTIB.
WANITA YANG IMANNYA TEGUH, PASTI SOLATNYA SEMPURNA DAN MENUTUP AURAT DENGAN TERTIB!.

...... BAGI WANITA YANG IMANNYA TIDAK TEGUH, TIDAK SOLAT DENGAN SEMPURNA, JUGA TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN TERTIB...... SEMOGA HIDAYAH ALLAH DATANG KEPADANYA! Ameen.


Tolong ingatkan aku jika aku tersasar daripada orbit garisan seorang Muslimah Islam!. TOLONG!.

Firman Allah:
"Demi masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran!" (Al-Quran Surah Al-Asr 103 : Ayat 1-3)



.

10 comments:

iina said...

Semoga kita berhijrah menjadi lebih baik.. itu azam aku juga..

Cikgooden said...

hang memang tekun...masa buat entry ni...

kakpah said...

orang perempuan senang nak buat pahala. Banyak bonus pulak tu.
Buat dosa punnnn senangggg...

Mak Su said...

tq kaktiny, peringatan ini.... maksu ni azam turun naik, hu hu hu

zino said...

salam tahun baru..

blackcardomompods said...

Salam maal hijrah ktiny,gooodddd coretan.kita teramat suka.tp ktiny,dunia dh nk berahkir ,terlalu ramai manusia lupa Allah walaupun kita jenuhlah sibuk ingatkan.semoga family kaktiny terlindung dr segala kjahatan.

Eh bab ngata org itu ini,bg kita-at least org tu ada inisiatif nk tulis hal agama dr duk tyg kete,hbag 24 jam kt blog kan kan ,mana lg bgus?????

KAKTINY said...

iina > semoga.. ameen. ingatkan aku akan azam aku ni kalau aku terlupa dan alpa k..
:)



Cikgooden > ni entri auto-publish.. aku taip masa isu aurat hangat diperkatakan (pasai islamic fashion festival tu ler..).. pastu ingatkan nk tukaq menda lain.. tp pasai dh sibuk dgn bnyk aktiviti, aku terlupa nk edit.. jadila entri lagu ni.. huhuhu...
..... aku mmg tekun kalau bab menulis nih.. hahaha..

KAKTINY said...

kakpah > sungguh haih kak pah kan kan kan… pahala senang, dosa senang, bonus banyak, azab pon brganda gaks.. Cuma tunggu pilih je kan … hihihi…
Nak terpilih jadi yg bermuka depan atau setidaknya golongan kanan.. ameen.


Mak Su > serupa la kita maksu oii… azam tu nampak hebat kt tulisan je.. realitinya, masih dok terumbang ambing bergelora jugaks.. huhuhuhu... tu yg dok peringatkan diri sendiri tu, especially bab aurat dan mulut ni hah.. laju sgt nk mengata, komplen, mengutuk, membebel... huhuhu...

KAKTINY said...

zino > salam ma’al hijrah..


blackcardomompods > salam ma’al hijrah too…
bab mengata org tu, kaktiny lebih fokuskan kpd diri kaktiny sendiri… kekadang lidah tak bertulang ni lajuuu je nk tengok keburukan org, kelemahan org.. nk bandingkan itu ini, begitu begini.. huhuhuhu…
So, azam kaktiny tahun ini dan yg seterusnya adalah dgn nk kurangkan bagi ‘judgement’ pd org lain dan lebih sibukkan menilai diri sendiri daripada menilai buruk baik org.. nasihat ini utk kaktiny sendiri.. kalau org lain turut dpt ambil peringatan, alhamdulillah..
Semoga kita semua dpt berhijrah menjadi lebih baik.. ameen.

Xyrean said...

Assalamualaikum.. kak tiny.. izin kan saya copy this valuable entry.. seronok saya baca.. semoga hidayah menjadi milik kita...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.