Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..
Lama tak bersiaran di ruangan maya ini.. banyak perkara lain yang menjadi priority yang membuatkan ’mood’ untuk ke sini agak mendatar..
Lebih kurang 4 bulan ruangan ini terhenti setakat entri lalu tanpa sebarang catatan baru sedangkan banyak peristiwa ’baru’ yang berlaku dalam hidup aku dalam tempoh 4 bulan ini..
(hmm.. termasuk template blog juga telah berubah.. yang agak terkial-kial jugak aku nk post entri.. Apabila KEBIASAAN mengalami PERUBAHAN, akan ada sedikit 'KETEGANGAN' dan 'KESULITAN' yg terjadi di situ!!...)
Abaikan pasal template blog yg baru ni.. ubah ke kisah lain..
Kisah 1: Kelahiran cahaya mata ketiga.. Alhamdulillah.. Jumaat 30.03.2012, seorang lagi ahli syurga telah Allah anugerahkan kepadaku.. seorang putera.. Muhammad Zharif (moganya anak ibu ini diizinkan Allah menjadi tahfiz / hufazan Al-Quran dan hadis.. ameen)..
(Zharif kini dh nak masuk 4 bulan..)
Zaqwan dpt geng... Nureen ’sempat’ merajuk sekejap sebab nama zharif dgn zaqwan ada persamaan... M.Z (Muhammad Zaqwan dan Muhammad Zharif) – secara kebetulan je pon! .. itupun Nureen yg pilihkan nama Zharif.. last2 baru dia perasan persamaan tu.. pastu nak merajuk pulak sbb nama dia N.F (nampaknya kena bagi ’geng’ dekat si kakak pulak la lepas ni.. hihihihi..)
Kisah 2: Pertambahan ahli keluarga baru (dapat adik ipar perempuan, menantu perempuan pertama dalam family Yahaya-Zakiah)..
Adik bongsu aku (Jefry) selamat melangsungkan pernikahan dengan Intan Norsafuraa.. Mak dapat menantu perempuan pertama dalam keluarga (bestnya raya tahun depan ada tambah geng kat dapur.. hihihi)..
Firman Allah:
”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kebesaran Allah)”- Al-Quran Surah Adz-Dzariyat 51 : Ayat 49
Sungguh benar janji Allah.. Jodoh itu ketentuan-Nya..
Seorang di Sabah (Jefry) dan seorang di Negeri Sembilan (Intan), di Selayang mereka dinikahkan dan di Kulim Kedah, majlis sambut menantu di adakan.. pertemuan merentas 4 Negeri..
Uniknya pasangan ini, mereka saling TIDAK MENGENALI di antara satu sama lain.. jodoh aturan keluarga... YA!, masih wujud lagi anak-anak muda yang akur dengan pilihan keluarga.. Perkenalan yang diaturkan oleh keluarga mengambil masa dalam tempoh 3 bulan sahaja, kedua-dua keluarga setuju dan mereka pun disatukan.. MUDAHKAN JODOH MEREKA.. Alhamdulillah...(takde chance la nak ’dating’ segala bagai, sorang kat Sabah, sorang kat Negeri Sembilan.. ’dating’ thru facebook + skype + sms + telefon je la... hihihihi)..
Yang lain2.. apa lagi ya yang baru?..
OH YA!!...
Pertambahan LEMAK!!.. (iieewwwww)
Terdapat lemak2 yang baru dalam badanku... yang pada masa berpantang dulu tak wujud tapi setelah habis pantang, BERTAMBAH dengan mendadaknya.. OWH!!... OWH!!... OWH!!...
Takpe.. lupakan pasal berat badan yang bertambah.. (salah sendiri, sendiri la tanggung!!!!...)
Masuk ke fasa yang amat dinantikan oleh seluruh umat islam.. RAMADHAN..
Syukur Alhamdulillah.. berkesempatan lagi menikmati Ramadhan kali ini.. Moga Allah berikan pengampunan kepada kita, moga Allah sudi menerima taubat kita semua, moga Allah permudahkan segala urusan.. dan semoga Allah meredhai perjalanan hidup kita dunia dan akhirat.. Ameen..
Sepanjang pembacaan, aku temui hadis-hadis menarik untuk dikongsi bersama juga sebagai motivasi diri untuk lebih banyak beramal di bulan puasa ini.
.......................................
Sabda Rasulullahi Salallahu Alaihi Wassalam:
"Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (Hadis Riwayat Bukhari)
"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (Hadis Riwayat Ibn Majah)
"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(Hadis Riwayat At-Tirmizi)
"Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)
"Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (Hadis Riwayat Bukhari)
"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(Hadis Riwayat Bukhari)
"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad)
“Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
...................................................................
Peringatan untuk diri :
JAGA MULUT! – usah menilai orang!!.. lebihkan menilai diri sendiri!!!..
JAGA PERUT! – tgk mesin timbang.. lemak lama tu pon tak habis kikis lagi!!..
JAGA MATA + LIDAH! – banyakkan melihat dan membaca bahan bacaan yang berunsur ilmiah – PUT A FULL STOP utk yg berunsur umpatan, kejian, tohmahan, fitnah, gosip serta yang melaqakan.
JAGA TELINGA! – sama seperti jaga mata + lidah!.
JAGA LANGKAH! – NO to pasar ramadhan (dh 2 tahun kekal pegang rekod bersih tanpa ke pasar ramadhan utk berbuka – masak di rumah shj – HOME MADE – FRESH FROM KITCHEN – kecuali bila balik kampung!! – sebab mak yg masak!!).
JAGA TINGKAH! – perbanyakkan amalan baik yg dapat mengutip pahala yang telah dijanjikan Allah gandaannya di bulan puasa ni.. moga bisa meraih redha Allah.. Ameen.
JAGA HATI! - banyakkan berzikir.. banyakkan DIAM!!..
* Dalam banyak peristiwa bahagia, ada juga terselit resah dan duka.. hmmm... tapi.. takpe.. setiap kejadian itu tidak Allah jadikan dengan sia-sia.. pasti tersembunyi hikmah yang banyak... Innalillahi Wainna ilaihi raajiuun.. Allahumma ajurni fi musiibati wa akhlif lii khairan minha.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar.. La hau la wa la quwata illa billah..
Ya Allah.. redhai kami semua.. Ameen.
10 comments:
Assalamualaikum Tiny..Tahniah dah bertambah ahli keluarga..tahun depan boleh bagi kawan untuk nureen pulak.
dan terima kasih dengan apa yang tiny kongsikan disini.
comelnya ahli baru rumah tiny..zharif
Waalaikumsalam kak..
Tu la pasal.. cadangnya nk jugak tambah sorang lg.. bg cukup geng.. bila zharif habis menyusu nanti harap2 ada le rezeki.. hihihi..
Tiny kongsikan apa yg dibaca utk peringatan diri.. moga sama2 kita dpt manfaat.. yg penting dpt meraih redha Allah.. kan akak kan...
Selamat berpuasa.. :-)
Ramadan Kareem.
(Doa untuk Zarif) Ameen.
Untuk Tiny,tahniah atas segala nikmat.Selamat beristiqomah. Terimakasih mengongsikan koleksi hadith.
Assalamualaikum Tiny,
Lamanya su tak menjengok blog, bukan saja blog tiny, blog su pun dah bersawang, habuk pun dah seinci dah. Dari tiny baru dpt berita mengandung, sampailah zafif dah 4 bulan... setahun jugak kot su tak jengah blog.
Tahniah Tiny... untuk segala nikmat yg Allah anugerahkan.... Alhamdulillah. Tumpang gembira melihat kehidupan tiny dalam bayangan minda... Ye lah... kita mana pernah berpeluang nak jumpa, kan? :)
wahhh congrats sis. lamanya dk ttggu2 kTiny update blog ni...bla nk dpt tgk sicomel tu yek.
Salam KakTiny. Ini Untie Sobah.Rindu lama tak menjelma. Rupanya dapat cahaya mata yang baru. Alhamdulilah. Tahniah. Semoga menjadi anak yang tergolong bersama para Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Semoga mewarisi semangat wira juang seperti sahabat sahabat Rasulullah dan seperti yang akhir ini, Al Fatih yang membuka Constantinople dan Sallahuddin Al Ayubi yang membuka Palestine kembali ke tangan Islam. Nanti berkat doa ibu bapanya, Allah kurnia MQ menjadi Wira dan Juara memperjuangkan Islam di zamannya. Untie hanya mampu sama-sama doa kesejahteraan bagi Tiny sekeluarga, dan semoga bangkit seorang wira....Ameen.
Mak Bonda > Allahu.. Jazakillahu khair atas doa.. <3
tiny sekadar menyampaikan yg dibaca kak.. moga diizinkan utk berkongsi syafaat..
Suara > SUUUUUU!!!... Lamanya tak jengah sini.. (lama jugak baru blog su ke udara..)..
.. teringin nk sembang panjang..
rindu Su!!.. muahsss..
<3
cik Dia > awak tu senyap terus je eh.. bila nk dtg umah kaktiny?.. lawat baby baru?.. hihihi..
naik la KL.. boleh borak2..
(ani / amoi pon dh dpt baby.. mai la jumpa kami...)
Aunty Sobah > Salam kembali aunty..
Ameen.. Ameen.. Ameen.. Allahu Akhbar.. moga doa Aunty Sobah Allah angkat dan makbulkan.. moga di amiin kan para penduduk langit.. Subhanallah.. Ameen Ameen Ameen Ya Rabbul 'alamiin..
Semoga doa tulus aunty utk tiny dan keluarga kembali menjadi rahmat dan syafaat kepada aunty sekeluarga.. dan menjadi inspirasi kepada seluruh umat islam.. ameen..
Post a Comment