Di pagi sabtu..
Seperti biasa, usai solat subuh berjemaah di masjid, cik abang akan balik menyampaikan isi tazkirah kepadaku..
Tertarik dengan tajuk yang ditazkirahkan yakni "RUPA PENGHUNI NERAKA"..
Antara isi tazkirah yang abang sampaikan kepadaku (yang disampaikan oleh Ustaz penceramah), daripada petikan kitab yang dibaca oleh ustaz penceramah itu menyatakan, antara rupa bentuk penghuni neraka adalah:
1) Bidang dadanya seluas 3 hari perjalanan kuda yang paling pantas berlari – ini kerana seksanya penghuni neraka itu di asak badannya dengan siksaan sehingga leper dadanya.
2) Giginya tersembul keluar atas dan bawah – kerana menerima hentakan demi hentakan dari atas dan bawah di setiap ketika.
3) Kulitnya tebal, kasar dan keras – setiap waktu berhadapan dengan api yang menyala, besi yang panas dan pelbagai bentuk siksaan lagi.
~ wallahu’alam.. itu antara yang disampaikan oleh cik abang (rujukannya aku tak pasti, dan aku pun tak pernah dengar perihal ini sebelum ini..) ..tapi.. sedikit itu sahaja informasi yang disampaikan oleh cik abang kepadaku..
Lepas tu kata abang, beralih pula kepada topik – "ISI PENGHUNI NERAKA"!
Kata abang, menurut ustaz penceramah, di antara yang paling ramai menghuni neraka itu adalah KAUM ISTERI... sebab yang paling utama punca terjerumusnya mereka ke dalamnya itu adalah kerana LIDAH DAN LISANNYA!.
(Ya, info ini banyak aku baca dan dengar)..
.. Menurut Ustaz lagi, antara 'ucapan FEVERET yang langsung membawa si isteri ini ke neraka adalah:- "Selama saya kahwin dengan awak, TAK PERNAH LANGSUNG awak menyenangkan saya” @ yang seumpama dengannya"!!.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita”.... (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
"…dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : 'Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu'!." (Hadis Riwayat Imam Al- Bukhari)
~ Ayat yang merupakan PENAFIAN si isteri terhadap KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN yang diberikan oleh suaminya.
Ayat KERAMAT ini biasanya ditutur ketika NAFSU AMARAH di peringkat paling maksima!.. Tak mampu dikawal dan keluar secara spontan!..
Dan KESANNYA ~ ke neraka TANPA HISAB!! (ingat nak ke syurga je ke tanpa hisab.. ke neraka adalah laluan paling mudah TANPA HISAB!!.. na’uzubillah!!).
Perkataan "TAK PERNAH LANGSUNG" itulah yang ditulis oleh malaikat yang nantinya para isteri akan dipersoalkan dengannya!.. aduuhaaaiiii.. BAHAYA TU!!..
- Justeru itu, wahai para isteri, hati-hati dengan lidah dan nafsu amarah kita.. Jangan sesekali sebut "TAK PERNAH LANGSUNG".. kalau tak pernah langsung si suami tu buat kebaikan / kebajikan kepada keluarga, takkan le ko sanggup pertahankan lagi rumahtangga tu kan!.. Baik minta berpisah je!!.. Tapi, kalau ko masih sayang rumahtangga ko, maknanya, BANYAK JUGAK LE KEBAIKAN / KEBAJIKAN YANG SUAMI BAGI!!.. Betul tak???!!!.. -
Terkenang-kenang juga kelantangan dan kelancaran mulut sendiri.. pernah tak dituturkan perkataan sedemikian?.. Isy.. takutnya..
Aku : Abang.. ada tak leen cakap macam tu kat abang?.. Nak plak bila tengah marah?.. Takut la, kekadang bila hangin berangin satu badan, tak sedar apa yang tersebut.. kalau ada, leen mohon ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. jangan tuntut ayat2 leen di akhirat nanti ye bang, bila malaikat tanya abang apa ayat yang leen ucapkan pada abang bila leen marah!!.. Ampukan Leen bang.. Redhai leen bang.. (dh macam nk menitik air mata di pagi subuh weih.. huhuhuhu)..
Abang : InsyaAllah, leen takde cakap macam tu.. tapi ayat lain adalaaahhh (ketawa!.. haish.. ngeri pulak bila abg ckp mcm tu!!).... Leen jangan risau, abang sentiasa ampunkan leen, sebab abang tahu leen tgh emosi.. bukan baru sehari abang kahwin dengan leen.. abang dah masak dengan angin kus-kus leen tu..
(fuuuhhhhh.. LEGA!!) – sebab tu skrg aku semakin selesa mengaplikasikan DIAM LEBIH BAIK DRPD BERCAKAP bila tengah marah.. Dalam hati, aku "berbicara dan meluahkan" kepada Allah!!.. cakap dalam hati tak berdosa.. yang berdosanya bila TERKELUAR BICARA yang tidak-tidak!!! (tapi, bila aku diam, abang pulak suka asak2 aku utk cakap!!.. dia kata, kalau aku diam - TAK SYOK!!.. TAK PUAS KALAU AKU TAK LUAHKAN!!!... chaiissttt.. ni sapa nak jawab nih??!!.. Sapa yg akan dipersoalkan nanti??)...
Abang sambung lagi pasal tazkirah tu - katanya, masa Ustaz cakap pasal kaum isteri yang ramai dalam neraka, dia tengok kaum2 isteri kat belakang banyak yang tunduk dan kaum suami pulak senyum-senyum kambing..
Terus Ustaz tu menambah..
"HAH!.. saya tengok akak-akak kat belakang tu, tunduk je.. tunduk tu samada insaf atau menjawab dalam hati tu" – si Ustaz cuba berjenaka..
"HAH!.. Yang cik abang-cik abang kat depan ni, jangan tersengih-sengih suka sangat bila hadis ni dibicarakan kepada kaum isteri. Hari ni saya cerita bab isteri yang menjadi penghuni neraka. Bulan depan saya cerita pulak ciri suami bagaimana yang menyebabkan mereka lambat ke syurga Allah dan berlamaan di neraka.... (masa ni kata abang, giliran dia pulak untuk tunduk mengenang diri..)..
Abang : Ustaz kata, suami akan dihisab last sekali. Nanti dia akan ditanya pasal isteri dia, anak-anak dia, mak dia, adik beradik perempuan dia.. pasal nafkah.. pasal didikan agama.. pasal solat, pasal aurat... pasal batas pergaulan setiap seorangnya.. dan banyak lagi la... lepas tu baru ditanya pasal amalan si suami tu..
Aku : Kalau yang banyak anak dan banyak bini tu, lagi lamaaaaa la kan kena soal siasat.. lambat le masuk syurga!... (hahahahahaa, aku pulak cuba bergurau!!)..
Abang : Leen, terima kasih sebab selama leen jadi isteri abang, leen jaga diri leen, solat leen, aurat leen, batas pergaulan leen.. selama abang kahwin dengan leen, tak pernah abang terbeban dengan perkara-perkara basic tu.. tak pernah abang rasa bimbang pada penampilan dan pergaulan leen.. juga terima kasih sebab jaga abang dan anak-anak.. kalau leen letak semua beban tanggungjawab tu pada abang, rasanya tak terjawab abang di hadapan Allah nanti.. Janganla leen dengan anak-anak tunding jari pada abang sebab tak didik dengan sempurna bila malaikat Allah tanya abang amanah dan tanggungjawab abang pada keluarga... (alamak.. dia tukar mood sedih le plaks!!)..
Aku : Abang.. semua orang impikan syurga Allah... waima pelaku maksiat pun sejurus selepas melakukan maksiat, cuba abang tanya dia, nak masuk syurga ke neraka?. Mesti dia cakap SYURGA!.. (tak tahulah kalau ada yg rela mendambakan neraka!).. Maka itu, setiap kali doa, leen mohon kita semua bertemu di syurga Allah.. disediakan rumah di dalam Jannatul Firdaus-Nya..
Aku: ....dan lagiiii..... (dah senyum-senyum kambing dah..).... leen doa semoga abang dapat banyaaaaaakkkk bidadari-bidadari syurga yang akan layan abang... bidadari yang suci bersih.. yang belum pernah disentuh manusia atau jin.. yang bermata bulat jelita... yang duduk atas sofa dan permaidani indah menunggu abang melayani mereka..
Abang : .. aaaa???? (dengan kerut kening dan muka sgt konfius!)
Aku : Iya la.. Lelaki yang soleh yang dapat menghuni syurga Allah akan diberi bidadari2 syurga yang sgt sempurna.. Jadi, Leen doakan abang terpilih!... Untuk terpilih, maka abang kenalah jadi suami yang soleh di dunia ini.. dan... Leen pun nak masuk syurga jugak... Leen nak jadi Ketua Bidadari.. Maka itu, abang takyah le teringin untuk tambah cawangan baru, takut nanti banyak pulak 'individu-individu tambahan' yang abang nak kena tanggung 'persoalanjawaban' di akhirat nanti.... lambat plak masuk syurga... Kalau abang lambat masuk, Leen minta Allah bagi suami lain kat leen!!.. Taknak la leen tunggu abang yang dok tak habis menjawab hitungan tuh!... (kehkehkeh.. aku dh gelak-gelak tgk muka confuse abang.. maklumla, tadi mood sedih, so, lambat skit pick upnya!!)..
Abang : oooooo... sempat lagi tuh!!!... Iya.. iya.. abang tahu tu.. abang fahaaaaam sangat!.. hahahaha... (hah!.. baru nak gelak-gelak dah.. hahahaha...)
Aku : Kita pun tak tahu bila kita akan dapat menikmati syurga Allah.. dan, entah berapa lama kita akan di neraka tu kan bang.. Janji Allah, setiap yang hidup pasti akan mati.. setiap yang mati akan menginap di kubur sebelum dibangkitkan untuk hitungan akhirat.. juga akan merasai neraka sebelum ke syurga.. berapa lama tempoh kita di neraka tu, wallahu’alam.. Moga sahaja kita dapat ke syurga Allah tanpa hisab..
Aku (lagi) : Mmg kalau cakap tu dengar macam best – nak masuk syurga tanpa hisab.. macam la amalan tu dh cukup melayakkan diri eh?.. Tapi, iyalah, ada ke sesapa yg dengan RELA volunteer nak masuk neraka?!.. Na’uzububillah.. Apa pun, yang pasti, Allah Maha Pengasih lagi Penyayang.. Maha Mendengar dan Memakbulkan doa.. Moga Allah terima taubat kita... Moga Allah pilih kita untuk bersama hamba-hamba-Nya yang solihin di syurga sana.. Ameen ya Rabbul ’Alamiin.
Untuk itu, dalam setiap denyut nadi, nafas dan langkah.. ayuh sama-sama kita raih redha Allah.. untuk menikmati syurga-Nya yang abadi... (meskipun laluannya penuh ranjau dan duri dunia.. namun, impian itu PERLU.. dan perlaksanaan ke arah itu MESTI!..)Firman Allah:
"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Quran Surah Al-Hadid 57 : Ayat 21)
"Ya Allah.. sesungguhnya aku redha dengan setiap pemberian suamiku kepadaku.. berupa nafkah zahir dan batin.. Aku bersyukur dengan setiap anugerah dan ujian yang Kau berikan kepada kami.... dan aku bertaubat dari segala dosa yang aku lakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja, sedar atau tidak sedar, yang aku sembunyikan atau aku nyatakan, yang telah lepas, sekarang juga yang akan datang... Aku mohon keampunan-Mu Ya Rabb.. ampuni aku.. redhai aku... Hidupkan kami dengan cahaya iman.. matikan kami dengan husnul-khatimah.. lapangkan kubur kami.. lepaskan kami dari fitnah kubur dan azab neraka... izinkan kami mendapat syafaat Baginda Nabi Muhammad, Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam.. dan izinkan kami menghuni syurga Firdaus-Mu Ya Rabb.. Ameen".
Ya Allah.. redhai kami, hamba-hamba-Mu.. Amin.
6 comments:
Amin..terima kasih tiny...suka baca n3 ni..nak kongsikan jugak dengan kawan2 nanti,
Nauzubillah..
Semoga kita dijauhkan dari Api Neraka & juga menjadi isteri yang solehah.
Amin.
Acik Erna > tiny tulis ni nak ingatkan diri tiny ni berkali-kali kak.. yg lidah tak bertulang ni sgt bahaya!..
.. moga ada perkongsian yg dpt dimanfaatkan bersama..
ns > benar tu dik.. meskipun amalan kita tak tahu lagi melayakkan ke atau tidak kita ke syurga Allah.. tapi, Allah Maha Pengasih.. diberi kepada yang dikehendaki..
.. Moga kita turut diizinkan dan dipilih-Nya menghuni syurga firdaus idaman setiap umat islam..
Ameen.
Menambah ilmu. good entry. Miss u kak tiny.
lamaaaaaa tak jumpa.
Menarik utk direnungi
Post a Comment