Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, March 23, 2012

Isteri Solehah..


Wahai suami yang soleh..
Kau mahu isterimu menjadi isteri solehah
Maka jadikanlah dahulu dirimu sebagai suami yang soleh..
Sebelum surah An-Nisa ayat 3 itu kamu hunuskan ke jiwa isterimu yang solehah itu, hayati juga surah An-Nisa ayat 129 yang merupakan amaran dan ancaman Allah kepadamu!.

Apakah kamu wahai suami telah berasa cukup soleh dengan riak memberitahu Allah bahawa ”AKU MAMPU BERLAKU ADIL WAHAI ALLAH!.. SAKSIKANLAH!!”..
(Ya, aku juga ingin menyaksikan keadilan Allah kepadamu di akhirat nanti.. moga sahaja kau tidak berjalan dengan tempang kaki di akhirat nanti!!)

Suami yang soleh itu adalah yang memahami keseluruhan isi kandung Al-Quran dan As-Sunnah dan menggunapakainya dengan jalan yang benar!!....
Bukan sekadar mengutip mengambil satu dua ayat yang SEDAP dipasakkan ke telinga dan minda isteri untuk dijadikan TAKDIR isteri..

Untuk membentuk isterimu menjadi solehah adalah dengan kau terlebih dahulu menjadi suami yang soleh.. Jangan mengharap solehah isterimu di atas kelemahan nafsumu dan kekuatan kasihnya terhadapmu.. Jadilah suami soleh yang terusan membentuk kekuatannya menjadi tiang rumahtangga di saat kau berkelana mencari nafkah utk keluarga.. Imamkan solat jemaah.. sudahkah kau khatamkan isteri dan anak-anakmu Al-Quran denga makhraj huruf dan tajwid yang sempurna?. Terisikah rumahmu dengan hadis Rasulullah setiap waktu?...

Wahai suami yang si isterinya katakan soleh itu..
Jangan kau mainkan kalam Allah untuk menundukkan ilmu isterimu dengan menggadaikan solehahnya di mata Allah.. kerana itu PENIPUAN semata-mata!.
Sedangkan Aisyah, penghuni syurga itu juga dihambat cemburu dan syak wasangka, apatah lagi isterimu yang tidaklah sesolehah mana dengan 9 nafsu dan 1 akalnya!..
Hanya kerana kau bijak memomokkan kebodohan kasih sayang isterimu yang kau katakan solehah dan bakal penghuni syurga, maka isterimu yang menginginkan syurga tanpa hisab Allah itu tanpa ilmu dan iman yang tebal terusan dipermainkan akal dan emosinya olehmu.. lantas menurut bak anak kucing hilang ibu!.
Itukah solehah yang kau ciptakan?

Isteri yang solehah itu adalah yang mengutip ilmu Allah, yang beriman dengan ilmu yang Allah kurniakan dan yang tahu hak dirinya sebagai hamba Allah..
Suami bukan hakmilik hakiki! BENAR.. dan kamu juga wahai isteri, bukan hamba abdi si suami!!.. kerana kamu wahai isteri, adalah hak milik Allah.. dan anak-anakmu adalah amanah Allah... yang juga ada hak mereka yang perlu kamu pertahankan!!..

Wahai isteri-isteri yang perasan solehah!.
Berserah kepada takdir itu adalah BODOH dan SIA-SIA..
Pasrah dan redha ada dua makna yang berbeza..
Terpisah bagai langit dan bumi jaraknya..
Hatimu yang buta dek cinta itu tidak akan dapat menaksir dan membezakannya!.
Jangan sehingga nanti, kamu tersungkur di pintu syurga dan terbenam ke lembah neraka kerana KEJAHILANmu mencari solehah dengan jalan yang kamu rasa benar tetapi sebenarnya DUSTA!.


***********************************************************************


ENTRI BEREMOSI..!!! dan ianya PANJANG!!!...

Meskipun tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dan aku langsung tak ada kaitan dalam KES ini, tetapi membaca KES tersebut membuatkan ia mengganggu malam dan siangku..

Lantas aku coretkan untuk peringatan kepada diri.. (serta kepada isteri yang terpaksa berhadapan dengan isu sebegini.. jangan biarkan hidup kalian diselubungi KEJAHILAN dan pasrah atas nama TAKDIR yang dimomokkan suami atas dasar nafsu yang tidak berpaksi Iman!!).

ISU POLIGAMI INI SGT SENSITIF.. YA, AKU AKUI!..
Dan aku, adalah orang yang sangat sensitif apabila membicarakan soal POLIGAMI!..
"Ayahku berkata, kebanyakkan orang yang berpoligami tidak pernah mahu dan tidak pernah ingin tahu perasaan orang lain melainkan nafsunya sahaja!.." (ayahku merupakan anak dari keluarga yang berpoligami – dia berbicara dari sudut pandangannya sebagai seorang anak yang melihat keperitan jiwa ibunya, penderitan batinnya sbg anak dan layanan ibu tiri serta perbandingan dengan adik beradik tiri – MAKANYA, AYAH AKU JUGA TURUT MENENTANG KERAKUSAN DAN KETIDAKADILAN SI SUAMI DALAM POLIGAMI)..

Dan... aku tetap tidak akan menerima keputusan BEBERAPA ORANG suami yang menggunakan keistimewaan surah An-Nisa Ayat 3 untuk berpoligami di zaman ini.. tanpa sebab-sebab yang munasabah - yg benar-benar dibenarkan dlm SYARAK!!
(aku juga masih tidak faham di mana relevannya isteri-isteri yang tidak bermasalah fizikal, akal, dan jiwa boleh dengan mudah memberi izin kepada suaminya untuk berpoligami di zaman IMAN SEROANG MANUSIA ITU TIDAK LANGSUNG DI TAHAP PARA KHULAFAH AR-RASHIDIN, JAUH SEKALI PARA RASUL!!)

Bukan aku menentang poligami yang ternyata itu adalah HUKUM ALLAH.. tidak sama sekali.. AKU MENENTANG MEREKA (PARA SUAMI) YANG MENYALAHGUNAKAN KONSEP POLIGAMI DI JALAN YANG SALAH!..
(dan aku membangkang sikap si isteri yang dengan RELA membenarkan suaminya BERPOLIGAMI tanpa mempertahankan HAK dan HUJAH – melainkan ada sebab yang munasabah!! – bagi yang TERPAKSA MENELAN POLIGAMI, itu lain cerita, biar si suami menjawabnya di sana nanti!! - atau mereka yang faham dan mengerti makna poligami dan boleh hidup dengan harmoni, itu juga satu sisi lain yang sangat sedikit dijumpai..)

DIBENARKAN POLIGAMI JIKA SI ISTERI TIDAK MAMPU MELAHIRKAN ANAK.. ATAU TIDAK LAGI BERAHI TERHADAP HUBUNGAN KELAMIN ATAU BERPENYAKIT GILA ATAU PENYAKIT2 LAIN YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN SERTA KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA!. ATAU SI SUAMI ITU MEMANG BERNAFSU YANG TERLALU KUAT YANG TIDAK MAMPU DIKAWAL OLEH SEORANG ATAU DUA ISTERI!!.. ITU ANTARA SYARAT YANG MEMBENARKAN POLIGAMI!!.

Bukan sekadar suami BERKEMAMPUAN!!..
(Wahai suami... MAMPU apakah yang kau MOMOKKAN kepada isteri-isterimu??).
Firman Allah:
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci....” (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2: Ayat 216)
... wahai suami yang berkata MAMPU itu..
POLIGAMI HANYA SUNNAH – TAPI BERPERANG ITU WAJIB!!..
AYUH KE PALESTIN, SHAHID MENUNGGU KAMU!!..

Wahai isteri yang mengaku solehah – suruhlah suami kamu berperang kerana itu adalah jalan pintas ke syurga Allah.

“Barangsiapa yang berperang di jalan Allah walaupun hanya sesaat, wajib baginya mendapat surga.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ahmad)


PERI PENTINGNYA ILMU!..

"Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

YA!.. sering hadis ini dibicarakan!. Aku akur dan akui... mana mungkin kita mampu menyangkal hadis sahih lagi benar ini..

Tetapi, itu peri pentingnya ILMU!.. Jangan membaca MEMBABI-BUTA.. itulah perlunya THINK OUT OF BOX!.. Sebab itu Allah suruh kita menuntut ilmu..

Firman Allah
"Tuhan kamu yang melayarkan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari kurniaNya; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu." (Al-Quran Surah Al-Israa 17 : Ayat 66)



Kapal yg diperbuat daripada besi yang berat itu mampu berlayar di air yang jerlus!.. Bukankah hukum logik menyangkal yang sedemikian?.. Maka itu, ILMU itu penting!!.. untuk kita mencari HIKMAH di sebaliknya!..

Sama seperti apabila membaca hadis tersebut...
.. Sebagaimana kamu mahukan KEBAIKAN kepada diri saudaramu, PASTINYA kamu juga tidak mahu KEBURUKAN menimpanya sebagaimana ia menimpa dirimu.. BUKANKAH SEPATUTNYA BEGITU???

YA, KAMU MENYINTAI SUAMIMU.. MAKA KATAMU, KAMU RELA BERKONGSI KASIH DENGAN MEMBERI SUAMI YANG KAMU CINTAI KEPADA SAUDARA BARUMU (MADUMU!!)..

TETAPI, KAMU SENDIRI TELAH MERASAKAN BETAPA PERITNYA MEMENDAM API CEMBURU DALAM POLIGAMI, BETAPA KAMU BERUSAHA MENYEMBUNYIKAN LUKA DAN DUKA KESAN DARIPADA POLIGAMI ITU!! BENARKAN???

JADI!!... MENGAPA KAMU TERGAMAK MEMBIARKAN INSAN BARU ITU MELALUINYA??... ADAKAH DIA ITU SE’HEBAT’ KAMU.. ATAU ADAKAH KAMU ITU "AMAT HEBAT" UNTUK MENAHAN API CEMBURU YANG ALLAH WUJUDKAN DI HATI SETIAP WANITA TERUTAMANYA ISTERI??..


JIHAD @ PENTINGKAN DIRI!!.

TIDAK!. Aku tidak sedih dengan nasib yang menimpa mereka (mana mungkin aku sedih sedangkan mereka gembira dengan takdir itu – malan berbangga dengannya!!)..

Cuma, aku kesal dengan kedangkalan ilmu dan kelemahan hati seorang isteri / wanita apabila berhadapan dengan suami yang nafsunya ingin BERPOLIGAMI (atas sebab dan alasan yang tidak munasabah!! Atas faktor yang tidak boleh diterima dengan sewenangnya!!)

MAAF.. SERIBU MAAF.. jika aku nyatakan bahawa kamu, wahai isteri-isteri yang membiarkan dirimu dimadu tanpa menentangnya dengan hujah yang bernas dan TANPA ILMU.. kamu bukan sahaja MENGANIAYA DIRI KAMU DAN ANAK-ANAKMU TETAPI JUGA MENGANIAYA HIDUP WANITA LAIN!!..

(adik aku pun bujang lagi, tak kahwin lagi.. bermakna, ramai lagi lelaki bujang dalam dunia ini... juga lelaki yang duda untuk dijadikan suami, kenapa OFFER suami sendiri?.. PEMALASKAH KAMU MENJAGA SEORANG SUAMI?.. SEHINGGA MEMBERI TANGGUNGJAWAB ITU KEPADA ORANG LAIN UNTUK DIPIKUL???)

KAMU, WAHAI ISTERI... SEBENARNYA TERLALU "PENTINGKAN DIRI SENDIRI" – NAK MASUK SYURGA SORANG-SORANG..

JUGA TAK ADA CITA-CITA TINGGI!!... SEKADAR NAK JADI BIDADARI TAPI TIDAK MENGIMPIKAN UNTUK MENJADI KETUA BIDADARI!!..

Kalian kata sayangkan suami!.
Bagi aku, kali MENIPU DIRI dan MENIPU SUAMI!..
KALIAN CUMA SAYANGKAN DIRI SENDIRI!!!..

Jika kalian sayangkan suami, kenapa tidak bagi laluan mudah untuknya ke Jannah Allah?.. Bagaimana kamu begitu pasti poligami ini membolehkan suamimu akan ke syurga Allah tanpa hisab?.

Bagaimana juga kamu YAKIN dengan POLIGAMI ini KAMU mampu ke syurga-Nya dengan laluan mudah?.. TIADA JAMINAN KHUSUS UNTUK ITU!!.. dan, kamu tahu itu!!..

Sekali lagi, kalam Allah kalian persembahkan untuk memujuk hati kalian!!..

Firman Allah:
”Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Al-Quran Surah Ali-Imran 3: Ayat 142)

Pertanyaanku wahai kaum isteri, muslimah islam yang ku kasihi..

SEJAUHMANA KALIAN BERJIHAD MEMPERTAHANKAN RUMAHTANGGA KALIAN DARIPADA SERANGAN TSUNAMI POLIGAMI?.. SUDAHKAH KAMU TARBIYAH SUAMIMU BAHAWA KAMU MAMPU MENYEDIAKAN KEPERLUAN SEORANG ISTERI SOLEHAH UNTUKNYA??..

SEJAUHMANA KALIAN YAKINKAN SUAMI KALIAN BAHAWA KALIAN SUDAH CUKUP HEBAT UNTUK MENJADI KETUA BIDADARINYA DI SYURGA KELAK SEHINGGA DIA TIDAK PERLU LAGI MENAMBAH RUANG UNTUK MEMERANGKAP DIRINYA DALAM KECELARUAN NAFSUNYA UNTUK BERPOLIGAMI??!!..

Andai nanti Allah tanyakan kepada kamu/ kalian wahai isteri, "MENGAPA MENYEKSA HATI WANITA LAIN SEBAGAIMANA HATI KALIAN TERSEKSA DIMADUKAN DENGAN MEMINANGNYA SEBAGAI MADU KALIAN?".. – apa jawapan kalian kepada Allah?

MAKA, LAYAKKAH SYURGA ITU KALIAN IDAMKAN??.. (atau, kalian memang tidak mengimpikan ke syurga Allah.. dan tidak KISAH jika berlama-lamaan di nerakanya dengan seribu penyiksaan yang sangat ngeri dan perit itu??)

Lihatlah para mufti, alim ulama, malah jutawan2 islam.. berapa nisbah mereka yang ALIM DAN MAMPU itu yang BERPOLIGAMI??..

Mereka yang namanya terbentang di sejarah-sejarah dunia tidak dengan mudah berpoligami.. tetapi mengapa suami kalian yang tidak berapa ’ada nama’ itu dengan mudah kalian izinkan berpoligami???...

POLIGAMI ITU HARUS!.. TETAPI BUKAN SATU GALAKKAN UNTUK MENGAMALKANNYA!.. (aku patut hadiahkan kalian buku tulisan FATIMAH SYARHA – Sebarkan Cinta-Mu untuk kalian lebih mendalami ilmu!!)


JANGAN IMPIKAN SYURGA ALLAH DI JALAN JIHAD YANG SALAH!!
– kecelaruan iman dan kedangkalan akal bukan lebih mendekatkan kalian ke syurga-Nya, tetapi lebih menjauhkan kalian dari mencium harumnya, apatah lagi menjejakinya!!.. maka.. AWAS – perangkap halus syaitan itu sering menyesatkan manusia tanpa sedar!!..

(Jika kalian boleh baca tulisan aku ini dengan ilmu, maka, TAHNIAH.. tetapi, jika kalian bacanya dengan emosi.. lihat kembali hati kalian.. ITUKAH HATI PENGHUNI SYURGA??)

.........................................................................

Oh ya, ingin lagi aku bertanya..
Kali ini, kepada SUAMI yang mengamalkan poligami...

~ Berapa kali seminggu kamu kejutkan isterimu bangun solat tahajjud, hajat, istikharah dan witir di sepertiga malan terakhir?. (tidak kiralah isteri yang manapun!!)
~ Berapa kali sebulan kamu memandikan anak kecilmu dengan tanganmu sendiri?
~ Berapa kali setahun kamu ajarkan dan khatam Al-Quran dengan kesemua isteri dan anak-anakmu?
~ Berapa kerap kamu berpuasa sunat dan berbuka bersama isteri dan anak-anakmu?
~ Sudahkah kamu membawa isteri-isterimu, ibu bapa-ibu bapa mertuamu serta adik-beradik ipar duaimu mengerjakan haji dan umrah? – kerana kamu berkemampuan kan?!.
~ Berapa kerap kamu membawa isteri-isteri dan anak-anakmu mengembara mengelilingi dunia untuk mencari dan belajar tentang rahmat ciptaan Allah? – dalam surah Al-Quran Allah menyuruh kita mengembara.. kan? (pasti kamu lebih tahu surah yang mana.. kerana kamu seorang ilmuan dan agamawan!!)
~ Persekolahan anak-anak, pernah kamu duduk dan memantaunya?. Berapa dari anak-anakmu yang berjaya menjadi doktor, engineer, arkitek yang juga mereka adalah hufazan dan hufazah Al-Quran – para tahfiz yang mampu menjadi Imam Qariah?.
~ Kamu, adakah pernah mengimami qariah masjid di sekitarmu? Berapa banyak jenazah yang telah kamu mandikan, kafankan, solatkan, talkinkan dan kuburkan?
~ Berapa banyak saudara baru yang memeluk islam bersyahadah di hadapanmu dan kau sara mereka dengan sumber kewanganmu yang kamu mampu itu??.
~ Jika kamu masih mempunyai anak kecil, tetapi sudah lagi menambah ’cawangan’ baru.. adilkah kepada anak kecil itu yang masih belum pandai memanggil ’ayah’ kepada kamu, telah kamu ’curi’ masa pembesarannya untuk melihat kamu membimbingnya menjadi anak yang soleh?..

Aduhaiii suami... INSAN BAGAIMANAKAH KAMU INI???....
KONSEP ADIL YANG BAGAIMANAKAH YANG KAMU SEDAPKAN HATIMU DAN HATI ISTERI-ISTERIMU??

Lupakah kamu yang Rasulullah BERMONOGAMI selama 25 tahun.. dan berpoligami hanya 10 tahun..

Berapa tahun usia perkahwinan kamu dengan isteri pertama sebelum kamu menikahi isteri kedua? Berapa tahun usia perkahwinanmu dengan isteri kedua sebelum kamu menambah lagi yang ketiga?. Begitu juga seterusnya!!!..

Allah berikan kesenangan / kemewahan / wang ringgit dunia untuk kamu KONGSI bersama.. bukan kongsi untuk NAFSUMU sendiri sahaja..

Jika kamu katakan kamu ingin membela wanita dan meramaikan umat Muhammad kerana jihad di jalan Allah atas dasar MAMPU WANG RINGGIT, kenapa kamu tidak kutip anak-anak yatim di lorong haji taib yang mana ibu mereka itu PELACUR untuk kamu jadikan anak angkat?.. Sekolahkan mereka, tarbiyah mereka agar mereka tidak tercicir dalam menikmati indahnya iman dan adilnya Islam.. agar mereka boleh melihat cahaya iman yang tersembunyi di sebalik lorong gelap itu!.. agar mereka berada diladasan islam yang syumul!...

Kamu wahai suami yang menggunakan hukum poligami sebagai polemik politik diri!..
Kamu menyuruh isterimu menyiapkan diri mereka sebagai isteri solehah yang mengimpikan Jannah Allah.. tetapi, sanggupkah kamu hidup beribu tahun di neraka Allah sebelum bersama mereka di syurga-Nya?.. Kerana, banyak TUNTUTAN dan PERTANYAAN serta PERTANGGUNGJAWABAN yang perlu kamu LUNASKAN sebelum SYURGA ITU KAMU JEJAKI!..

CUKUP HEBATKAH KAMU BERHADAPAN DENGAN PERSOALAN2 ALLAH NANTI?..

Itu, kamu tidak perlu jawab.. kerana yang akan menjawab adalah kaki tangan kamu.. bukan lidah yang tidak bertulang yang kamu gunakan untuk cairkan dan lalaikan iman isteri-isterimu!..

SELAMAT MENJAWAB!!..

MAAF KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT...

.. oh ya, inikan blog aku.. suka hati akula nak tulis apa pun..
Jikapun aku bodoh menulis begini, maka, jangan serlahkan kebodohan kalian dengan meninggalkan komen sebagai anonymous..

SEKIRANYA ADA YANG INGIN BERBAHAS LANJUT MENGENAI PERKARA INI.. JIKA ADA YANG TIDAK PUAS HATI.. ATAU JIKA ADA YANG INGIN MENGAJAR AKU YANG AGAK KURANG DI AJAR DAN TIDAK CUKUP BELAJAR INI, SILAKAN EMAIL DI ciktiny@gmail.com – kita boleh berhujah dengan ilmiah – atau juga dengan emosi.. jangan jadikan kotak komen aku dengan gelaran Anonymous untuk melancar senjata.. kerana ia akan membuka banyak keaiban daripada kebenaran!!.


Note : Tiba-tiba aku rasa nak pergi jumpa Ustazah Fatimah Syarha – bersama beliau memberi KESEDARAN kepada PARA REMAJA, PARA SUAMI DAN PARA ISTERI bahawasanya:

*DALAM ISLAM, POLIGAMI ITU HANYA SATU KEHARUSAN – BUKAN SATU GALAKKAN!!.. *



Ya Allah.. redhailah kami semua... meskipun redha-Mu itu terlalu jauh untuk kami yang hina ini menggapainya!!...






10 comments:

ku-cit said...

apa lah maknanya poligami jika tidak mampu utk berlaku adil dan banyak hati yang terluka..

ngasobahseliman said...

Salam Tiny. Subjek ini sensitif. Tiada satu pendapat yang memuaskan semua hati.Maha suci Allah jika ada yang kata Quran boleh mengelirukan dalam hal ini. The Quran is perfect. We are talking about human imperfections. Aunty ada tulis dalam blog aunty bertarikh Feb 11, 2010. Cuma satu pandangan.

Kaktiny said...

ku-cit > maka itulah.. poligami itu satu keharusan dalam Islam - kepada kaum MUSLIMIN.. bukan satu galakan kepada kaum LELAKI..

.. ada beza makna antara muslim dan lelaki.. sama juga makna redha dan pasrah (pandangan kecil kaktiny.. huhuhu).

Kaktiny said...

Salam Aunty Sobah > tiny dh pernah baca entri aunty tu.. linknya aunty bagi pd Mak Bonda ketika rakannya "KAMI" menghadapi kemelut yg sama..

Betul tu aunty, bg yg TERPAKSA hadapi tsunami poligami, banyak sisi baik yg boleh dilihat.. Allah takkan membebani seseorang itu dgn ujian yg tak sanggup dihadapinya.. itu janji Allah yg pasti..

.. tapi, yg menjadi 'pertikaian' tiny pd entri ni adlh apabila si isteri-isteri dlm KES itu dgn 'lurus bendulnya' merelakan diri untuk pergi meminang isteri baru (madu baru) utk suami mereka sedangkan perkahwinan dgn isteri yg ke-2 itupun belum sampai setahun jagung.. masih muda belia si isteri yg ke-2 itu.. anak kecil dgn isteri ke-2 pon masih belum putus susu... dah menambah yg ke-3... konsep POLIGAMI bagaimanakah ini aunty?.. Allahu!!..

Inilah yg tiny 'telingkahkan'!.. apabila isteri2 dimomokkan dgn PERKONGSIAN SUAMI itu menjanjikan BAHAGIA AKHIRAT!!.. haduuhaaaiii..
benarkah begitu Aunty?..

Jika seseorang yg berpenyakit kencing manis terluka ibu jari kakinya.. kemudian mendapatkan rawatan doktor pakar... doktor pakar menyatakan bahawa dia mempunyai 2 pilihan iaitu ubat dan operation.. melihat kpd keadan lukanya, doktor pakar menyatakan bhw dengan sapu ubat dan jaga pemakanannya, lukanya itu boleh sembuh tetapi mengambil sedikit masa dan perlu banyak rawatan susulan.. adakah perlu untuknya terus memilih operation sbg JALAN SELAMAT agar tidak perlu menjalani apa2 rawatan selepas itu??.. relakah dia kehilangan sebelah kakinya padahal luka itu tidak sampai ke tahap yg memerlukan kakinya di potong??!!..

Tiny tidak langsung membenci poligami.. tapi tiny benci kepada mereka yang tidak benar-benar menjalankan ibadah POLIGAMI itu KERANA ALLAH!!.. sebaliknya menggunakan hukum itu utk kepentingan diri!..

Tiny kagum POLIGAMI masyarakat Palestin.. mereka itu JUJUR DAN TULUS berpoligami.. utk melahirkan mujaheed dan mujaheedah Allah.. berperang di jalan Allah utk mempertahankan hak Palestin - DEMI ALLAH!.. ITU BARU KONSEP POLIGAMI MENURUT ISLAM!!..

Kaktiny said...

kingbinjai > hmm... ya... tak perlu kata apa2!!.. hahaha..

Anonymous said...

poligami sering dimomokkan sebagai suami bukan milik hakiki, syurga, pahala, solehah, sikit sikit redha, sikit sikit pasrah....emmmmm bnyk lagi kot mende penting

Kaktiny said...

cik sizu > terima kasih bertandang ke sini..

..yg menjadi persoalan di minda saya, kenapa dgn mudah isteri pertama dan kedua meminang yg ketiga dgn RELA (atau PASRAH) sedangkan bnyk lagi yg boleh ditarbiyahkan suaminya agar BANGUNKAN DAHULU KELUARGA YG SEDIA ADA SBLM MEMBENTUK SATU LAGI KELUARGA BARU!..


... saya masih keliru dgn pemikiran kaum2 isteri itu!.. (lainla kalau isteri yg TERPAKSA menerima dgn rela meski tanpa redha.. tapi ini, lain benar kesnya!.. keliru sungguh saya!!).

Anonymous said...

saya tahu cerita yg kaktiny maksudkan..saya paham kekeliruan akak sama saya pun keliru.
tetapi perbincangan/pendapat saya sedikit terbantut disebabkan status "cik" .hihi hilang sgala point saya kalau reader/orang ckp "belum kawin, kau takkan tahu"."kamu ckp org esok kena kat kamu, mcamana?". ohhhh tak tahan geli hati selepas kena sound diakhiri dgn word memuji Allah "semoga Allah merahmati kamu".

zmn U, saya ada beberapa kawan anak poligami.wpun tidak ada bukti secara data tepat yg anak poligami kurang diberi perhatian berbnding monogami. ingin saya nyatakan dari sudut diri sebagai anak & kawan selepas mendengar luahan mereka..

“kawan2 saya tidak ada peluang byk melakukan perkara nampak kecil tapi indah bagi seorang anak berbanding saya”. Mereka juga terluka sebenarnya. Jgn salah faham, kawan2 saya itu tidaklah memberontak atau berakhlak buruk, alhamdulillah....cuma sedih terasa

Kaktiny said...

cik sizu > hahaha.. statement "tu" sungguh buat kaktiny nk gelak.. betul, org suka tunding balik kt kita bila kita ckp pasal sesuatu isu.. nk plak yg mereka rasa kita belum cukup "haul" utk membicarakannya!.. hihihihi...

kaktiny pon berbicara atas pengalaman ayah sendiri.. yg terabai pelajaran, hilang kasih sayang, hilang perhatian..
- salah satu kisah ayah kaktiny yg paling terkesan di hati adalah: ayah dia dh janji nak balik rumah ibunya (isteri pertama) utk bawak mereka sekeluarga berkelah di tepi sungai (budak2, nak pulak miskin susah, dpt kata nk "BERJALAN BERKELAH" haruslah TAK LENA TIDUR menanti pagi.. nak plak yg dh lama tak keluar dgn KELUARGA!).. esoknya, sebelum subuh, si ibu dh siapkan bekal nasi lemak, telur rebus, air kopi penuh dlm bakul.. si anak2 yg tak lena tidur malam, siap seawal jam 5 pagi.. tak sabar menanti si ayah sampai, dari sebelum subuh ke subuh, sehingga selepas subuh sehingga pukul 11, sehingga zohor (sempat tertidur menahan lapar), sehingga asar, si ayah tak muncul2 (dulu mana ada telefon nk bgtau cancel ke apa ke..) - lepas tu, sebelum maghrib, dtg seorang sedara bgtau yg si ayah menyampaikan pesan dia tak dapat datang sebab BINI MUDA tak sihat!!..
APA PERASAAN SI ANAK??!!... Luka itu tak mampu dirawat dlm masa sehari dua.. dan kesannya tidak mampu dihilangkan meskipun usia sudah tua.. (ayah kaktiny masih menahan sebak bila menceritakan kisah ini)..

YA.. mereka tidak pernah tahu dan tidak pernah mahu ambil tahu!..
Mungkin si ibu yg merasakan diri mereka ISTERI SOLEHAH yang mampu mengejar syurga Allah dengan mudah itu, mampu 'memujuk dan menyedapkan' hari dan perasaan mereka.. tetapi adakah IMAN si ANAK sekental dan secekal IBU DAN AYAH mereka itu??..

... sebab tu ayah kaktiny kata.. masa akad nikah dgn mak kaktiny, sejurus selepas tok kadi kata "SAH" - terus dia berjanji dgn dirinya ~ "AKU TAKKAN BAGI MADU KPD ISTERI AKU DAN AKU TAKKAN BAGI MAK TIRI KPD ANAK2 AKU - SAMPAI AKU MATI!!"..

~ Lihatlah kesannya kpd nasib pihak yg dlm keluarga POLIGAMI!..

~ dan, kaktiny yg hidup dlm keluarga MONOGAMI, sgt luas dan bahagia dgn kasih sayang yg melimpah ruah dr kedua ibu-bapa.. sampai ke hari ni , dh kawin beranak pinak pun kasih sayang itu tetap berbungan ceria tanpa sedikit dendam atau prasangka..

NAMUN cik sizu, percayalah, mereka (yg berpoligami) itu pasti juga punya HUJAH - utk menyangkal apa yg kita nyatakan..

.. tapi, kaktiny pun tetap berpegang dgn hujah, atas apa yg kaktiny percaya dan perjuangkan!..

Kaktiny pegang kepada kata-kata Imam2 Besar kita.. terutamanya kata-kata IMAM AS-SYAFIE..

Imam Abu Hanifah:
"Inilah pandanganku. Ianya adalah pandangan yang terbaik padaku. Sesiapa yang membawa pandangan yang lebih baik, maka kami akan menerimanya."

Imam Malik:
"Sesungguhnya aku adalah manusia yang betul dan silap. Oleh itu periksalah kata-kataku dengan al-Quran dan sunnah."

Imam as-Syafie:
"Apabila satu hadis yang sahih bercanggah dengan pandanganku maka lontarkanlah pandanganku itu ke dinding. Jika aku melihat hujah terbentang di hadapanku, maka itulah pendapatku."


Katanya lagi: "Pandanganku ini betul tetapi ada kemungkinan silap. Pandangan orang yang selainku silap tetapi ada kemungkinan betul."

.. maka, seperti kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi:-
"Kamu berijtihad, aku juga berijtihad.. kamu pegang kepada ijtihadmu yg kau yakinbenar, dan akuberpegang kpd ijtihadku yang aku yakin benar!"..

.. jadi, antara ayam dan telur, siapa yg betul antara mana keluar dulu.. kita kembalikan segala jawapan dan hak itu kepada Allah, pentadbir sekalian alam..

betul tak?..

(terima kasih cik sizu sbb sudi berkongsi pandangan dgn kaktiny..)

:)

ummukhadeeja said...

suka sgt sharing ni..ini juga yg sy lihat dr sudut suami yg ingin berpoligami sekarang lebih kepada penting diri sendiri n nafsu sahaja..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.