Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, March 20, 2012

Sebarkan Cinta-Mu!.. PUAS!!..


Sudah lama aku mengikuti penulisan Ustazah FATIMAH SYARHA di blog beliau dengan header SEBARKAN B.A.H.A.G.I.A. (Ya, beliau benar-benar "menyebarkan bahagia" – setidak-tidaknya kepada aku..).

Sering juga buku itu aku lihat, namun tidak tergerak utk membelinya (akui! sudah lama ‘membuang’ minat utk membaca novel kerana aku sering ‘tewas’ dan 'bermasalah' dgn ‘pembahagian masa’ di antara menyudahkan pembacaan dan rutin harian yang lain!..).

Tetapi, sabtu lalu, ketika di MPH (menghabiskan saki baki voucher yang ada).. terlihat lambakan novel ini di ruangan hadapan... hati menjerit-jerit untuk memilikinya..

Setelah menimbangtara.. maka, aku tekad untuk MEMILIKINYA.. lantas aku mencapai SEBARKAN CINTA-MU dengan tekad untuk menyelami ilmu di dalamnya..


ALLAHU AKHBAR!..

Tiga hari aku mengambil masa untuk menghadamnya!.
(YA.. tempoh yg agak panjang.. kerana aku JARANG menghabiskan pembacaan sebuah NOVEL lebih daripada satu atau dua hari – di zaman remajaku dahulu!!.. BENAR... aku sanggup ketepikan segala urusan waima makan dan tidur, semata2 utk menyudahkan pembacaan!! MELAMPAU.. kan!!..)...

....petang kelmarin, usai membaca perenggan terakhir.. aku menangis.. tanpa pinta!!.. (cik abang terkejut melihat aku menangis tanpa sebab!.. oppsss).

Tidak tahu mengapa.. ia terjadi tanpa sedar dan tanpa sengaja.. kerana apa???..

KERANA SATU KEPUASAN YANG MAKSIMA!..
(mungkin itu yang ingin aku hamburkan..)

Ya, sungguh.. terdapat satu kepuasan yang luar biasa usai membaca Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha.

PUAS!..
Sungguh aku puas.. ia sangat menjawab banyak perkaran yang sering memberati minda dan akal warasku.. juga menjawab persoalan yang sering membuat aku bimbang tentang bagaimana utk mentarbiyah diri, suami serta anak-anakku untuk membentuk keluarga kami menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah – yang dalam limpah kurnia dan redha Allah (kerana jalannya tidak mudah...).. Aku menemui sebahagiannya di dalam NOVEL SEBARKAN CINTA-MU!!.. Allahu Akbar..

Subhanallah.. sungguh aku mengagumi penulisan yang sangat indah, berilmiah dan bertauhid itu!. Jazakilahu khairan kathira ya Ustazah Fatimah Syarha!..

Mungkin banyak lambakan novel seperti itu di luar sana, tetapi, ia merupakan NOVEL PERTAMA bercirikan NOVEL TAUHID yang AKU JUMPA DAN BACA – yang menyingkap hampir keseluruhan ‘sisi kehidupan’ di semua peringkat umur, watak, pandangan dan pemikiran dalam persekitaran rumahtangga!.

Novel ini mencelikkan separuh dari hati aku yang sering berbolak balik tentang sisi rumahtangga dan serta gaya mencorakkan perjalanan hidup anak-anak.. Bertambah ilmu ku untuk banyak perkara yang selama ini sungguh AKU JAHIL mengenainya... (meskipun tahu, tapi, hanya samar2, tanpa hadis dan hujah yang utuh dan kukuh!!).

Subhanallah.. Maha Suci Allah yang merencana setiap kejadian.. sesungguhnya kalam ilmu-Nya itu sangatlah luas!.. dan.. sesungguhnya.. ISLAM ITU SANGAT INDAH.. SANGAT SEMPURNA.. SANGAT MENENANGKAN JIWA!!..

Alangkah bahagianya, andai novel ini terhasil di aaman remaja aku dulu.. di saat aku GILA mengumpul dan membeli novel2 'fantasi kehidupan' – yang sering membawa aku hanyut melayang merasakan diri merupakan 'watak wanita utama' di dalam novel tersebut.. (dh namanya budak remaja belasan tahun kan.. mestilah gemarnya baca novel CINTA.. dan, bila baca tu, masa tu la rasa mcm kita ni la watak heroin yg serba HEBAT itu – kalau watak kekasih yg setia, maka itulah watak impian.. bila watak itu watak isteri yang ditindas, terasa bagai diri inilah mangsa itu... eeeiiiwwwuuuu.. DULU LAAA.. DULUUUUUU...!!)..

Maaf, bukan aku mengecilkan penulisan novel2 cinta di pasaran.. TIDAK.. (aku hidup dgn novel2 cinta itu di aaman remaja aku, dan berasbab itu juga aku dapat manfaatkannya di dalam gaya bahasa penulisan2ku..).. bukan aku membandingkan dgn sesiapa.. sekadar melahirkan kekaguman seiring dengan keinginan hati di kala ini yg lebih cenderung kpd novel2 berbentuk islami..

Membaca novel ini, aku tidak dapat meletakkan diri aku pada mana2 watak.. (dgn faktor umur, status, bangsa, tahap pendidikan dan sebagainya... adalah tidak sesuai aku 'masukkan diri' aku sbg watak utama, yakni seorang gadis remaja yg bernama "Sarra Faseeha" itu... dan tidak juga aku dapat meletakkan diriku setanding watak Ibu Dhiya, seorang 'cleaner' warga Indonesia yg digambarkan begitu berilmu dan berakhlak sempurna..)..

Subhanallah.. acapkali bibir ini menguntum pujian ke hadrat Allah dan menyanjugi Rasulullah kerana penulis berjaya membawa aku sebagai PEMBACA yang membacanya sambil menimba ilmu..

Aku tidak menjumpai mana2 watak utk aku selitkan diri aku dalam khayalan dan lamunan!.. Maka itu aku membacanya dgn melihat persekitaran seterusnya menghadam setiap ilmu yang disampaikan dgn penuh azam dan iltizam..

Allahu!.. Apa lagi mampu aku bentangkan di sini?..

YA!.. aku tidak patut lebih2 memuji.. tetapi sejujurnya pujian itu aku panjatkan kepada pemilik yang berhak menerima segala puji-pujian, yakni Allah Azza Wajjalla..

DIA yang Maha Pemberi serta Maha Pengasih itu telah mengizinkan hamba-Nya menikmati ilmu-Nya dari pelbagai cabang dan jalan..

DIA juga mengizinkan Ustazah Fatimah Syarha menghasilkan novel islami yang begitu terkesan di hati ini.. yang menjadi panduan dan didikan kepada jiwa-jiwa yang JAHIL lagi KETANDUSAN ILMU, IMAN DAN TAKWA!..

Mahu sahaja aku menyuruh setiap IMAM dan BAKAL IMAM (yakni para suami dan yang bakal bergelar suami – iaitu kaum LELAKI) membacanya..
Ingin sekali aku usulkan kepada setiap ANAK GADIS agar menghayatinya..
Sungguh aku ingin PARA ISTERI menghadam dan menafsirnya dengan akal, dengan iman dan dengan takwa!. SUNGGUH!..


AKU SAYANG ISLAM..
AKU RINDU RASULLULLAH..
AKU CINTA ALLAH..

SUBHANALLAH!! ALHAMDULILLAH!! ALLAHU AKBAR!!..

.. Moga akan hadir lebih banyak lagi novel-novel sebegini, agar bisa aku hulurkan kepada anak2 gadis dan anak2 bujangku sedari awal usia remaja mereka, agar mereka menyedari dan menyingkap maksud rumahtangga, kehidupan dan kemasyarakatan!.. dengan gaya yang santai tetapi penuh berilmiah berdalilkan Al-Quran dan As-Sunnah!..

Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (mengerti dan mematuhi kebenaran);............. Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya DIA adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun". (Al-Quran Surah Al-Israa’ 17 : Sebahagian Ayat 41 dan 44).

"YA NUR.. YA HAADI.. Wahai Yang Bercahaya.. Wahai Yang Maha Pemberi Petunjuk..

Cahayailah hatiku dengan cahaya Iman dan Takwa kepada-Mu.. agar aku dapat melihat dan melalui jalan-Mu dengan tertib dan dengan tenang...

Berikan petunjuk bagiku untuk tetap terus teguh dilandasan Islam, Iman dan Ihsan yang Kau redhai.. agar setiap langkahku adalah langkah ibadah kepada-Mu.. untuk menggapai redha-Mu jua.. "


Ya Allah.. redhai kami semua.. Ameen.

6 comments:

Acik Erna said...

assalam tiny..terima kasih..boleh minta kawan opis yang masih muda membacanya.
sebagai orang tua diopis..tempat anak2 muda bertanya..kadang2 akak rasa takut jugak..takut tersalah kata..

Kaktiny said...

Achik Erna > as salam kak.. buku ni mmg sesuai dibaca di semua peringkat usia.. bg anak2 remaja, utk ambil iktibar bagaimana menahan nafsu remaja.. utk ibu bapa, bagaimana nk mengemudi anak2 dan memahami jiwa remaja anak2.. juga peri pentingnya ibu bapa mempunyai ilmu dunia dan ilmu agama dalam membentuk sistem kekeluargaan yg utuh..

tiny sbg ibu amat terkesan membacanya dan memberi inspirasi utk mendidik anak di jalan yg Allah redhai.. (moga Allah izinkan.. Ameen)... dan yg paling penting untuk berganding bahu bersama suami membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.. (meskipun sedar, tugasan itu tidak mudah.. juga sedar bhw iblis berada di setiap penjuru memusarkan senjatanya!!)..

.... akak.. apabila diminta pandangan, berikanlah.. org hanya meminta pandangan dr org yg dipercayai.. maka berbahagialah menjadi org yg dipercayai kak..
moga ianya menjadi syafaat utk akak di akhirat kelak..
..(secara tidak langsung, Allah memilih akak utk lebih mendalami ilmu-Nya - agar terang dan tenang memberi jawapan kpd persoalan yg ditanya.. beruntung akak!).. :)

.. moga kita semua diberi taufik dan hidayah Allah sepanjang masa.. Ameen.

ns said...

As salam Kak Tiny,

Skrg memang banyak bahan bacaan berbentuk Ilmiah. Sedikit sebanyak, kadangkala boleh kita ambil ikhtibar. Yang baik kita ambik jadikan panduan :)

Kaktiny said...

Ns > As Salam ns.. buku2 islamic dan ilmiah, mmg banyak.. (dan mmg buku2 mcm tu yg kaktiny beli dan baca dan buat koleksi skrg ni..).
..tapi, dlm bentuk NOVEL kekeluargaan ni, dlm konteks penulis malaysia, kaktiny dpti ia agak kurang.. (tapii.. mungkin sbb kaktiny dh stop beli novel maka kaktiny tak pernah nk belek agaknya..)..

... tapi, yg pasti kaktiny mmg puas hati dgn jalan cerita serta pengulasan yg diberikan pd setiap babak yg disentuh.. itu menunjukkan ilmiahnya NOVEL ini.. (tak pernah lagi kaktiny jumpa novel ada fakta + sejarah.. NOVEL gaya santai + berinformasi sebegini mmg sgt unik.. pd pandangan kaktiny)..

iina said...

Aku pun masih belum nak membaca novel sejak balik nie..

InsyAlah teruja juga nak beli novel ini.. ;)

Kaktiny said...

iina > ko tu baru sampai sini, dh fly ke tempat lain.. cargas sungguh!.. hehehe..

.. bila nk dtg umah aku weih??.. ko dtg lepas aku bersalin je la.. buleh lawat aku ngan baby.. hihihi..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.