YA.. kita dh masuk fasa 10 terakhir ramadhan. Dah berlalu 20 hari dan tinggal lagi 10 hari.
Ada yang tak sabar nak tunggu 10 hari ni sebab dah taknak puasa dan nak cepat-cepat raya.
Ada juga yang sedang mengira-ngira apa yang telah diperolehinya 20 hari yang lalu dan apakah 10 hari terakhir ini ia bisa memperolehi apa-apa ganjaran dan hidayah Allah dalam bulan rahmat penuh berkah ini?.
Ada yang sedih sebab tinggal 10 hari shj lagi bulan berkat ini akan berlalu. Maka keluar semula lah semua syaitan yang dibelenggu. Terbuka seluas-luasnya juga pintu neraka dan tiada lagi ’SALES’ gandaan2 pahala yang melimpah ruah.. All back to NORMAL PRICE.. No more sale that BUY 1 FREE 7 atau apa jua ironi kepada gambaran ganjaran Ramadhan.
.. dan pastinya, ada yang sedang memecut mengejar ganjaran demi ganjaran di 10 hari terakhir Ramadhan ini. Berdoa dan berharap agar ’menemui’ Lailatul Qadar di mana2 10 malam terakhir yang akan turunnya nanti.
Sebut pasal ramadhan, ada satu perkara yang buat aku sering memerhati, melihat dan merenung jauh ke dalam diri. TENTANG PEREMPUAN A.B.C!!!..
Ya. Betul. Bila perempuan A.B.C (Allah Bagi Cuti), memang dia berhak untuk makan sesuka hati sebab dia dibolehkan Allah untuk tidak berpuasa. Tak ada salahnya kalau dia nak makan dekat rumah ke, dekat restoran ke, dekat bilik ke atau dekat taman permainan sekalipun. Dan aku tengok ‘trend’ sekarang, orang perempuan yang A.B.C ni, memang TAK KISAH untuk makan dengan selamba (makna tersiratnya memberitahu dia sedang ‘datang bulan’).
Perkara ini buatkan aku teringat sangat dekat mak. Mak cukup tak suka tengok perempuan yang A.B.C makan sesuka hati depan khalayak. Mak cukup pantang kalau orang makan depan2. Mak kata ”Bangga sangat ke nak bagi tau tengah datang bulan?”.
Sepanjang hayat aku hidup dengan mak, TAK PERNAH SEKALI PUN aku tengok mak makan masa bulan puasa (menunjukkan yang mak tengah period – hanya tahu bila mak tak solat dan tak mengaji).
Ada satu ketika (flash back la ni), masa aku tingkatan 5, (tahun pertama period masa puasa), dengan bangganya aku bagitau mak dan kakak yang aku ’tak boleh puasa’. Mak pulak masa tu buat agar-agar pandan. Apa lagi, aku yang kat dapur ni dengan bangganya ambil sepotong agar-agar dan nganga seluas hati untuk masukkan agar-agar itu ke dalam mulut, sebaik menoleh untuk memasukkan agar-agar ke dalam mulut, ayah masuk dapur!. DUMMMPP!!... Baik punya ngangaaaaa!!!...
MALU GILOS masa tu!!!... terus letak balik agar-agar tu dalam bekas (bukan rezeki agar2 tu nk dimakan waktu tu).. huhuhu..
Pastu ayah pon cakap, "Selama ayah kahwin dengan mak, TAK PERNAH SEKALIPUN ayah nampak mak makan ’terang-terangan’ macam ’hangpa’ ni!" (hahaha.. ’hangpa’ tu bermaksud aku dan kakak.. padan muka kakak terkena palitan ’onar’ adik dia ni.. padahal, kakak pon macam mak, tak pernah makan ’terang-terangan’ mcm yg aku ’baru nk buat’ tu!!)..
Sejak dari hari tu, aku jadi MALU untuk BUAT macam tu @ makan secara ’terang-terangan’ (tapi pernah jugak la ada tahun2 yang buat jugak la, sebab kawan2 ajak.. especially bila duduk asrama / kolej).
MALU!!.. Ya, itu perkataan mak. Malu nak bagitau orang yang kita tengah ’datang bulan’. (YA!. Orang dulu memang sangat malu bab ’datang bulan’.. dulu mak memang tak pernah beli pad, selalunya adik2 la yg jadi mangsa – dan pad ’sanita’ (kotak) dulu dibalut dgn paper dan diletakkan dalam plastik hitam.. sekarang ni, nk beli pad, selamba gilos, masukkan sekali dlm troli yang sekali dgn ayam, susu, pampers anak dsbgnya.)
Sejak dah kahwin ni, aku jadi terikut dengan sikap MALU mak.. tambahan pulak bila ada anak. Cuba jugak nak buat 'selamba' makan secara terang-terangan, tapi dalam hati sangat rasa bersalah dan MALU.
Aku tak tahu betul atau tidak rasa ini.. dan aku pun tak pasti nak bereaksi macam mana untuk perkara ini.. tapi, bila melihatkan keadaan persekitaran, bila melihatkan perlakuan adik-adik, anak-anak, rakan-rakan sekarang yang makan secara terang-terangan di bulan puasa ni, buat aku semakin TAHU apa yang aku MAHU lakukan bila berhadapan dengan situasi A.B.C.
AKU MAHU JADI MACAM MAK!!..
Aku tak mahu nureen, zaqwan, zharif (and so on, hehehe) nampak aku makan secara terang-terangan!. Biar mereka tahu ibu mereka A.B.C kerana tak solat berjemaah bersama mereka.. tak mengaji bersama mereka.. tapi, bukan sebab ibu mereka MAKAN di siang hari di HADAPAN mereka (waima di hadapan sesiapa sekalipun).
YA betul... ada yang mempertikaikan kenapa nak MALU?. Sedangkan ianya DIBOLEHKAN..
BETUL.. BOLEH DAN PERLU itu satu perkataan yang mempunyai perbezaan makna yang besar..
BOLEH untuk makan secara terang-terangan (dan semua orang tahu kita tak puasa).
Tapi ia bukan satu yang PERLU untuk memberitahu yang kita sedang ’datang bulan’.
Tak ada beza pun, minum la seteguk air selepas subuh (ketika orang tak nampak) dan itu telah menyatakan bahawa kita tak puasa (kepada Allah dan malaikat) – sebab orang yang tak boleh puasa tak boleh untuk berpuasa (tak perlu azabkan diri dengan berpuasa sebab tak dapat pahala pun, sesilap dapat dosa).
Tapi, tak perlu juga makan terang-terangan sebab kita kena hormat orang lain yang berpuasa. Kasihan mereka berpuasa sedangkan kita tunjuk lagak dgn keistimewaan kita tak boleh puasa. Apa salahnya menghormati mereka dengan TIDAK MAKAN DI HADAPAN MEREKA.. dan tak ada keperluan pun untuk beritahu orang yang ’AKU TAK PUASA NI’.
Apa kita rasa kalau teman kita yang kaya raya datang menunjuk di hadapan kita dan beritahu kita : "Hi Dear, tengokla, I baru beli rantai berlian Chopard, tengok la.. cantik kaaan...mahal tau!!!” sambil tayang leher dia kat kita.. apa kita rasa??... mesti ada rasa menjengkelkan jugak kan.. (iya la, dia mampu beli, maka, beli dan pakai je la.. takde salah kat mana-mana pon... tapi, takyah nak tunjuk-tunjuk – dan pulak, kenapa mesti nak bagitau yang itu adalah ’chopard’ yang memang orang tahu mahalnya?.. apa tujuannya?... nak bagitau satu dunia yang awak tu kaya dan berkemampuan ke??.. ADAKAH BERKEMAMPUAN ITU SATU YANG PERLU DITONJOLKAN DAN DIPERTONTONKAN KEPADA ORANG RAMAI????)..
HAH!.. itulah situasinya.. kenapa kita nak menunjuk pada orang yang kita tak boleh puasa?. Bila dah tak boleh puasa tu, makan diam-diam sudahla.. tak payah nak tunjuk pada orang lain yang sedang berpuasa.
Aku sekadar mengingatkan diriku... supaya masih simpan rasa ”MALU” seperti yang mak lakukan. Malu kerana hormat!.
Bukan apa.. aku mengambil iktibar dari satu rangkap peribahasa:
”Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”.
Ya, peribahasa itu bermaksud jika orang yang dihormati mengajar melakukan perkara yang tidak elok, maka orang yang diajar akan melakukan perkara yang lebih tidak elok.
Bayangkan jika generasi mak aku dengan selamba pada bulan puasa makan siang depan TV di rumah, pasti generasi aku akan dengan selamba makan siang di restoran tertutup, seterusnya generasi anak aku akan dengan selamba makan di kantin sekolah/ pejabat dan generasi cucu aku silap2 dah tak kisah makan kat kedai awam / kedai mamak secara terbuka pada waktu rehat.. (silap2 makan sama-sama dengan penguatkuasa perempuan), sebab dh takde rasa apa2.. HILANG MALU DAN HORMAT!!..
Pada aku :
MALU KERANA HORMAT ITU BUKANLAH MALU YANG TAK BERTEMPAT..
Wallahu’alam.
.....................................................
Kembali ke kisah 10 terakhir Ramadhan..
Kita kini telah masuk ke fasa 10 malam terakhir ramadhan.. CEPAT.. CEPAT.. CEPAT... cepat kejar rahmat dan berkatnya bulan ramadhan.. masih berbaki 10 hari.. semoga kita dapat mencapai tahap redha Allah dunia dan akhirat..
Moga ada di antara kita yang Allah izinkan ’ketemu’ malam Lailatul Qadar – yakni malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Firman Allah:
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Nabi Muhammad Sallalllahu Alaihi Wassalam bersabda:“Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan. Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).
“Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”
Ya Allah.. redhailah kami semua.. Ameen.
No comments:
Post a Comment