Bismillahirrahmaanirrahiim.
Segala puji hanya selayaknya untuk Allah, pentadbir sekalian alam.
Allahu Akbhar.
Cepat sungguh masa berlalu.. jika dirujuk entri lepas, berhari-hari, berminggu-minggu malah berbulan lamanya tiada catatan untuk blog ini..
Lupakah?.. Sibukkah?.. Jemukah?.. atau ada yang lebih menuntut perhatian dan peranan?
Bukan lupa.. jauh sekali jemu.. mana mungkin aku jemu perkara yang sangat aku gemari, iaitu MENULIS (dan bercakap!!.. hahaha).
BETUL TU.. ada perkara lain yang buatkan masaku lebih terarah tumpuannya ke sana...
Permusafiran dalam mengejar ilmu.. secara akademiknya, ilmu PhD – tangga teratas dalam ’sijil pendidikan’..
TETAPI, ia bukanlah penutup kepada pencarian ilmu dan dalam proses pembelajaran.. kerana ’pelajaran’ itu berterusan, sepanjang zaman, sehingga ke dalam liang lahat..
Maka itu, untuk menyeimbangkannya, kelas Fardhu Ain di Masjid Negara setiap sabtu, tetap aku teruskan, agar aku lebih jelas akan kepentingan ilmu dunia dan akhirat.. dan boleh memanfaatkan kepada diriku, mengamalkannya seterusnya menyebarkannya.. (sayangnya, kelas Bahasa Arab dan kelas pemantapan Al-Quran belum sempat menyelit dalam diari.. moga-moga Allah permudahkan, moga Allah izinkan.. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah jua).
Teruja?.. Ya, aku sangat teruja untuk menapak setiap langkah perjalanan mengejar ilmu-ilmu ini... ditambah dengan amanah Allah sebagai seorang isteri, ibu kepada 3 org cahaya mata (setakat ini), anak, menantu, adik, kakak, ipar-duai, saudara, sahabat, jiran, pekerja, rakan sekerja, pelajar, rakan seangkatan, teman dan ahli masyarakat juga mujaheedah Allah di muka bumi ini, sangat aku hargai ruang dan peluang yang Allah berikan kepadaku.. Alhamdulillah Ya Rabb..
Perjalanan hidup?..
Sebagaimana selayaknya seorang hamba kepada Pencipta, maka ciptaan-Nya sentiasa diberi ruang dan peluang merasai putaran pusingan roda kehidupan.. di atas juga dibawah.. tetapi semuanya tetap indah dan menarik walau di sisi mana jua roda itu berada!. Subhanallah..
Begitu juga perihalnya jiwa.. Adakalanya darjah keterujaannya terlalu tinggi menggapai langit biru.. terbang mealta di angkasa raya hingga ada tikanya tersasar dan lupa untuk menikmati hijaunya rumput dan dinginnya tanah lembah...
Ada pula tiba saatnya jatuh merundum beribu kaki di bawah lautan biru, lemas dan karam.. tercungap-cungap mencari ruang untuk menyambung nafas yang kian perit.. hingga terlupa bahawa kerap masanya diri berlari riang menikmati indahnya mentari dan sejuknya hujan ketika panas membahang..
Mood hari ini??. Sangat down!!.. Sangat-sangat down!!.. Down dengan permasalahan ’sepele’ yang muncul (kecik je pon permasalahannya) tapi tetiba hati menolak untuk menerimanya sebagai ’masalah kecil’, lantas memaksa akal untuk lebih gigih berfikir dan menaksir, lalu meruntun nafsu yang mencakar untuk meledakkan emosinya, mengakibatkan fizikal terasa letih, lemah dan longlai dalam meneruskan aktiviti ibadah mencari ilmu kerana Allah!!..
Kerana ’downnya’ perasaan aku hari ini, maka blog yang bersawang ini kubuka semula.. Mencari kekuatan jiwa melalui entri-entri lama.. Mencari kalam-kalam Allah yang bisa membakar rasa yang sumbunya mulai malap.. Membuka kembali pintu hati yang kurang simbahan cahaya.
Ya, namanya jua MANUSIA..
INSAN YANG MUDAH LUPA DAN ALPA!!..
Dan aku juga seorang manusia, insan ciptaan Allah yang tidak lari daripada permasalahan demi permasalahan diri!!..
Kerana kegalauan hati tatkala ini, aku nukilkan satu puisi, dan catatan-catatan selepas ini, adalah satu antalogi perjalanan permusafiran diri.. dalam mengejar ilmu, memenuhi jihad, mengharap redhanya Illahi..
(Moga ada manfaat yang akan aku perolehi, daripada tenggelamnya keterujaan hati dan rasa resah yang sarat disisi).
Senyuman di permusafiran ini..
Ketika mentari galak bersinar di pagi hari,
Teruja untuk berdandan kemas dan rapi,
Ingin menikmati indahnya ciptaan Yang Maha Agung
Diluar sana..
Mentari yang melimpah cahayanya mengiringi permusafiran ini,
Ceria memijak rumput hijau,
Ria menapak di tanah rata..
Mengkagumi flora dan fauna serta lautan dan belukar..
Bila tiba tengahari, terasa bahangnya menusuk dada..
Mencari-cari tapak melepaskan lelah,
Belumpun sempat mencari lindungan, gerimis mula menerpa,
Dan hujan turun selebatnya,
Dalam kekalutan berlari mencari teduhan,
kaki tersadung lopak,
terjatuh lantas wajah terpalit lumpur tanah hitam..
dengan payah tetap bangun
langkah longlai mencari tempat menumpah teduh..
sambil menadah titis hujan dihujung dedaun,
membasuh sisa lumpur yang melekat..
Pabila hujan mulai reda..
dengan semangat yang sedikit luntur,
bergerak perlahan meniti jalan pulang,
mencari kekuatan dengan harapan panas kan tiba..
Berarak awan kelabu,
matahari kembali menampakkan diri,
perlahan terbentuk pancaran warna-warni,
Ya, itulah pelangi, yang datangnya tatkalah air dan cahaya bersatu..
Memandang indahnya pelangi,
bibir menguntum senyum, meski akur
Iakan hilang sesaat lagi..
Hati kembali galau,
melihat keadaan diri yang kuyup dan kotor..
rimas dengan lumpur yang bersalut..
Sesampainya di muka pintu,
Anak-anak tertawa, lucu mungkin geli hati..
Melihat si Ibu comot dengan lumpur penuh di baju..
Hati yang tadinya walang menjadi riang..
Terlupa seketika akan hujan, lopak dan luka..
Kerana senyuman-senyuman itu memberi nikmat bahagia
Pada jiwa.. pada hati yang redha!.
Meskipun jatuh itu penuh kesakitan
Dan comot itu sangat memalukan
Namun, ia menjadi nilai yang tinggi hartanya..
kerana kebangkitan dari kejatuhan itu..
menjadi inspirasi
pada sejuta jiwa yang terseksa,
untuk kembali ceria, dan bahagia dan merasai indahnya dunia,
Kuatlah wahai hati,
Tabahlah mengharungi permusafiran ini..
Sabarlah menghadapi ujian realiti,
Bersyukurlah dengan setiap anugerah..
kerna ternyata, hidup ini indah,
Seindah pancaran pelangi..
Yang hadir seketika
Tetapi terkesan di hati..
Dalam ujian, dalam pemberian..
Dalam musibah, dalam anugerah..
Teruslah cekal dan kental
Demi meraih redhanya Allah..
Dan impian ke Jannatul Firdaus-Nya
Mendengar ucapan "salaman-salama" setiap masa
buat selama-lamanya..
Ya Rabb.. Makbulkanlah.. Ameen.
“Apakah kamu menyangka Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Quran, Surah Al-Mukminun, 23: Ayat 115).
Firman Allah:
”Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi dan pertukaran siang dan malam ada tanda (keagungan Allah) bagi golongan ulu al-albab (yang mengerti). Iaitu orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menjadikan semua ini sia-sia, maha suci Engkau maka lindungilah kami daripada azab neraka!”(Al-Quran, Surah Al-Imran, 3: Ayat 190-191).
”DALAM SETIAP TAKDIR-NYA, TIDAK DIDATANGKAN DENGAN SENGAJA MELAINKAN TERKANDUNG HIKMAH YANG BANYAK DI DALAMNYA. KEYAKINAN ADALAH KEKUATAN BAGI MEREKA YANG MAHU MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN ATAS SETIAP ANUGERAH DAN MUSIBAH. MOGA ALLAH JAUHKAN KITA DARI AZAB API NERAKA DAN DIIZINKAN MENGHUNI SYURGA FIRDAUS YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA!!..”
Maka itu, aku mohon Allah permudahkan permusafiranku di dunia fana ini..
Aku mohon Allah sudi meredhai perjalananku..
Aku mohon Allah memberiku kekuatan dan rahmat-Nya untuk aku lalui episod demi episod perjalanan hidupku yang telah dicatat oleh Qalam di dalam kitab takdirku dengan penuh keinsafan dan keredhaan.
Allah itu sangat dekat.. lebih dekat dari urat nadi – maka sentiasalah berdoa kepada Allah, Dia Yang Maha Mendengar adalah Yang Maha Memakbulkan doa...
Jika doa itu sesuai dengan kita pada masa dan ketika permohonan itu dibuat, pasti akan segera Allah kabulkan. Jika tidak, Allah pasti simpannya untuk ketika yang lebih baik dengan memberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita doakan. Begitu juga jika Dia tidak langsung memakbulkan apa yang kita hajati kerana Dia lebih mengetahui bahawasanya perkara yang kita minta itu tidak sesuai untuk kita atau telah disediakan permintaan itu di Jannatul Firdaus bagi kita kecapi kenikmatannya di ’sana’ nanti..
Maka, sentiasalah bersangka baik kepada Allah kerana Dialah RABB, Tuhan yang Agung yang wajib disembah. Tiada Tuhan yang lain selain dari Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah yang benar!..
Ya Allah, bersaksikanlah kalimah yang aku catatkan ini, bahawa perjalananku mencari ilmu ini demi untuk meraih redha-Mu. Demi memenuhi jalan jihadku sebagai hamba-Mu dan sebagai khalifah yang Kau amanahkan ke atas bumi ini..
Aku mengejar ilmu kerana kuinginkan kedua-duanya. Ku ingin manfaatkan ilmu-ilmu ini untuk diriku, juga memberi munafaat kepada sekalian makhluk-Mu.”Untuk mengejar dunia, adalah dengan ilmu.. Untuk mengejar akhirat, adalah dengan ilmu.. dan untuk mengejar kedua-duanya adalah juga dengan ilmu”.
Ilmu-ilmu ini adalah sebagai pegangan dan amalan untuk diriku juga untuk aku kongsikan dan sampaikan kepada sekalian umat Rasulullahi Sallallahu Alaihi wassalam, sebagaimana sabda Baginda, ”Sampaikan dariku olehmu walau sebaris ayat”..
Moga ilmu yang Allah pinjamkan kepadaku ini, Allah izinkan aku memanfaatkannya untuk kebaikan diriku dan kebaikan mereka disekelilingku di dunia ini serta Allah izinkan ia menjadi syafaat kepadaku juga untuk aku berkongsi syafaat di akhirat nanti..
Ya Allah.. aku menyintai ilmu kerana cintaku kepada-Mu.Ya Allah.. aku mengejar ilmu kerana cintaku kepada Rasulku, yang mengajarku untuk mengejar dunia bagi mengejar akhirat-Mu dengan ilmu.Ya Allah.. aku mencari ilmu kerana ingin meraih redha-Mu.
MAKA, AKU MOHON, REDHAILAH AKU DAN KAMI SEMUA.. Ameen.
2 comments:
Assalamualaikum tiny...
Alhamdulillah... tiny sambung PhD ya. Aduhai... Sungguh su rasa cemburu dgn kegigihan tiny... Tertanya pada diri sendiri; apakah hala tuju diri su? Sesekali terasa kosong, terasa jauh, pedih tapi syukur masih menyelit. Namun risau pada masa yg dirasakan semakin sedikit buat diri. Mana perginya masa untuk Allah ya? Su makin sibuk pada urusan yg tak mampu su elak bila berada di desa kelahiran...
Ishh... su semacam mengeluh disini pulak... maaf tiny...
Semoga tiny terus berjuang dgn gagah....
Suara >
Waalaikum salam Su..
Subhanallah.. lamanya tak bersiaran.. lama juga tak bersapaan..
Su, keluhan itu adakalanya menjadi penawar utk kita muhasabah diri..
I am willing to lend my ear to listen.. itu gunanya saudara kan.. utk saling bantu membantu.. sokong meyokong.. saling berpautan.. utk terus kukuh dan gigih berjuang berjihad di jalan Allah.. dengan cara dan laluan tersendiri..
Miss U dear!!!..
Post a Comment