ALLAHU AKHBAR!!..
Saat-saat ini adalah saat yang sangat-sangat mencabar jiwa dan minda..
Melihat ke dalam 'Folder PHD - Thesis 2012' - segala caca-marba artikel dok ada, tapi takde satu pon yang firm lagik untuk dibuat kajian!!..
PEMBAZIRAN WAKTU!.
Ya!!.. Aku dalam 'fasa' membazirkan masa yg amaattt banyak (harusla terkejar-kejar tak cukup siang dan malam waima hari minggu lepas ni!!). Dah di pertengahan semester ke-2 tapi thesis aku LANGSUNG TAKDE APA-APA PROGRESS!! (berangan nak siap dalam masa 5 semester KONON!!!)..
Mood banyaknya ke LONGKANG!
Momentum lembik LESU!.
Kenapa jadi camni?
Menyelam ke dasar diri, aku tahu JAWAPAN kepada mood yg down, momentum yg kurang ni!..
MALAS!!..
Penyakit yg memang tiada PENAWAR dalam dunia selain dr diri sendiri yg MELAWANNYA!!..
Aku bertangguh-tangguh dengan sejuta alasan!..
Belum beli Ultrabook la..
Belum pegi kelas Dr. OT la..
Belum bukak journal website lain la..
Hmm... memang TEPAT pepatah:
HENDAK SERIBU DAYA,
TAK HENDAK SERIBU DALIH!!..
Dan aku melalui FASA itu!!..
Aku mempunyai IMPIAN yg sangat tinggi - tapi rasanya sekarang ianya bukan impian sebaliknya sekadar ANGAN-ANGAN jika aku masih meneruskan PERILAKU begini (masih bermalasan dan belum mula menulis!!).
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hmm... paparan kali ini agak lain gaya penulisannya dari yang sebelum2 ini..
YA!.. AKU AKUR ITU!.
Kerana ini juga adalah sebahagian dari diriku!!.
Yang ada kalanya JATUH, LESU, MALAS, MOODY, dan pelbagai sikap yang membelakangkan momentum positif!!..
Aku akui, fasa ini amat TIDAK ENAK!..
I HATE THIS... YET.. THIS IS MY CURRENT SITUATION!!..
Apa nak mula?
Bila nak mula?
Bagaimana nak mula?
Kenapa tak mula?
Di mana nak mula?
Siapa yang kena mula? (???) - sendiri la weeeihhh!!..
Sebaik-baik penolong adalah Allah Subhanahu Wata'ala.
"Ya Allah.. ampuni aku.. bantu aku.. perhatikan aku.. janganlah aku tersasar dari paksi mencari redha-Mu kerana menurutkan sikap malas ini!..
"Ya Hayyu, Ya Qayyum.. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan janganlah Kau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata!!" Aku mohon Ya Rabb. Ameen.
Ya Allah.. Ampuni dosa kami.. Redhailah kami semua.
No comments:
Post a Comment