Wahai suami yang soleh..
Kau mahu isterimu menjadi isteri solehah
Maka jadikanlah dahulu dirimu sebagai suami yang soleh..
Sebelum surah An-Nisa ayat 3 itu kamu hunuskan ke jiwa isterimu yang solehah itu, hayati juga surah An-Nisa ayat 129 yang merupakan amaran dan ancaman Allah kepadamu!.
Apakah kamu wahai suami telah berasa cukup soleh dengan riak memberitahu Allah bahawa ”AKU MAMPU BERLAKU ADIL WAHAI ALLAH!.. SAKSIKANLAH!!”..
(Ya, aku juga ingin menyaksikan keadilan Allah kepadamu di akhirat nanti.. moga sahaja kau tidak berjalan dengan tempang kaki di akhirat nanti!!)
Suami yang soleh itu adalah yang memahami keseluruhan isi kandung Al-Quran dan As-Sunnah dan menggunapakainya dengan jalan yang benar!!....
Bukan sekadar mengutip mengambil satu dua ayat yang SEDAP dipasakkan ke telinga dan minda isteri untuk dijadikan TAKDIR isteri..
Untuk membentuk isterimu menjadi solehah adalah dengan kau terlebih dahulu menjadi suami yang soleh.. Jangan mengharap solehah isterimu di atas kelemahan nafsumu dan kekuatan kasihnya terhadapmu.. Jadilah suami soleh yang terusan membentuk kekuatannya menjadi tiang rumahtangga di saat kau berkelana mencari nafkah utk keluarga.. Imamkan solat jemaah.. sudahkah kau khatamkan isteri dan anak-anakmu Al-Quran denga makhraj huruf dan tajwid yang sempurna?. Terisikah rumahmu dengan hadis Rasulullah setiap waktu?...
Wahai suami yang si isterinya katakan soleh itu..
Jangan kau mainkan kalam Allah untuk menundukkan ilmu isterimu dengan menggadaikan solehahnya di mata Allah.. kerana itu PENIPUAN semata-mata!.
Sedangkan Aisyah, penghuni syurga itu juga dihambat cemburu dan syak wasangka, apatah lagi isterimu yang tidaklah sesolehah mana dengan 9 nafsu dan 1 akalnya!..
Hanya kerana kau bijak memomokkan kebodohan kasih sayang isterimu yang kau katakan solehah dan bakal penghuni syurga, maka isterimu yang menginginkan syurga tanpa hisab Allah itu tanpa ilmu dan iman yang tebal terusan dipermainkan akal dan emosinya olehmu.. lantas menurut bak anak kucing hilang ibu!.
Itukah solehah yang kau ciptakan?
Isteri yang solehah itu adalah yang mengutip ilmu Allah, yang beriman dengan ilmu yang Allah kurniakan dan yang tahu hak dirinya sebagai hamba Allah..
Suami bukan hakmilik hakiki! BENAR.. dan kamu juga wahai isteri, bukan hamba abdi si suami!!.. kerana kamu wahai isteri, adalah hak milik Allah.. dan anak-anakmu adalah amanah Allah... yang juga ada hak mereka yang perlu kamu pertahankan!!..
Wahai isteri-isteri yang perasan solehah!.
Berserah kepada takdir itu adalah BODOH dan SIA-SIA..
Pasrah dan redha ada dua makna yang berbeza..
Terpisah bagai langit dan bumi jaraknya..
Hatimu yang buta dek cinta itu tidak akan dapat menaksir dan membezakannya!.
Jangan sehingga nanti, kamu tersungkur di pintu syurga dan terbenam ke lembah neraka kerana KEJAHILANmu mencari solehah dengan jalan yang kamu rasa benar tetapi sebenarnya DUSTA!.
***********************************************************************
ENTRI BEREMOSI..!!! dan ianya PANJANG!!!...
Meskipun tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dan aku langsung tak ada kaitan dalam KES ini, tetapi membaca KES tersebut membuatkan ia mengganggu malam dan siangku..
Lantas aku coretkan untuk peringatan kepada diri.. (serta kepada isteri yang terpaksa berhadapan dengan isu sebegini.. jangan biarkan hidup kalian diselubungi KEJAHILAN dan pasrah atas nama TAKDIR yang dimomokkan suami atas dasar nafsu yang tidak berpaksi Iman!!).
ISU POLIGAMI INI SGT SENSITIF.. YA, AKU AKUI!..
Dan aku, adalah orang yang sangat sensitif apabila membicarakan soal POLIGAMI!..
"Ayahku berkata, kebanyakkan orang yang berpoligami tidak pernah mahu dan tidak pernah ingin tahu perasaan orang lain melainkan nafsunya sahaja!.." (ayahku merupakan anak dari keluarga yang berpoligami – dia berbicara dari sudut pandangannya sebagai seorang anak yang melihat keperitan jiwa ibunya, penderitan batinnya sbg anak dan layanan ibu tiri serta perbandingan dengan adik beradik tiri – MAKANYA, AYAH AKU JUGA TURUT MENENTANG KERAKUSAN DAN KETIDAKADILAN SI SUAMI DALAM POLIGAMI)..
Dan... aku tetap tidak akan menerima keputusan BEBERAPA ORANG suami yang menggunakan keistimewaan surah An-Nisa Ayat 3 untuk berpoligami di zaman ini.. tanpa sebab-sebab yang munasabah - yg benar-benar dibenarkan dlm SYARAK!!
(aku juga masih tidak faham di mana relevannya isteri-isteri yang tidak bermasalah fizikal, akal, dan jiwa boleh dengan mudah memberi izin kepada suaminya untuk berpoligami di zaman IMAN SEROANG MANUSIA ITU TIDAK LANGSUNG DI TAHAP PARA KHULAFAH AR-RASHIDIN, JAUH SEKALI PARA RASUL!!)
Bukan aku menentang poligami yang ternyata itu adalah HUKUM ALLAH.. tidak sama sekali.. AKU MENENTANG MEREKA (PARA SUAMI) YANG MENYALAHGUNAKAN KONSEP POLIGAMI DI JALAN YANG SALAH!..
(dan aku membangkang sikap si isteri yang dengan RELA membenarkan suaminya BERPOLIGAMI tanpa mempertahankan HAK dan HUJAH – melainkan ada sebab yang munasabah!! – bagi yang TERPAKSA MENELAN POLIGAMI, itu lain cerita, biar si suami menjawabnya di sana nanti!! - atau mereka yang faham dan mengerti makna poligami dan boleh hidup dengan harmoni, itu juga satu sisi lain yang sangat sedikit dijumpai..)
DIBENARKAN POLIGAMI JIKA SI ISTERI TIDAK MAMPU MELAHIRKAN ANAK.. ATAU TIDAK LAGI BERAHI TERHADAP HUBUNGAN KELAMIN ATAU BERPENYAKIT GILA ATAU PENYAKIT2 LAIN YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN SERTA KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA!. ATAU SI SUAMI ITU MEMANG BERNAFSU YANG TERLALU KUAT YANG TIDAK MAMPU DIKAWAL OLEH SEORANG ATAU DUA ISTERI!!.. ITU ANTARA SYARAT YANG MEMBENARKAN POLIGAMI!!.
Bukan sekadar suami BERKEMAMPUAN!!..
(Wahai suami... MAMPU apakah yang kau MOMOKKAN kepada isteri-isterimu??).
Firman Allah:... wahai suami yang berkata MAMPU itu..
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci....” (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2: Ayat 216)
POLIGAMI HANYA SUNNAH – TAPI BERPERANG ITU WAJIB!!..
AYUH KE PALESTIN, SHAHID MENUNGGU KAMU!!..
Wahai isteri yang mengaku solehah – suruhlah suami kamu berperang kerana itu adalah jalan pintas ke syurga Allah.
“Barangsiapa yang berperang di jalan Allah walaupun hanya sesaat, wajib baginya mendapat surga.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan Ahmad)
PERI PENTINGNYA ILMU!..
YA!.. sering hadis ini dibicarakan!. Aku akur dan akui... mana mungkin kita mampu menyangkal hadis sahih lagi benar ini.."Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tetapi, itu peri pentingnya ILMU!.. Jangan membaca MEMBABI-BUTA.. itulah perlunya THINK OUT OF BOX!.. Sebab itu Allah suruh kita menuntut ilmu..
Firman Allah
"Tuhan kamu yang melayarkan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari kurniaNya; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu." (Al-Quran Surah Al-Israa 17 : Ayat 66)
Kapal yg diperbuat daripada besi yang berat itu mampu berlayar di air yang jerlus!.. Bukankah hukum logik menyangkal yang sedemikian?.. Maka itu, ILMU itu penting!!.. untuk kita mencari HIKMAH di sebaliknya!..
Sama seperti apabila membaca hadis tersebut...
.. Sebagaimana kamu mahukan KEBAIKAN kepada diri saudaramu, PASTINYA kamu juga tidak mahu KEBURUKAN menimpanya sebagaimana ia menimpa dirimu.. BUKANKAH SEPATUTNYA BEGITU???
YA, KAMU MENYINTAI SUAMIMU.. MAKA KATAMU, KAMU RELA BERKONGSI KASIH DENGAN MEMBERI SUAMI YANG KAMU CINTAI KEPADA SAUDARA BARUMU (MADUMU!!)..
TETAPI, KAMU SENDIRI TELAH MERASAKAN BETAPA PERITNYA MEMENDAM API CEMBURU DALAM POLIGAMI, BETAPA KAMU BERUSAHA MENYEMBUNYIKAN LUKA DAN DUKA KESAN DARIPADA POLIGAMI ITU!! BENARKAN???
JADI!!... MENGAPA KAMU TERGAMAK MEMBIARKAN INSAN BARU ITU MELALUINYA??... ADAKAH DIA ITU SE’HEBAT’ KAMU.. ATAU ADAKAH KAMU ITU "AMAT HEBAT" UNTUK MENAHAN API CEMBURU YANG ALLAH WUJUDKAN DI HATI SETIAP WANITA TERUTAMANYA ISTERI??..
JIHAD @ PENTINGKAN DIRI!!.
TIDAK!. Aku tidak sedih dengan nasib yang menimpa mereka (mana mungkin aku sedih sedangkan mereka gembira dengan takdir itu – malan berbangga dengannya!!)..
Cuma, aku kesal dengan kedangkalan ilmu dan kelemahan hati seorang isteri / wanita apabila berhadapan dengan suami yang nafsunya ingin BERPOLIGAMI (atas sebab dan alasan yang tidak munasabah!! Atas faktor yang tidak boleh diterima dengan sewenangnya!!)
MAAF.. SERIBU MAAF.. jika aku nyatakan bahawa kamu, wahai isteri-isteri yang membiarkan dirimu dimadu tanpa menentangnya dengan hujah yang bernas dan TANPA ILMU.. kamu bukan sahaja MENGANIAYA DIRI KAMU DAN ANAK-ANAKMU TETAPI JUGA MENGANIAYA HIDUP WANITA LAIN!!..
(adik aku pun bujang lagi, tak kahwin lagi.. bermakna, ramai lagi lelaki bujang dalam dunia ini... juga lelaki yang duda untuk dijadikan suami, kenapa OFFER suami sendiri?.. PEMALASKAH KAMU MENJAGA SEORANG SUAMI?.. SEHINGGA MEMBERI TANGGUNGJAWAB ITU KEPADA ORANG LAIN UNTUK DIPIKUL???)
KAMU, WAHAI ISTERI... SEBENARNYA TERLALU "PENTINGKAN DIRI SENDIRI" – NAK MASUK SYURGA SORANG-SORANG..
JUGA TAK ADA CITA-CITA TINGGI!!... SEKADAR NAK JADI BIDADARI TAPI TIDAK MENGIMPIKAN UNTUK MENJADI KETUA BIDADARI!!..
Kalian kata sayangkan suami!.
Bagi aku, kali MENIPU DIRI dan MENIPU SUAMI!..
KALIAN CUMA SAYANGKAN DIRI SENDIRI!!!..
Jika kalian sayangkan suami, kenapa tidak bagi laluan mudah untuknya ke Jannah Allah?.. Bagaimana kamu begitu pasti poligami ini membolehkan suamimu akan ke syurga Allah tanpa hisab?.
Bagaimana juga kamu YAKIN dengan POLIGAMI ini KAMU mampu ke syurga-Nya dengan laluan mudah?.. TIADA JAMINAN KHUSUS UNTUK ITU!!.. dan, kamu tahu itu!!..
Sekali lagi, kalam Allah kalian persembahkan untuk memujuk hati kalian!!..
Firman Allah:
”Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Al-Quran Surah Ali-Imran 3: Ayat 142)
SEJAUHMANA KALIAN BERJIHAD MEMPERTAHANKAN RUMAHTANGGA KALIAN DARIPADA SERANGAN TSUNAMI POLIGAMI?.. SUDAHKAH KAMU TARBIYAH SUAMIMU BAHAWA KAMU MAMPU MENYEDIAKAN KEPERLUAN SEORANG ISTERI SOLEHAH UNTUKNYA??..
SEJAUHMANA KALIAN YAKINKAN SUAMI KALIAN BAHAWA KALIAN SUDAH CUKUP HEBAT UNTUK MENJADI KETUA BIDADARINYA DI SYURGA KELAK SEHINGGA DIA TIDAK PERLU LAGI MENAMBAH RUANG UNTUK MEMERANGKAP DIRINYA DALAM KECELARUAN NAFSUNYA UNTUK BERPOLIGAMI??!!..
Andai nanti Allah tanyakan kepada kamu/ kalian wahai isteri, "MENGAPA MENYEKSA HATI WANITA LAIN SEBAGAIMANA HATI KALIAN TERSEKSA DIMADUKAN DENGAN MEMINANGNYA SEBAGAI MADU KALIAN?".. – apa jawapan kalian kepada Allah?
MAKA, LAYAKKAH SYURGA ITU KALIAN IDAMKAN??.. (atau, kalian memang tidak mengimpikan ke syurga Allah.. dan tidak KISAH jika berlama-lamaan di nerakanya dengan seribu penyiksaan yang sangat ngeri dan perit itu??)
Lihatlah para mufti, alim ulama, malah jutawan2 islam.. berapa nisbah mereka yang ALIM DAN MAMPU itu yang BERPOLIGAMI??..
Mereka yang namanya terbentang di sejarah-sejarah dunia tidak dengan mudah berpoligami.. tetapi mengapa suami kalian yang tidak berapa ’ada nama’ itu dengan mudah kalian izinkan berpoligami???...
POLIGAMI ITU HARUS!.. TETAPI BUKAN SATU GALAKKAN UNTUK MENGAMALKANNYA!.. (aku patut hadiahkan kalian buku tulisan FATIMAH SYARHA – Sebarkan Cinta-Mu untuk kalian lebih mendalami ilmu!!)
– kecelaruan iman dan kedangkalan akal bukan lebih mendekatkan kalian ke syurga-Nya, tetapi lebih menjauhkan kalian dari mencium harumnya, apatah lagi menjejakinya!!.. maka.. AWAS – perangkap halus syaitan itu sering menyesatkan manusia tanpa sedar!!..
(Jika kalian boleh baca tulisan aku ini dengan ilmu, maka, TAHNIAH.. tetapi, jika kalian bacanya dengan emosi.. lihat kembali hati kalian.. ITUKAH HATI PENGHUNI SYURGA??)
.........................................................................
Oh ya, ingin lagi aku bertanya..
Kali ini, kepada SUAMI yang mengamalkan poligami...
~ Berapa kali seminggu kamu kejutkan isterimu bangun solat tahajjud, hajat, istikharah dan witir di sepertiga malan terakhir?. (tidak kiralah isteri yang manapun!!)
~ Berapa kali sebulan kamu memandikan anak kecilmu dengan tanganmu sendiri?
~ Berapa kali setahun kamu ajarkan dan khatam Al-Quran dengan kesemua isteri dan anak-anakmu?
~ Berapa kerap kamu berpuasa sunat dan berbuka bersama isteri dan anak-anakmu?
~ Sudahkah kamu membawa isteri-isterimu, ibu bapa-ibu bapa mertuamu serta adik-beradik ipar duaimu mengerjakan haji dan umrah? – kerana kamu berkemampuan kan?!.
~ Berapa kerap kamu membawa isteri-isteri dan anak-anakmu mengembara mengelilingi dunia untuk mencari dan belajar tentang rahmat ciptaan Allah? – dalam surah Al-Quran Allah menyuruh kita mengembara.. kan? (pasti kamu lebih tahu surah yang mana.. kerana kamu seorang ilmuan dan agamawan!!)
~ Persekolahan anak-anak, pernah kamu duduk dan memantaunya?. Berapa dari anak-anakmu yang berjaya menjadi doktor, engineer, arkitek yang juga mereka adalah hufazan dan hufazah Al-Quran – para tahfiz yang mampu menjadi Imam Qariah?.
~ Kamu, adakah pernah mengimami qariah masjid di sekitarmu? Berapa banyak jenazah yang telah kamu mandikan, kafankan, solatkan, talkinkan dan kuburkan?
~ Berapa banyak saudara baru yang memeluk islam bersyahadah di hadapanmu dan kau sara mereka dengan sumber kewanganmu yang kamu mampu itu??.
~ Jika kamu masih mempunyai anak kecil, tetapi sudah lagi menambah ’cawangan’ baru.. adilkah kepada anak kecil itu yang masih belum pandai memanggil ’ayah’ kepada kamu, telah kamu ’curi’ masa pembesarannya untuk melihat kamu membimbingnya menjadi anak yang soleh?..
Aduhaiii suami... INSAN BAGAIMANAKAH KAMU INI???....
KONSEP ADIL YANG BAGAIMANAKAH YANG KAMU SEDAPKAN HATIMU DAN HATI ISTERI-ISTERIMU??
Lupakah kamu yang Rasulullah BERMONOGAMI selama 25 tahun.. dan berpoligami hanya 10 tahun..
Berapa tahun usia perkahwinan kamu dengan isteri pertama sebelum kamu menikahi isteri kedua? Berapa tahun usia perkahwinanmu dengan isteri kedua sebelum kamu menambah lagi yang ketiga?. Begitu juga seterusnya!!!..
Allah berikan kesenangan / kemewahan / wang ringgit dunia untuk kamu KONGSI bersama.. bukan kongsi untuk NAFSUMU sendiri sahaja..
Jika kamu katakan kamu ingin membela wanita dan meramaikan umat Muhammad kerana jihad di jalan Allah atas dasar MAMPU WANG RINGGIT, kenapa kamu tidak kutip anak-anak yatim di lorong haji taib yang mana ibu mereka itu PELACUR untuk kamu jadikan anak angkat?.. Sekolahkan mereka, tarbiyah mereka agar mereka tidak tercicir dalam menikmati indahnya iman dan adilnya Islam.. agar mereka boleh melihat cahaya iman yang tersembunyi di sebalik lorong gelap itu!.. agar mereka berada diladasan islam yang syumul!...
Kamu wahai suami yang menggunakan hukum poligami sebagai polemik politik diri!..
Kamu menyuruh isterimu menyiapkan diri mereka sebagai isteri solehah yang mengimpikan Jannah Allah.. tetapi, sanggupkah kamu hidup beribu tahun di neraka Allah sebelum bersama mereka di syurga-Nya?.. Kerana, banyak TUNTUTAN dan PERTANYAAN serta PERTANGGUNGJAWABAN yang perlu kamu LUNASKAN sebelum SYURGA ITU KAMU JEJAKI!..
CUKUP HEBATKAH KAMU BERHADAPAN DENGAN PERSOALAN2 ALLAH NANTI?..
Itu, kamu tidak perlu jawab.. kerana yang akan menjawab adalah kaki tangan kamu.. bukan lidah yang tidak bertulang yang kamu gunakan untuk cairkan dan lalaikan iman isteri-isterimu!..
SELAMAT MENJAWAB!!..
MAAF KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT...
.. oh ya, inikan blog aku.. suka hati akula nak tulis apa pun..
Jikapun aku bodoh menulis begini, maka, jangan serlahkan kebodohan kalian dengan meninggalkan komen sebagai anonymous..
SEKIRANYA ADA YANG INGIN BERBAHAS LANJUT MENGENAI PERKARA INI.. JIKA ADA YANG TIDAK PUAS HATI.. ATAU JIKA ADA YANG INGIN MENGAJAR AKU YANG AGAK KURANG DI AJAR DAN TIDAK CUKUP BELAJAR INI, SILAKAN EMAIL DI ciktiny@gmail.com – kita boleh berhujah dengan ilmiah – atau juga dengan emosi.. jangan jadikan kotak komen aku dengan gelaran Anonymous untuk melancar senjata.. kerana ia akan membuka banyak keaiban daripada kebenaran!!.
Note : Tiba-tiba aku rasa nak pergi jumpa Ustazah Fatimah Syarha – bersama beliau memberi KESEDARAN kepada PARA REMAJA, PARA SUAMI DAN PARA ISTERI bahawasanya:
*DALAM ISLAM, POLIGAMI ITU HANYA SATU KEHARUSAN – BUKAN SATU GALAKKAN!!.. *


