Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, September 19, 2014

Musafir: Ke Perth – Day 01


Bismillah.

-----------------------------

Penerbangan sampai 5 minit awal daripada waktu jangkaan (5.30am). 
Jam 5.35am sudah berada dalam perut Terminal Perth International Airport. 

Airport pick up sudah sedia menunggu.


Jam 6.30pagi sudah cerah dan sibuk seumpama jam 7.30pagi waktu Malaysia.
Matahari sudah mula menyinar.

Alamat rumah penginapan kami adalah:
Cannington Home (House 1)
 36, Woodloes St
Canninton WA, 6107
Perth, Australia
Contact: Mr. Daniel Kuh - Mobile: +61411133960 (International).


Sebaik masuk rumah, masing-masing cari ‘port’ untuk landing!
Rehat dan bersihkan diri (mandi ler… apa lagi!)



Usai mandi, perut lapar! Masa untuk cari breakfast.


Jalan daripada rumah ke Westfield (dalam 10-15 minit berjalan kaki – tapi, sebab jalan ramai2, tak rasa sangat penatnya!)
 Sampai di Westfield – lepak di salah satu restoran yang buka (nak makan di Nando’s tapi masih tutup). 
Masa makan, kebetulan pasaraya tersebut buat ’fire testing’... kami yang tengah sedap makan, ’terbangak-bangak’ nak bangun atau tidak, sehinggalah ’Fire Marshall’ dia datang kepada kami dan kata ’You may continue your meal, this is just a test’... FUH! Selamat. Kalau tidak, rugi breakfast yang bernilai lebih kurang ’RM30.00-RM50.00’ Malaysia, okeh!



Habis breakfast – SHOPPING TIME! 





 Strawberry sangat murah! 2 paket AUD5.00 – Buahnya besar dan manis! Syoknya.

Tapi, yang paling heaven adalah.... shopping 2 bakul penuh, hanya bernilai AUD175.00!!!
 

WHAT?????

Kalau kat Malaysia, 2 bakul penuh barang dapur macam tu (yang selalu aku shopping dengan Cik Abang kat Giant ni la...), harusla RM500-RM600!!!

Maksudnya, kalau ‘convert’ duit mereka ke duit kita sekalipun, TETAP, shopping tempat mereka lebih murah daripada aku shopping selalu kat sini! (Masa ni datang fasa pertama yang kengkonon rasa nak ‘migrate’ ke Perth ni… hehehe).

Dek kerana banyak berjalan dan melayan mata dengan harga barangan, sempat pulak kaki mak buyung ni cramp! Aduhai.

Baiknya mat saleh kat sini!
Masa aku tengah mengerang sakit kaki, ada seorang perempuan berlari daripada kedainya dan papah tangan aku. Dia minta office mate aku (Yasir) ambil kerusi daripada kedai makan berhampiran dan beri kepada aku! Aduhai – terharunya.

Mereka sangat berbudi bahasa. Malah, orang kedai yang kami ’kidnap’ kerusinya, langsung tidak berkata apa-apa, dan biarkan sahaja aku duduk (tanpa perlu order minuman atau makanan di kedainya).

Oleh kerana kaki aku cramp dalam jangkamasa yang agak lama, maka aku tidak berjalan ke mana-mana. Tidak sempat meninjau kedai-kedai beg, kasut dan sebagainya. 

Malah, ke kedai halal-mart (yang menjual daging-daging halal) pun tidak dapat pergi (hikmah di sebalik kaki yang cramp, jimat duit aku untuk tidak shoppping di sini... hehehe). Teman-teman yang lain meneruskan pembelian barang dapur di kedai daging halal.


Aku hanya sempat beli sekilo lebih anggur dengan harga AUD9.00). Macam-macam buah dan sayuran yang segar-bugar dan murah! (kalau ikut nilai duit mereka la).
 Selebihnya, aku hanya menjadi penanti. Sementara menunggu rakan-rakan lain datang berhimpun.

Balik daripada Westfield, tak larat mahu jalan kaki dengan beg makanan yang banyak. Terus panggil teksi! Kena AUD8.00.

Sebaik tiba di rumah, terus masuk dapur (sememangnya rumah kami, buka pintu je, sudah masuk dapur!!!) – apa lagi, masaklah! Semua nak makan tengahari ni!
(Chef campak-campak! Hahaha)
Masak menu yang mudah, cepat dan senang - paling penting, kenyang!

Usai makan tengahari, solat dan rehatkan diri – sambung aktiviti berjalan.

Kali ini mahu ke Perth City!

Oleh kerana ’rusa baru masuk kampung’, maka memang tidak tahu apa jalan yang patut digunakan.

Mula telefon talian hayat (rakan-rakan yang lain cuba mencari jalan dengan menelefon teman-teman yang terdekat).

Katanya, ada stesyen keretapi berdekatan.

Maka, MENAPAKlah kami mencari stesyen keretapi (sambil berposing sana sini, sebab lama sangat nak jumpa stesyennya!)

Ya, benar-benar MENAPAK!
Dekat 25 minit kami menapak, baru sampai ke stesyen keretapi yang dimaksudkan! Beckenham Station.
(Berpeluh weihhh! Gila jauhhhhhh! Mau lenguh lutut dan kebas tapak kaki... huwaaaa).
 
Nasib baik udaranya sejuk – walaupun tengahari, anginnya buat kita rasa segar dan tidak berpeluh.
Di train, satu hal pula berlaku! Stesyen train mereka ini sangat tidak ’user friendly!’ – Sudahlah tidak ada kaunter tiket atau orang yang menjaga tiket, mesin duitnya pula hanya menerima duit syiling SAHAJA!

Kami ni kan baru sampai! Mana nak cekau duit syiling, semua duit puluh-puluh, ratus-ratus sahaja! Aduhai! Aduhai! Mujur ada seorang rakan sekerja yang ’pecah tabung’ keluarkan semua syiling dia (dia sudah menjangka perkara ini sebab dia pernah datang ke Perth sebelum ini!). Maka, pakat pinjam meminjam la. Seorang AUD4.40 untuk ke Perth City dari Beckenham Station.

 (Mak buyung duduk di kerusi ’priority seat’ – bolehlah kan? Hehehe).

Sampai di Perth City sudah jam 5.00 petang – berseleraklah berjalan.

Masing-masing dengan hal masing-masing. Jam 6.00 petang perlu kembali berkumpul semula di tempat yang dimaksudkan.


Di Perth town ini, sempatlah aku singgah Australian Souvenirs Shop – beli satu dua item. Berjalan lagi, ada Aussie Souvenirs Shop juga, tapi kedai orang Vietnam – barangan yang sama dengan kedai pertama tadi, tapi harganya SETENGAH harga MURAH daripada kedai pertama!
Cheh! Cheh! Cheh! MENYESAL BELI KAT KEDAI FIRST TU!!!!!

Oleh kerana jam sudah hampir ke pukul 6.00petang, maka tidak sempat mahu shopping banyak2. Dalam hati sudah simpan hajat, mahu datang lagi dan beli barangan yang sudah ada dalam anganan di kepala! Mesti datang lagi kedai Vietnam di Perth City ini! MESTI! *** (Azam untuk HARI TERSEBUT!!!)
(replika kaktus / pokok hijau di belakang itu menjadi 'trade-mark' tempat berkumpul)

Balik ke rumah di Canninton, naik bas No. 202 - 2 Zone dari Perth City. Sudah tahu cara naik bas dan cara bayar tambang... hehehe.
Sampai rumah – lapar!
Masak lagi!
Masak nasi goreng sahaja.
Senang, cepat dan kenyang!

 Settle masak, masuk bilik, REHAT!

Usai solat, mandi dan rehat, kaki terasa sangat lenguh!

Syukur ada rakan sepejabat sudi menghulurkan tangan untuk memicit kaki. Thanks cik siti sayang.... hehehe... (terkenang dan terbayang, andai di tanahair, Cik Suami dan anakanda sulung lah yang selalu melaksanakan ehsan tersebut... picit kaki.... hehehe....), kemudian, TIDUR!

Menanti hari esoknya.


.

Wednesday, September 17, 2014

Musafir: Ke Perth – Pre-Entry

Bismillah.

-----------------------------
.
Trip dalam atau Luar Negara memang menjadi antara acara wajib bagi Kelab Sukan dan Kebajikan AHB (KESKAH) - ofis aku ini.

Setiap tahun (sejak penubuhan Kelab), aku sentiasa ‘melarikan’ diri daripada menyertai aktiviti sebegini. ’Kebetulannya’, setiap tahun itu juga aku punya alasan tersendiri untuk TIDAK MENYERTAI aktiviti ’office trip’. Alasan aku adalah, 'mengandung – beranak – anak menyusu' – dan ketiga-tiga alasan ini sangat relevan kerana... memang pun, aku kerap beranak je!!! Huhuhu.

Tahun ini, aku tiada pilihan apabila rancangan trip diselenggarakan seawal tahun. Tiada alasan munasabah atau sarawak apatah lagi semenanjung yang membolehkan aku ’menidakkan’ untuk bersama trip kali ini. Tambahan pula, ke Perth, Australia!

Hati memang berbelah bahagi. 85% - TIDAK MAHU PERGI! 

Alasan utama aku adalah – ANAK-ANAK! 

Sungguh, sebagai seorang isteri serta Ibu yang Allah amanahkan empat orang cahaya mata, itulah alasan UTAMA aku! 

Sehingga tahun lepas, aku tidak pernah berpisah malam dengan anak-anak, sejak hari pertama mereka dilahirkan! Biarlah aku kerugian untuk tidak ke mana-mana trip tetapi untuk meninggalkan anak bersama suami, tanpa aku di sisi – AKU TIDAK SANGGUP! TIDAK SESEKALI!

Tapi, tahun ini, Allah takdirkan aku untuk berjauhan sedikit dengan anak-anak dan meletakkan tanggungjawab kepada Tuan Suami untuk menjaga amanah-amanah itu tanpa aku, seketika! (Oh, sebenarnya ini yang ke-dua untuk tahun ini. Pertama kalinya adalah ketika PERKAMPUNGAN PENULISAN NOVEL - tetapi itu, sekadar di Melaka... hehehe. Ketika itu juga, aku masih punya pembantu rumah!).

Allahu Allah! 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sementelah pula, dua minggu sebelum aku berangkat ke Perth, Australia, pembantu rumahku tidak pulang ke rumah setelah diberi cuti bulanan selama 2 hari! (yang ini yang baru aku ambil - pembantu rumah yang lama sudah pulang sebaik habis permit!),

Aduhai! Bagaimana ini?

Untuk meninggalkan suami bersama anak-anak sendirian di rumah, adalah perkara yang mustahil!

Untuk membatalkan percutian KESKAH, perlu membayar jumlah tiket dan penginapan yang telah dibayar oleh Kelab. Aduhai! Aduhai!

Keputusan yang diambil adalah:
1-     Anak-anak tidak bersekolah selama aku tiada (10-14 / 9 / 2014);
2-     Suami dan anak-anak tinggal bersama keluarga kakak aku, ditemani mak dan ayah aku di rumah kakak aku di Bangi;
3-     Suami juga tidur di rumah kakak aku untuk membantu menjaga anak-anak sehingga aku pulang pada hari Ahad, 14/9/2014.

Kering darah apabila pembantu rumah aku tidak pulang ke rumah pada 1/9/2014!

Pengalaman paling ’ngeri dan menyedihkan’ adalah apabila pada pagi Selasa, 2/9/2014 – aku terpaksa ’memontengkan’ persekolahan anak sulung (9 tahun) dan kedua (7 tahun) untuk menjaga adik-adiknya (anak ke-tiga, 2 tahun dan ke-empat, 1 tahun) – dan meninggalkan mereka berempat di rumah, SENDIRIAN! – sementara menanti suami pulang daripada menghantar aku ke pejabat! (kenapa perkara itu terjadi, biarlah kami suami isteri sahaja yang tahu – BENAR, pelabagai ’cara’ boleh dikatakan oleh orang untuk kami lakukan, tetapi, permasalahan KETIKA itu, hanya kami berdua, suami isteri ini yang sedia maklum!!!)

BERHENTI pada kisah pembantu rumah yang lari – InsyaAllah, ada hikmahnya yang kami tidak nampak hari ini. Aku mahu terus bersangka baik dengan takdir Allah.

Malam 9/9/2014 – Pada jam 8.00 malam, Tuan Suami menghantar aku ke KLIA2. 

Langkah yang sangat berat mengenangkan amanah-amanah kecil yang terpaksa aku tinggalkan itu. 


Sungguh! Aku serahkan mereka sepenuhnya pada jagaan dan peliharaan Allah, sebagaimana selalu dan setiap hari, aku menyerahkan diriku dan ahli keluargaku dalam genggaman dan takdir Yang Maha Berkuasa.

Sekuat daya, seteguh hati, aku melangkah dengan langkah seorang musafir. Yang mahu mengintai dan meneroka sebahagian lain ciptaan Tuhan yang Agung – menjejaki tanah di bumi asing yang tidak pernah aku jejak selama hayatku.

Tidak putus aku berdoa, permusafiranku ini memberi hikmah yang banyak. Ku mohon taufik dan hidayah-Nya, kepada si kerdil hina yang banyak dosa ini, untuk menikmati keagungan ciptaan-Nya di alam fana yang sementara ini. 

Dengan lafaz Bismillah dan Tawakaltu’Allallah, aku melangkah!


Perth, Australia – tanahmu ku jejak!

.

Monday, September 08, 2014

PhD Oh PhD - Part 11: 'Junior' mohon nasihat untuk pelajar baru Master / PhD?

Bismillah.

Pada 23 Ogos 2014, berkesempatan mengikuti Talk Show - Dr. Othman Talib.@ Dr. OT.

Subhanallah. Banyak perkongsian yang diberikan serta tips menarik untuk pelajar yang mahu sambung Master dan PhD.

Mengetahui teknik dan step yang diajarkan oleh Dr. OT buat aku rasa cemburu yang bukan sedikit kepada para pelajar baru! Sungguh!

Umpama belajar memandu - jika dahulu, zaman aku, kena belajar guna kereta manual - sudahlah tu, kereta buruk seperti opel dan mazda yang rasanya enjin pun sudah mahu tercabut. Sekejap-sekejap semput dan enjin mati ketika mahu tukar gear! Sakit hati!

Sekarang, khabarnya sudah boleh memilih bawa automatik - dan kereta juga baru. Paling tidak pun boleh bawa kancil! Memang jeles tahap gaban!

Begitulah simpulan aku pada pelajar baru yang mahu sambung Master dan PhD sekarang ini, laluan sudah mula mudah dan cerah. Adanya teknik-teknik 1File1Thesis, RFOT, ZDOT (nak tahu apa semua ni, layari blog Dr. OT dan beli buku-buku beliau serta sertai bengkel yang dianjurkan oleh MPWS - yang dikendalikan oleh Dr. OT sendiri!) dan pelbagai ringkasan yagn diberikan oleh Dr. OT memudahkan para pelajar terus masuk gear 3 automatik tanpa perlu tukar gear manual )dan kebarangkalian enjin mati ketika tukar enjin berada hampir di tahap 'NOL'! Sungguh!

Aku yang sekarang di Semester 6 terasa sakit perit dan ngilunya mahu meneruskan saki-baki perjuangan menyudahkan PhD ini. 

Betullah. Setiap perkara menjadi mudah apabila kita tahu taktik dan tekniknya. Jika kita bersedia dengan pelbagai persediaan sejak dari peringkat awal. 

Itu yang tiada dalam senarai aku dahulu.Persediaan 'senjata'!
Aku hanya berbekalkan persediaan semangat - yang akhirnya bisa luntur dek persekitaran dan ujian emosi pada sisi kehidupan lainnya!


Gambar di atas adalah gambar Dr. OT bersama pemenang 3MT (3 Minutes Thesis) - pertandingan yang anda perlu mengemukakan idea thesis anda dalam masa 3 minit dan 'layman person' turut faham apa yang sedang anda 'research'!

Aduhai. Cemburu sungguh pada kepetahan dan kelancaran pemenang itu. Segalanya kelihatan mudah dan tepat! Sepertinya sudah benar-benar 'research' itu SIAP, SEMPURNA!

Semasa rehat, ada 'junior' yang bersama dengan sahabat baik aku, turut makan sekali bersama kami.

Memandangkan aku yang paling 'senior', maka, aku ditanya oleh mereka, apa persediaan yang mereka perlu lakukan sebelum mendaftar sebagai pelajar Master / PhD.

Kataku kepada mereka, sewaktu mendaftar, pastikan 3 perkara ini dahulu.

3 TIP AWAL PENDAFTARAN!

1- KAWAN! - Kenali siapa yang sama-sama register di semester tersebut. Berkawan-kawan! Berkawan-kawan! Cari kawan. Tambah kenalan. Ambil contact number, email, facebook atau apa juga cara yan memudahkan perhubungan. Cari kawan! Jangan jadi kera sumbang yang rasa boleh berperang seorang diri! (melainkan anda seorang yang gifted - yang boleh berperang sendiri - maka, tidak perlu cari kawan. Pengalaman saya sendiri, saya lemah bila berseorangan!) - Ambil subjek yang sama dengan kawan. Ada manfaatnya nanti.

2- PENSYARAH / SUPERVISOR! - Kenali siapa 'supervisor' / Chairman supervisory committee anda!  Anda perlu kena tahu yang betul dengan bidang kajian anda. Yang anda yakin boleh telefon dan email pada bila-bila masa yagn anda perlukan dan beliau akan menjawab sms/ call/ email anda (secepatnya walaupun tidak serta-merta). Ini penting! Kerana, hubungan anda dengan supervisor ini akan turut menentukan kelancaran perjalanan research anda! Jumpa sekerapnya. Umpama anak yang setiap hari merengek mahu di dukung ibunya, pasti ibu akan beri perhatian lebih kepadanya! Tanamkan 'ingatan' lecturer anda kepada anda supaya anda dalam senarai 'supervisee' yang diingatinya (apabila supervisor kenal anda, tidaklah anda gelabah puyuh bila dapat surat daripada fakulti menyatakan itu dan ini, dan fakulti minta anda dapatkan tandatangan supervisor - kalau tak kenal supervisor, tak pernah jumpa, sekali sekala baru nak tunjuk diri..... maka..... hmmmm).

3- KERANI / STAF FAKULTI! - Ya, mungkin anda rasa ini menjengkelkan! UNTUK APA KENA RAPAT DENGAN KERANI / STAF FAKULTI? Bukannya mahu berurusan dengan mereka pun! YA! Hari ini anda boleh berkata sedemikian. Anda tidak tahu bahawa 'mungkin', akan tiba satu detik dan satu saat, seminit perhatian daripada staff fakulti itu yang akan 'menyelamatkan' dan memudahkan perjalanan anda seterusnya! Berbaik-baik dengan staff fakulti. Segala info terbaru, mohon dimaklumkan kepada anda menerusi email atau sms.

Tips di atas ini KHUSUS untuk mereka yang BEKERJA SAMBIL BELAJAR - seperti aku! Yang disamping kewajipan terhadap tugasan sebagai seorang isteri, ibu, dan keluarga, ada juga tanggungjawab lain kepada tugasan kepada kerjaya dan bertambah lagi sebagai seorang pelajar PhD! 

Cukuplah 3 tip utama itu dahulu. 3 langkah pertama yang perlu dilakukan seawal seminggu pendaftaran di Fakulti! Buat ini dahulu! 

Susahkah mahu buat PhD ini?

YA! TIDAK MUDAH!
TIDAK PERNAH MUDAH!

Tapi, bak kata Dr. OT:
"SIAPKAN TESIS MEMANG SUSAH! BUATLAH DENGAN CARA YANG MUDAH!"

Menarikkan?

Perjalanannya memang payah - tetapi ada jalan dan cara yang mudah!
Bagaimana mahu buat dengan cara MUDAH?

Nanti aku maklumkan di entri lain ya! hehehe. 

Nota:
Lain padang, lain belalang.
Tips ini mungkin berkesan bagi sesetengah orang, mungkin tidak bagi yang lainnya.
Atas risiko sendiri! hehehe. (y)
.

Friday, August 29, 2014

PhD Oh PhD - Part 10: Peperiksaan!

Sungguh!

Sejujurnya, aku benci bilamana ada perkataan ‘peperiksaan’ pada setiap pelajaran!
Aku suka belajar, tapi aku tidak suka diuji dalam peperiksaan – biarlah ia peperiksaan bertulis yang panjang tetapi yang boleh dibuat pada masa yang tidak terhad. Juga yang dibolehkan merujuk apa-apa sumber rujukan ~ seperti ’take-home-test’.

Paling aku benci adalah peperiksaan yang punyai tempoh waktu, di tempat tertentu dan yang tidak boleh rujuk mana-mana buku (seperti peperiksaan zaman sekolah!)

UPSR, SRP, SPM, STPM, Degree, Master dan terkini PhD, aku melalui setiap perjalanan untuk memperolehi sijil-sijil itu dengan perlu menduduki PEPERIKSAAN!

TENSION TAU!

Tidak ada satu peperiksaan pada mana-mana ketika ujian di atas yang aku rasa senang dan tenang – ada sahaja TENSION dan BINGUNG yang menerpa. Yang paling tidak aku suka adalah ketika MENANTI KEPUTUSAN!

STRESS TAU!

Untuk bergelar ’PELAJAR PhD’, ada ujian-ujian mata pelajaran yang wajib diduduki dan untuk bergelar ’CALON PhD’ juga perlu menduduki peperiksaan-peperiksaan tertentu!!! (Merujuk kepada UPM sahaja! Universiti lain, aku tidak pasti).

Merujuk kepada entry yang lalu (memujuk emosi), YA, ketika itu aku sedang berperang dengan emosi sendiri – kerana baru selesai menjalani PEPERIKSAAN STATISTIK!

Oh ya! Itu antara yang mengundang TENSION & STRESS kepada aku!
Peperiksaan yang berkaitan dengan KIRA-KIRA!

Aku benci matematik. Bukan sedikit anak, tapi sebesar atuk nenek tahap benci aku kepada sesuatu yang bernama KIRA-KIRA!!! (hatta menggunakan kalkulator juga aku tidak suka!)

Sehingga kini, fobiaku pada matematik atau yang seangkatan dengannya masih tebal dan mendalam.

.......

Minggu pertama pendaftaran semester baru 2014/2015 (18 August 2014 – 22 August 2014) merupakan minggu ’maraton’ aku mendapatkan tandatangan / keputusan peperiksaan ujian komprehensif (Comprehensive Exam – CE) daripada para pensyarah-pensyarah @ jawatankuasa penyeliaan.

Terkejut bukan kepalang apabila pada hari Isnin 18.9.2014, aku buka portal pelajar, didapati status TERMINATED (FAILED TO TAKE CE).


HARU-BIRU!

Terus aku telefon GSO (Graduate School), dapatkan kepastian! Mereka minta keputusan peperiksaan komprehensif (CE) untuk tukar status sebagai ‘CONTINUE’.

Baru aku tahu, rupanya, untuk dapatkan keputusan CE, perlu isi borang dan dapatkan tandantangan kesemua pemeriksa kertas dan akhir sekali tandatangan Dekan Fakulti! DOWH!!! (ini bahana pelajar separuh masa yang jarang ke fakulti – mana tahu semua proses dan procudure!!! - apa salahnya 'upload' sahaja borang dalam protal pelajar! haish!)


Pelbagai ’drama minggu ini’ berlaku dalam masa seminggu (panjangnya mungkin melangkaui 5 helai muka surat sekiranya diceritakan perjalanan mendapatkan tandatangan kesemuanya!).

Diringkaskan, daripada 4 pemeriksa, berjaya dapatkan tandatangan 3 pemeriksa – dan ’pending’ lagi satu pemeriksa... dan yang satu itu adalah KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STATISTIK! HADOILAAARRR!!!

BERTAMBAH STRESS!

Dipendekkan lagi cerita, GSO Fakulti setuju menerima keputusan peperiksaan komprehensif untuk tujuan pendaftaran mengenangkan ia adalah hari akhir pendaftaran (22 Ogos 2014). Allahu Rabbi.

Pada hari Isnin (25 Ogos 2014), barulah pejabat Prof 'Statistik' call, scan dan emailkan keputusan STATISTIK yang buat aku mahu menangis dan terus menangis! (ini lgi banyak drama minggu ini, boleh buat drama bersiri!! Tidak mengapa, aku abadikan dalam simpanan kenanganku sahaja!)

Baik! Keputusan penuh adalah kesemua peperiksaan LULUS dan boleh sambung belajar!

Maka, status pun sudah bertukar ke 'CONTINUE'!


ALHAMDULILLAH!

Sekarang, sudah di Semester 6 – menanti tarikh untuk ’proposal defend’!

Untuk PhD ini, cukuplah 2 peperiksaan untuk melayakkan (1) sebagai ’PELAJAR PhD’ dan (2) sebagai ’CALON PhD’ – sekiranya ada peperiksaan bertulis ke-3 (di ulang! Peperiksaan bertulis seperti STATISTIK) – MEMANG SUNGGUH, AKU BERHENTI BELAJAR!!!

Cukuplah penderaan perasaan dan emosi pada nama ’peperiksaan’!!!
Aku serik!



.

Wednesday, July 09, 2014

Memujuk emosi!


Sejak selesai peperiksaan komprehensif PhD – Subjek Statistik, aku seolah-olah merajuk dengan diri!


 



Membiarkan post di laman mukabuku terbiar sepi. Tidak bersapaan dengan para sahabat dan saudara wangian syurga pemberi komen yang meninggalkan kata dan doa yang baik. Jeliknya sikap aku!

Hakikat!
Ya, itulah hakikat aku seorang insan. Manusia yang mampu Allah bolak-balikkan hatinya. Ada ketika aku waras memikirkan takdir hidup. Ada ketika aku tewas dengan percaturan yang ditetapkan. Kerap kalinya aku kecundang dengan nafsu yang menyintai keduniaan.

Bagi merawat rajuk diri (siapa suruh merajuk?! Cheh!), aku kembali kepada rutin lama. Melawat blog teman-teman yang bijak berbicara. Yang sedap tulisannya. Yang tarbiyahnya sampai ke hati dan jiwa.

Perlahan aku muhasabah diri.
Betapa aku sering mengingatkan diri untuk meletakkan dunia di tangan, bukan di hati, jauh sekali menjunjungnya di atas kepala, dan seringkali itu jugalah aku alpa dan menjadi sebaliknya! ALLAHU ALLAH!

MALU!
Sungguh. Malu sekiranya aku ditanya malaikat, apa yang digusarkan sehingga menjadi rajuk yang mengganggu emosi?

Tidak boleh jawab soalan statistik? Apa kesannya? GAGAL? Lalu apa natijahnya? Perlu ulang? Maka solusinya? ULANG SAHAJALAH! APA SUSAHNYA???

Allahu Allah!
Wahai aku, manusia yang lemah. Itu sahajakah dugaan yang buat kau rasa resah? Malunya pada penduduk langit yagn sedang memerhati, mahu didoakan apakah untuk insan sepertimu ini?

Kenapa tidak kau tangiskan saudaramu di Palestin yang dibedil bom dan nayawanya melayang? Mengapa tidak sahaja kau rasa malu kerana rajukmu itu buatkan kau hanya menarik selimut tidur awal di tilam empukmu, sedangkan ada saudara-saudaramu bertungkus-lumus memberi makan kepada saudara-saudara gelandanganmu yang di luar rumah itu?

Wahai aku yang bernama aku!
Cukuplah kau memalukan diri dengan ’prihatin’ kepada masalah duniamu sendiri!
Cukuplah kau menjauhkan diri daripada nikmat Allah dengan menutup telingamu pada permasalahan sebenar umat, Islam dan dunia.
Cukuplah kau memisahkan dirimu dengan akhirat yang sepatutnya lebih kau utamakan!

Kembali kepada fitrah asal kejadianmu. Asbab mengapa kau Allah ciptakan!!!
Firman Allah:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu (Surah Adz-Dzaariyat 51 : Ayat 56).
Cukuplah! Jauhkan dirimu daripada menjadi hamba Allah yang rugi!

Firman Allah:
“…….Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3 : Ayat 185).
 
Mahukah kau tahu apa yang membuatkan manusia tenteram dan bahagia?

Apabila hatinya mengingati akhirat! Sungguh!

Cubalah hayatinya, wahai diriku!!!


Ya Allah. Berkati kehidupan kami dunia dan akhirat. Redailah kami semua. Hidupkan kami dan matikan kami dalam reda-Mu. Ameen.

.

Wednesday, May 14, 2014

Mengalih Emosi

“Suka sangat tulis panjang-panjang. Meleret-leret. Straight to the point sudahlah”
“Panjang sangat komentarnya. Malas mahu baca.”
“Cuba make itu short and simple.”
“Rajinnya tulis panjang-panjang. Tak penat ke taip?”

*********************
Itu antara sebahagian komentar yang diterima bagi yang membaca entri aku samada di blog (oh, sekarang agak kurang menulis di sini) atau di Facebook (kebanyakan masa sudah beralih di sini).

Kenapa ya?

Kenapa aku suka tulis panjang-panjang?

Entah!

Yang aku tahu, aku suka menulis.
Ada keseronokan ketika bait huruf dicantum menjadi perkataan.

Lebih panjang, lebih seronok.

*********************
Mengalih emosi.


Menulis buat aku bahagia.
Dan bahagia itu aku nukilkan dalam bentuk tulisan.

Menulis adalah hobi, adalah kesukaan, adalah ruang dan peluang mengalih emosi.
Menulis adalah keterujaanku, kenikmatanku, kebahagiaanku.

Apabila lapang – aku menulis.
Apabila sibuk – aku menulis.
Apabila gembira – aku menulis.
Apabila sedih – aku menulis.
Apabila suka - aku menulis.
Apabila marah – aku menulis.
Apabila benci – aku menulis.
Apabila gusar – aku menulis.
Apabila keliru – aku menulis.
Apabila tertekan - aku menulis.
Apabila mengharap – aku menulis.
Apabila sunyi – aku menulis.
Apabila teringat – aku menulis.
Apabila rindu – aku menulis.
(Apabila tidur dan mati sahaja, pasti aku tidak menulis).

Apa sahaja emosi yang sedang aku lalui, aku senang membaitkannya dalam bentuk tulisan.

Menulis menjadi satu luahan yang melegakan hati aku.

Apabila segala rasa bercampur-baur, menulis buat aku rasa lega dan lega dan lega.

Pendek kata, menulis buat aku rasa PUAS! 

*********************

Bahagia dengan memberi.

”Jika begitu, tulis sahaja di buku nota sendiri. Mengapa perlu diwar-warkan?”

Andai soalan itu yang ditanya, jawapanku mudah.

Kerana, kita tidak pernah tahu hati siapa yang ikhlas meraikan emosi kita, melalui tulisan yang kita baitkan. 

Kerana, kita tidak pernah tahu, mungkin ada insan yang membaca, sedang mengirimkan doa untuk kita. Doa dalam diam, dengan mulus, dan doanya itu diaminkan para penduduk langit dan sampai kepada Allah, tanpa hijab. Doa untuk kebaikan dan kebahagiaan kita.

Aku yakin ada mata yang sedang ralit membaca tulisanku. 
Walaupun seorang, aku tahu dia ada di situ. 
Membaca setiap bait, dengan penuh semangat dan cinta. 
Dengan penuh faham akan segala rasa dan makna.  
Dia sudi merai emosiku.
Dia sedang mendoakanku.
Memohon Allah lindungi dan permudahkan segala urusanku.  
Aku yakin itu!

Bukankah hidup ini indah dengan memberi?
Aku memberi insan membaca tulisanku.
Dan ada insan yang sudi memberi doa kepadaku.
Dan memberi bahagia, dengan membaca tulisanku.

Bahagiakan, dapat memberi?

*********************

Azam dan semangat.

Apa juga bentuk penulisan yang aku tulis, yang baik itu adalah ilham dari Allah.
Yang jelek, yang beremosi, jiwa kacau, dan tidak patuh syariah itu, pastilah datang daripada nafsu hati aku yang ketika itu sedang berjalan di depan akal, mengatasi iman tatkala mengalunkan bait kata.

Aku tidak tahu apakah akan didatangkan hikmah atau musibah atas penulisanku ini.

Tapi, aku percaya, Allah berikan ilham menulis kepada aku bukan sia-sia dan tidak datang secara percuma. Pasti ada amanah yang dipertanggungjawabkan-Nya melalui ilham dan kemahiran ini. Allah tahu ini yang terbaik untuk aku.

Aku sentiasa berdoa supaya ada tulisanku, walau sebaris ayat yang mampu memberi manfaat kepada yang membaca.

Sungguh! Aku teringin mahu berkongsi syafaat di akhirat nanti bersama yang mendapat kebaikan daripada penulisanku.

Tulisanku ini mungkin tidak disukai oleh segelintir pihak, tetapi aku terus berdoa supaya Allah izinkan tulisan ini menjadi asbab kebaikan kepada insan-insan yang sudi memahami.

Hanya apabila aku mati, pasti tiada lagi tulisan yang akan aku coretkan.

Ketika itu nanti, pasti ada yang merindui tulisanku.
Pasti ada yang mencari semula apa yang telah aku nukilkan.
Pasti ada yang membaca setiap bait tulisanku dengan penuh emosi.
Pasti ada yang mahu membaca tulisanku lagi dan lagi dan lagi.

Sekiranya orang itu bukan dia, dia atau dia, pastinya mereka itu adalah – anak-anakku, kaum keluargaku dan keturunanku.

Untuk itu, aku akan terus menulis dan menulis.
Dengan apa juga cara, lenggok dan nada bahasaku.

Azam penulisanku adalah – sebagai jambatan meraih redha dan menuju SYURGA-Nya.

*********************

Menjadi Guru, menyebar ilmu.

Hadith Riwayat Muslim menyebut:-
Apabila seorang itu mati, putus segala amalan dunianya kecuali tiga perkara:
i- Sedekah jariah;
ii- Ilmu yang dimanfaatkan;
iii- Doa anak yang soleh.

Setelah berguru, maka aku juga ingin menjadi guru.
Guru yang menyebarkan ilmu yang bermanfaat.

Apabila ada satu perkataanku yang mendapat tempat dihati seorang insan yang membaca, bukankah au sudah menjadi gurunya? Dan apabila dia menggunakan perkataan dan ayat itu dengan perkara kebaikan, mudah-mudahan Allah izinkan ia menjadi penghapus dosaku yang lalu dan yang akan datang serta menjadi syafaat untukku melalui jambatan syurga. Ameen.

Kata Prof. Kamil, setiap kita adalah guru, dalam kapasiti yang berbeza.

*********************

Membunga rindu.

Sejujurnya, setiap kali menulis, aku menjadi semakin rindukan Allah dan Rasulullah.

Kerana, apabila aku menulis, aku sering berdoa.
Aku mohon ada mana-mana tulisanku yang Allah angkat sebagai amalan kebaikan yang bermanfaat.
Yang Allah izinkan ia menjadi asbab membantuku dalam meniti perjalanan mencari Rasulullah, bagi mendapatkan syafaat Baginda.
Seterusnya, bersama Baginda, menuju syurga firdaus, yang abadi.  
Bersama-sama mereka yang tulus menyintai aku, kerana Illahi.
Ameen Ya Rabbul Alamiin.

DEMI IQRA’ DAN NUUN: AKU TERUS MENULIS.

DEMI ALLAH, DEMI RASUL, DEMI ISLAM DAN DEMI UMMAH.

AKU MAHU MENJADI PENULIS YANG DISAYANG TUHAN.

.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.