Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, September 19, 2014

Musafir: Ke Perth – Day 01


Bismillah.

-----------------------------

Penerbangan sampai 5 minit awal daripada waktu jangkaan (5.30am). 
Jam 5.35am sudah berada dalam perut Terminal Perth International Airport. 

Airport pick up sudah sedia menunggu.


Jam 6.30pagi sudah cerah dan sibuk seumpama jam 7.30pagi waktu Malaysia.
Matahari sudah mula menyinar.

Alamat rumah penginapan kami adalah:
Cannington Home (House 1)
 36, Woodloes St
Canninton WA, 6107
Perth, Australia
Contact: Mr. Daniel Kuh - Mobile: +61411133960 (International).


Sebaik masuk rumah, masing-masing cari ‘port’ untuk landing!
Rehat dan bersihkan diri (mandi ler… apa lagi!)



Usai mandi, perut lapar! Masa untuk cari breakfast.


Jalan daripada rumah ke Westfield (dalam 10-15 minit berjalan kaki – tapi, sebab jalan ramai2, tak rasa sangat penatnya!)
 Sampai di Westfield – lepak di salah satu restoran yang buka (nak makan di Nando’s tapi masih tutup). 
Masa makan, kebetulan pasaraya tersebut buat ’fire testing’... kami yang tengah sedap makan, ’terbangak-bangak’ nak bangun atau tidak, sehinggalah ’Fire Marshall’ dia datang kepada kami dan kata ’You may continue your meal, this is just a test’... FUH! Selamat. Kalau tidak, rugi breakfast yang bernilai lebih kurang ’RM30.00-RM50.00’ Malaysia, okeh!



Habis breakfast – SHOPPING TIME! 





 Strawberry sangat murah! 2 paket AUD5.00 – Buahnya besar dan manis! Syoknya.

Tapi, yang paling heaven adalah.... shopping 2 bakul penuh, hanya bernilai AUD175.00!!!
 

WHAT?????

Kalau kat Malaysia, 2 bakul penuh barang dapur macam tu (yang selalu aku shopping dengan Cik Abang kat Giant ni la...), harusla RM500-RM600!!!

Maksudnya, kalau ‘convert’ duit mereka ke duit kita sekalipun, TETAP, shopping tempat mereka lebih murah daripada aku shopping selalu kat sini! (Masa ni datang fasa pertama yang kengkonon rasa nak ‘migrate’ ke Perth ni… hehehe).

Dek kerana banyak berjalan dan melayan mata dengan harga barangan, sempat pulak kaki mak buyung ni cramp! Aduhai.

Baiknya mat saleh kat sini!
Masa aku tengah mengerang sakit kaki, ada seorang perempuan berlari daripada kedainya dan papah tangan aku. Dia minta office mate aku (Yasir) ambil kerusi daripada kedai makan berhampiran dan beri kepada aku! Aduhai – terharunya.

Mereka sangat berbudi bahasa. Malah, orang kedai yang kami ’kidnap’ kerusinya, langsung tidak berkata apa-apa, dan biarkan sahaja aku duduk (tanpa perlu order minuman atau makanan di kedainya).

Oleh kerana kaki aku cramp dalam jangkamasa yang agak lama, maka aku tidak berjalan ke mana-mana. Tidak sempat meninjau kedai-kedai beg, kasut dan sebagainya. 

Malah, ke kedai halal-mart (yang menjual daging-daging halal) pun tidak dapat pergi (hikmah di sebalik kaki yang cramp, jimat duit aku untuk tidak shoppping di sini... hehehe). Teman-teman yang lain meneruskan pembelian barang dapur di kedai daging halal.


Aku hanya sempat beli sekilo lebih anggur dengan harga AUD9.00). Macam-macam buah dan sayuran yang segar-bugar dan murah! (kalau ikut nilai duit mereka la).
 Selebihnya, aku hanya menjadi penanti. Sementara menunggu rakan-rakan lain datang berhimpun.

Balik daripada Westfield, tak larat mahu jalan kaki dengan beg makanan yang banyak. Terus panggil teksi! Kena AUD8.00.

Sebaik tiba di rumah, terus masuk dapur (sememangnya rumah kami, buka pintu je, sudah masuk dapur!!!) – apa lagi, masaklah! Semua nak makan tengahari ni!
(Chef campak-campak! Hahaha)
Masak menu yang mudah, cepat dan senang - paling penting, kenyang!

Usai makan tengahari, solat dan rehatkan diri – sambung aktiviti berjalan.

Kali ini mahu ke Perth City!

Oleh kerana ’rusa baru masuk kampung’, maka memang tidak tahu apa jalan yang patut digunakan.

Mula telefon talian hayat (rakan-rakan yang lain cuba mencari jalan dengan menelefon teman-teman yang terdekat).

Katanya, ada stesyen keretapi berdekatan.

Maka, MENAPAKlah kami mencari stesyen keretapi (sambil berposing sana sini, sebab lama sangat nak jumpa stesyennya!)

Ya, benar-benar MENAPAK!
Dekat 25 minit kami menapak, baru sampai ke stesyen keretapi yang dimaksudkan! Beckenham Station.
(Berpeluh weihhh! Gila jauhhhhhh! Mau lenguh lutut dan kebas tapak kaki... huwaaaa).
 
Nasib baik udaranya sejuk – walaupun tengahari, anginnya buat kita rasa segar dan tidak berpeluh.
Di train, satu hal pula berlaku! Stesyen train mereka ini sangat tidak ’user friendly!’ – Sudahlah tidak ada kaunter tiket atau orang yang menjaga tiket, mesin duitnya pula hanya menerima duit syiling SAHAJA!

Kami ni kan baru sampai! Mana nak cekau duit syiling, semua duit puluh-puluh, ratus-ratus sahaja! Aduhai! Aduhai! Mujur ada seorang rakan sekerja yang ’pecah tabung’ keluarkan semua syiling dia (dia sudah menjangka perkara ini sebab dia pernah datang ke Perth sebelum ini!). Maka, pakat pinjam meminjam la. Seorang AUD4.40 untuk ke Perth City dari Beckenham Station.

 (Mak buyung duduk di kerusi ’priority seat’ – bolehlah kan? Hehehe).

Sampai di Perth City sudah jam 5.00 petang – berseleraklah berjalan.

Masing-masing dengan hal masing-masing. Jam 6.00 petang perlu kembali berkumpul semula di tempat yang dimaksudkan.


Di Perth town ini, sempatlah aku singgah Australian Souvenirs Shop – beli satu dua item. Berjalan lagi, ada Aussie Souvenirs Shop juga, tapi kedai orang Vietnam – barangan yang sama dengan kedai pertama tadi, tapi harganya SETENGAH harga MURAH daripada kedai pertama!
Cheh! Cheh! Cheh! MENYESAL BELI KAT KEDAI FIRST TU!!!!!

Oleh kerana jam sudah hampir ke pukul 6.00petang, maka tidak sempat mahu shopping banyak2. Dalam hati sudah simpan hajat, mahu datang lagi dan beli barangan yang sudah ada dalam anganan di kepala! Mesti datang lagi kedai Vietnam di Perth City ini! MESTI! *** (Azam untuk HARI TERSEBUT!!!)
(replika kaktus / pokok hijau di belakang itu menjadi 'trade-mark' tempat berkumpul)

Balik ke rumah di Canninton, naik bas No. 202 - 2 Zone dari Perth City. Sudah tahu cara naik bas dan cara bayar tambang... hehehe.
Sampai rumah – lapar!
Masak lagi!
Masak nasi goreng sahaja.
Senang, cepat dan kenyang!

 Settle masak, masuk bilik, REHAT!

Usai solat, mandi dan rehat, kaki terasa sangat lenguh!

Syukur ada rakan sepejabat sudi menghulurkan tangan untuk memicit kaki. Thanks cik siti sayang.... hehehe... (terkenang dan terbayang, andai di tanahair, Cik Suami dan anakanda sulung lah yang selalu melaksanakan ehsan tersebut... picit kaki.... hehehe....), kemudian, TIDUR!

Menanti hari esoknya.


.

No comments:

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.