Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, September 08, 2014

PhD Oh PhD - Part 11: 'Junior' mohon nasihat untuk pelajar baru Master / PhD?

Bismillah.

Pada 23 Ogos 2014, berkesempatan mengikuti Talk Show - Dr. Othman Talib.@ Dr. OT.

Subhanallah. Banyak perkongsian yang diberikan serta tips menarik untuk pelajar yang mahu sambung Master dan PhD.

Mengetahui teknik dan step yang diajarkan oleh Dr. OT buat aku rasa cemburu yang bukan sedikit kepada para pelajar baru! Sungguh!

Umpama belajar memandu - jika dahulu, zaman aku, kena belajar guna kereta manual - sudahlah tu, kereta buruk seperti opel dan mazda yang rasanya enjin pun sudah mahu tercabut. Sekejap-sekejap semput dan enjin mati ketika mahu tukar gear! Sakit hati!

Sekarang, khabarnya sudah boleh memilih bawa automatik - dan kereta juga baru. Paling tidak pun boleh bawa kancil! Memang jeles tahap gaban!

Begitulah simpulan aku pada pelajar baru yang mahu sambung Master dan PhD sekarang ini, laluan sudah mula mudah dan cerah. Adanya teknik-teknik 1File1Thesis, RFOT, ZDOT (nak tahu apa semua ni, layari blog Dr. OT dan beli buku-buku beliau serta sertai bengkel yang dianjurkan oleh MPWS - yang dikendalikan oleh Dr. OT sendiri!) dan pelbagai ringkasan yagn diberikan oleh Dr. OT memudahkan para pelajar terus masuk gear 3 automatik tanpa perlu tukar gear manual )dan kebarangkalian enjin mati ketika tukar enjin berada hampir di tahap 'NOL'! Sungguh!

Aku yang sekarang di Semester 6 terasa sakit perit dan ngilunya mahu meneruskan saki-baki perjuangan menyudahkan PhD ini. 

Betullah. Setiap perkara menjadi mudah apabila kita tahu taktik dan tekniknya. Jika kita bersedia dengan pelbagai persediaan sejak dari peringkat awal. 

Itu yang tiada dalam senarai aku dahulu.Persediaan 'senjata'!
Aku hanya berbekalkan persediaan semangat - yang akhirnya bisa luntur dek persekitaran dan ujian emosi pada sisi kehidupan lainnya!


Gambar di atas adalah gambar Dr. OT bersama pemenang 3MT (3 Minutes Thesis) - pertandingan yang anda perlu mengemukakan idea thesis anda dalam masa 3 minit dan 'layman person' turut faham apa yang sedang anda 'research'!

Aduhai. Cemburu sungguh pada kepetahan dan kelancaran pemenang itu. Segalanya kelihatan mudah dan tepat! Sepertinya sudah benar-benar 'research' itu SIAP, SEMPURNA!

Semasa rehat, ada 'junior' yang bersama dengan sahabat baik aku, turut makan sekali bersama kami.

Memandangkan aku yang paling 'senior', maka, aku ditanya oleh mereka, apa persediaan yang mereka perlu lakukan sebelum mendaftar sebagai pelajar Master / PhD.

Kataku kepada mereka, sewaktu mendaftar, pastikan 3 perkara ini dahulu.

3 TIP AWAL PENDAFTARAN!

1- KAWAN! - Kenali siapa yang sama-sama register di semester tersebut. Berkawan-kawan! Berkawan-kawan! Cari kawan. Tambah kenalan. Ambil contact number, email, facebook atau apa juga cara yan memudahkan perhubungan. Cari kawan! Jangan jadi kera sumbang yang rasa boleh berperang seorang diri! (melainkan anda seorang yang gifted - yang boleh berperang sendiri - maka, tidak perlu cari kawan. Pengalaman saya sendiri, saya lemah bila berseorangan!) - Ambil subjek yang sama dengan kawan. Ada manfaatnya nanti.

2- PENSYARAH / SUPERVISOR! - Kenali siapa 'supervisor' / Chairman supervisory committee anda!  Anda perlu kena tahu yang betul dengan bidang kajian anda. Yang anda yakin boleh telefon dan email pada bila-bila masa yagn anda perlukan dan beliau akan menjawab sms/ call/ email anda (secepatnya walaupun tidak serta-merta). Ini penting! Kerana, hubungan anda dengan supervisor ini akan turut menentukan kelancaran perjalanan research anda! Jumpa sekerapnya. Umpama anak yang setiap hari merengek mahu di dukung ibunya, pasti ibu akan beri perhatian lebih kepadanya! Tanamkan 'ingatan' lecturer anda kepada anda supaya anda dalam senarai 'supervisee' yang diingatinya (apabila supervisor kenal anda, tidaklah anda gelabah puyuh bila dapat surat daripada fakulti menyatakan itu dan ini, dan fakulti minta anda dapatkan tandatangan supervisor - kalau tak kenal supervisor, tak pernah jumpa, sekali sekala baru nak tunjuk diri..... maka..... hmmmm).

3- KERANI / STAF FAKULTI! - Ya, mungkin anda rasa ini menjengkelkan! UNTUK APA KENA RAPAT DENGAN KERANI / STAF FAKULTI? Bukannya mahu berurusan dengan mereka pun! YA! Hari ini anda boleh berkata sedemikian. Anda tidak tahu bahawa 'mungkin', akan tiba satu detik dan satu saat, seminit perhatian daripada staff fakulti itu yang akan 'menyelamatkan' dan memudahkan perjalanan anda seterusnya! Berbaik-baik dengan staff fakulti. Segala info terbaru, mohon dimaklumkan kepada anda menerusi email atau sms.

Tips di atas ini KHUSUS untuk mereka yang BEKERJA SAMBIL BELAJAR - seperti aku! Yang disamping kewajipan terhadap tugasan sebagai seorang isteri, ibu, dan keluarga, ada juga tanggungjawab lain kepada tugasan kepada kerjaya dan bertambah lagi sebagai seorang pelajar PhD! 

Cukuplah 3 tip utama itu dahulu. 3 langkah pertama yang perlu dilakukan seawal seminggu pendaftaran di Fakulti! Buat ini dahulu! 

Susahkah mahu buat PhD ini?

YA! TIDAK MUDAH!
TIDAK PERNAH MUDAH!

Tapi, bak kata Dr. OT:
"SIAPKAN TESIS MEMANG SUSAH! BUATLAH DENGAN CARA YANG MUDAH!"

Menarikkan?

Perjalanannya memang payah - tetapi ada jalan dan cara yang mudah!
Bagaimana mahu buat dengan cara MUDAH?

Nanti aku maklumkan di entri lain ya! hehehe. 

Nota:
Lain padang, lain belalang.
Tips ini mungkin berkesan bagi sesetengah orang, mungkin tidak bagi yang lainnya.
Atas risiko sendiri! hehehe. (y)
.

2 comments:

Nieda ramly said...

baru sambung sarjana ...tengah ketaq lutut . boleh ke tak aku ni?

Kaktiny said...

Nieda Ramly > BOLEH! Pasti boleh. InsyaAllah boleh. Jalan Terus!!! :-)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.