Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, August 29, 2014

PhD Oh PhD - Part 10: Peperiksaan!

Sungguh!

Sejujurnya, aku benci bilamana ada perkataan ‘peperiksaan’ pada setiap pelajaran!
Aku suka belajar, tapi aku tidak suka diuji dalam peperiksaan – biarlah ia peperiksaan bertulis yang panjang tetapi yang boleh dibuat pada masa yang tidak terhad. Juga yang dibolehkan merujuk apa-apa sumber rujukan ~ seperti ’take-home-test’.

Paling aku benci adalah peperiksaan yang punyai tempoh waktu, di tempat tertentu dan yang tidak boleh rujuk mana-mana buku (seperti peperiksaan zaman sekolah!)

UPSR, SRP, SPM, STPM, Degree, Master dan terkini PhD, aku melalui setiap perjalanan untuk memperolehi sijil-sijil itu dengan perlu menduduki PEPERIKSAAN!

TENSION TAU!

Tidak ada satu peperiksaan pada mana-mana ketika ujian di atas yang aku rasa senang dan tenang – ada sahaja TENSION dan BINGUNG yang menerpa. Yang paling tidak aku suka adalah ketika MENANTI KEPUTUSAN!

STRESS TAU!

Untuk bergelar ’PELAJAR PhD’, ada ujian-ujian mata pelajaran yang wajib diduduki dan untuk bergelar ’CALON PhD’ juga perlu menduduki peperiksaan-peperiksaan tertentu!!! (Merujuk kepada UPM sahaja! Universiti lain, aku tidak pasti).

Merujuk kepada entry yang lalu (memujuk emosi), YA, ketika itu aku sedang berperang dengan emosi sendiri – kerana baru selesai menjalani PEPERIKSAAN STATISTIK!

Oh ya! Itu antara yang mengundang TENSION & STRESS kepada aku!
Peperiksaan yang berkaitan dengan KIRA-KIRA!

Aku benci matematik. Bukan sedikit anak, tapi sebesar atuk nenek tahap benci aku kepada sesuatu yang bernama KIRA-KIRA!!! (hatta menggunakan kalkulator juga aku tidak suka!)

Sehingga kini, fobiaku pada matematik atau yang seangkatan dengannya masih tebal dan mendalam.

.......

Minggu pertama pendaftaran semester baru 2014/2015 (18 August 2014 – 22 August 2014) merupakan minggu ’maraton’ aku mendapatkan tandatangan / keputusan peperiksaan ujian komprehensif (Comprehensive Exam – CE) daripada para pensyarah-pensyarah @ jawatankuasa penyeliaan.

Terkejut bukan kepalang apabila pada hari Isnin 18.9.2014, aku buka portal pelajar, didapati status TERMINATED (FAILED TO TAKE CE).


HARU-BIRU!

Terus aku telefon GSO (Graduate School), dapatkan kepastian! Mereka minta keputusan peperiksaan komprehensif (CE) untuk tukar status sebagai ‘CONTINUE’.

Baru aku tahu, rupanya, untuk dapatkan keputusan CE, perlu isi borang dan dapatkan tandantangan kesemua pemeriksa kertas dan akhir sekali tandatangan Dekan Fakulti! DOWH!!! (ini bahana pelajar separuh masa yang jarang ke fakulti – mana tahu semua proses dan procudure!!! - apa salahnya 'upload' sahaja borang dalam protal pelajar! haish!)


Pelbagai ’drama minggu ini’ berlaku dalam masa seminggu (panjangnya mungkin melangkaui 5 helai muka surat sekiranya diceritakan perjalanan mendapatkan tandatangan kesemuanya!).

Diringkaskan, daripada 4 pemeriksa, berjaya dapatkan tandatangan 3 pemeriksa – dan ’pending’ lagi satu pemeriksa... dan yang satu itu adalah KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STATISTIK! HADOILAAARRR!!!

BERTAMBAH STRESS!

Dipendekkan lagi cerita, GSO Fakulti setuju menerima keputusan peperiksaan komprehensif untuk tujuan pendaftaran mengenangkan ia adalah hari akhir pendaftaran (22 Ogos 2014). Allahu Rabbi.

Pada hari Isnin (25 Ogos 2014), barulah pejabat Prof 'Statistik' call, scan dan emailkan keputusan STATISTIK yang buat aku mahu menangis dan terus menangis! (ini lgi banyak drama minggu ini, boleh buat drama bersiri!! Tidak mengapa, aku abadikan dalam simpanan kenanganku sahaja!)

Baik! Keputusan penuh adalah kesemua peperiksaan LULUS dan boleh sambung belajar!

Maka, status pun sudah bertukar ke 'CONTINUE'!


ALHAMDULILLAH!

Sekarang, sudah di Semester 6 – menanti tarikh untuk ’proposal defend’!

Untuk PhD ini, cukuplah 2 peperiksaan untuk melayakkan (1) sebagai ’PELAJAR PhD’ dan (2) sebagai ’CALON PhD’ – sekiranya ada peperiksaan bertulis ke-3 (di ulang! Peperiksaan bertulis seperti STATISTIK) – MEMANG SUNGGUH, AKU BERHENTI BELAJAR!!!

Cukuplah penderaan perasaan dan emosi pada nama ’peperiksaan’!!!
Aku serik!



.

5 comments:

Razil Tahir said...

Kak,

Teruskan usaha dan never ever give up.
Saya sekarang masih belajar degree. Nak sangat sambung belajar sampai phD macam akak.
Saya doakan akak always sukses. Dan akak doakan saya ye? Amin...

:)

Kaktiny said...

Saudara Razil Tahir.

Bagus.
Niat ke arah PhD. Alhamdulillah.
Teruskan usaha. Akak sokong!

Sekiranya perlukan bantuan atau kata semangat utk laluan ke PhD, keep in touch. I am here to assist. Sungguh!

Selamat maju jaya. Akak doakan saudara berjaya dunia dan akhirat. ameen.

(y)

mrs adam said...

kak tiny,
terernya akak semua A!saya baru sem 1 master HRD,tgh blur2 nak buat asignment,dah la no matrik lum dpt,susah nk cr jurnal.huhu.xpe2 usaha2.jap lg saya msg fb akak,nk ty skit psl asgnment

Kaktiny said...

mrs adam > takde terror mananya... yang penting, lulus. Cuak tau kalau tak lulus CE - status boleh kena Terminate! Nauzubillah!

InsyaAllah, sangat mudah mahu mencari jurnal apabila tahu 'highwaynya!' - Sungguh!

ms rai said...

mrs adam..nk ty master hrd exam n assignment in english ke

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.