Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, October 23, 2012

PhD Oh PhD: Part 2 ~ ALASAN adalah Pembunuh Senyap!!.

Dialog beberapa minggu yang lepas..

Cik Abang : Kenapa abang tengok leen dah tak banyak baca dan menulis sekarang ni?. Komputer pun tak bukak. Takde assignment ke?.. dah tak tulis tesis lagi ke?.

Aku: Hmmm… bukan taknak tulis. Tapi, LECEHLAH. Susah nak tulis KALAU banyak benda yang TAKDE!..

Cik Abang : Apa yang takde?

Aku: Banyak benda yang TAKDE yang buat MOOD leen DOWN nak buat tesis!!.

Cik Abang : Antaranya?

Aku: Leen tak pegi lagi bengkel Dr. OT – dia ajar cara mudah nak buat thesis!. Bila baca e-book dia dan blog dia, baru leen tahu yg selama ni apa yg leen buat sangatla membazir masa!!.. ASYIKLA BERLANGGAR DINDING, LEBAM BENJOL TAK TENTU HALA!!..

Cik Abang : Habis tu, kenape tak pergi je?.

Aku : Dah register dah!. Tunggu harinya je..

Cik Abang : Kena bayar?

Aku : Mestila.. takkan nak ILMU free je?.. Kita kalau kena kerja hujung minggu pun nak claim OT (Over Time!!).. Besar rahmat Dr tu nak ajarkan.. kalau tidak asyik la dok tersadung melintang patah kiri kanan.

Cik Abang : Hah.. dah tu, apa lagi yang disusahkan hati?.

Aku : SUSAHla nak start taip tesis atau download journal2 tu kalau takde laptop yang boleh jadi MAIN utk support!.
(saat ni dh terasa meluat sungguh pd si ’aku’ ni!.. MENGADA!! - mcm minta di'cepuk' pon ada gak bunyinya!!!))

Cik Abang : Tu kan ada komputer. Ada netbook. Ada Samsung S3 lagi.. (tak payah la nk bahankan orang!!.. handphone takde kaitan dlm ini bab!!)..

Aku : Leen nak Ultrabook. Senang skit nak bawak ke kelas or ofis. Ringan.

Cik Abang : Apa beza dengan laptop?.. Berapa harga dia?.

Aku : Dia lebih ringan.. slim and sangat canteeekk!!.. Harganya RM sekian sekian sekian..

Cik Abang : Hmm... esok kita pergi survey. Sambil tu telefon amir, suruh carikan jugak.

Aku : Thank U!..



Dialog minggu lepas.

Kak Zu : Tiny dah start buat tesis?

Aku : Apa pun belum kak zu!!.. Camne nak siapkan tesis dalam 5 sem ni?. Ni dah sem ke-2.. Tension lah!!.. Tiny tawakkal je la!!..

Kak Zu : Kenapa tak start lagi, kak zu tengok banyak yang tiny dah buat dulu.

Aku : Yang buat tu semua mengarut je kak zu. Takde value utk tesis PhD langsung!!.. Peringkat PhD ni kena bnyk refer journal.. bukan boleh sesuka hati petik tajuk dari langit je!!.. Tapi, nak cari jurnal dan bahan tesis kena cari di tempat yang betul.. kena masuk website, kena pergi library!.. Tu yang tak buat lagi tuh!!.. Tension sangat. Nak pergi library, dok bertangguh hari. Selagi tak cari bahan, selagi tu la tiny takde mood nak buat!.

Kak Zu : Nanti kita set hari untuk pergi library nak?.

Aku : Boleh jugak kak zu. Ada geng, semangat sikit. Bila nak pergi sorang tu yang BERCINTA amat tuh!.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ALASAN!!..

ALASAN ADALAH PEMBUNUH DIAM KEPADA IMPIAN!..

Impian aku untuk melengkapkan penulisan tesis dalam amsa 5 semester akan menjadi ANGAN-ANGAN jika aku terus-menerus mencipta ALASAN untuk kepuasan ’nafsu’ sendiri!.

Nafsu mencipta alasan terusan menyelubungi hati aku kerana aku tahu TIADA PROGRESS dalam penulisan thesis PhD dan ini sudah semester aku yg ke-2!!!.. (Relax je lebih!! Haish).

Dialog-dialog antara aku, cik suami dan rakan sekelas sangat2 menunjukkan aku mempunyai SEJUTA ALASAN untuk menutup kekurangan diri!.

Ada satu AGEN SULIT yang sgt besar yang sedang mengintip IMPIAN aku iaitu – MALAS!!..

Aku kena belajar untuk LAWAN AGEN MALAS INI!..

Aku tahu bahawa AGEN MALAS ini hanya bisa dilumpuhkan dengan AGEN D.U.I.T!!

YA!. Aku perlu kembali kepada nawaitu asal - yakni mencari ilmu kerana Allah dengan formula "D.U.I.T"!!..

D - DOA
U - USAHA
I  - ISTIQAMAH
T - TAWAKKAL

Bagaimana aku boleh terus bertawakal utk siapkan tesis dalam 5 semester jika di semester ke-2 dah pon tp aku belum berusaha untuk membaca, menaksir dan menulis?.

Pernah satu ketika aku sangat bersemangat!. Tapi sekarang semangat itu sgt luntur!. Aduhai. Aku perlu menggilapkan kembali IMPIAN aku agar aku dapat me’nyah-hapus’kan agen malas itu!!..

Ya.. aku perlu kembali ke pangkal jalan. Perlu kembali berdoa kepada Allah pentadbir sekalian jiwa.. aku mesti mula kembali berusaha untuk menempuh kejayaan.. aku mesti beristiqamah dalam usahaku.. dan aku bertawakkal atas apa jua yang telah Allah tetapkan padaku.. aku yakin ia terkandung hikmah yang banyak yang perlu aku cari kebaikan dari setiap kejadian!!..

AKU INGIN TERBANG MENGGAPAI IMPIAN!!!..

Bermula dari ’ZERO’ – and become a ”HERO”!!.. in achieving my WISH!.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan aku kali ini adalah tentang kisah perjalananku aku sepanjang menempuh laluan PhD ini.

Jika baik yang berlaku, aku pulangkan rasa syukur itu kepada Allah yang Maha Unggul.

Yang tidak baik itu adalah kelemahan dan kealpaan dari kekhilafan diriku!!..
Aku merancang, Allah merencana rancangan, rancangan Allah yg paling HEBAT!.

Sesungguhnya setiap kejadian itu, ada Yang Menjadikan!.

Dan Dianya itu adalah ALLAH!!..

Setiap kejadian baik atau buruk itu ada sebab musababnya.. yang buruk menjadi asbab untuk datangnya kebaikan.. yang baik menjadi sebab agar menginsafi kekerdilan diri dan keagungan yang Maha Esa..

Firman Allah:
“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Quran Surah Al-Fathir 35 : Ayat 2)
Suhbanallah!..

Benarkan!!.. Aku tidak mampu memberi manfaat waima mudarat kepada diriku, mahupun kepada orang lain TANPA ALLAH yang menggerakkannya dan mengizinkannya berlaku.

Betapa pun aku ingin memberi manfaat kepada orang, jika tanpa izin Allah, tidak akan tercapai hasratku. Betapapun aku inginkan manfaat itu untuk diriku, tanpa izin dan kehendak Allah, tidak juga akan berlaku.

Yang baik tak semestinya baik!
Yang buruk tak semestinya buruk!.

Baik atau buruk sesuatu perkara, terkandung di dalamnya hikmah yang banyak – kepada yang mahu dan tahu untuk mengambil pengajaran dan iktibar!!..

Firman Allah:
”Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka”. (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (AL-Quran Surah Az-Zumar 39 : Ayat 8 & 9)

”Ya Rabb.. aku tidak mohon untuk tidak diuji. Sesungguhnya aku akur, bahawa di setiap desah nafas, derap langkah, kejadian dan peristiwa, baik dan buruk adalah takdir yang Kau tetapkan kepadaku seperti yang telah dicatat oleh Qalam, yang telah tersimpan kemas di Luh Mahfuz. Maka itu Wahai Tuhan Pemilik sekalian jiwa, aku mohon agar Kau berikan kekuatan kepadaku untuk berhadapan dengan setiap ujian-Mu. Aku mohon agar Kau sentiasa perhatikan aku yang sedang memikul pemberian-Mu.. berikan kesabaran kepadaku.. permudahkan laluanku.. tenangkan hatiku agar bersabar dan bersyukur menempuh liku kehidupan.. berikan kemampuan kepadaku untuk menggalas amanah-Mu – dalam anugerah, dalam musibah, dengan syukur, dengan sabar – dengan redha.. demi meraih redha-Mu”.

Redhailah kami semua Ya Rabb. Ameen.

Tuesday, October 16, 2012

PhD Oh PhD : Part 1 ~ Yet to start!!

ALLAHU AKHBAR!!..

Saat-saat ini adalah saat yang sangat-sangat mencabar jiwa dan minda..

Melihat ke dalam 'Folder PHD - Thesis 2012' - segala caca-marba artikel dok ada, tapi takde satu pon yang firm lagik untuk dibuat kajian!!..

PEMBAZIRAN WAKTU!.

Ya!!.. Aku dalam 'fasa' membazirkan masa yg amaattt banyak (harusla terkejar-kejar tak cukup siang dan malam waima hari minggu lepas ni!!). Dah di pertengahan semester ke-2 tapi thesis aku LANGSUNG TAKDE APA-APA PROGRESS!! (berangan nak siap dalam masa 5 semester KONON!!!)..

Mood banyaknya ke LONGKANG!
Momentum lembik LESU!.

Kenapa jadi camni?

Menyelam ke dasar diri, aku tahu JAWAPAN kepada mood yg down, momentum yg kurang ni!..

MALAS!!..
Penyakit yg memang tiada PENAWAR dalam dunia selain dr diri sendiri yg MELAWANNYA!!..

Aku bertangguh-tangguh dengan sejuta alasan!..
Belum beli Ultrabook la..
Belum pegi kelas Dr. OT la..
Belum bukak journal website lain la..

Hmm... memang TEPAT pepatah:
HENDAK SERIBU DAYA,
TAK HENDAK SERIBU DALIH!!..

Dan aku melalui FASA itu!!..

Aku mempunyai IMPIAN yg sangat tinggi - tapi rasanya sekarang ianya bukan impian sebaliknya sekadar ANGAN-ANGAN jika aku masih meneruskan PERILAKU begini (masih bermalasan dan belum mula menulis!!).

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hmm... paparan kali ini agak lain gaya penulisannya dari yang sebelum2 ini..

YA!.. AKU AKUR ITU!.

Kerana ini juga adalah sebahagian dari diriku!!.
Yang ada kalanya JATUH, LESU, MALAS, MOODY, dan pelbagai sikap yang membelakangkan momentum positif!!..

Aku akui, fasa ini amat TIDAK ENAK!..

I HATE THIS... YET.. THIS IS MY CURRENT SITUATION!!..

Apa nak mula?
Bila nak mula?
Bagaimana nak mula?
Kenapa tak mula?
Di mana nak mula?
Siapa yang kena mula? (???) - sendiri la weeeihhh!!..


Sebaik-baik penolong adalah Allah Subhanahu Wata'ala.
"Ya Allah.. ampuni aku.. bantu aku.. perhatikan aku.. janganlah aku tersasar dari paksi mencari redha-Mu kerana menurutkan sikap malas ini!..

"Ya Hayyu, Ya Qayyum.. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan janganlah Kau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata!!" Aku mohon Ya Rabb. Ameen.


Ya Allah.. Ampuni dosa kami.. Redhailah kami semua.


Friday, October 05, 2012

PhD oh PhD –Satu lagi episod permusafiran!!..

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Segala puji hanya selayaknya untuk Allah, pentadbir sekalian alam.

Allahu Akbhar.

Cepat sungguh masa berlalu.. jika dirujuk entri lepas, berhari-hari, berminggu-minggu malah berbulan lamanya tiada catatan untuk blog ini..

Lupakah?.. Sibukkah?.. Jemukah?.. atau ada yang lebih menuntut perhatian dan peranan?

Bukan lupa.. jauh sekali jemu.. mana mungkin aku jemu perkara yang sangat aku gemari, iaitu MENULIS (dan bercakap!!.. hahaha).

BETUL TU.. ada perkara lain yang buatkan masaku lebih terarah tumpuannya ke sana...
Permusafiran dalam mengejar ilmu.. secara akademiknya, ilmu PhD – tangga teratas dalam ’sijil pendidikan’..

TETAPI, ia bukanlah penutup kepada pencarian ilmu dan dalam proses pembelajaran.. kerana ’pelajaran’ itu berterusan, sepanjang zaman, sehingga ke dalam liang lahat..

Maka itu, untuk menyeimbangkannya, kelas Fardhu Ain di Masjid Negara setiap sabtu, tetap aku teruskan, agar aku lebih jelas akan kepentingan ilmu dunia dan akhirat.. dan boleh memanfaatkan kepada diriku, mengamalkannya seterusnya menyebarkannya.. (sayangnya, kelas Bahasa Arab dan kelas pemantapan Al-Quran belum sempat menyelit dalam diari.. moga-moga Allah permudahkan, moga Allah izinkan.. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah jua).

Teruja?.. Ya, aku sangat teruja untuk menapak setiap langkah perjalanan mengejar ilmu-ilmu ini... ditambah dengan amanah Allah sebagai seorang isteri, ibu kepada 3 org cahaya mata (setakat ini), anak, menantu, adik, kakak, ipar-duai, saudara, sahabat, jiran, pekerja, rakan sekerja, pelajar, rakan seangkatan, teman dan ahli masyarakat juga mujaheedah Allah di muka bumi ini, sangat aku hargai ruang dan peluang yang Allah berikan kepadaku.. Alhamdulillah Ya Rabb..
 
Perjalanan hidup?..

Sebagaimana selayaknya seorang hamba kepada Pencipta, maka ciptaan-Nya sentiasa diberi ruang dan peluang merasai putaran pusingan roda kehidupan.. di atas juga dibawah.. tetapi semuanya tetap indah dan menarik walau di sisi mana jua roda itu berada!. Subhanallah..

Begitu juga perihalnya jiwa.. Adakalanya darjah keterujaannya terlalu tinggi menggapai langit biru.. terbang mealta di angkasa raya hingga ada tikanya tersasar dan lupa untuk menikmati hijaunya rumput dan dinginnya tanah lembah...

Ada pula tiba saatnya jatuh merundum beribu kaki di bawah lautan biru, lemas dan karam.. tercungap-cungap mencari ruang untuk menyambung nafas yang kian perit.. hingga terlupa bahawa kerap masanya diri berlari riang menikmati indahnya mentari dan sejuknya hujan ketika panas membahang..

Mood hari ini??. Sangat down!!.. Sangat-sangat down!!.. Down dengan permasalahan ’sepele’ yang muncul (kecik je pon permasalahannya) tapi tetiba hati menolak untuk menerimanya sebagai ’masalah kecil’, lantas memaksa akal untuk lebih gigih berfikir dan menaksir, lalu meruntun nafsu yang mencakar untuk meledakkan emosinya, mengakibatkan fizikal terasa letih, lemah dan longlai dalam meneruskan aktiviti ibadah mencari ilmu kerana Allah!!..
 
Kerana ’downnya’ perasaan aku hari ini, maka blog yang bersawang ini kubuka semula.. Mencari kekuatan jiwa melalui entri-entri lama.. Mencari kalam-kalam Allah yang bisa membakar rasa yang sumbunya mulai malap.. Membuka kembali pintu hati yang kurang simbahan cahaya.

Ya, namanya jua MANUSIA..
INSAN YANG MUDAH LUPA DAN ALPA!!..

Dan aku juga seorang manusia, insan ciptaan Allah yang tidak lari daripada permasalahan demi permasalahan diri!!..

Kerana kegalauan hati tatkala ini, aku nukilkan satu puisi, dan catatan-catatan selepas ini, adalah satu antalogi perjalanan permusafiran diri.. dalam mengejar ilmu, memenuhi jihad, mengharap redhanya Illahi..

(Moga ada manfaat yang akan aku perolehi, daripada tenggelamnya keterujaan hati dan rasa resah yang sarat disisi).

 
Senyuman di permusafiran ini..

Ketika mentari galak bersinar di pagi hari,
Teruja untuk berdandan kemas dan rapi,
Ingin menikmati indahnya ciptaan Yang Maha Agung
Diluar sana..

Mentari yang melimpah cahayanya mengiringi permusafiran ini,
Ceria memijak rumput hijau,
Ria menapak di tanah rata..
Mengkagumi flora dan fauna serta lautan dan belukar..

Bila tiba tengahari, terasa bahangnya menusuk dada..
Mencari-cari tapak melepaskan lelah,
Belumpun sempat mencari lindungan, gerimis mula menerpa,
Dan hujan turun selebatnya,

Dalam kekalutan berlari mencari teduhan,
kaki tersadung lopak,
terjatuh lantas wajah terpalit lumpur tanah hitam..
dengan payah tetap bangun
langkah longlai mencari tempat menumpah teduh..
sambil menadah titis hujan dihujung dedaun,
membasuh sisa lumpur yang melekat..

Pabila hujan mulai reda..
dengan semangat yang sedikit luntur,
bergerak perlahan meniti jalan pulang,
mencari kekuatan dengan harapan panas kan tiba..

Berarak awan kelabu,
matahari kembali menampakkan diri,
perlahan terbentuk pancaran warna-warni,
Ya, itulah pelangi, yang datangnya tatkalah air dan cahaya bersatu..

Memandang indahnya pelangi,
bibir menguntum senyum, meski akur
Iakan hilang sesaat lagi..
Hati kembali galau,
melihat keadaan diri yang kuyup dan kotor..
rimas dengan lumpur yang bersalut..

Sesampainya di muka pintu,
Anak-anak tertawa, lucu mungkin geli hati..
Melihat si Ibu comot dengan lumpur penuh di baju..
Hati yang tadinya walang menjadi riang..
Terlupa seketika akan hujan, lopak dan luka..
Kerana senyuman-senyuman itu memberi nikmat bahagia
Pada jiwa.. pada hati yang redha!.

Meskipun jatuh itu penuh kesakitan
Dan comot itu sangat memalukan
Namun, ia menjadi nilai yang tinggi hartanya..
kerana kebangkitan dari kejatuhan itu..
menjadi inspirasi
pada sejuta jiwa yang terseksa,
untuk kembali ceria, dan bahagia dan merasai indahnya dunia,

Kuatlah wahai hati,
Tabahlah mengharungi permusafiran ini..
Sabarlah menghadapi ujian realiti,
Bersyukurlah dengan setiap anugerah..
kerna ternyata, hidup ini indah,
Seindah pancaran pelangi..
Yang hadir seketika
Tetapi terkesan di hati..

Dalam ujian, dalam pemberian..
Dalam musibah, dalam anugerah..
Teruslah cekal dan kental
Demi meraih redhanya Allah..
Dan impian ke Jannatul Firdaus-Nya
Mendengar ucapan "salaman-salama" setiap masa
buat selama-lamanya..

Ya Rabb.. Makbulkanlah.. Ameen.


  Firman Allah:
“Apakah kamu menyangka Kami menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Quran, Surah Al-Mukminun, 23: Ayat 115).


Firman Allah:
”Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi dan pertukaran siang dan malam ada tanda (keagungan Allah) bagi golongan ulu al-albab (yang mengerti). Iaitu orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menjadikan semua ini sia-sia, maha suci Engkau maka lindungilah kami daripada azab neraka!”(Al-Quran, Surah Al-Imran, 3: Ayat 190-191).

”DALAM SETIAP TAKDIR-NYA, TIDAK DIDATANGKAN DENGAN SENGAJA MELAINKAN TERKANDUNG HIKMAH YANG BANYAK DI DALAMNYA. KEYAKINAN ADALAH KEKUATAN BAGI MEREKA YANG MAHU MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN ATAS SETIAP ANUGERAH DAN MUSIBAH. MOGA ALLAH JAUHKAN KITA DARI AZAB API NERAKA DAN DIIZINKAN MENGHUNI SYURGA FIRDAUS YANG KEKAL SELAMA-LAMANYA!!..”


Maka itu, aku mohon Allah permudahkan permusafiranku di dunia fana ini..
Aku mohon Allah sudi meredhai perjalananku..
Aku mohon Allah memberiku kekuatan dan rahmat-Nya untuk aku lalui episod demi episod perjalanan hidupku yang telah dicatat oleh Qalam di dalam kitab takdirku dengan penuh keinsafan dan keredhaan.

Allah itu sangat dekat.. lebih dekat dari urat nadi – maka sentiasalah berdoa kepada Allah, Dia Yang Maha Mendengar adalah Yang Maha Memakbulkan doa...

Jika doa itu sesuai dengan kita pada masa dan ketika permohonan itu dibuat, pasti akan segera Allah kabulkan. Jika tidak, Allah pasti simpannya untuk ketika yang lebih baik dengan memberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita doakan. Begitu juga jika Dia tidak langsung memakbulkan apa yang kita hajati kerana Dia lebih mengetahui bahawasanya perkara yang kita minta itu tidak sesuai untuk kita atau telah disediakan permintaan itu di Jannatul Firdaus bagi kita kecapi kenikmatannya di ’sana’ nanti..

Maka, sentiasalah bersangka baik kepada Allah kerana Dialah RABB, Tuhan yang Agung yang wajib disembah. Tiada Tuhan yang lain selain dari Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah yang benar!..

Ya Allah, bersaksikanlah kalimah yang aku catatkan ini, bahawa perjalananku mencari ilmu ini demi untuk meraih redha-Mu. Demi memenuhi jalan jihadku sebagai hamba-Mu dan sebagai khalifah yang Kau amanahkan ke atas bumi ini..

Ku semat kemas nasihat Rasul junjunganku, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bahawasanya:

”Untuk mengejar dunia, adalah dengan ilmu.. Untuk mengejar akhirat, adalah dengan ilmu.. dan untuk mengejar kedua-duanya adalah juga dengan ilmu”.
Aku mengejar ilmu kerana kuinginkan kedua-duanya. Ku ingin manfaatkan ilmu-ilmu ini untuk diriku, juga memberi munafaat kepada sekalian makhluk-Mu.


Ilmu-ilmu ini adalah sebagai pegangan dan amalan untuk diriku juga untuk aku kongsikan dan sampaikan kepada sekalian umat Rasulullahi Sallallahu Alaihi wassalam, sebagaimana sabda Baginda, ”Sampaikan dariku olehmu walau sebaris ayat”..

Moga ilmu yang Allah pinjamkan kepadaku ini, Allah izinkan aku memanfaatkannya untuk kebaikan diriku dan kebaikan mereka disekelilingku di dunia ini serta Allah izinkan ia menjadi syafaat kepadaku juga untuk aku berkongsi syafaat di akhirat nanti..

Ya Allah.. aku menyintai ilmu kerana cintaku kepada-Mu.Ya Allah.. aku mengejar ilmu kerana cintaku kepada Rasulku, yang mengajarku untuk mengejar dunia bagi mengejar akhirat-Mu dengan ilmu.Ya Allah.. aku mencari ilmu kerana ingin meraih redha-Mu.
 

MAKA, AKU MOHON, REDHAILAH AKU DAN KAMI SEMUA.. Ameen.

Wednesday, August 08, 2012

10 terakhir Ramadhan.

  
YA.. kita dh masuk fasa 10 terakhir ramadhan. Dah berlalu 20 hari dan tinggal lagi 10 hari.

Ada yang tak sabar nak tunggu 10 hari ni sebab dah taknak puasa dan nak cepat-cepat raya.

Ada juga yang tak kisah! Tak rasa apa-apa pun samada ramadhan atau bukan ramadhan!!.. Allahu..

Ada juga yang sedang mengira-ngira apa yang telah diperolehinya 20 hari yang lalu dan apakah 10 hari terakhir ini ia bisa memperolehi apa-apa ganjaran dan hidayah Allah dalam bulan rahmat penuh berkah ini?.

Ada yang sedih sebab tinggal 10 hari shj lagi bulan berkat ini akan berlalu. Maka keluar semula lah semua syaitan yang dibelenggu. Terbuka seluas-luasnya juga pintu neraka dan tiada lagi ’SALES’ gandaan2 pahala yang melimpah ruah.. All back to NORMAL PRICE.. No more sale that BUY 1 FREE 7 atau apa jua ironi kepada gambaran ganjaran Ramadhan.

.. dan pastinya, ada yang sedang memecut mengejar ganjaran demi ganjaran di 10 hari terakhir Ramadhan ini. Berdoa dan berharap agar ’menemui’ Lailatul Qadar di mana2 10 malam terakhir yang akan turunnya nanti.

Sebut pasal ramadhan, ada satu perkara yang buat aku sering memerhati, melihat dan merenung jauh ke dalam diri. TENTANG PEREMPUAN A.B.C!!!..

Ya. Betul. Bila perempuan A.B.C (Allah Bagi Cuti), memang dia berhak untuk makan sesuka hati sebab dia dibolehkan Allah untuk tidak berpuasa. Tak ada salahnya kalau dia nak makan dekat rumah ke, dekat restoran ke, dekat bilik ke atau dekat taman permainan sekalipun. Dan aku tengok ‘trend’ sekarang, orang perempuan yang A.B.C ni, memang TAK KISAH untuk makan dengan selamba (makna tersiratnya memberitahu dia sedang ‘datang bulan’).

Perkara ini buatkan aku teringat sangat dekat mak. Mak cukup tak suka tengok perempuan yang A.B.C makan sesuka hati depan khalayak. Mak cukup pantang kalau orang makan depan2. Mak kata ”Bangga sangat ke nak bagi tau tengah datang bulan?”.

Sepanjang hayat aku hidup dengan mak, TAK PERNAH SEKALI PUN aku tengok mak makan masa bulan puasa (menunjukkan yang mak tengah period – hanya tahu bila mak tak solat dan tak mengaji).

Ada satu ketika (flash back la ni), masa aku tingkatan 5, (tahun pertama period masa puasa), dengan bangganya aku bagitau mak dan kakak yang aku ’tak boleh puasa’. Mak pulak masa tu buat agar-agar pandan. Apa lagi, aku yang kat dapur ni dengan bangganya ambil sepotong agar-agar dan nganga seluas hati untuk masukkan agar-agar itu ke dalam mulut, sebaik menoleh untuk memasukkan agar-agar ke dalam mulut, ayah masuk dapur!. DUMMMPP!!... Baik punya ngangaaaaa!!!...

MALU GILOS masa tu!!!... terus letak balik agar-agar tu dalam bekas (bukan rezeki agar2 tu nk dimakan waktu tu)..  huhuhu..

Pastu ayah pon cakap, "Selama ayah kahwin dengan mak, TAK PERNAH SEKALIPUN  ayah nampak mak makan ’terang-terangan’ macam ’hangpa’ ni!" (hahaha.. ’hangpa’ tu bermaksud aku dan kakak.. padan muka kakak terkena palitan ’onar’ adik dia ni.. padahal, kakak pon macam mak, tak pernah makan ’terang-terangan’ mcm yg aku ’baru nk buat’ tu!!)..

Sejak dari hari tu, aku jadi MALU untuk BUAT macam tu @ makan secara ’terang-terangan’ (tapi pernah jugak la ada tahun2 yang buat jugak la, sebab kawan2 ajak.. especially bila duduk asrama / kolej).

MALU!!.. Ya, itu  perkataan mak. Malu nak bagitau orang yang kita tengah ’datang bulan’. (YA!. Orang dulu memang sangat malu bab ’datang bulan’.. dulu mak memang tak pernah beli pad, selalunya adik2 la yg jadi mangsa – dan pad ’sanita’ (kotak) dulu dibalut dgn paper dan diletakkan dalam plastik hitam.. sekarang ni, nk beli pad, selamba gilos, masukkan sekali dlm troli yang sekali dgn ayam, susu, pampers anak dsbgnya.)

Sejak dah kahwin ni, aku jadi terikut dengan sikap MALU mak.. tambahan pulak bila ada anak. Cuba jugak nak buat 'selamba' makan secara terang-terangan, tapi dalam hati sangat rasa bersalah dan MALU.

Aku tak tahu betul atau tidak rasa ini.. dan aku pun tak pasti nak bereaksi macam mana untuk perkara ini.. tapi, bila melihatkan keadaan persekitaran, bila melihatkan perlakuan adik-adik, anak-anak, rakan-rakan sekarang yang makan secara terang-terangan di bulan puasa ni, buat aku semakin TAHU apa yang aku MAHU lakukan bila berhadapan dengan situasi A.B.C.

AKU MAHU JADI MACAM MAK!!..

Aku tak mahu nureen, zaqwan, zharif (and so on, hehehe) nampak aku makan secara terang-terangan!. Biar mereka tahu ibu mereka A.B.C kerana tak solat berjemaah bersama mereka.. tak mengaji bersama mereka.. tapi, bukan sebab ibu mereka MAKAN di siang hari di HADAPAN mereka (waima di hadapan sesiapa sekalipun).

YA betul... ada yang mempertikaikan kenapa nak MALU?. Sedangkan ianya DIBOLEHKAN..

BETUL.. BOLEH DAN PERLU itu satu perkataan yang mempunyai perbezaan makna yang besar..

BOLEH untuk makan secara terang-terangan (dan semua orang tahu kita tak puasa).
Tapi ia bukan satu yang PERLU untuk memberitahu yang kita sedang ’datang bulan’.

Tak ada beza pun, minum la seteguk air selepas subuh (ketika orang tak nampak) dan itu telah menyatakan bahawa kita tak puasa (kepada Allah dan malaikat) – sebab orang yang tak boleh puasa tak boleh untuk berpuasa (tak perlu azabkan diri dengan berpuasa sebab tak dapat pahala pun, sesilap dapat dosa).

Tapi, tak perlu juga makan terang-terangan sebab kita kena hormat orang lain yang berpuasa. Kasihan mereka berpuasa sedangkan kita tunjuk lagak dgn keistimewaan kita tak boleh puasa. Apa salahnya menghormati mereka dengan TIDAK MAKAN DI HADAPAN MEREKA.. dan tak ada keperluan pun untuk beritahu orang yang ’AKU TAK PUASA NI’.

Apa kita rasa kalau teman kita yang kaya raya datang menunjuk di hadapan kita dan beritahu kita : "Hi Dear, tengokla, I baru beli rantai berlian Chopard, tengok la.. cantik kaaan...mahal tau!!!” sambil tayang leher dia kat kita.. apa kita rasa??... mesti ada rasa menjengkelkan jugak kan.. (iya la, dia mampu beli, maka, beli dan pakai je la.. takde salah kat mana-mana pon... tapi, takyah nak tunjuk-tunjuk – dan pulak, kenapa mesti nak bagitau yang itu adalah ’chopard’ yang memang orang tahu mahalnya?.. apa tujuannya?... nak bagitau satu dunia yang awak tu kaya dan berkemampuan ke??.. ADAKAH BERKEMAMPUAN ITU SATU YANG PERLU DITONJOLKAN DAN DIPERTONTONKAN KEPADA ORANG RAMAI????)..

HAH!.. itulah situasinya.. kenapa kita nak menunjuk pada orang yang kita tak boleh puasa?.  Bila dah tak boleh puasa tu, makan diam-diam sudahla.. tak payah nak tunjuk pada orang lain yang sedang berpuasa.

Aku sekadar mengingatkan diriku... supaya masih simpan rasa ”MALU” seperti yang mak lakukan. Malu kerana hormat!.

Bukan apa.. aku mengambil iktibar dari satu rangkap peribahasa:
”Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”.

Ya, peribahasa itu bermaksud jika orang yang dihormati mengajar melakukan perkara yang tidak elok, maka orang yang diajar akan melakukan perkara yang lebih tidak elok.

Bayangkan jika generasi mak aku dengan selamba pada bulan puasa makan siang depan TV di rumah, pasti generasi aku akan dengan selamba makan siang di restoran tertutup, seterusnya generasi anak aku akan dengan selamba makan di kantin sekolah/ pejabat dan generasi cucu aku silap2 dah tak kisah makan kat kedai awam / kedai mamak secara terbuka pada waktu rehat.. (silap2 makan sama-sama dengan penguatkuasa perempuan), sebab dh takde rasa apa2.. HILANG MALU DAN HORMAT!!..


Pada aku :
MALU KERANA HORMAT ITU BUKANLAH MALU YANG TAK BERTEMPAT..  

Wallahu’alam.

.....................................................

Kembali ke kisah 10 terakhir Ramadhan..

Kita kini telah masuk ke fasa 10 malam terakhir ramadhan.. CEPAT.. CEPAT.. CEPAT... cepat kejar rahmat dan berkatnya bulan ramadhan.. masih berbaki 10 hari.. semoga kita dapat mencapai tahap redha Allah dunia dan akhirat..

Moga ada di antara kita yang Allah izinkan ’ketemu’ malam Lailatul Qadar – yakni malam yang lebih baik dari 1000 bulan.


Firman Allah:


[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,


[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?


[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.


[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);



 

[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar  

Nabi Muhammad Sallalllahu Alaihi Wassalam bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan. Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).
  
“Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”



Ya Allah.. redhailah kami semua.. Ameen.











Monday, August 06, 2012

7 Golongan Terpilih!.



Pernah tak berasa naik pentas utama utk mengambil hadiah atau dipanggil berada di atas pentas utama sebagai pelajar atau pekerja contoh?.

Diberi tepukan gemuruh oleh khalayak dan disebut nama serta dipuji-puji?..

Atau, pernah tak berbaris di bahagian hadapan, naik pentas untuk mengambil sijil / ijazah dan diumumkan sebagai penerima anugerah terbaik?. Atau pernah tak naik ke pentas untuk ambil sijil pencapaian / sijil anugerah?.

Kalaupun tidak pernah merasainya, pernah atau tidak melihatnya?
Atau pernah atau tidak menginginkannya?.

YA!.. Aku pernah.

Aku pernah mengalami situasi sedemikian. Dipanggil nama untuk naik ke atas pentas..
Aku juga pernah melihat orang yang diumumkan sebagai ’yang terbaik’.
Aku juga sering mengimpikan dipilih menjadi yang terbaik.. (cita-cita / impian tertinggi aku dalam anugerah akademi adalah untuk dipanggil naik ke pentas dengan gelaran ”Prof. Emiritus Dr. Tiny .....).. hahaha..

Apa ya rasanya terpilih menjadi "YANG TERBAIK"?.. Apa yang kalian rasa (agaknya)??..

BOHONG jika aku nyatakan aku tidak ada rasa GIRANG DAN BERBESAR HATI ketika nama dipanggil dan tatkala kaki melangkah untuk menaiki pentas.. ringan kaki seakan ingin terbang ketika menaiki tangga pentas itu.. menuruni tangganya pula seolah-olah sedang melungsur tanpa rasa derap tapak.. BEGITU ASYIKNYA!!!.. hahahaha..



YA.. itu adalah perasaan tatkala menerima ganjaran di dunia.. yang sekadar bersifat SEMENTARA... 15 minit shj perasaan itu.. Esoknya, kehidupan diteruskan seperti biasa!!.. dan perasaan itu akan terus dilupakan pada tahun berikut-berikutnya...

Namun, mahukah kita merasai perasaan itu?.. bukan di dunia tetapi di akhirat kelak?.

Di hari akhirat nanti, tatkala semua makhluk dimatikan dan kemudian Rasulullah yang pertama dibangkitkan semula.. kemudian kita semua dihidupkan pula dengan bertelanjang.. merayau-rayau tanpa arah tuju.. mencari meminta syafaat.. mencari meminta pahala.. mencari meminta diambil dosa-dosa kita.. tak berani nak tgk amalan kejahatan yg dilayarkan semula.. sangat mengharapkan agar Allah memberi kitab hisab dengan tangan kanan..

Bayangkan..

Dalam kesibukan melata mencari teduhan.. ke sana ke mari untuk meminta dan memohon syafaat... dengan hati yg sungguh risau, galau dan walang.. tak sanggup jika terjerumus ke golongan kiri yang Malaikat Malik dengan bengis menanti ketibaannya.. dilempar ke dalam neraka bersama batu-batu menjadi bahan bakarnya..

Tiba-tiba terdengar satu demi satu nama dipanggil.. mereka yang dipanggil adalah terdiri dari 7 golongan.. mereka ini Allah izinkan bernaung di bawah lembayung arasy-Nya.. SUBHANALLAH...

MAHUKAH KITA DIPANGGIL DAN DIPILIH SEBAGAI SALAH SEORANG DARIPADA 7 GOLONGAN TERSEBUT???.. ALLAH ALLAH ALLAH!!!..


(Gambar dari sumber google)

Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
 

Keterangan Hadith terhadap 7 golongan yang dinyatakan:

Golongan Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Seorang Ketua Negara, Ketua Ketua Organisasi, Ketua KELUARGA akan disoal tentang amanah dan tanggungjawabnya terhadap setiap perkara yg berhubungkait dgn amanahnya serta amalannya dlm memikul amanah dan tanggungjawab yg diamanahkan kepadanya.
(Ruginya: (contoh) Jika ada negeri yang masih mengamalkan perniagaan yg berunsurkan syubhah dan maksiat, maka jawablah Ketua Negara. Jika ada ada kakitangan yang masih bebas menerima dan memberi rasuah dalam Organisasi atau Jabatan dlm pengetahuan Ketua Organisasi, maka jawablah Ketua Organisasi. Jika ada isteri dan anak yang masih tidak menutup aurat, tidak solat dan tidak mengikut hukum syara’ islam, maka jawablah Ketua Keluarga apabila nanti Allah bertanyakan tentang amanah dan tanggungjawab yang dipersetujui ketika menerima ‘jawatan’ sbg PEMIMPIN!.)


Golongan Dua: Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah. .
Usia yang paling banyak dugaan dan pembentukan menjadi muslim adalah di usia remaja menuju dewasa. Usia ini nafsu sangat memberontak untuk meneroka pembaharuan dalam hidup. Usia berani mencuba apa sahaja!. Tidak ramai anak muda yang sanggup menghabiskan usia muda dengan beribadah, kerana terkesan dgn amalan kuno yang menyatakan “tua nanti bertaubatla, dah pencen nanti baru duduk masji, dah tua esok belajar la agama!’.. (kalau sempat tua la!!!).. Beruntunglah anak muda yang sanggup mengenepikan ‘nikmat dunia’ (maksiat dan pembaziran masa) semata-mata untuk mengejar nikmat abadi dari Allah di akhirat nanti.
(Ruginya: Jika usia nak muda dihabiskan dgn perkara laqa (contoh) seperti yang asyik masyuk bercinta, lupa halal haram dan batasan agama. Berjumpa berdua di tempat sunyi. Masuk waktu azan tak tentu singgah masjid untuk berjemaah. Seharian waktu berhabisan dengan keluar bersama gadis belum sah halal untuk dirinya.) 


Golongan Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah (masjid).

Setiap waktu akan dicari masa untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid. Rasa rindu untuk berjemaah dan rasa bimbang jika solat bersendirian. Sesuai dengan hadis Rasulullahi Sallallahu alaihi wassalam dalam sabda Baginda:
"Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Ruginya: Jika terlalu komited dengan kerja (contoh). Mesyuarat sedari jam 9.00pagi di pejabat membawa ke perbincangan lewat malam di coffe house hotel untuk projek nilaian juta-jutaan ringgit sehingga bukan sahaja tidak mengendahkan waktu untuk solat berjemaah di masjid tetapi juga terlewat untuk mengerjakan solat fardhu di awal waktu). 
 

Golongan Empat: Dua orang saudara yang menyintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..
'Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah.

Malaikat bertanya: “Nak kemana?”
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku…”
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”
Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ”Apa budinya kepada kamu?”
Dijawab: ”Tiada apa-apa pun.”
Ditanya lagi: ”Apa tujuannya?”
Lelaki itu menjawab: "Aku mencintainya kerana Allah.”
Berkata malaikat: Sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan kasih sayang dan rindu itu bukan kerana ada kepentingan peribadi untuk diri sendiri melainkan ikhlas kerana mengharapkan redha Allah. Menghargai pertemuan yang telah Allah aturkan seterusnya menjaganya kerana kasih terhadap rahmat Allah.
(Ruginya: Jika berlaku baik dan rapat dengan seseorang kerana mengharapkan habuan dari diri orang tersebut. Jika tiada kepentingan untuk diri maka terputuslah talian persaudaraan yang terjalin). 
 

Golongan Lima : Seseorang yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan/ lelaki untuk berzina (menghampiri zina), lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah).
Apabila dihampiri oleh lelaki/ perempuan yang mengajak / menjerumuskan diri untuk melakukan zina (menghampiri zina), maka dengan segera ditolak kerana takut akan azab Allah, bimbang dimurkai Allah, malu dicemuh para malaikat Allah di akhirat kelak. Takut juga akan azab dan kifarah Allah. Paling dibimbangi adalah takut jauh dari redha Allah.
(Ruginya: Jika seseorang lelaki / wanita di goda oleh wanita / lelaki yang haram baginya (bukan suami / isteri) untuk melakukan maksiat (waima mendengar bujukan rayuan dari corong telefon), lalu si lelaki/ wanita tadi turut sama ‘melayan’ kehendak dan perlakuan nafsu tersebut, kedua-duanya tidak takut akan azab neraka dan pembalasan dari Allah.)


Golongan Enam: Orang yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari makhluk Allah sebaliknya semata-mata untuk mencari dan meraih redha Allah. Kebaikan bersedekah itu dilupakan tanpa ada niat untuk mengungkit atau menceritakan pemberiannya. Andai dikhabarkan sedekahnya, itu kerana ingin mengajak agar orang lain juga bersedekah, bukan untuk meraih pujian dan sanjungan atau sokongan. Sedekah itu kerana menginsafi diri dan menghargai pemberian Allah
(Ruginya: Jika sedekah yang sedikit diceritakan, sedekah yang banyak dicanang beritakan dan mengharapkan agar perbuatan sedekah itu diketahui orang ramai agar ada manfaat lain yang boleh diterima dari sedekah yang dinyatakan itu. Mengharapkan pujian, sokongan, tepukan dan kata-kata sanjungan manusia serta balasan yang boleh dimanfaatkan selepas pemberian sedekah itu).


Golongan Tujuh: Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingati Allah.
Membaca ayat Al-Quran, hatinya bergetar. Dalam solat, hatinya merintih rindu. Duduk bersendirian bermunajat, hatinya sayu meindui Allah dan Rasul. Menangis kerana cintanya yang tinggi kepada Allah serta takutkan amalan hisabnya yang kurang untuk menemui Allah. Bersungguh-sungguh memohon rahmat dan redha Allah dunia dan akhirat. Memohon taufik dan hidayah Allah agar dipilih Allah menjadi hamba-Nya yang solihin.
(Ruginya: Jika tatkala bersendirian menangis atau ketawa mengilai kerana leka melayan lagu2 yang tidak bermanfaat, menonton cerita yang tidak berfaedah, atau membaca bacaan yang tidak mendatangkan manfaat sehingga lupa untuk berzikir kepada Allah, lupa bahawa setiap saat Allah melihat setiap perbuatan yang diperlakukan). 
 
Firman Allah:
“Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali.” (Surah An-Najm 53: ayat 42-44)

Pasti kita mahu berada dalam 7 golongan tersebutkan??.. TAPI!!... Terpilihkah kita untuk menjadi salah seorang daripada 7 golongan itu?..

Allah.. Allah.. Allah..

Di mana letaknya kita di sisi Allah, pemilik langit dan bumi? Termasukkan dalam salah satu golongan yang dipilih Allah untuk bernaung di bawah Arasy-Nya tatkala seluruh umat manusia buntu kalut dan terkapai-kapai dengan teriknya matahari yang panas membahang.. Allahu!!!..

Layakkah kita mendapat syafaat Baginda Rasulullah? Aduhaaaiii diri.. di mana kedudukan aku tika itu nanti??.. huhuhuhu... OH DIRI!! OH DIRI!!! OH DIRI!!!...

Allah.. Allah.. Allah..

Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah Al-Hujurat 49 : Ayat 15).

”Ya Allah.. Aku berpegang teguh dan berkeyakinan utuh atas kekuasaan-Mu dan keagungan-Mu. Aku hamba-Mu, hidup matiku, hitung nasibku, adalah dalam ketentuan-Mu. Sesungguhnya aku bersaksi dengan sebenar-benarnya, bahawa tiada Tuhan melainkan-Mu Ya Allah dan Nabi Muhammad itu adalah Rasul-Mu yang benar. Ya Rahman Ya Rahiim.. Sesungguhnya kami hamba-Mu yang sangat kerdil, lemah, hina dan tidak berdaya. Tiada daya upaya kami memberi manfaat waima mudarat kepada diri kami sendiri apatah lagi sesama makhluk-Mu Ya Rabb.. melainkan dengan izin-Mu Ya Allah.. Ampuni kami atas kelemahan kami sebagai insan yang banyak khilaf dan banyak berbuat dosa.. terimalah taubat kami Ya Allah. Izinkan kami menjadi hamba-Mu yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Izinkan kami bernaung di bawah Arasy-Mu Ya Allah. Izinkan kami menjadi penghuni syurga firdaus-Mu Ya Allah”. Ameen.

Firman Allah:
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri (beribadah) kepada-Ku”. (Surah Az-Zariyat : 56)
 
 Ya Allah.. redhailah kami.. amiin. 




Wednesday, July 25, 2012

Perubahan dan Pertambahan

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar..

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..

Lama tak bersiaran di ruangan maya ini.. banyak perkara lain yang menjadi priority yang membuatkan ’mood’ untuk ke sini agak mendatar..

Lebih kurang 4 bulan ruangan ini terhenti setakat entri lalu tanpa sebarang catatan baru sedangkan banyak peristiwa ’baru’ yang berlaku dalam hidup aku dalam tempoh 4 bulan ini..

(hmm.. termasuk template blog juga telah berubah.. yang agak terkial-kial jugak aku nk post entri.. Apabila KEBIASAAN mengalami PERUBAHAN, akan ada sedikit 'KETEGANGAN' dan 'KESULITAN' yg terjadi di situ!!...)

Abaikan pasal template blog yg baru ni.. ubah ke kisah lain..

Kisah 1: Kelahiran cahaya mata ketiga.. Alhamdulillah.. Jumaat 30.03.2012, seorang lagi ahli syurga telah Allah anugerahkan kepadaku.. seorang putera.. Muhammad Zharif (moganya anak ibu ini diizinkan Allah menjadi tahfiz / hufazan Al-Quran dan hadis.. ameen)..


(Zharif kini dh nak masuk 4 bulan..)

Zaqwan dpt geng... Nureen ’sempat’ merajuk sekejap sebab nama zharif dgn zaqwan ada persamaan... M.Z (Muhammad Zaqwan dan Muhammad Zharif) – secara kebetulan je pon! .. itupun Nureen yg pilihkan nama Zharif.. last2 baru dia perasan persamaan tu.. pastu nak merajuk pulak sbb nama dia N.F (nampaknya kena bagi ’geng’ dekat si kakak pulak la lepas ni.. hihihihi..)

Kisah 2: Pertambahan ahli keluarga baru (dapat adik ipar perempuan, menantu perempuan pertama dalam family Yahaya-Zakiah)..

Adik bongsu aku (Jefry) selamat melangsungkan pernikahan dengan Intan Norsafuraa.. Mak dapat menantu perempuan pertama dalam keluarga (bestnya raya tahun depan ada tambah geng kat dapur.. hihihi)..


Firman Allah:
”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kebesaran Allah)”- Al-Quran Surah Adz-Dzariyat 51 : Ayat 49

Sungguh benar janji Allah.. Jodoh itu ketentuan-Nya..
Seorang di Sabah (Jefry) dan seorang di Negeri Sembilan (Intan), di Selayang mereka dinikahkan dan di Kulim Kedah, majlis sambut menantu di adakan.. pertemuan merentas 4 Negeri..

Uniknya pasangan ini, mereka saling TIDAK MENGENALI di antara satu sama lain.. jodoh aturan keluarga... YA!, masih wujud lagi anak-anak muda yang akur dengan pilihan keluarga.. Perkenalan yang diaturkan oleh keluarga mengambil masa dalam tempoh 3 bulan sahaja, kedua-dua keluarga setuju dan mereka pun disatukan.. MUDAHKAN JODOH MEREKA.. Alhamdulillah...(takde chance la nak ’dating’ segala bagai, sorang kat Sabah, sorang kat Negeri Sembilan.. ’dating’ thru facebook + skype + sms + telefon je la... hihihihi)..

Yang lain2.. apa lagi ya yang baru?..

OH YA!!...

Pertambahan LEMAK!!.. (iieewwwww)

Terdapat lemak2 yang baru dalam badanku... yang pada masa berpantang dulu tak wujud tapi setelah habis pantang, BERTAMBAH dengan mendadaknya.. OWH!!... OWH!!... OWH!!...

Takpe.. lupakan pasal berat badan yang bertambah.. (salah sendiri, sendiri la tanggung!!!!...)

Masuk ke fasa yang amat dinantikan oleh seluruh umat islam.. RAMADHAN..

Syukur Alhamdulillah.. berkesempatan lagi menikmati Ramadhan kali ini.. Moga Allah berikan pengampunan kepada kita, moga Allah sudi menerima taubat kita semua, moga Allah permudahkan segala urusan.. dan semoga Allah meredhai perjalanan hidup kita dunia dan akhirat.. Ameen..

Sepanjang pembacaan, aku temui hadis-hadis menarik untuk dikongsi bersama juga sebagai motivasi diri untuk lebih banyak beramal di bulan puasa ini.

.......................................

Sabda Rasulullahi Salallahu Alaihi Wassalam:

"Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (Hadis Riwayat Bukhari)

"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

"Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (Hadis Riwayat Bukhari)

"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(Hadis Riwayat Bukhari)

"Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad)

“Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

...................................................................

Peringatan untuk diri :
JAGA MULUT! usah menilai orang!!.. lebihkan menilai diri sendiri!!!..
JAGA PERUT! – tgk mesin timbang.. lemak lama tu pon tak habis kikis lagi!!..
JAGA MATA + LIDAH! – banyakkan melihat dan membaca bahan bacaan yang berunsur ilmiah – PUT A FULL STOP utk yg berunsur umpatan, kejian, tohmahan, fitnah, gosip serta yang melaqakan.
JAGA TELINGA! – sama seperti jaga mata + lidah!.
JAGA LANGKAH! – NO to pasar ramadhan (dh 2 tahun kekal pegang rekod bersih tanpa ke pasar ramadhan utk berbuka – masak di rumah shj – HOME MADE – FRESH FROM KITCHEN – kecuali bila balik kampung!! – sebab mak yg masak!!).
JAGA TINGKAH! – perbanyakkan amalan baik yg dapat mengutip pahala yang telah dijanjikan Allah gandaannya di bulan puasa ni.. moga bisa meraih redha Allah.. Ameen.
JAGA HATI! - banyakkan berzikir.. banyakkan DIAM!!..


* Dalam banyak peristiwa bahagia, ada juga terselit resah dan duka.. hmmm... tapi.. takpe.. setiap kejadian itu tidak Allah jadikan dengan sia-sia.. pasti tersembunyi hikmah yang banyak... Innalillahi Wainna ilaihi raajiuun.. Allahumma ajurni fi musiibati wa akhlif lii khairan minha.. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar.. La hau la wa la quwata illa billah..


Ya Allah.. redhai kami semua.. Ameen.




YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.