Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Saturday, March 15, 2014

Demi Iqra' & Kalam Nuun.

Bismillah.

Aduhai! Aduhai!

Hajat hati terlalu tinggi sampai bintang untuk menatap dan menitip, meninta ayat demi ayat di laman yang pernah satu ketika dahulu menjadi 'candu' kepada diri.

Masa berubah.
Tanggungjawab bertambah.
Tugasan bercambah.
Keutamaan mula beralih arah.

Tiada lagi waktu senggang yang dihalakan untuk menatap ke laman ini.
Maka ianya terbiar sepi. Sendiri. Lama tiada berisi.

Allahu Rabbi.

Aku masih menulis. Menulis dan terus menulis.
Cita-citaku tetap begitu.
Membaca dan menulis, terpisah tiada.


Dikejutkan dengan satu berita gembira, perihal membaca dan menulis, aku terpana apabila terlihat namaku di situ. Di belakang kulit muka buku, seorang penulis yang aku kagumi malah aku ikuti setiap tulisannya.

Buku Travelog Haji: Mengusik Hati tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Roza pernah ku baca isi kandungannya di dada laman sosial. Apabila dibukukan, rupanya komentarku diberi perhatian dan diambil sebagai testimonial. Allahu Akhbar.

Subhanallah.
Pemberian Allah yang kecil di mata dunia, tetapi besar di mata hatiku.
Doaku, itu bisa menjadi bekal amalku di akhirat kelak. Berkongsi syafaat bersama Prof. Kamil dan Puan Roza.

OH! Bahagianya.


Menatap nama sendiri di belakang kulit buku itu dengan begitu lama membuatkan hasrat untuk melihat nama sendiri sebagai penulis utama di hadapan buku menjadi berkobar-kobar dan berdebar-debar.

YA! Ada tekad yang ku tanam.
Ada hasrat lama yang ku pendam yang mahu aku realisasikan.
Mohon Allah permudahkan dan perkenankan.

DEMI IQRA' DAN KALAM NUUN, AKU MENULIS KERANA CINTAKU KEPADA ALLAH, KEPADA RASUL, KEPADA ISLAM DAN KEPADA UMMAH! 

BACA & TULIS!


~Tiny Azleen Yahaya~
Alam Damai, Cheras.
Mac 2014



YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.