Sudah penghujung Julai 2017.
Sudahpun berakhirnya syawal dan bulan kemerdekaan bakal menjengah.
Tarikh VIVA masih belum diperolehi (ye lah, baru sebulan lebih sahaja dari tarikh submission, entahnya lecturer pun baru nak panas enjin selepas raya. Hahaha).
Masa berbaki sebelum dapat tarikh, hajat hati mahu berkongsi ilmu.
Slide-slide yang pernah dibuat dahulu (yang konon berhajat besar nak buat training tapi tak terbuat-buat pun lagi), diselak kembali dan kali ini datang lagi rasa mahu berkongsi ilmu.
Namun, dalam hati, Tuhan sahaja tahu.
Tidak mampu tipu diri, kebimbangan adalah, SIAPA YANG MAHU SERTAI TRAINING ini?
Sungguh.
Aku sedar, kita merancang, namun perancangan Allah lebih sempurna.
Allah Ya Khaliq Ya Wajid juga yang berkuasa menggerakkan hati-hati insan untuk bertemu mata. Mana aku mampu menggerakkan hati manusia dan memaksa mereka untuk hadir meskipun aku buat secara percuma, sekiranya rencanaku tidak selari dengan izin Allah.
Di Facebook, aku sudah uar-uarkan, sekiranya ada yang mahu turut serta untuk aku kongsikan "Sembang Tesis Bersama KakTiny."
Bayaran?
Ya. Aku kenakan bayaran, seminima yang aku rasa mampu (kot) untuk dibayar supaya aku tahu ada komitmen dan kesungguhan daripada pihak yang mahu bertemu aku.
Ya. Aku kenakan bayaran, seminima yang aku rasa mampu (kot) untuk dibayar supaya aku tahu ada komitmen dan kesungguhan daripada pihak yang mahu bertemu aku.
.
Ye lah, lain orang, lain caranya.
Aku berpandangan, dengan bayaran komitmen itu, menunjukkan kesungguhan peserta yang mahu hadir juga sebagai keyakinan komitmen aku untuk hadir juga.
Paling tidak, ada juga duit untuk bayar sewa tempat (dah kenapa aku nak sewa tempat kalau tak ada orang nak hadir? Sewa tempat pulak bukan boleh main 'walk-in sahaja! Paling tidak, kena bayar down payment weih!)
.
Tapi, yang kelakar jugak adalah, slide untuk Pre Pre-START MC ni dah lama siap. Sejak tahun 2015 kot. Hahaha
E-book Pre-START MC ni pun dah lama siap. Tahun 2014 dah mula derafnya.
Menunjukkan betapa aku sangat teringin nak buat 'training' @ berkongsi pengetahuan seciput aku ini dengan orang yang betul-betul memerlukan seperti aku dahulu.
Tidak mengapa, meskipun seorang, andai itu yang Allah takdirkan, aku cuba laksanakan.
Mohon Allah permudahkan.
Kenapa beriya aku mahu buat training ini?
Setiap orang ada ruang dan peluang untuk cari ilmu.
Setiap orang ada ruang dan peluang untuk amalkan ilmu yang Allah anugerahkan kepadanya.
Setiap orang ada ruang dan peluang yang Allah izinkan untuk sebarkan ilmu.
Dan setiap orang, ilmu yang Allah beri itu berbeza-beza. Meskipun ada yang sama, namun tingkat, pemahaman, olahan dan penghayatannya berbeza.
Pengalaman itu buat aku sedar, bahawa ada insan yang hanya bergantung kepada semangat semata-mata untuk memulakan pendakian menawan puncak PhD ini. Dan orang itu adalah AKU!
Aku pasti, manusia ini, skrip kehidupannya hampir sama.
Ada sahaja yang memegang 'sampul skrip' yang serupa.
Justeru itu, aku berazam, untuk membantu terutamanya pelajar PhD yang terdiri daripada ibu-ibu yang berkerjaya, yang juga pekerja dan yang jarang berinteraksi dengan pihak Universiti atas kekangan masa, tenaga dan kewangan.
Aku merujuk kepada diriku sendiri.
Nyatakanlah kursus mana, bengkel mana, kelas mana, meskipun sessi konsultansi 'one-to-one', biarlah berbayar, aku sanggup - kerana feeling 'lost' itu sangat perit. Lama-kelamaan boleh membawa kepada 'down' yang kritikal. Aku lalui rasa-rasa itu, yang hampir memusnahkan banyak sisi dalam kehidupanku! Astaghfirullahal azhiim.
"Siapa kena, dia tahulah rasanya macam mana."
Umpama mahu gambarkan sakit bersalin, anda takkan mampu ceritakan secara terperinci bagaimana rasanya sakit daripada contraction sehingga bayi keluar! Dan ya, tidak semua orang berpeluang merasainya!
.
Atas kesedaran dan keinsafan diri sendiri, aku bersungguh mahu buat training "ASAS yang asas kepada persediaan penulisan tesis dengan Pre-START MC."
Cadangan kelasnya:-
Tarikh: 27 Ogos 2018 (Ahad)
Jam: 9.00pagi - 11.30pagi
Tempat: Sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor.
Bayaran: RM20.00 / pax
Berminat? Email kepada ciktiny@gmail.com dengan tajuk "Sembang Tesis KakTiny 1.0/2017"
Sertakan butiran berikut:-
1- Nama
2- No. telefon (yang boleh whatsapp)
3- Alamat
4- Maklumat Akademi (sekiranya sedang dalam pengajian):
a) Bidang
b) Universiti
c) Tahun Pengajian
.
Berhasil tidak, Wallahu 'alam.
Ini usahaku membantu menyebar ilmu, selebihnya yang memang sejak awal rencana sehingga akhirnya adalah urusan Allah Ya Awal Ya Baari Ya Akhir. Ini cuma nawaitu, impian dan usahaku, untuk berkongsi dan menyebar ilmu, dengan kebenaran, kesabaran dan kasih-sayang.
Mohon Allah Ya Baseer pandang perbuatanku dan perkataanku, selari dengan niatku, semata-mata untuk dapatkan reda-Nya bagi memenuhi amanat Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam yang tercinta.
.
Allahummassolli Ala Muhammad
Wa'ala alihi wasohbihi wabarik wassallim.
.
.
Mohon Allah perkenankan.
Ameen.
.
.
Segala pujian kembali kepada Allah Ya Baari Ya Barr yang merencanakan yang baik-baik dalam hidup hambaNya ini. Alhamdulillah Allah Ya Syakur.
.
Salam takzim
-Kaktiny-
-Kaktiny-