Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, August 05, 2011

Wahai Anak : Doa yang dimakbulkan Allah.


Semalam ketika sedang ’berehat’ di ruang tamu sementara menunggu kuah sup mendidih di dapur, Nureen menghampiri dengan bertanya soalan 'BIASA'... Soalan BIASA yang ditanya ketika jam melewati 6.45pm adalah : "Ibu, dah boleh minum ke?".. hihihihi

Ya, itulah soalan yang sgt kerap ditanya Nureen.. Tahun ini semoga Nureen dapat berpuasa penuh hendaknya... (tahun lepas asyik terkantoi kat sekolah je!!.. Katanya, CIKGU SURUH MAKAN!.. haishhh!!...) – Tapi, Alhamdulillah, setakat hari ni dia selesa di'kuarantinkan' di bilik "pelajar berpuasa" semasa waktu rehatnya!.

Bagi 'mempercepatkan' perjalanan masa utk Nureen, aku melayannya berbual (supaya dia tak asyik nak tgk jam dan tanya 'dah boleh minum ke'!!... nak pulak bila ada iklan menayangkan jus minuman.. errrrkkkk... ngan aku2 pon terliur weih!... hahahaha).

Ibu : Kakak tau tak. Di antara doa orang yang dimakbulkan Allah adalah doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. Jadinya, kakak patut bersyukur bila puasa itu masih panjang waktunya sebab kakak ada banyaaaaaak masa untuk berdoa kepada Allah.

Anak : Doa apa-apapun ke Ibu?

Ibu : Ya, apa pun doa. Yang Allah izinkan, yang Allah kehendaki ia dimakbulkan. Jadinya, kakak berdoalah semoga doa-doa kakak tu Allah makbulkan. Tapi, ingat!. Kakak kena doa yang baik-baik je. Doa yang tak baik akan dimurkai Allah.

Anak : Ooooo... kakak tak boleh doa biar adik jatuh la ye Ibu sebab adik nak naik basikal kakak.

Ibu : HAH!. Doa macam tu tak boleh!!.. Nanti, kakak yang Allah jatuhkan dari basikal!... (dah agak dah, mesti yang tu terlintas dalam kepala dia, sebab petang tu dia berebut basikal dengan adik dia!!...huhuhuu).

Anak : Hmm... Kalau macam tu, kakal nak doa mintak kat Allah supaya Ibu mengandung dan beranak. Kakak nak adik!.

Ibu : Allahu!... (Itu lagi doanya!!..)...

Hadis At-Tirmidzi dan Ibn Majah meriwayatkan:
Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa sehingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi."
Untuk berdoa ketika menjadi pemimpin yang adil – entah bilanya dapat menjadi pemimpin, dan entah iya tidak dapat berlaku adil.

Untuk berdoa ketika dizalimi – bukan mudah-mudah hendak menyuruh orang menzalimi diri kita.. kita yang banyak menzalimi diri sendiri!.

Maka, ayuh rebut peluang berdoa ketika di dalam bulan mulia ini.. Berdoa dengan doa yang baik-baik.. yang mulus-mulus.. yang tulus ikhlas.. ketika sedang menjalani ibadah puasa ini.. Moga Allah makbulkan. Moga Allah perkenankan.

"Ya Allah.. hamba-Mu ini memohon keampunan kepada-Mu. Ampuni dosa-dosa kami. Tetapkan diri kami dalam agama suci Islam ini. Bersihkan hati kami dan pimpinlah ia ke jalan Iman dan Takwa. Berikan hati kami rasa cinta yang tinggi kepada-Mu Ya Allah. Jadikan kami umat Islam yang sentiasa merindui, mengasihi dan meneladani Rasul Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Ya Allah.. Pilihlah dan izinkanlah kami menikmati syurga-Mu yang telah Kau tetapkan kepada para Rasul, para Anbiya’, para Solihin, para mujahidin, para mukminin yang Kau redhai.. agar dapat kami merasai nikmatnya bersama menyambut dan menjawab salam-Mu di akhirat kelak Ya Rabb. Ya Allah.. yang kami mohon setulus jiwa, setulus raga, dengan seluruh kehidupan ini.... ADALAH REDHA-MU ALLAH.. REDHAI KAMI DUNIA DAN AKHIRAT. Ameen."

Izinkanlah. Perkenankanlah. Makbulkanlah Wahai Dzat yang Agung. Allahu Ya Kareem. Ameen Ya Rabbul ’Alamiin.


Ya Allah. Redhailah hamba-hamba-Mu ini. Ameen.




15 comments:

tasekM said...

nureen.. tolong doa utk aunty sekali eh...

:)



.

Adliff said...

Kak,

Doakan adikmu ini kak. Jadi hambanya yang diredhai. Kak, lama tak jumpa. Rindu.

Aliff di Seremban sekarang kak.

Kaktiny said...

tasek > ameeeennnn... aku dan nureen doakan utk ko agar MC dpt adik jugaks.. <3

Kaktiny said...

aliff > bersama kita menadah tangan ke hadrat Illahi dik.. agar Allah meredhai perjalanan hidup kita dunia dan akhirat.. ameen.

.. bila mau dtg cheras?...

iina said...

Tiny

Aminnnnn... nak suh nureen doa jugalah untuk mama iina.. doa mama iina balik selesai bln 12 nie.. nanti kita leh celebrate betday korang anak beranak bln 12 nie.. (aku dah bygkan kena masak mahu 2 3 hari berturut2 nie) hehehe..

kot nk doa mama iina pregnant pun ok gak.. nanti kita jadikan diorg anak susuan ;) Bernas dak idea aku nie hehehe)

Makbonda61 said...

Assalamualaikum Tiny,

Insyaallah,doa kakak nak adik akan dikabulkank,anak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima.

Masy said...

tu diaa.. bagikan adik dua org skali pun ok gak tu.. hehehe

Kaktiny said...

iina > amiiinn.. setiap hari aku ngan nureen doakan.. hihihi..
(ya ya ya.. bagus bagus bagus.. bagus utk ko bersiap sediah dgn tugasa memasak senarai yg amat panjang ituuu.. hahaha)..

.. anak susuan?.. alaaa.. kalau dh jd saudara susuan, takleh nk berbesan ngan mama iina laaa... hahahaha... tapi, sangat bernas sebenarnya idea itu.. setujuuuu.. Amiiiinn.....

:)
<3

Kaktiny said...

MakBonda > Allahu.. asyik itu je yg didoanya kak.. dh ajar dh doa2 lain.. minta jadi anak yg solehah, rajin mengaji, rajin belajar, jadi hufazan quran... mohon agar Allah mudahkan jadi doktor gigi muslimah yg solehah, hamba Allah yg beriman.. dan lagii dan lagii dan lagii.. tapi hujung2, tetap jugak dia doa nk adik!.. Owh Anak!!..

Kaktiny said...

masy > kalau aje mengandung, beranak dan dapat kembar tu buleh ditetap2kan!!.. ko ni kaaannn!!!...

@xiM said...

ameen..terima aksih kerana berkongsi kak tiny..semoga puasa kita diterima oleh Allah dan mendapat berkat dari Nya..

Selamat berpuasa untuk kak Tiny sekeluarga..

sindiketsulit said...

ameeeennnnnnn..

(ameen kan doa nureen :)

kingbinjai said...

Ha ha ha amin

Doreen said...

Hai, minta maaf ya jika sy secara tiba2 comment d blog anda, sy sgt terharu dgn kata2 yg d papar d blog anda dan sy d sni mohon agar saudari dpt mendoakan sy kpd Allah SWT agar memberikan sy hidayh dan izinkan sy msuk islam secepat mungkin krna sy suda lama tertarik dgn ajaran islam..jadi kalau x keberatan tolong ya doakan sy...Nama sy Doreen :) terima kasih dan minta maaf.

Kaktiny said...

Dear Doreen > terima kasih kerana sudi singgah..

'Tertarik' dgn islam itu juga merupakan satu hidayah dr Allah..
doa yg paling mustajab (yg paling dekat didengari) adlh doa tulus dr diri sendiri..

sbg umat islam, tidak pernah ada keberatan utk mendoakan setiap insan agar kembali ke jalan Allah yg benar.. yakni berlandaskan islam dan iman..

.. dan sebagai hamba Allah, kita semua dilahirkan dlm fitrah.. (bersih suci dan dlm islam..), tersasarnya iman adlh kerana ibu bapa yg membawa ajaran yg salah (bg yg dilahirkan dlm agama lain), atau kerana kealpaan diri sendiri (bg yg mmg dilahirkan dlm agama islam).. justeru, kembali semula kepada islam dan kepada Allah, pasti hidup akan terasa bermakna..

.. semoga cahaya islam dan manisnya beriman kpd Allah itu menyerap di jiwamu dik..

:)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.