Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, March 15, 2012

Formula Takwa (renungan kepada si isteri)


SABAR + SYUKUR x MUHASABAH DIRI = TAKWA

Wallahu’alam.. ni formula yg aku reka sendiri jer..
Sbb nak pujuk hati bila kroni-kroni Iblis cuba menghasut atau cuba nk tarik aku jd agen MLM mereka!!.. (tak kira dlm apa jua situasi.. baik dlm kerjaya, rumahtangga, pengajian atau berkisar kepada kehidupan seharian dgn masyarakat dan persekitaran!!)
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman!. Sabarlah!... dan cukupkanlah kesabaran, dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beruntung!”. (Surah Ali Imran 3 : Ayat 200).

Nah.. Allah telah me’minta’ kita sebagai manusia yang ingin memperolehi tingkat takwa yang tinggi untuk (1) bersabar... dan (2) mencukupkan sabar.. seterusnya (3) perteguhkan kekuatan!.

Daripada ayat itulah maka aku buat kesimpulan, bahawasanya SABAR itu sahaja TIDAK CUKUP!.

Kata orang ~ SABAR ITU ADA HADNYA!.. Mungkin ramai yg tidak setuju terutamanya orang yg alim dan tinggi tingkat takwanya. (Aku pernah ditegur bila berkata ~ sabar itu ada hadnya!. Kata yang menegur itu, sabar itu tidak sepatutnya ada had!. Kerana Allah tidak pernah membataskan SABARNYA kepada manusia.. AKUR!.. Terima kasih atas teguran..)

"Tapi, saya manusia, apatah lagi seorang perempuan yg punya 9 nafsu dan 1 akal – yang sgt daif dlm agama sementelah hidup sebagai seorang isteri, ibu, anak, menantu, saudara, pekerja, juga pelajar dan ahli masyarakat yang bnyk sekali peranan ’SABAR’ itu dijentik-jentik, diketuk-ketuk adakalanya diijak-injak!!.. Saya akur, tingkat iman dan takwa saya sgt rendah dan lemah.. ilmu agama saya terlalu cetek utk mempertahankan SABAR itu!." – itu kata hatiku!.

Pada satu usrah, aku dengar ustaz ni bgtau, SABAR MANUSIA ADA HADNYA!. Sbg seorang insan, kita takkan mampu utk terusan BERSABAR!. Sabar itu jika kita kumpul2, pendam2, simpan2, itu yang bila tak tahan tu, kita akan MELETUP, AMUK dan seterusnya sanggup MEMBUNUH!!.. (Yes ustaz!!!... Jazakallahu khair!!!)

Menurut Ustaz itu lagi, sabar itu mesti disertakan dengan syukur..

Senario:
Seorang anak yg bersekolah, terasa rendah hati bila melihat teman-temannya yang lain bawa duit belanja sebanyak RM10 dan sering membeli makanan mewah di kantin sekolah, sedangkan dia hanya membawa bekalan makanan yg dimasak ibunya dan mungkin diberi RM2 oleh ayahnya sebagai belanja sekolah. Di awal waktu, mungkin boleh bersabar dgn keadaan itu, tetapi lama-kelamaan sabarnya akan menjadi bosan bilamana hatinya teringin untuk berbelanja sakan seperti rakannya!.

Namun, jika dia menambah SYUKUR, maka ia akan menjadi penawar bagi keinginannya yang mula bertunas itu!. Bersyukur kerana dia membawa bekalan makanan yang di masak dengan penuh kasih sayang oleh ibunya sedangkan kawannya mungkin tidak sempat menatap wajah si ibu dan ayah kerana tuntutan kerja yang hanya membolehkan mereka menyediakan ’wang’ sbg ganti.

... dan di sinilah aku menambah satu lagi elemen iaitu MUHASABAH DIRI... yakni, dia melihat apa kelebihannya berbanding kekurangannya... muhasabah diri dgn melihat betapa ibunya bertungkus-lumus menyediakan makanan utknya... kasihan kepada ayahnya yg terpaksa bekerja utk menyekolahkannya.. dan akhirnya kembali tenang apabila mendapati dirinya juga tidak kurang hebat kerana masih dpt bersekolah – hanya waktu ’rehat’ yg selama 1 jam itu sahaja yang ’merunsingkan fikirannya sedangkan waktu lain dia menikmati hari yang indah (dgn menuntut ilmu).

Contoh lain : (contoh yg sgt femes d’ emes ni, yg banyaaakkk sgt aku dengar ceritanya di sana sini!!):

Seorang isteri yang diuji kecurangan suami atau yang mempunyai suami yg memiliki 'ketidaksempurnaan' seperti yg dihajati, atau suami yang bercita-cita untuk berpoligami atau yang tidak menunaikan tanggungjawab hakiki seorang suami!. (sana sini aku dengar kisah macam nih.. bukan saja pada yg baru kawen, yg dah lama kawen pun mengalami masalah serupa... rupanya masalah ni bukan lagi LUAR BIASA – malah dah jadi KEBIASAAN!!... ALLAHU!!...)
[Betullah kata ckLah ~ kita perlu MEMBIASAKAN YG BETUL DAN MEMBETULKAN YG BIASA – MENURUT AL-QURAN DAN SUNNATULLAH DLM BERUMAHTANGGA!!!].. Kan!!.

(1) SABAR.
Hari-hari (atau ada hari-harinya), si isteri suka benar meratapi (atau mengenang) 'malangnya' nasib.. tetapi atas beberapa faktor, ANAK, KEWANGAN, KEDUDUKAN, USIA, PERSEKITARAN atau apa jua faktor yang 'menghalang' niat utk perpisahan itu berlaku, maka itu SABAR itu masih menggunung tinggi!.. Alhamdulillah.. teruslah BERSABAR!... Namun, SABAR itu tidak cukup.. kerana jika hanya dengan sabar, ianya akan menjadi BARAH di dalam dada!. Akan ada waktu mengungkit.. akan ada waktu terasa diri tidak dihargai.. akan ada waktu rasa diri dianiaya (mcm le kita tu baik sgt eh!.. hihihihi).. dan pelbagai lagi RASA yg timbul (RASA-RASA yang dibawa oleh kroni Iblis yang bernama DASIM untuk menghancurkan mahligai kerukunan rumahtangga!!)..

(2) SYUKUR
Maka itu, perlu ditambah dengan SYUKUR!. Syukur kerana masih punya rumahtangga, masih mempunyai suami yang memberi darjat yang tinggi kepada kita – yakni status sebagai ISTERI!!.. (tidak mudah membawa gelaran JANDA!!.. Terbuka diri kepada fitnah dan kata-kata nista manusia – aku teringat kata-kata seorang teman apabila pernah berdialog tentang perihal rumahtangga!!.). Dengan BERSYUKUR, kita akan lebih menghargai nikmat dan rahmat daripada ujian yang Allah turunkan kepada kita.. Bukankah ujian itu satu yang mendekatkan kita kepada Allah?. Tanda kasih Allah kepada kita adalah juga melalui ujian-Nya..

(3) MUHASABAH DIRI
Di sini, aku menambah satu lagi formula yakni didarab dengan MUHASABAH DIRI.. (kenapa darab??.. sebab muhasabah diri itu kena banyaaakkk2...). Kembali merenung kelemahan dan kelebihan diri..

Tanya diri : APA YG TIDAK KENA DGN RUMAHTANGGA AKU?.. Kenapa suami aku curang?.. Kenapa suami aku beralih kasih? Kenapa suami aku tidak seperti suami orang lain yang membahagiakan isterinya???...
Kata orang, IT TAKES TWO TO PLAY TANGGO!!..
Maksudnya, jika si pelaku itu salah, bukan 100% kesalahan itu kepada si pelaku kesalahan.. ada peratusan salah itu berpunca dari persekitarannya!.

YA!. Mungkin si suami salah kerana berlaku curang @ beralih kasih... tetapi cuba renung dan muhasabah diri – apa kelemahan kita sebagai isteri yang ‘mendorong’ kepada kecurangan @ kebosanan suami??..
Cukup telitikah ‘peranan dan layanan’ kita dalam menjadi isteri solehah??!!..
* Solat? – di awal waktukah?.
*Aurat? – benar2 terjagakah?. Masa memilih / membeli baju, utk siapa kita niatkan pemakaian itu dilihat?.. utk kawan sekerja, utk majlis atau utk mata suami?.
*Lisan? – Lisan kita pernah atau tidak menderhaka, mengumpat, mencela atau lebih dasyat memaki hamun suami? Berapa banyak surah Al-Quran yang kita baca?.. berapa banyak doa yg kita panjatkan kepada Allah utk kesejahteraan diri, suami, anak2 serta kerukunan rumahtangga?
*Di kamar? – pernah menolak ajakan suami ketika tidak dlm uzur syarie dgn alasan PENAT, LETIH, MALAS, TAK MAU??! Berapa kali cadar diganti? Bilik ada atau tidak diletakkan haruman yang menyegarkan?. Kain baju bersepah dalam bilikkah?. Meja solek, teraturkah susunannya?.
*Hubungan dengan mertua (ibu ayah suami)? – Pernah atau tidak di dahulukan? Melebihi ibu ayah sendiri?. Dengan jujur dan ikhlas?.
*Layanan terhadap suami? – Perutnya dijagakah?.. Pakaiannya disediakan dgn kemas tak?. Dirinya diurus dengan rapi tak?. Gurau senda menghiburkan hatinya, bermain di bibirkah?. Permasalahannya, dikongsi bersamakah?

Jika banyak TIDAK daripada YA..
MAKA LAYAKKAH KITA UNTUK MENGATAKAN BAHAWASANYA KITA CUKUP BAIK UTK TIDAK DIUJI DGN SUAMI YG BERKELAKUAN TIDAK BAIK???.

Aku mendengar usrah seorang Ustazah, katanya:
"…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…"

Ustazah juga menyebut: (sumbernya aku kurang jelas, sbb khusyuk menyalin nota, so aku cari sumber yg seakan-akan dengan yang ustazah sampaikan).
"Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan."
(wallahu ‘alam).

Pernahkah kita melakukan sedemikian?. Pernah tak kita mengeluh dengan kelemahan suami atau kekurangan dirinya?... waima dalam hati kecil?.. Pernah tak kita meminyakkan rambutnya? mengerat kukunya? Menyenangkan hatinya ~ Secara istiqamah..

Apapun, intipatinya adalah: MUHASABAH DIRI – nilai kembali kelebihan dan kekurangan diri sebelum dengan mudah kecewa dengan takdir dan qada’ qadar Allah.

Aku suka mengingatkan diri akan satu petikan yang pernah aku baca.

"BIAR TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK DUNIA, ASAL KAMU MENJADI SEBUTAN DI BIBIR PENDUDUK LANGIT (MALAIKAT)". IDAMKAN UNTUK MENJADI KETUA BIDADARI SYURGA.. YANG HARUMNYA BISA DICIUM DARI BERIBU JARAK!..

Ada satu gambar yang ingin aku kongsikan bersama.. yang sangat menyentuh hati aku..
(ckLah, MakBonda – Maaf, kerana mengambil gambar ini tanpa izin.. sesungguhnya ianya sangat terkesan di hati ini.. berdoa di hati ini, semoga Allah mengizinkan saat-saat ini berlaku kepada diri... melayani suami tidak kira masa dan usia.. Gambar ini adalah gambar ayah dan bonda cklah dan MakBonda... SubhanAllah.. sejuk hati ini memandang..)

Aku suka dan ingin mengingatkan lagi dan lagi, untuk diri sendiri serta kalian wahai para isteri, akan sabda Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam yang ini:

"Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya." (Al-Hadis).

Juga aku ingatkan diriku dan diri kita semua wahai para isteri:
ANDAI ADA KETIKANYA KAU LELAH DGN RESAM RUMAHTANGGAMU – LETIH DENGAN SANDIWARA SUAMIMU – MAKA JUALLAH KENIKMATAN DUNIAMU KEPADA ALLAH DAN MOHON ALLAH MEMBELINYA DAN MENGGANTIKANNYA DENGAN MEMBINA SEBUAH MAHLIGAI DI SYURGA FIRDAUS UNTUKMU.. (PASTIKAN BERKEMAMPUAN MEMILIKINYA, KERANA PERTUKARANNYA TIDAK MURAH!!)

Ingatkah kalian akan kisah ASIAH? Permaisuri FIRAUN?!

Suaminya seorang yang DILAKNAT ALLAH dunia dan akhirat.. tetapi beliau tetap BERSABAR.. seterusnya BERSYUKUR dan kemudiannya BERMUHASABAH diri sehingga beliau REDHA dikenakan hukuman MATI oleh suami sendiri!.

Firman Allah:
” Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”. (Al-Quran Surah At-Tahrim 66 : Ayat 11).

Oleh itu.. SABARlah.. SYUKURlah.. dan banyakkan MUHASABAH diri..

Laluan untuk meraih redha Allah itu tidak mudah, kerana Iblis sentiasa menjadi penghalangnya.. itukan janji Iblis kepada Allah.. dan Iblis adalah antara makhluk yang tidak pernah culas dgn janjinya – untuk MENYESATKAN MANUSIA – walau dengan APA JUA CARA DAN HELAHNYA!!..

Firman Allah:
"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (Al-Quran Surah Asy-Syura 42 : Ayat 20).

~ Wahai isteri:
- Jika kau impikan suamimu setampan Nabi Yusuf, adakah dirimu setulus Zulaikha?
- Jika kau impikan suamimu sekaya Nabi Sulaiman, adakah kau memiliki kerajaan seperti Puteri Balqis yang menawan?
- Jika kau impikan suamimu sesabar nabi Ibrahim, adakah imanmu seteguh Siti Hajar?
- Jika kau impikan suamimu semulia Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam, adakah dirimu sehebat penghulu syurga wanita yakni Siti Khatijah a.s?.

Jika jawapannya TIDAK... maka belajar untuk REDHA..
Redha itu bukan pembelajaran sehari dua.. malah ada yang tidak berjaya menemuinya hingga hujung nyawa.. Moga Allah memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita.. setiap masa..

Takwa itu banyak tingkatnya... tidak kira di tingkat mana iman kita, teruslah melangkahnya... AWAS! Iblis itu bersedia menanti di setiap tangga!!!.

"أعوذ بالله من الشيطان الرجيم"
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam”.



Ya Rabb.. redhailah kami semua..



8 comments:

ngasobahseliman said...

Salam Tiny. Yang aunty faham Allah tidak beri kuasa pada Iblis Syaitan untuk membolehkan kita berbuat sesuatu tindakan.Iblis Syaitan hanya menghasut. Yang buat keputusan untuk buat atau tidak adalah diri sendiri.Allah bagi kita pilihan.Iblis tiada kuasa memaksa. Iblis cuma menghasut dan menipu.Jadi kitalah pokoknya....

Kaktiny said...

Salam Aunty..

Betul tu aunty..

Syaitan atau mana2 makhluk pun takde kuasa nk bertindak.. hanya berupaya menghasut.. pokok pangkalnya adalah penilaian dan tindakan insan itu sendiri.. SETUJU!. (sbb itu kena sentiasa mendalami ilmu yg bermanfaat, kena mantapkan usaha utk meningkatkan iman dan perteguhkan takwa.. kan aunty kan.. - tapi, diri kerdil ini kerap juga tertewas dgn hasutan syaitan dlm beberapa perkara... astaghfirullahal 'azhiim.. huhuhuhu...)

Hebatnya manusia kerana ada akal dan hati yg bila disatukan dgn waras di landasan Islam, Iman dan Ihsan yg benar merupakan komponen paling canggih sepanjang zaman.. tapi.. akal dan hati itu jugalah yg sering berbolak balik dek HASUTAN syaitan dan kroni-kroninya!..

Rencana mereka adalah meniup RASA-RASA negatif utk meracuni nafsu dan akal manusia supaya SESAT dari landasan Islam, Iman dan Ihsan..

Semoga kegemilangan Islam kan bangkit kembali.. seperti yg Allah janjikan.. Ameen.

Makbonda said...

Assalamualaikum Tiny,

Alhamdulillah masih ada orang yang sudi menjaga tepi kain.Menegur kekhilafan.

Pahit-pahit kelat juga entry Tiny kali ini,tapi amat menyembuhkan.

Sabar juga tak semudah menyebutnya,perlukan mujahadah.

Semoga kita sentiasa di jalan yang selamat.

Kaktiny said...

Waalaikumsalam MakBonda yg disayangi >

.. kata org, gula tu manis.. tapi, manis2 gula bila berlebihan dpt penyakit..
.. julab tu, kata org pahit kelat, tapi, elok jugak sesekali telan bg yg kena sembelit!..

.. bila akal berbelit, iman tercekik, nafsu melirik.. kena simbah air sebaldi dua.. supaya laluannya kembali jernih..

... betul makbonda, SABAR itu, mengungkapnya sgt mudah.. semudah mengeja SHAD.. BA.. RA!.. tapi, nk mengaplikasikannya adalah amat payah.. apatah lagi bila hati dipenuhi amarah, jiwa bernafsu mazmumah, dan hasad mengamuk tak sudah.. huish.. PARAH..

.. maka itulah syukur dan redha itu perlu.. agar meneutralkan kembali rasa-rasa negatif yg membelenggu.. kan makbonda kan..

(peringatan ini banyaknya utk diri sendiri sebenarnya makbonda.. tiny ingatkan diri:- pandai menulis, pandaila mengalikasikannya.. jgn cakap tak serupa bikin!!..)

Anonymous said...

Penulisan kak tiny sangat2 terkesan dihati semoga usaha diberkati

Mrs. Akeq Dean said...

Terima kasih atas entry yang sangat menusuk hati.. Sememangnya kita kadang kala sebagai manusia biasa akan lupa segala nikmat yang Allah beri... Kesabaran penawarnya bersyukur.. Moga diri ini juga diberi kekuatan untuk menghadapi liku-liku hidup... Amin...

Unknown said...

Subhanallah... Membaca coretan puan tiny, membuat dada saya sebak, sebal, sebu dan syahdu... di kala sedang mencari tangan untuk di capai, entri penulisan puan sangat menyedarkan dan menginsafkan ... Alhamdulillah... Terima kasih yang tidak terhingga... Alhamdulillah juga kerana diuji dengan ujian yang Maha Hebat ini... Subahanallah....

Unknown said...

Kata kata sist sangat mmberi inpsirasi pada kaum hawa yang ingin meraih kejayaan disyurga sana.... love😘

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.