Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, March 06, 2012

Infak Hajat.


Pertemuan selama 2 jam di antara aku (ditemani abang) dengan Aunty Ngasobah Seliman pada sabtu minggu lalu sangat-sangat bermakna dan bermanfaat bagi diriku...

SubhanAllah.. Maha Suci Allah yang mengizinkan pertemuan dan perbicaraan ilmu itu berlangsung dalam suasana yang santai dan sangat harmonis..

Sungguh aku kagumi pada seorang wanita yang banyak perjalanan amalnya.. di usia ‘pencen’, beliau tetap tangkas, lincah dan kritis dalam pemikiran, perkataan, pengetahuan serta penilaian dalam sesuatu perkara…

Satu perkara yang aku lihat terpancar dari tutur katanya adalah, BELIAU SEORANG YANG SGT JELAS DGN JIHADNYA!.. Itu kekagumanku pada semangat yang Allah salurkan kepada beliau. KONSEP TARBIYAH DAN MUROBBI ~ adalah di antara penekanan yang sangat dititikberatkan oleh Aunty Sobah.

Seperti yang lainnya, perkenalanku dgn Aunty Sobah adalah melalui dunia tanpa sempadan ini.. BLOG.. Allah gerakkan hatinya utk 'menegurku' (aku telah lama mengikuti blog beliau), di entri yang lalu.. dan, Allah memudahkan ruang dan peluang untuk kami bertemu..

(2 jam berlalu aku rasakan sgt singkat.. mahu lagi aku mendengar bicara ilmu dan kata-kata semangat dari Aunty Sobah..)

Banyak ilmu yang aku perolehi.. dan, salah satu yang terkesan di hati aku adalah "INFAK HAJAT"...

YA!. Apabila menginginkan sesuatu, kita sering bangun malam bertahajud seterusnya menunaikan solat hajat serta mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.. Tetapi pernah atau tidak kita terfikir untuk INFAK HAJAT?..

Aunty Sobah kata, dalam Al-Quran ada menerangkan, tapi... kita ni (macam aku la!!... yang tak tahu bahasa arab), sekadar baca Al-Quran tanpa tahu makna, maka itu, jika tidak diberitahu oleh Tok Guru, Ustaz atau Ustazah, maka TAK TAHULAH KITA ILMU TU SAMPAI BILA-BILA..

Kebiasaan manusia (seperti aku), apabila berhajatkan sesuatu, terutamanya hendak ’rezeki’ atau’kenikmatan’ hidup, solat hajat adalah ’penghubung’ terbaik yang dilakukan untuk meminta kepada Sang Pencipta (Allah Azza Wajalla). Solat dhuha dilakukan setiap pagi untuk mohon dimurahkan rezeki.. Surah Al-Waqiah dibaca setiap malam selepas isyak mohon diberi kelapangan dalam rezeki.. Al-Fatihah kepada kedua Ibu Bapa dibaca setiap awal pagi dengan harapan Allah murahkan rezeki.. (terasa mcm selfish pulak gaya nya!!.. huhuhu).

Tetapi, pernah tak kita (aku lagi la ni) terfikir untuk menginfakkan harta memohon dimurahkan rezeki oleh Ya Wahhab (Yang Maha Pemberi) Ya Razzaq (Yang Maha Memberi Rezeki)?.

Firman Allah:
"Bandingan (derma/infak) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya". (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 261).


Lihatlah kebesaran janji yang difirmankan Allah di dalam ayat sucinya itu. Solat hajat, solat dhuha, bacaan Al-Quran itu bagus.. tetapi itu adalah 'permintaan satu hala' kita kepada Allah untuk diri kita.. Kenapa tidak jika kita inginkan rezeki lebih, kita keluarkan sedikit daripada rezeki kita dan yakin bahawa sedikit yang kita keluarkan akan Allah gandakan dengan berkali ganda rezeki sebagai pulangannya (tidak di sini, di akhirat adalah pasti!!).

Firman Allah:
"... dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung". (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 38)

Seperti pesanan Aunty Sobah, walaupun seringgit, tetapi dermalah dengan nawaitu untuk mencari redha Allah. Jika kita mampu seringgit, maka seringgitlah kita keluarkan. Jika mampu seribu ringgit, maka seribulah yang kita infakkan. Yang penting, ianya untuk mencari redha Allah. Kerana Dia Ya Ghoniy (Yang Maha Kaya) itu adalah Ya Wasi’ (Yang Maha Luas Pemberian-Nya).

Duit ringgit, harta benda, kekayaan fizikal dan segala anugerah nikmat yang kita perolehi itu adalah HAK-NYA.. Bukan hak kita!.. Dengan belas, dengan ehsan, dengan izin-Nya, Dia meminjamkan kepada kita dan ingin melihat sejauh mana kita mengendalikan pemberian-Nya dengan syukur, dengan sabar, dengan ehsan serta dengan redha!.

Firman Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Al-Quran Surah As-Saba 34 : Ayat 39).


Nah.. itukan janji Allah!.

TAPI!.. Sering kita tertipu dengan bisikan syaitan dan nafsu.

"MACAM MANA AKU NAK BAGI.. AKU SENDIRI PON TAK CUKUP!!".

Ya.. godaan nafsu dan bisikan iblis dan kroni-kroninya yang sentiasa menutup pintu hati kita untuk menginfakkan harta ke jalan Allah.

Aku teringat kata-kata seorang pembantu rumah warga Indonesia ni.. Katanya:-
"Orang Malaysia ni, seringgit tak ada nilai... jual saja benda yang harganya seringgit, pasti dibelinya walaupun yang tak mendatangkan manfaat. Anak-anaknya, mana mau seringgit, tak boleh beli apa kata mereka. Duit belanja sekolah paling tidak, lima ringgit atau sepuluh ringgit".

LIHATLAH.. ini gambaran diri kita pada nilaian masyarakat luar...

Kenapa tidak SERINGGIT yang tiada "NILAI" itu kita kumpul setiap hari dan masukkan ke tabung masjid pada setiap hari jumaat (daripada terhegeh-hegeh nak cari RM5 atau RM10 atau RM2 atau tak bagi langsung pada hari tersebut!!)...

Dengan nawaitu:-
"YA ALLAH... AKU MENGINFAKKAN INI UTK HAJATKU YANG ITU (niatkan hajat)"..

Kenapa tidakkan??.. Sama juga jika kita inginkan sesuatu yang khusus.. maka kita tunaikan solat hajat.... dengan harapan agar Allah memakbulkan permintaan kita.. (jika tidak dapat dimasukkan ke tabung masjid, online kan saja kepada mana-mana akaun pertubuhan Islam.... HENDAK SERIBU DAYAKAN??!!)..

ANDAI ALLAH MASIH TIDAK MAKBULKAN, PASTI ADA YANG DISIMPAN UNTUK KITA.. JIKA TIDAK DI DUNIA, DI AKHIRAT SUDAH PASTI!!..

Bukankah begitu??..
Firman Allah:
"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 262).

Seperti saranan Aunty Sobah, aku semakin bersemangat untuk mengikuti kelas Bahasa Arab, agar lebih jelas dengan makna dan maksud ayat suci Al-Quran yang Allah turunkan kepada Rasul Agung, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. (semoga semangat jihadku setinggi semangat Aunty Sobah walau di mana jua tingkat umur yang Allah anugerahkan kepadaku.. antara impian beliau adalah ingin melihat kebangkitan anak-anak Islam, membentuk mereka menjadi 'Muhammad Al-Fateh', 'Sallahuddin Al-Ayubi' - yang mendokong penuh syariatullah dan menegakkan sunatullah.. Allahu Akhbar!!.. Moga Allah permudahkan.. Ameen). .

Moga segala usaha yang nawaitu demi mendapatkan redha Allah, akan diberkati, dimudahkan dan diredhai oleh-Nya.. ameen.

'Aunty Ngasobah Seliman.. Jazakillahu Khairan Kathira.. Moga Allah meredhai dan merahmati setiap usaha Aunty dan semoga setiap suntikan semangat jihad Aunty kembali menjadi syafaat untuk Aunty di hadapan Allah kelak.. Semoga Allah meninggikan darjat Aunty di hadapan Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam di akhirat nanti dan dipilih menghuni syurga Firdaus-Nya.. Ameen'.


Ya Allah.. redhai kami semua.. Ameen.

11 comments:

aNIe said...

Assalamualaikum Tiny.. sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari di internet atau pun melalui blog... banyak yg boleh kita timba... terima kasih kerana berkongsi... semoga ALLAH melapangkan rezeki kita untuk kita laburkan kepada yang berhak dan yang lebih memerlukan...

Kerana saham itulah yang bakal membantu kita nanti di akhirat...

Semoga segala apa yang kita beri itu ikhlas dan diterima dan diberkati ALLAH...

Kaktiny said...

Kak Anie > betul kak.. ilmu Allah itu luas sangat sifatnya.. drpd bahan bacaan, penulisan, tarbiyah sesama insan, perlakuan manusia malah gerak geri segala makhluk juga merupakan ilmu.. hanya jika kita ingin mengambil iktibar, pembelajaran dan pengajaran daripadanya..

Semoga keikhlasan kita itu benar2 di hati.. dan redha itu benar2 tulus utk mengharapkan redhanya Illahi..

(masih gigih berusaha ke arah itu, acapkali juga tersadung dgn nafsu dan godaan iblis utk menghambat duniawi!!.... huhuhu)..

.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Betul tuh ada kala bila kita meminta sesuatu jarang sekali kadang kita cuba memberi.. tapi InsyAllah.. memberi mengikut kemampuan kan..

Kaktiny said...

TCC > betul kan yang.. kita taunya nak aje.. tapi sediit sgt memberi.. hak Allah kita nak, yg Allah bg kat kita susah betul nk kongsi dgn org.. asyik risau tak cukup.. tu pasal yg tak cukup tu.. huhuhu...

.. kata yakin dgn janji Allah bila kita bagi 1, Allah balas 10 ganjaran... tapi nk keluarkan yg satu tu pon berat, lagi ada hati teringin nk dpt ganjaran yg 10 tuh.. haissshhh... (bab ni aku kena mula tegas dgn diri aku!!)..

.. bila nk deting nih?.. hihihihi..

ckLah @xiiinam said...

Mbok De Ngasobah memang orang berilmu...bertuah Tiny dapat jumpa beliau.

Makbonda61 said...

Btul ckLah,beliau layak dipanggil Mbok De.Seronoknya kalau kita ada Mbok De macam beliau. Mesti kita selalu mengunjunginya,meminta saka ilmu dari beliau.:)

Tiny,Beragaul dengan penjual minyak wangi,kita juga akan terpalit wanginya.

Bila blog itu membawa munafaat kepada kita,bersyukur Allah yang mengilhamkan orang yang merekanya waima dia itu yahudi,tapi adalah makhluk Allah jua. Sehingga menemukan kita dengan insan-insan istimewa ini.

Ruginya orang yang menjadikannya sebagai alat yang melalaikan.

Mari kita menjadi insan yang bermunafaat dan memunafaatkan.

Kaktiny said...

ckLah > syukur Allah menggerakkan hati beliau utk bertemu budak kecik ni.. utk berkongsi ilmu..

Org yg bnyk pengalaman spt aunty sobah sudi menjemput budak hingusan yg masih kalut dlm mencari makna kehidupan ni dan berkongsi ttg pengalaman kehidupan.. umpama orang mengantuk di sorong bantal.. sgt selesa.. sangat bermakna.. aduhaaiii...

.. hati masih berbunga bercahaya.. hihihihi..


bila lagi kita nak ketemu ye.. dalam suasana santai dan maas yg banyak utk bercerita.. <3

Kaktiny said...

MakBonda > tak jemu tiny mencari dan terus mencari.. bilah-bilah kasturi yang mewangi.. tak dapat menjualnya, mahupun memakainya.. dpt menghampiri si penjual pun sudah terasa indahnya dunia.. menumpang mengutip saka ilmu (bak kata makbonda)..

Kembali memberi manfaat dgn nikmat yg Allah berikan dan memberi munafaat kpd insan yang memerlukan.. InsyaAllah.. semoga niat itu menjadi matlamat dan terpatri kemas utk diamalkan dgn istiqamah..

Jazakillahu khair MakBonda..

Jgn jemu menitip pesan utk budak mentah ini ya.. <3

Acik Erna said...

Assalam tiny..terima kasih..acik mengaku..tidak pernah melakukan infak hajat..terima kasih kerana berkongsi disini.

Kaktiny said...

Acik Erna > As Salam acik.. jgnkan acik, tiny pon tk pernah.. tiny pon baru dpt ilmu tu..

Jazakillahu khair pd Aunty Sobah yg memberi penambahan ilmu tersebut.. :)

Anonymous said...

16 tahun dulu, masa zaman susah...sewaktu dalam perjalanan balik ke kg, aku hanya ada sekeping RM10 dalam beg duit. Tiba-tiba seorang pakcik buta minta sedekah. Kalau aku bagi duit RM10 tu habislah duit aku...cari punya cari adalah sekeping RM0.20 sen. Aku pun bagi kat pakcik tu dengan gembira sebab dapat tolong orang yang lagi susah dari aku. Mana tau beberapa jam lepas tu aku jumpa duit RM50 yang berlipat-lipat macam sampah je kat tempat awam ....Allahuakbar....walaupun pada mulanya aku nak jer pergi kat kaunter bas dan bagi orang kat kaunter tu duit yang aku jumpa tu...tapi akhirnya aku simpan sebab kalau bagi kat kaunter bas, confirm orang kat kaunter bas tu pun tak dapat nak cari pemiliknya sebab tak dak bukti siapa pemiliknya...dan aku juga percaya Allah sedang "memberi" aku, budak miskin yang pokai...Tapi peristiwa itulah yang menjadi peringatan kepada aku supaya jangan rasa berat untuk memberi walaupun kita cuma ada sedikit, sebab pemberian dari orang yang tak punya apa-apa itu lebih besar maknanya daripada pemberian seorang hartawan...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.