ALHAMDULILLAH.. segala pujian dan ucapan terima kasih kepada pemilik jagat raya, Allah Subhanahu Wata’ala.. segala rahmat, nikmat dan limpah kurnia-Nya yang tidak terhingga telah dianugerahkan kepada hamba-Nya yang hina, dina, bodoh, sombong, bongkak, naif, daif, miskin, buta, tuli serta terlalu banyak kekurangan dan kekhilafan ini. Terima kasih Allah kerana sudi mengurniakan kepadaku segala kebaikan dan kenikmatan ini. Moga limpahan rezeki-Mu ini adalah attas kasih-Mu kepadaku, hamba-Mu yang banyak khilaf dan dosa ini. Jangan Kau berikan nikmat ini kepadaku kerana murka-Mu sebagaimana kekayaan dan kemewahan rezeki yang Kau berikan kepada kaum kafir yang fasik dan munafik.
ALLAHUMASOLLI ALA MUHAMMAD, WA’ALA ALIHI WASAHBIHI WASSALLAM. Selawat dan salam kepada Rasul Junjungan, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Sejahteralah hendaknya Baginda, keluarga dan para sahabat Baginda. Kenikmatan Islam, Iman, dan Ihsan ini diperolehi atas hasil usaha, penat lelah dan jerit pedih Baginda menyebarkan Islam ke seluruh alam. ALHAMDULILLAH.
Jazakumullahu Khairan Khathira kepada semua. Kepada para ahli keluarga, kepada warga organisasi, kepada rakan taulan sepengajian serta kepada semua yang memberikan doa dan kebaikan kepada diri ini. Rahmat dan redha Allah sebagai balasan di atas kebaikan kalian. ALHAMDULILLAH.
Lama tidak mencoret catatan kenangan di sini. Kekangan masa dan rutin tugasan harian menidakkan peluang untuk berlamaan di sini. Apabila rindu untuk menaip dan mencatat ilham rasa itu terbit, ketika ingin memulakan penyusunan ayat demi ayat di daerah ini, ada panggilan di sudut lain yang memerlukan tumpuan beralih arah.
YA. Menyiapkan proposal PhD. ALHAMDULILLAH. February 2013 bermakna aku sudah di Semester ketiga. Keputusan peperiksaan, ALHAMDULILLAH, sangat mengujakan. Terima kasih kepada Dr. Kidin dan Prof. Turiman di atas kesudian memberikan A untuk subjek yang diambil – meskipun semua assignment hantar last minutes (siap buat rayuan utk hantar lewat tu!!.. haishhh... memang tak reti insaf betol!!).
Tetapi, bila sampai di peringkat PhD ni, A atau B bukan lagi keutamaan, tetapi progress kepada thesis. Aku berazam untuk buat proposal defence semester ini dan ambil Comprehensive Exam semester depan. Lepas tu bagi tumpuan utk questionnaire, collect data dan complete the thesis. Aku target nak VIVA pada Sem 5!. Aku yakin Allah bersamaku kerana doa-doa dari kalian – orang yang menyayangiku, yang sering mendoakanku sentiasa bersama-sama denganku!!. ALHAMDULILLAH.
Semester 3 sudah bermula. Aku dan sahabatku Maiza, meneruskan perjuangan kami untuk laluan seterusnya. Semester ini ambil subjek Multivariate Statistic… HO HO HO!. Subjek yang pasti membuatkan aku rasa nak ‘terkucil’ dan ‘ngilu’ geraham bila memikirkannya. Tapi, mengenangkan Prof Bahaman yang ajar, rasa ringan sikit kepala yg berserabut.. (‘sudah terang lagi bersuluh’!!.. kata2 Prof bahaman ketika mengajar Statistic for Social Science dulu – kata2 itu yg membuatkan aku bertungkus-lumus study, hafal, mengira utk LULUS.. tapi, memang Allah itu Maha Pengasih, bukan sekadar LULUS yg diberikan, tapi A!! ALHAMDULILLAH).
Naik semester ni, azam aku adalah utk berjumpa dengan advisor - Dr. Kidin. PERINGATAN KEPADA DIRI:- JANGAN SESEKALI BERJUMPA DENGAN ADVISOR DENGAN BAWA OTAK SHJ TANPA BAWA PROGRESS PROPOSAL!!.. (wajib tunjuk apa perkembangan terkini proposal.. jangan datang lenggang mak limah, main petik idea dari langit dan perabih air liur sembang tanpa sebarang black and white di tangan!!!!.) Aku mahu dengar kata putus - PROCEED. MAY START WRITE UR PAPER!!
Hmm.. proses penamaan Supervisory Committee.. aku tengah menimbang-tara pensyarah mana yang bakal ku pilih utk jadi committee member. 2-3 nama lecturer ada dalam kepala tapi, STILL, kena minta pandangan Chairman merangkap advisorku itulah.. (supervisory committee pon kena sekepala, kalau tidak, kita yang PENING KEPALA!! – maklumla rambut mungkin sama hitam, hati manusia mana kita tahu.. eh eh.. rambut pun dh ada beza warna.. ada lecturer yg dh ‘berkemutih’ rambut termasuk janggutnya.. hihihi).
Kehidupan rumahtangga pula.. hmmm… isu maid masih berputar di pusar yang sama.. BELUM ADA !.. Susah betul nak mencari maid sekarang. Kenapalah rakyat tempatan taknak kerja sebagai pembantu rumahtangga… kalau ada orang tempatan, alangkah mudahnya… macam dulu2, ada je makcik2 yg nk jadi pembantu rumah.. duduk lama2 dah jadi mcm family sendiri.. BESTNYA!!..
Kesian mak dan ayah, terpaksa membantu menjaga cucu-cucu (dan anak menantunya ni). Huhuhu.. Ya Allah, Kau anugerahkan ganjaran pahala tertinggi, termahal dan teristimewa untuk kedua-dua mak dan ayah atas segala kasih sayang dan kebaikan mereka. hapuskan semua dosa mereka, berikan kebaikan, kesejahteraan, kesihatan, kebahagiaan, serta kasih-sayang-Mu yang tidak putus kepada kedua-duanya. AMEEN. ALHMADULILLAH).
Urusan kerjaya juga tenang dan berada di zon yg sangat selesa. Dengan adanya Boss yang baik dan pemurah, yg sentiasa memberikan semangat dan sokongan, yang sentiasa menghargai segala usaha, mahukan dikeluhkan lagi atas tugasan2 yg diberikan?.. Nauzubillah.. jauhkan aku daripada menjadi hamba-Mu yang kufur nikmat juga janganlah termasuk dalam golongan yang fasik dan munafik!. Jazakallahu khairan khathira kepada Boss dan rakan2 sekerja. ALHAMDULILLAH..
Firman Allah:
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”. Maha suci nama Tuhanmu yang penuh kebesaran dan kemurahan”. (Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 77-78)
Menimbang tara kebaikan dan kelebihan yang Allah berikan membuatkan aku jadi takut, malu dan tidak mampu mengeluh di atas ujian kesulitan dan ujian kesusahan yang sangat sedikit berbanding kenikmatan yang sangat banyak yang Allah anugerahkan kepadaku.
ADA!. Bukan tidak ada ujian sulit, ujian susah, ujian sukar, ujian sakit, ujian perit.. tetapi itu semua di atasi dan dirawat dengan masa dan waktu.. dan tidak lain tidak bukan, aku yakini setulusnya bahawa ujian2 itu sebenarnya Allah berikan atas kasih sayang dan rahmat-Nya.. agar aku lebih dekat dengan-Nya.. agar aku tidak lalai dan tidak alpa dengan anugerah kebaikan dan kesenangan.. agar aku tidak jauh tersasar dengan ego dan sombong, agar aku tidak menjadi hamba yang bongkak dan takbur.. ujian2 itu untuk ‘meneutralkan’ kembali rasa-rasa hati aku agar tidak menjadi hamba nafsu perasaan perasan bagus!.. AKU YAKIN ITU!.. ALHAMDULILLAH.
Firman Allah:“Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).” (Surah Al-Isra’ 17 : Ayat 19-20).
Perjalanan untuk PhD ini perlu diteruskan.. perjalanan kehidupan juga perlu diteruskan!!.. Moga Allah permudahkan segala urusan. Moga perjalanan hidup ini sentiasa mendapat redha dari-Nya. Ameen. ALHAMDULILLAH!.
Ya Rabb, redhailah kami semua. Ameen.
2 comments:
sangat lama tak menyinggah ke blog sis ni..now nk follow balik, sbb skrg ada blog baru.. yg lama dah nak tutup..gud luck untuk sis! ;))
Salam kak tiny...harap ingat lagi dgn tiny...nak follow akak balik...lama dah saya x aktif berblog...Busy sgt kak...tahniah akak dah ambik PHD..menjadi dorongan dan kekuatan pada saya utk belajar dan terus belajar...
Post a Comment