Sungguh!
Sejujurnya, aku
benci bilamana ada perkataan ‘peperiksaan’ pada setiap pelajaran!
Aku suka belajar,
tapi aku tidak suka diuji dalam peperiksaan – biarlah ia peperiksaan bertulis
yang panjang tetapi yang boleh dibuat pada masa yang tidak terhad. Juga yang
dibolehkan merujuk apa-apa sumber rujukan ~ seperti ’take-home-test’.
Paling aku benci
adalah peperiksaan yang punyai tempoh waktu, di tempat tertentu dan yang tidak
boleh rujuk mana-mana buku (seperti peperiksaan zaman sekolah!)
UPSR, SRP, SPM,
STPM, Degree, Master dan terkini PhD, aku melalui setiap perjalanan untuk
memperolehi sijil-sijil itu dengan perlu menduduki PEPERIKSAAN!
TENSION TAU!
Tidak ada satu
peperiksaan pada mana-mana ketika ujian di atas yang aku rasa senang dan tenang
– ada sahaja TENSION dan BINGUNG yang menerpa. Yang paling tidak aku suka
adalah ketika MENANTI KEPUTUSAN!
STRESS TAU!
Untuk bergelar ’PELAJAR
PhD’, ada ujian-ujian mata pelajaran yang wajib diduduki dan untuk bergelar ’CALON
PhD’ juga perlu menduduki peperiksaan-peperiksaan tertentu!!! (Merujuk kepada
UPM sahaja! Universiti lain, aku tidak pasti).
Merujuk kepada
entry yang lalu (memujuk emosi), YA, ketika itu aku sedang berperang dengan
emosi sendiri – kerana baru selesai menjalani PEPERIKSAAN STATISTIK!
Oh ya! Itu antara
yang mengundang TENSION & STRESS kepada aku!
Peperiksaan yang
berkaitan dengan KIRA-KIRA!
Aku benci
matematik. Bukan sedikit anak, tapi sebesar atuk nenek tahap benci aku kepada
sesuatu yang bernama KIRA-KIRA!!! (hatta menggunakan kalkulator juga aku tidak
suka!)
Sehingga kini,
fobiaku pada matematik atau yang seangkatan dengannya masih tebal dan mendalam.
.......
Minggu pertama pendaftaran semester baru 2014/2015 (18
August 2014 – 22 August 2014) merupakan minggu ’maraton’ aku mendapatkan
tandatangan / keputusan peperiksaan ujian komprehensif (Comprehensive Exam –
CE) daripada para pensyarah-pensyarah @ jawatankuasa penyeliaan.
Terkejut bukan
kepalang apabila pada hari Isnin 18.9.2014, aku buka portal pelajar, didapati status TERMINATED (FAILED TO TAKE CE).
HARU-BIRU!
Terus aku telefon GSO
(Graduate School), dapatkan kepastian! Mereka minta keputusan peperiksaan komprehensif (CE) untuk tukar
status sebagai ‘CONTINUE’.
Baru aku tahu, rupanya, untuk
dapatkan keputusan CE, perlu isi borang dan dapatkan tandantangan kesemua pemeriksa kertas dan
akhir sekali tandatangan Dekan Fakulti! DOWH!!! (ini bahana pelajar separuh
masa yang jarang ke fakulti – mana tahu semua proses dan procudure!!! - apa salahnya 'upload' sahaja borang dalam protal pelajar! haish!)
Pelbagai ’drama
minggu ini’ berlaku dalam masa seminggu (panjangnya mungkin melangkaui 5 helai
muka surat sekiranya diceritakan perjalanan mendapatkan tandatangan
kesemuanya!).
Diringkaskan,
daripada 4 pemeriksa, berjaya dapatkan tandatangan 3 pemeriksa – dan ’pending’
lagi satu pemeriksa... dan yang satu itu adalah KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
STATISTIK! HADOILAAARRR!!!
BERTAMBAH STRESS!
Dipendekkan lagi
cerita, GSO Fakulti setuju menerima keputusan peperiksaan komprehensif untuk
tujuan pendaftaran mengenangkan ia adalah hari akhir pendaftaran (22 Ogos
2014). Allahu Rabbi.
Pada hari Isnin
(25 Ogos 2014), barulah pejabat Prof 'Statistik' call, scan dan emailkan keputusan
STATISTIK yang buat aku mahu menangis dan terus menangis! (ini lgi banyak drama
minggu ini, boleh buat drama bersiri!! Tidak mengapa, aku abadikan dalam
simpanan kenanganku sahaja!)
Baik! Keputusan
penuh adalah kesemua peperiksaan LULUS dan boleh sambung belajar!
Maka, status pun sudah bertukar ke 'CONTINUE'!
ALHAMDULILLAH!
Sekarang, sudah di Semester 6 – menanti tarikh untuk ’proposal defend’!
Sekarang, sudah di Semester 6 – menanti tarikh untuk ’proposal defend’!
Untuk PhD ini,
cukuplah 2 peperiksaan untuk melayakkan (1) sebagai ’PELAJAR PhD’ dan (2)
sebagai ’CALON PhD’ – sekiranya ada peperiksaan bertulis ke-3 (di ulang! Peperiksaan
bertulis seperti STATISTIK) – MEMANG SUNGGUH, AKU BERHENTI BELAJAR!!!
Cukuplah
penderaan perasaan dan emosi pada nama ’peperiksaan’!!!
Aku serik!
.