Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, September 18, 2009

SALAM LEBARAN DAN MAAF ZAHIR BATIN


Di kesempatan ini, kaktiny ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin tulus ikhlas dari hati kaktiny...

Kepada sahabat handai, rakan taulan, pembaca yang singgah sebentar dan sesiapa sahaja yang melintasi laman blog ‘kaktiny’ ini, ribuan kemaafan kaktiny mohon di atas segala kekasaran bahasa, keterlanjuran perkataan, juga jika ada penulisan yang melampaui ruang akal dan hati yang mungkin terasa, terkilan, tersalah tafsir atau terkesan calar di sanubari, benar-benar kaktiny harapa agar dimaafkan kekhilafan diri ini. Minta mohon jangan dibawa ke akhirat kelak... ampunkan kaktiny...

Semoga lebaran ini disambut dengan riang dan gembira – sebagai tanda kemenangan kita menjalani ibadah puasa – meskipun ramadhan berlalu (huhuhu... sedih nya.. semoga dipanjangkan umur untuk menemui ramadhan tahun depan... huhuhu).. namun, hadiah Allah kepada hamba-Nya yakni Aidilfitri, jangan disambut dengan hati yang gundah...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang menikmati ramadhan dan syawal tahun ini... semoga Allah sentiasa memberi rahmat, nikmat dan hidayah-Nya kepada kita semua.. amiiinnn...


SALAM LEBARAN DAN MAAF ZAHIR BATIN...

8 comments:

lupekanje said...

aamien utk segala doa ...

salam syawal juga buat tiny dan keluarga..maaf zahir dan bathin andai ada tersilap kata, tersasar bicara....

xiiinam said...

Semoga bertemu Ramadhan akan datang...


EID MUBARAK!!!

KAKTINY said...

acik > salam aidilfitri...

ckLah > semoga dipanjangkan usia utk merasai nikmat ramadhan di tahun hadapan.. amiinn..
salam lebaran...

iina said...

Tiny

Salam syawal buat sahabat baik ku ini.. selamat balik kg.. memandu dengan hati-hati jangan nak joli sakan mentang raya kg ko dulu.. hehehe.. selamat beraya dengan sanak saudara.. makan kuih raya ingat ler kat aku nie.. tgh tggu ko ye kuih raya yg masih lagik ontway nie

Shifu67 said...

Selamat Hari Raya.... jom makan tart nanas...

KAKTINY said...

iina > selamat... selamat... mintak2 selamat le sampai kat ko.. nanti bagitau k.. hihihi


shifu67 > salam lebaran.. jom makan ketupat palas.. hihihi

Masy said...

samat ari raya gak kak.. thn ni xde open house lg ke? hihihihi

SELF YOURSELF. hahaahahaha

KAKTINY said...

masy > ko ni kan dik oii... mmg nak kene "sekeh yourself" tau.. kahkahkah... tahun ni CLOSE HOUSE... tak der open2..

nak dtg kalu, bagitau jer.. tapi kena one day notice ler.. kehkehkeh...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.