Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday

Cerita Raya: Siri 1 - Sakit hati di Subuh Raya Pertama

Pejam celik pejam celik, dah nak sampai ke pertengahan Syawal..

Kenapa masa cepat sangat bergerak??... aduhaiii… (dh nak kiamat dah nih.. huhuhu)..

Aku ni entahlah.. nak kata ada kerja.. macam tak ada kerja.. nak kata tak ada kerja.. tapi macam kelam kabut yg ntah apa-apa..

SMS beserta ucapan2 hari raya daripada yang menghantar, satu pun aku tak balas... tetiba henphone buat hal (tuntut yg baru kot.. kehkehkeh...).. bila dh ok, mood nk hantar pun dh ”out” (cheh.. tetiba… sbb dh raya..)KEPADA SEMUA…AMPUN MAAF DIPINTA…..

Perjalanan raya ..

Tahun ni giliran beraya kat kampung aku… memandangkan aku ngan abang ni UTARA-SELATAN.. maka kenalah amalkan ‘sistem bergiliran’… So far, alhamdulillah, tak adalah perang dingin, perang menantu atau perang mentua… sbb, dh diaturkan awal-awal macam tuh.. senang gak camni, sbb tak yah nak terkejar-kejar ke dua-dua belah tempat… pagi umah sana, petang umah sini.. fokus pada satu pihak jer... dan pegi beraya umah sedara satu pihak jer.. takyah nak bahagi2 masa.. (itu kata aku yg kawin dgn org jauh… kalau korang kawin dgn orang sekampung setaman, korang citer le kelebihan korang pulak yer.. kehkehkeh.. hihihihi…)

Bak kata pepatah:

ITIK MENYUDU, AYAM MAKAN PADI
TAK KATA MACAM TU, NAK KATA MACAM MANA LAGI??.. hihihihi

Oklah.. berbalik citer pasal raya..

Raya pertama, lepas solat raya, balik umah dulu – makan ketupat, lontong + kari ayam (ni special request cik abang aku.. sebab dia dh terbiasa makan menu tu di pagi raya di kampung dia di muar nuuunn… utk tidak menghampakan cik abang sayang.. setiap kali beraya di kampung aku, pastinya breakfast ini disediakan.. dulunya khas utk cik abang.. skrg dh berjangkit kat satu isi rumah ler pulak.. semua melantak breakfast tu mcm dh tak ingat nak pegi beraya kat umah org lain!!... hihihihi)

Dah breakfast, baru start jalan2 beraya..
1- Pegi umah pak lang kt Sg. Ara
2- Balik kampung arwah tok-wan (kat kampung pertama, pmtg pauh – skrg adik mak- mak tam duduk situ..)
3- Singgah jap umah paksu (depan umah mak tam jer..)
4- Pegi umah tok su kat seberang jaya
5- Pegi umah uncle bika seberang jaya gak..
6- Gi umah mak ngah kat sg. dua
7- Gi umah pak cik det (adik ayah) kat sg. Dua
8- Pegi umah kak ija kat tasik gelugor
9- Gi umah mak maksu kat belakang rumah (kampung) anwar ibrahim...


Pastu mak ajak pegi umah mak tam jap... muka kami masing2 dh serender cam ayam berak kapor.. sudahnya, satu kete jer pegi... yakni mak ditemani anak2 bujangnya..
Kami yg dh berkahwin ni (aku ngan kakak... ngan laki masing-masing) mengelat tak nak ikut dah.. LETIH BABE!!!...

Malamnya... bersiap2 utk masak menu OPEN HOUSE raya kedua (acara wajib tahunan daripada tahun 1988 sehingga sekarang..) kat umah kami… menu wajib.. LAKSA PENANG dan MEE HOON SUP!!.. sure ada punya...

PENAT GILOS WEH...


(bab di atas ni tak ada sakit hati lagi.. )
----------------------------------------------------------------
NI HAH... CERITA SAKIT HATI!!!....

Pagi raya aku DIKENAKAN dek adik aku si mambang kuntilanak jantan hampes tuh.. sapa lagi kalau bukan si epy...

Dia kan skrg ni bertugas di sabah... jadinya, dia call aku hari sabtu bagitau yg boss dia bagi cuti raya ni (last minit sangatttt!!!).. dan merengek2 nak balik...
Aku pun apa lagi, cal sana sini sinun tanya tiket flight.. Air Asia ada sit pukul 7 pagi hari raya pertama.. aku suh dia gi amik cepat...
Sempat dia buat tawaran saat akhir dgn aku.. katanya ”kalau atny sponsor separuh, dgn pantas epy amik tiket”..

Aku ni pulak, mengenangkan nak sgt adik aku tu balik, terus capai amir punya iPhone, bukak maybank2u.. tret tet ttet.. sampai duitnya ke akaun si epy...
SMS bagitau duit dh masuk - pegi amik tiket cepat!!!...

Malamnya dlm kul 9.30pm dia call.. bagitau yg tak beli tiket lagi sbb kaunter tiket dh tutup.. buleh beli esok pagi (pagi raya), kaunter bukak pukul 5pagi..
Aku suh dia bangun kul 4pagi dan beli tiket..

Oleh kerana kepenatan yg amat (beraya ke umah sedara), aku TIDO MATI seh.. termasuk handphone aku pun MATI gaks... tak bunyi alarm.. sedar sedar telefon mak berbunyi .. EPY CALL... Jam pukul 6.20 pagi.. oleh kerana handphone mak tertinggal kat bilik aku, jadinya, aku yg angkat..

Aku dengar ada getar isakan pada suara si mamat sekor tuh.. aku dh cuak gak..
Epy bagitau yg dia terbangun lambat.. tak sempat beli tiket... AKU DH MELELEH AIRMATA DAH...

Aku bagi tepon kat mak.. mak pun banjir dh kat dapur nuun... teresak-esak dah.. aku dh tak dapat cakap apa2... masing-masing aku ngan mak dok menyalahkan diri sendiri sebab letih sangat, tertido sampai terlupa nak kejutkan dia pukul 4 pagi suh bangun.. huhuhu.. serius punya sedih masa nih.. tak dapat nak bayangkan kesedihan.. aku ngan mak dok sehati berdansa mendudu di pagi raya...

Lepas mandi, solat subuh semua... aku ngan mak siapkan juadah breakfast sebelum ke masjid.. sambil dok menyatakan “MUNGKIN ADA HIKMAH EPY TAK DAPAT BALIK EBRAYA DGN KITA- ATURAN ALLAH LEBIH BAIK”.. perghh.. aku ngan mak pakat dok motivasikan diri sesama sendiri... gelora di hati, tuhan sahaja yg tahu..

Ayah balik dari surau, tanya pukul berapa nak amik epy nanti.. mak kata, tak payah amik, dia tak jadi balik.. nampak gak wajah kecewa di mata ayah...

Tak pa lah.. tak ada rezeki.. nak buat camner..

Lepas dari umah pak lang.. rombongan cik kiah kami nih pegi ler ker umah arwah tok-wan.. masa salam2 beraya.. TIBA-TIBA MUNCUL SATU LEMBAGA BERBAJU MELAYU HITAM TINGGI LAMPAI MENYENGIH MACAM KERANG NAK KENA BUAT MEE KARI DATANG “MENTARAAAA” KAN DIRINYA YANG POYO ITU!!!...

Q@#$^&*)EGDO)_*(@*&&BADIGOL!*($^*@)_# @(&* @($!_+# SAMDOL)#$@%()_@ MAGKOK JAMBAN)@#^@%^#&*@*( PARIT LONGKANG(*#@^#%&*@#*@($>>...

Rupanya si epy dah ada kat umah tok-wan.. dia suh kawan dia amik kat airport penang.. masa dia tepon aku ngan mak tu, dia dh ada kat atas flight (dlm toilet lagi!!! Chesss!!)

Habis telinga dipiat-piatkan.. sebelah kanan mak piat..sebelah kiri aku pulas.. penampar 87 das.. penumbuk 54 kali.. masih aku tak puas hati..
MASIH BELUM TERTEBUS HUTANG AIRMATA DAN KESEDIHAN AKU NGAN MAK DI SUBUH RAYA!!!....

EPY KANTOIKAN AKU NGAN MAK!!!... dan rakan sekongkolnya adalah KAKAK AKU!!!.. ches ches ches... hampes betul..
- di atas ni lah.. wajah tanpa rasa bersalah dan berdosa si bertuah badan bersama sekongkolnya... EPY DAN KAKAK!!!”...

LEPAS NI, TOBAT KAKTINY TAK MAU SPONSOR HATTA SERINGGIT PUN KAT HANG EPY oiiii- nak balik, balik.. tak dapat balik, SUDAH!!!!...

(padan muka, daripada elok2 aku sponsor setengah harga tiket, dia kena tambah lagi RM200, sbb harga dah lain pada pagi raya tuh.. kehkehkeh.. HAMIK KO!!)

Walaubagaimanapun.. aku bersyukur sangat sebab kesemua kami 4 beradik dapat beraya bersama mak dan ayah..

Alhamdulillah…

Friday

SALAM LEBARAN DAN MAAF ZAHIR BATIN


Di kesempatan ini, kaktiny ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin tulus ikhlas dari hati kaktiny...

Kepada sahabat handai, rakan taulan, pembaca yang singgah sebentar dan sesiapa sahaja yang melintasi laman blog ‘kaktiny’ ini, ribuan kemaafan kaktiny mohon di atas segala kekasaran bahasa, keterlanjuran perkataan, juga jika ada penulisan yang melampaui ruang akal dan hati yang mungkin terasa, terkilan, tersalah tafsir atau terkesan calar di sanubari, benar-benar kaktiny harapa agar dimaafkan kekhilafan diri ini. Minta mohon jangan dibawa ke akhirat kelak... ampunkan kaktiny...

Semoga lebaran ini disambut dengan riang dan gembira – sebagai tanda kemenangan kita menjalani ibadah puasa – meskipun ramadhan berlalu (huhuhu... sedih nya.. semoga dipanjangkan umur untuk menemui ramadhan tahun depan... huhuhu).. namun, hadiah Allah kepada hamba-Nya yakni Aidilfitri, jangan disambut dengan hati yang gundah...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang menikmati ramadhan dan syawal tahun ini... semoga Allah sentiasa memberi rahmat, nikmat dan hidayah-Nya kepada kita semua.. amiiinnn...


SALAM LEBARAN DAN MAAF ZAHIR BATIN...

Lebih lajak daripada laju – Dr.MAZA


Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan....

Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.

Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

Sumber dipetik daripada Artikel Dr.MAZA.
*************************************************************************************

Bulan ramadhan ini, Boss memperlahankan aktiviti kerjanya, memberi tumpuan kepada ibadah untuk bulan mulia... bila boss kurang aktiviti secara automatik aku pun kurang kerja (kurang ker???.. or mmg tak ada???.. hihihi)

Jadinya aku banyak masa (time ni aje ke?) untuk membaca. Terbaru, aku baca tulisan-tulisan Dr. MAZA .

Apabila sampai kepada artikel di atas, aku rasa terpanggil untuk buat entri (hajat hati nak rehat daripada memblog sepanjang ramadhan nih.. hehehhe).

Bukan apa.. aku terasa terpukul sangat dengan tajuk “Jangan Lebih Lajak dari Laju” ni..
(banyak gak lagi yang lain-lain yg aku terasa cam kena penampar 18 kali, kena tembak 77 das, kena palu 45 kali dan yang rasa cam kena sula pun ada gak.. banyak sungguh kesalahan demi kesalahan yang aku buat.. bilalah nak insaf dan benar2 bertaubat ni?. ..)

Ini salah satu daripada sikap buruk aku.. ‘menjatuh hukum sebelum waktu pada yang bukan hak”.. perangai yang sungguh buruk dan sungguh teruk.. sewenang-wenangnya aku jatuhkan hukuman pada orang dengan menilai buruk orang serta meletakkan darjat seseorang itu di hati aku..

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Pantang kalau ada orang buat salah dekat aku, mulalah aku jatuhkan hukuman bahawa org tu akan terima balasan dari Allah kerana “menganiaya aku”, (KONON)!! macamlah aku ni baik sangat sampai tak boleh diuji dan dikeji!!!... macamlah aku ni bagus sangat sampai tak boleh dijentik dan diherdik!!!.... PERASAN YANG AKU SELALU BETUL DAN BAGUS!!!!... tidaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk........

Pantang ada terdetik di hati tentang ‘salah laku’ atau ‘silap cara’ orang di mata aku ni, mulalah aku mengeji dan memaki dalam hati, mengutuk mengata semahunya. Membandingkan dengan ‘kemuliaan’ aku (KONONNYA.. POODAAAAHHH)!!!... tapi aku tak sedar.. aku juga berdosa dan pahalaku dihakis dek dosa yang menimbun.. Astaqfirullah’ alaziiimmmm..... huhuhuhu..... (aku benci sudut diri aku yang ini.. bluweakk!!)

Ya Allah.. ubatilah hatiku ini dengan cahaya keinsafan.. sembuhkan jiwaku yang sakit ini dengan hidayah rahmat-Mu Ya Allah... sesungguhnya hanya pada-Mu aku berdoa dan memohon keampunan.. petunjuk dan rahmat agar jalanku tenang dan kembaliku pada-Mu dengan senang.. Ampuni aku Ya Rabb..

Semoga taubatku Allah terima, semoga aku diberikan pengampunan oleh-Nya, semoga aku diredhai oleh Yang Maha Pencipta dan semoga aku tak "terlebih lajak dari laju".. amiinnn

Kepada semua: Penuhilah 10 malam terakhir Ramadhan ini dengan ibadat, semoga kita menemukan Lailatul-Qadar.. malam seribu bulan.. dan semoga kita semua mendapat pengampunan, hidayah dan rahmat Allah.. Amiiinnn....

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.