(entri berjadual : auto-published).
KENAPA AKU BERBLOG YA??!!.. hmm...
Perlahan merenung diri dan menyelak entri-entri lama.. aku dapati dalam usia setahun jagung ini (bermula pada Mei 2008), aku melalui 3 FASA dan RASA sepanjang melayani DUNIA BLOG!.
Dan aku dapati.... berikut adalah SEBAB (melalui laluan Fasa)...
KENAPA AKU BERBLOG?!..
FASA 1: MELEPAS LELAH, MELAMPIAS RASA.
Memula dulu aku berblog (kredit to kaklong – sahabatku yg memperkenalkan aku dgn dunia blog ini, yg duluuuu aku langsung tak penah tau kewujudannya)..
Hajatku, tika dan waktu itu adalah sekadar aku ingin melepas resah, meluah lelah, serta menitip kisah untuk mengalihkan beban otak memikir dan berat hati menyayat atau dengan nama lainnya.. sebagai TERAPI JIWA utk mengalih hiba..
Duluuu… aku tidak tahu bahawasanya blog ini boleh ada ‘blogwalk’, ada ‘follower’, ada ‘rakan blogger’ serta boleh pulak ‘meninggalkan komen’.. SUNGGUH AKU TAK TAHU!. Hahaha...
AKU MENULIS SEMAHUNYA.. @ SYOK SENDIRI!!..
Aku cuma menulis, menaip, bercerita sesuka hati perut otak akal minda rasa mahu aku ja.. (aku pernah terasa pelik pada org yg dtg tinggal komen kt entri aku..) bila ada org komen yg dia macam tak percaya cerita aku, rasa hangin satu badan dan nak marah jugak.. dulu la.. duluuuuu.... hahaha.... "naive" sgt la masa tu kan.. (sedap sikit sebut naive drpd sebut ’bodoh’ kanz.. warghkahkahkah...)
FASA 2 : BERMAHARAJALELA DAN MENGGILA
Kemudiannya.. baru aku tahu yg orang lain pon ada blog!! (mmg 'kesian' kan.. kuikuikui)… buleh plak kalau nk jalan-jalan lawat blog org lain.. boleh jugak jadi follower org, ada function blog list, function follower dan sebagainya.. (duluuuuuu… nk upload gambar pon aku tak tau nk wat camner.. sebab tu semua kisah bertulisan jer.. kehkehkeh).
Timbul satu rasa ‘ketagihan’.. (istilah BLOGGER TEGAR kata mereka).
...SETIAP HARI NK NGADAP BLOG, NK TINGGAL KOMEN, NK BALAS KOMEN and so on.. AKU INGIN BERBLOG SETIAP MASA!! (keparahan jiwa yg maksima!)
“ADDICTED” – ya.. ketagihan yg boleh dikatakan agak parah jugak (sehingga “TERABAI” sesetengah perkara.. huhuhuhu).
MENULIS MEMBUTA TULI @ OVER ACTING!!.
Semua benda aku nak cerita.. setiap pergerakan aku nak melaporkan.. Nak plak dah belajar UPLOAD GAMBAR.. laaaagggiii banyak kisah yang aku nak tulis.. kehkehkeh..
Aku jadi ‘gila’ untuk menulis, meninggalkan komen serta pergi semula ke blog orang yang aku tinggalkan komen untuk melihat komen balas.. ternanti dan tertunggu komen balas serta entri baru rakan-rakan maya.. juga sibuk nak tengok bilangan orang yang datang dan tinggalkan komen kt entri aku… (dan adakalanya rasa cam nak marah jugak bila ada orang masuk / baca entri aku tapi tak tinggal komen dan tak balas komen aku diblog mereka.. hahahha.. memang GILA kan!).
Perkara ini berlarutan sehinggalah kepada SATU TRAGEDI MUNCUL!.
“PERISTIWA TRAGIS DAN PEDIH”..
”BLOG” menjadi PUNCA ANGKARA (atas 'kesalahan' aku berblog sebenarnya!!)
... satu komplot ‘TIKAMAN’ yg membuatkan aku bertindak MENGUNCI BLOG dari tatapan umum!. Buang semua blog list… buang semua follower… langsung tak menjengah ke ‘rumah’ sesiapa!.. DIAM YG DIAM!. MEMENDAM DENDAM!.
.. dan timbul PERSENGKATAAN.. yang juga berpunca daripada BLOG!.
Lama jugak aku ‘DIAM’ merawat luka dan duka kerana ‘PERISTIWA serta PERISTIWA’ itu…
Hanya sesekali aku menjengah kerana ‘DENDAM’ dan kerana ‘MARAH”.. (Nauzubillah hi mindzaalik)..
...........................................
Dalam diam, perlahan-lahan aku merenung diri.. kembali merawat jiwa dengan cara sebenar yakni KEMBALI KEPADA AL-QURAN dan HADIS.. pesanan dan sunnah Rasullullah serta amanat orang orang bijaksana melalui tulisan dan buku mereka ku baca dan ku telaah.. juga.. aku menjengah ke blog-blog rakan maya lain.. untuk melepas rindu.. serta mencari ILMU...
Alhamdulillah.. sehari demi sehari aku mampu memotivasikan diri sendiri (walaupun adakalanya goyah), cuba menguatkan jiwa dengan iman (yang kadangkalanya tersasar juga)..
Aku mula belajar mengambil iktibar, belajar menerima hakikat kebenaran, belajar meletakkan kesalahan ke atas diriku.. belajar meredakan amarah, belajar memahami sabar juga belajar mengucap syukur dan belajar memandang hikmah di sebalik kejadian yang berlaku…
TIDAK LAGI MENUNDING JARI kepada mereka yang kononnya 'berkomplot menikam' aku..
TIDAK.. TIDAK... TIDAK... bukan 100% kesalahan itu perlu mereka tanggung, peratusannya banyak ke arah diriku..
(dan kini.... aku telah lepaskan segala amarah, dendam dan sakit hati itu.. aku redha dengan ketentuan-Nya dan aku berterima kasih kepada KALIAN wahai KALIAN kerana memainkan peranan besar dlm peristiwa itu.. ia benar-benar membawa PERUBAHAN YANG INDAH dalam jiwaku dan hidupku... SUNGGUH!... TERIMA KASIH SETULUSNYA.... SYUKRAN YA ALLAH..).
.. DAN, AKU TELAH TUTUP BUKU UTK KISAH-KISAH ITU!!...
Itu kisah lama...
TAPI BENAR... mengalihkan satu sudut derita kepada penulisan di blog benar-benar mampu menjadi TERAPI JIWA DAN MOTIVASI MINDA utk diriku (sekurang-kurangnya utk ketika itu dan kini).. Syukur Alhamdulillah.
FASA 3: BERTUJUAN
YA!. KINI AKU KEMBALI AKTIF SEMULA... tapi tidak dengan perasaan dan keghairahan dulu... tidak terlalu ingin membuat entri setiap hari.. tidak terlalu konsisten menjawab komen setepat masa... tidak sangat-sangat ingin meninggalkan komen di blog yg dilawati... juga tidak terlalu ingin melihat samada komenku segera dibalas... (sesuka rasa la kiranya.. hihihi)
Perlahan aku mendidik diri dan jiwa agar BERSAHAJA... (walaupun sesekali entri, komentar dan ulasan aku agak pedih, kasar dan nadanya tidak sesuai utk tatapan umum.. dan ada juga yang panjang meleret sampai buleh buat entri di ruangan komen rakan maya... MAAF.. ianya adalah kekhilafan diriku!!..)
Sepanjang aku merungkai dendam di Fasa 2.. aku banyak menelaah tafsir Al-Quran (Alhamdulillah, ini rupanya hikmah kejadian di Fasa 2 - mungkin!) ... melewati blog-blog yang berilmiah.. serta menambah pengetahuan dari pembacaan ilmu ... daripada penerokaan dan pencarian diri itu, aku temui satu 'dimensi' baru.. yang kemudiannya menimbulkan semula MINATKU untuk MENULIS DI BLOG!.
MENULIS UNTUK MENYAMPAIKAN!.
Ya!. Kini, aku aku ingin menulis di blog dengan tujuan.. meskipun masih kekal dengan cara penulisanku yang MELERET DAN BERJELA, dan MASIH ADA juga entri yang CACA MARBA.. tetapi aku ingin menyelitkan 'penyampaian' melalui tulisan ini.
"Penyampaian" ini adalah kepada:-
(5). Diri Sendiri
Sebagai PESANAN, PERINGATAN DAN NASIHAT - kepada DIRIKU SENDIRI.. inspirasi diri – aku menulis segala yang terlintas di benakku.. untuk tatapan diriku sendiri.. AKU PEMINAT TEGAR BLOGKU SENDIRI!! (buleh?? hahaha).
Apa yg aku catatkan adalah utk PERINGATAN kepada diriku... juga sebagai KENANGAN.. kerana di dalam ini terdapat pelbagai kisah diri, keluarga, peristiwa, dan apa saja yang aku ingin catatkan, yang aku humbankan dalam bentuk tulisan - utk aku selak dan mengimbau kisah dan sejarah… serta ada daripadanya yang aku jadikan motivasi dan sumber kekuatan kepada diriku sendiri (juga utk aku nilai tahap diri).
(4). Anak-anak
Sebagai catatan tinggal untuk anak-anakku agar mereka tahu 'kisah dan nada' ibu mereka di saat tulisan itu tercatat – agar ada di antara tulisanku yang dapat mereka ambilnya sebagai panduan dan tunjuk ajar – juga sebagai kenangan abadi yang dapat ibu ini tinggalkan kepada mereka jika ditakdirkan ibu ini pergi dahulu tanpa sempat mengajari, meleteri, mengimbau kenangan, berbahasa basi serta membimbing mereka ke usia dewasa.
'PENULISAN INI ADALAH SEBAGAI AMARAN, NASIHAT, HARAPAN, AMANAT JUGA TINTA KENANGAN SEORANG IBU UNTUK ANAK-ANAKKU!!'.
(3). Masyarakat
Berusaha menjalankan sekelumit tanggungjawab sosial (Social Responsibility) sebagai jemaah Islam (yg nanti pasti akan ditanya Allah tentang amalan yang kita lakukan)..
Berusaha mengerjakan “AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR” dengan menyebarkannya melalui tinta (meskipun adakalanya bahasa aku tidak sesuai utk setiap golongan lapisan masyarakat.. itu adalah kerana kelemahan dan kekhilafan diriku sendiri.. MAAFKAN AKU!).
Firman Allah:
"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar dan berpalinglah daripada orang yang tidak berpengetahuan itu." (Al-Quran Surah Al-A’raf 7: Ayat 199)
Sekiranya satu ayat daripada beribu tulisan di entriku dapat memotivasikan seorang insan atau mampu menyedarkan satu jiwa, itu sudah amat aku syukuri.
(2). Rasul Junjungan – Nabi Muhammad S.A.W
Isi khutbah Nabi Muhammad S.A.W yang terakhir menjadi pendorongku untuk menulis.
Sabda baginda Rasulullah:
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Firman Allah:
"Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; Allah memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang tidak beriman." (Al-Quran Surah Al-Maidah 5 : Ayat 67)
Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang mendapat wahyu Allah ini, telahpon menjalankan perintah yang difirmankan Allah. Tanpa jemu dan tanpa ingkar.
Justeru, apabila Rasul Allah Muhammad S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat". (hadis Riwayat Al-Bukhari)
Maka, ianya mendorong semangatku untuk menulis ayat-ayat Allah dan pesanan Rasulullah sebagai ingatan kepada diri sendiri serta kepada kalian yang ingin mengetahui, agar kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Rasulullah S.A.W berpesan bahawasanya manusia mati membawa tiga perkara bersamanya:
i- Sedekah Jariah
ii- Doa anak yang soleh
iii- Ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk orang lain.
Maka itu, aku mohon pada Allah agar penulisanku ini diterima Allah sebagai "Ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk orang lain" – setidak-tidaknya ketika kalian membaca petikan terjemahan surah Al-Quran yang aku catatkan.
(1). Allah
SATU YANG PASTI, melalui tulisanku ini - aku mohon agar ia menjadi satu cabang untuk aku mengingati Allah dan mendapatkan keredhaan-Nya.
Firman Allah:
"Orang-orang yang mengingati Allah, ketika berdiri dan duduk, ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi akan mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka!’". (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 191).
Firman Allah:
"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?" (Al-Quran Surah Ibrahim : 44)
Samaada cara penulisanku diterima atau tidak, di suka atau di benci.. oleh pengunjung yang membaca... itu adalah hak individu yang menilai.. tiada paksaan, tiada rayuan.. aku sekadar mencari ruang dan peluang untuk mengumpul saham akhirat melalui anugerah kecerdasan akal dan fizikal serta kemudahan duniawi yang Allah pinjamkan sementara kepadaku di dunia ini.
Aku berpegang kepada nasihat Al-Lukmanul Hakim kepada anaknya:
“Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dan kata-kata mereka. Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata.”
“Ingatlah anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung harapanmu kepada Allah.”
Ya Allah Ya Dzal Jalali wal Ikram.. bersaksilah.. bahawasanya aku menyahut seruan-Mu serta amanat Rasulku... dan aku berpegang teguh dengan Al-Quran Kalamullah-Mu yang suci dan benar!!.
Ya Allah.. tulisanku ini sekadar satu penyampaian - JAUHI AKU DARIPADA SIFAT KUFUR, SOMBONG, DAN BONGKAK.... Izinkan aku menghargai dan menikmati rahmat kasih sayang-Mu menerusi baitan ayat-ayat ini Ya Rabb. Mohon ampun di atas kekhilafanku dalam menyampaikan... Redhai aku Ya Allah.... Ameen".
- BLOG INI BUKANLAH BLOG SEORANG USTAZAH, JUGA BUKAN SEORANG PAKAR AKADEMIK, BUKAN SEORANG ILMUAN ULUNG, JAUH SEKALI SEORANG ALIM ULAMA'..
Ia hanyalah blog picisan seorang Kakak, seorang Makcik, seorang Insan, Wanita, Ibu, Isteri, Anak, Adik, Menantu, Ipar, Biras, Teman, Saudara, Jiran, Pekerja, Pelajar, Masyarakat yang minatnya terarah kepada "MENULIS DI BLOG".
Ia juga adalah hasil penulisan seorang Umat Muhammad yang dahagakan ilmu, motivasi dan panduan hidup bagi mengemudi dunia untuk melayari akhirat yang abadi. Juga hanya seorang hamba Allah yang sangat-sangat memohon, meminta, dan mengharapkan KEREDHAAN ALLAH dunia dan akhirat.
- sedar dan akur.. diri ini masih tidak terlepas daripada menulis mengikut emosi, mengikut nafsu yang menguasai diri, adakalanya terlalai lantas cuba menegakkan benang yg basah, menghentam sesuka jiwa sesedap rasa.. tersasar seketika iman tatkala dipandu emosi... kerana hamba ini hanya seorang manusia yang penuh khilaf.. MAAFKAN KEKHILAFANKU!-
- wahai kalian... tidak sedikit pon aku merasa satu tangga lebih mulia dari kalian dengan menyampaikan ilmu yang sekelumit ini.. TIDAK.. Ilmu ini hanya pinjaman Allah, bukan kerana kepandaian diriku, bukan juga ilmu baru yang aku temui.. BUKAN..
Justeru, dengan rasa rendah hati dan ketulusan jiwa..
AKU MOHON... TOLONG JANGAN BENCI AKU DENGAN GAYA PENULISANKU.. DAN JANGAN MENCEMUH AKU JIKA KALIAN TIDAK BERSETUJU DENGANKU... JANGAN KALIAN MENYIMPUL DOSA KERANA PENULISANKU......
aku hanya ingin mencari redha-Nya Illahi.. Semoga diberkati oleh-Nya. Ameen.
Firman Allah:
"Allah menjadi saksi dari apa yang diturunkan-Nya kepada engkau, yang diturun-Nya dengan ilmu-Nya; dan juga malaikat-malaikat menjadi saksi. Cukuplah Allah itu menjadi saksi". (Al-Quran Surah An-Nissa' 4 : Ayat 166).
.