Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, January 25, 2011

Pemikir atau pemikirannya?..


Adakah dia seorang pemikir?.. atau dia hanya menggunakan daya pemikirannya untuk berfikir apa yang dia mahu fikir?.. ya, diakui dia hebat di pulau kecilnya itu.. tapi.. HANYA setakat di situ (pada aku la!)

Berbeza sangat dengan Rasul Junjungan umat Islam.. Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wassalam... Baginda seorang pemikir agung yang memikir secara kritis, tanpa andaian tanpa membabi buta.. dan akhirnya beliau menemui jawapan kepada kemaslahatan jiwa dan dunia.... maka itulah beliau dinamakan Rahmatan-Lil ’alamin (pembawa kesejahteraan sejagat - kepada seluruh alam). Maka itu, Rasulullah itu PEMIMPIN terbaik, kerana baginda keluar daripada pemikiran jahil.... meneroka lorong kesulitan... menyingkap rahsia dengan kejujuran dan menyebarkan kebenaran.

Adapun si dia yang mengikut pemikirannya mengemudi pulau kecil yang dikatakan kota singa itu, telah mengkritik dengan JUJUR tanpa TELUS (mungkin.. wallahu’alam), kerana dia menggunakan pemikirannya utnuk menentukan apa yang difikirkan... tanpa menjadi pemikir dan pentaksir..

Namun, aku amati, mengapa terungkap perkara itu di dalam benak fikir si dia itu... aku perhatikan sekeliling.. sebelum menunding jari meletakkan semua batu kesalahan ke bahu tuanya... aku renung tenung jauh ke dalam diri.. memerhati sekeliling, memandang ke kerusi atas bawah sisi tepi dan setiap sudut.... tanpa sedar, di situ ada satu anggukan kecil yang buat aku mengerti, mengapa bencinya si dia meluap di hatinya, marahnya si dia terkesan dijiwanya, dendamnya si dia terungkap dek kata-katanya..

KERANA: dia melihat apa yang terlihat.. dia menilai apa yang tergambar... dia menilik apa yang tertera.. dan hatiku berkata... DIA TIDAK BERKESEMPATAN "MENGENALI" RASULULLAH S.A.W WAIMA KHALIFAH-KHALIFAH AR-RASHYIDIN.. maka itu pemikirannya di aliran sebegitu..

SEDIH!!.. SUNGGUH SEDIH.. SUNGGUH KASIHAN!!

Pemikirannya tersasar sedemikian, kerana kedua-dua negara yang mengapitnya juga tidak menunjukkan "BAGAIMANA RASULULLAH MENGEMUDI BAHTERA ISLAM DENGAN SETULUSNYA".. andai sahaja Baginda masih ada.. andai sahaja umat islam mampu mencontohi sebenar-benar Baginda.. pasti persepsi-persepsi itu tidak muncul di benak mana-mana penganut agama yang tidak menyembah Allah itu..

Bimbang bersarang dijiwa.. sementelah mendengar kisah isu Interlok yang masih belum menemui jalan penyelesaian (aduhaaaiii.. susah sangat ke isu tu nk diputuskan?.. macam nak gubal akta pulak susahnya nak buat keputusan!!..haish..), ini, isu si dia itu pulak yang memuntahkan lahar kesumatnya dalam bentuk tulisan juga (ada sesiapa nak boikot? nak buat pindahan?.. nak buat bantahan?.. NAK BAKAR???), ini, timbul pulak isu dari satu lagi etnik masyarakat majmuk negaraku yang ”1” ini....

Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia (Pemimpin) yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang, padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan mencari keridaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barang siapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus. (Al-Quran Surah Mumtahanah 60 : Ayat 1)

Wahai Rasulullah.. Rasul pujaan dan sanjunganku.. aku merinduimu wahai kekasih Allah.. berpeluangkah aku menatap wajahmu?... menjawab salammu?.. mendapat syafaatmu?.. Ya Allah... permudahkan urusan dunia dan akhiratku.. Berikan aku ruang dan peluang menemui Rasulku.. ameen.

Tak apalah orang tua.. sebutlah perkataan yang ingin kau sebut diakhir usiamu ini. Aku berpegang pada janji Allah dan akan disaksikan kebenarannya di akhirat kelak..

Firman Allah:
"Kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan kesukaan belaka!. Dan kalau kamu beriman dan memelihara diri dari kejahatan, Tuhan akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak meminta harta-hartamu". (Al-Quran Surah Muhammad 48 : Ayat 36)


Tangkas fikiranku ligat mengingati satu kisah yang ku baca. Kisah Imam Hassan Al-Banna.

Satu hari, Imam Hassan Al-Banna menangis. Orang di sekelilingnya bertanya:
“Sheikh, kenapa kau menangis?”

Dia menjawab: “Aku teringatkan orang-orang red indian di pendalaman. Aku risau mereka akan dipersoalkan di hadapan ALLAH akan sebab mereka tidak mendapat hidayah, dan mereka akan menjawab: Hassan Al-Banna tidak berusaha datang kepada kami menyampaikan kalimahMu”

Satu hari, Imam Hassan Al-Banna ada berkata:
“Kalaulah aku mampu, aku ingin mengetuk perut setiap ibu yang mengandung, untuk menyampaikan kalimah ALLAH kepada bayi yang masih berada di dalam rahim”

Tetiba hatiku tertanya.. Bukankah tugas para Da’ie, para Ulama’, para Agamawan adalah menyebarkan Islam dan memberi penerangan tentang kebenaran Islam.. Mengapa tidak ’tersampai’ penerangan itu kepada si dia itu?.. (begitu mudah aku melempar amanah kan!!.. aduuhhh).

Tolonglah.. wahai para Da’ie, para Ulama’, para Agamawan...
TOLONG JANGAN JADI SEPERTI AKU.. YANG HANYA MAMPU ’BERSUARA’ DAN MENYAMPAIKAN DI BLOG SEMPIT INI.. TIDAK MAMPU BERTENTANG MATA, BERCERITA DAN MENYEBARKAN TERUS KEPADA MEREKA...

SELEMAH-LEMAH IMAN ADALAH MENYANGGAH DENGAN HATI..

WAHAI!!.. LEMAHNYA IMANKU!!...

Doaku seperti dalam Firman Allah ini.

Firman Allah:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa-dosa kami; Sesungguhnya Engkau sahaja Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana”. (Al-Quran Surah Mumtahanah 60 : Ayat 5)


(Malu untuk memohon redha Allah... kerana kelemahan iman yang sangat ketara.... tetapi.. Ya Rabb.. aku hanya ada KAMU untuk aku mengadu hal, meminta pertolongan dan memohon keredhaan.. kerana aku adalah hamba-Mu dan dalam ketentuan-MU... Tolong Allah.. redhai aku... ameen).
.
.

23 comments:

aNIe said...

Tiny...membaca entry ini terasa betapa kerdilnya akak... terlalu kerdil....

Semoga diampun segala dosa2 yang telah kita lakukan...Thanks tiny...

KAKTINY said...

kak anie > jangan kata akak.. tiny yg nak taip ni pon terhenti sebak beberapa kali... terasa lemah sangat iman ni.. malu pd Allah.. malu pada Rasulullah.. konon kata nk berjihad, tapi nk menangani isu kuman sebesar itu pon tak mampu.. huhuhuhu...

sedih la kak.. sungguh!..

kayteeze said...

Kak tie ni lagi lah jauh ketinggalan. Entah apa-apa je. Cuma tahu kemas rumah, sediakan makan untuk suami dan anak-anak, err.... sikit benar. Paling jauh dapat pergi hanyalah doa... doa untuk kesejahateraan umat Islam dan semua keturunan kita. Takut gak, ramai betul orang murtad sekarang ni...

kak Erna said...

salam tiny..akak tak pernah tinggal baca n3 tiny..
meresap dan membuatkan akak berfikir..
tapi akak selalu tak pandai..bagaimana nak respon..
tak tau nak komen macamana..tapi..memang meninggalkan kesan dan kesedaran..

KAKTINY said...

kak tie > adakalanya lagi bagus tak tau apa2 pasal dunia luar ni kak.. adakalanya lagi bagus tahu takat jaga suami dan anak2 aje..
dunia luar terlalu 'bingit' kak.. terlalu menakutkan!!..
bila kita tau, tapi buat tak tahu, kita bersubahat..
bila kita tahu, tapi tak nak betulkan, camne nk dpt syafaat?.. uwaaaaa... waaa.. waaaa...

KAKTINY said...

kak erna > salam kak.. akak baca pon tiny dh cukup bersyukur kak.. sekurang-kurangnya terjemahan firman ayat-ayat Allah itu ada juga mata hamba Allah yang menatapnya.. (terima kasih.. huhuhu..)

nak bertindak tak berani dan tak de keupayaan (alasan kan..).. jadinya hanya mampu nk bersuara melalui tinta sepi ni kak..

moga-moga Allah sentiasa memberikan hidayah-Nya kepada kita semua.. ameen.

iina said...

Hidayah itu kadang2 tidak boleh dirancang.. mungkin Allah dah kata.. takkan sampai untuk dia.. siapa kita kadang2 nak persoalankan.. sebab benda hidayah nie pun anugerah Allah juga kan.. kalau belum sampai masa untuk dia.. maka takkan sampai untuk dia contoh paling nyata bapa saudara rasullulah.. dia juga tak sempat memeluk islam walaupun Rasullulah ketika itu sudah pun diangkat sebagai rasul.. kadang2 tidak semua itu dapat kita rancang ketentuan dan peristiwanya.. yang mampu kita buat adalah dengan berdoa semoga pintu hatinya dibuka ;)

KAKTINY said...

iina > betul tu iina.. hidayah tu hak Allah.. tak siapa buleh pertikaikan..
tetapi jalan menunjukkan kebenaran tentang Islam itu adalah tanggungjawab semua umat islam kan..

bila ada seorang PEMIMPIN BESAR SEBUAH NEGARA BUKAN ISLAM menyatakan secara terbuka di media yang diperhatikan dunia dgn kenyataannya : "mendesak umat Islam setempat untuk jangan terlalu 'ketat' dalam mengamalkan ajaran Islam sebagai bagian membantu proses integrasi dan pembangunan bangsa di negara tersebut". ... aku jadi takut sangat.. apa yg dia faham tentang ISLAM? siapa sumber rujukan dia ketika menyebut "ISLAM" itu secara lantang dan TEGAS!.

'dia' bukan sahaja tak dapat hidayah tetapi malang sungguh telah membawa 'DAKYAH' yang mampu menghancurkan pemahaman dan pemikiran org bukan islam serta org islam yg 'sealiran pandang' dengannya.. itu aku sungguh bimbang!!.. SUNGGUH!!.

ARIPSAMAT said...

terima kasih untuk n3 ini...

KAKTINY said...

aripsamat > saya hanya mampu dan berani meluahkannya di sini..
tetapi terlalu penakut utk berhadapan sendiri bagi memperbaiki dan memperbetulkan keadaan..

huhuhuhu...

kayteeze said...

Ooo... kak tie baru faham entry Tiny ni. Punyalah blur makcik ni, hehehe...

Betul tu Tiny, seharusnya kita kena respond tentang apa yang diperkatakan 'dia' tu. Maksud kak tie, orang yang berilmu laa.. biar 'dia' faham yang Islam ni bukannya agama yang cincai. Bukan macam 'agama' dia. Tok nenek dia pun disembah macam tuhan..

e.i.s.r.a.a said...

Salam
Whoaaa... ilmiah la entri akak. Boleh jadi 'Datuk'ni... Hehehe

KAKTINY said...

kaktie > 'itulah' kisahnyer kak.. huhuhuhu...

semoga ada jalan hikmahnya.. Allahu.. (bimbang sungguh hati ni kak!!.. huhuhuhu).

KAKTINY said...

eisraa > jadi 'Datuk'??.. bab tu rasanya sukar kot dik oii.. tapi yg CONFIRM dapat adalah jadi "MAK NENEK".. hah!.. itu mmg sah dan nyata.. kehkehkeh...

Mak Su said...

tq kaktiny, byk memberikan sokongan :)

Masy said...

sy folo komen maksu :)

KAKTINY said...

maksu > nk bagi duit ringgit, takde ribu riban nk hulur.. itu je yg termampu maksu.. hihihi..


masy > naper kaktiny nak gak gelak walaupun ko sebenarnya tak komen ape2?.. hahaha...
ko mmg kiut la dik.. hihihi..

Neeza Shahril said...

Salam Tiny.. hmm.. takut juga tulisan kita nanti jadi sebab untuk kita ke neraka kan... Nauzubillah..

ckLah@xiiinam said...

Barakallahu...

Nek Cun said...

Salam Tiny, sajer menjengah sejenak untuk mengeratkan kembali sirratulrahim yang hampir dilupakan... Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT...Amiiinnn...

KAKTINY said...

kak neeza > mmg itu sgt tiny takuti kak.. kelak tulisan ini pon akan menjadi saksi ketika lidah dikunci..

semoga ada baitan ayat yang mampu menutup kejahilan ayat yang lain..

wallahu 'alam bissawab..

huhuuhuuu...

KAKTINY said...

cklah > tiny pulangkan segala rasa kembali kepada Allah..
sambil menginsafi kelemahan dan kekhilafan diri.. Allahu..

KAKTINY said...

nekcun > terima kasih nekcun.. sudi menjengah kembali ke sini dan merapatkan kembali tautan yang kian terlerai.. Alhamdulillah..

terima kasih banyak2..
:)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.