Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, January 06, 2011

“Saya Minta Maaf”.


Aku mengambil sehelai suratkhabar lama selepas membasuh 'sesuatu' dan ingin membungkusnya dan seterusnya membuangnya....

Sempat pulak aku menyelak helaian akhbar yang ku ambil.. (maklumla, ’setahun’, daripada 30.12.2010 sampai 4.01.2011 aku bercuti merehatkan jiwa di 2 destinasi di luar Kuala Lumpur bersama keluarga dan mertua serta ipar dan biras, buat aku tak teringat nak ambil tahu perihal dunia.. perihal kami anak-beranak lagi banyak yang aku kisahkan... kehkehkeh)....... sekilas membaca kisah yang terpapar, tiba-tiba, aku jadi ingin baca hingga habis.. dan HAISHH!!!

Kisah yang ku baca itu menyatakan bahawa Si Ibu melenting bila kisah anaknya ’berkemban’ dijadikan isu.. katanya.. "ITU PERKARA REMEH".. katanya... dia meminta masyarakat beralih kepada isu yang lebih BESAR daripada isu anaknya berkemban!. ERRRKKKK???...

Isu anak berkemban tak remeh eh cikgu?? (masa ni terasa ringan tangan aku nk tepon tanya kat cklah.. kahkahkah)..

Hmm... nanti bulehlah anak-anak "perempuan" ibu-ibu di luar sana jadikan modal bila mereka nak pakai "baju berkemban"!!

Mak : Apa yang kau pakai tu hah??!. Pakaian macam ni nak keluar rumah?

Anak : Relaks la mak.. berkemban ni isu remeh je la. Tengok Cikgu tu.. sporting je 'back up' anak dia. Banyak lagi isu besar lain mak kena fikir. Isu minyak masak yang disorok, isu petrol naik harga, isu sapa mak nak undi utk PRU akan datang. Tu lagi penting!.

.... hmm... lepas tu yang si anak perempuan tu, di angkut dek jantan naik motor tengah malam, pegi taman tasik balik-belakang pokok.. senang kerja si jantan, takyah nak bukak butang segala bagai.. dh tersedia hidang..!!!..

Pastu 9 bulan nanti, dtg khabar berita. "Bayi dihantar ke ‘Baby Hatch’.. dan remaja yang melahirkan anak luar nikah itu di hantar ke sekolah di Melaka"...

Hmmm... REMEH RUPANYA MASALAH INI BG CIKGU ITU!!..

Tetiba aku jadi benci. Benci 'statement' riak dan berlagak cikgu itu. Aku benci sangat-sangat. "SAYA MINTA MAAF!".

.... lantaaasss.... helaian akhbar itu aku BUNGKUS ‘SESUATU’ ITU dengan rasa yang marah!!.. dengan kadar segera aku lempar terus ke dalam tong sampah!!..

(aku tak hingin nk letak gambar barisan "para berkemban" itu di sini.. aku tak mahu terlibat dengan memaparkan gambar yang menghampirkan kita kepada ’zina’!!.. nauzubillahimindzaalik!!)

[... Cikgu.. "SAYA MINTA MAAF".. bukan niat saya untuk membuka aib cikgu mahupun anak-anak cikgu.. cumanya, saya gerun apabila cikgu berbangga dan memandang remeh dengan keaiban yang terang-terangan dilakukan oleh anak-anak cikgu dan membiarkan aib itu terpampang kepada umum!!.. saya juga mempunyai aib.. tiada manusia yang terkecuali.. namun, saya mohon agar Allah lindungi keaiban saya dan semoga Allah memberi keampunan ke atas dosa yang dilakukan.. dan.. tolong.. cikgu telah berada di pentas yang masyarakat memandang cikgu.. janganlah menjadi ibu yang 'tenang' apabila anaknya menghampiri 'zina'..]

Berpakaian yang sedemikian setentunya mengundang ZINA.. zina bagi mata yang melihat.. zina bagi mulut yang mencaci juga memuji... zina bagi telinga yang mendengar cacian dan pujian (maksiat), juga zina bagi minda dan hati yang terbicara sesuatu mengenainya.. (dan.. bayangkan berapa banyak mata yang memandang, minda dan hati yang berbicara.. dan berapa banyak dosa zina yang ditanggung!!.. aduuh...)..

.................................................................................................................

"Ya Allah, Jangan jadikan aku seorang ibu yang tenang melihat kekejian perbuatan mungkar anak-anak!. Jadikan aku Ibu yang tegas dan segera membantah anak-anakku apabila mereka berkeinginan mengikut telunjuk ’syaitan’ dalam berpakaian, perkataan juga perbuatan!.

Ya Allah.. Jangan jadikan aku seorang Ibu yang mampu melihat ’maksiat’ yang dilakukan oleh si anak di hadapan mata ini..

Tuntun dan tunjuki aku serta suamiku Ya Allah, untuk menjadikan anak-anak kami muslim dan muslimah yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.. serta berikan kami kekuatan untuk membentuk keluarga kami menjadi keluarga yang sakinah.... Ameen."



Anak-anak, adik-adik, saudara-mara perempuanku..

Aku tahu pakaianku juga masih belum sempurna sebagai wanita muslimah.. aku akur kekhilafanku dalam menjaga aurat..

Tetapi, TOLONG.. mari kita bersama memperbaiki diri... bermula dengan aurat pada anggota.. kemudian hati diikuti seluruh penyempurnaan jiwa.. untuk mencari redhanya Illahi..

Firman Allah:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, supaya mereka menutup seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian mereka lebih mudah untuk dikenal, dan kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah Al-Ahzab 33 : ayat 59)


Semoga mereka insaf.

Sabda Rasullulah kepada Asma : Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)


Semoga aku juga dapat membetulkan cara pakaianku dalam menjaga auratku.

Semoga aku mampu beristiqamah dengan penjagaan aurat yang sempurna. Ameen.

Firman Allah:
Allah nanti akan memperbaiki pekerjaanmu dan mengampuni dosamu. Dan siapa yang mematuhi Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia akan memperolehi keberuntungan yang besar".
(Surah Al-Ahzab 33 : ayat 71)


Ku mohon redha-Mu Allah. Redhai aku.. Ameen.

.

17 comments:

kayteeze said...

Salam Tiny,
Kak tie ada tengok rancangan tersebut, masa tu Pak Aziz Satar jadi pengacara.. 'kenyang' dia malam tu, haha...

Memang kita dah tahu pendirian 'cikgu' tu, tapi.. mungkin dia sanggup pikul bebanan tu kot. Cuma kita bimbang ianya akan jadi ikutan dan kebanggaan orang-orang lain.

Kak tie ni akui, memang kurang ilmu, tapi masih lagi tahu rasa malu. Harap-harap yang terbabit sedar sendiri. Kekadang, kita susah nak 'ajar' seseorang tu, mungkin kerana hatinya belum dapat hidayah dariNya.

KAKTINY said...

kak tie > salam kak.. bukan apa kak.. tiny sedih sbb sblm ni, tiny 'respect' tgk cikgu tu.. sifat keibuan dan kelembutannya mendidik anak2 'org'..

tapi.. bila dia keluarkan statement mcm tu.. seketika jadi jiwa kacau plak dlm diri.. berperang dgn soalan demi soalan dlm kepala hotak tiny nih...
..seketika, tertanya sendiri, "kenapa dia bertudung"?? sedangkan dia sanggup melihat anaknya 'terdedah'?.. mcm confuse sejenak!..

aduuh... jahatnya otak tiny ni kak!!.. tu yg nk mintak maaf tuh!!.. huhuhuhu..

Masy said...

alaa ape nk heran kak.. dulu isu anak sulung dia kuar gambar kiss2 pipi jantan kt internet pon dia rileks je, cakap mende tu takde pape. agaknye nk kene ade pic anak dia tgh buat projek kot baru dikira ada 'apa-apa'.

kiss jeee.. bukan beromen pon
berkemban jeee..bukan bogel pon

takpeeeee.. remeeehh jeeeeeeee

KAKTINY said...

masy > OOOOOOOOO... (dgn mulut terloooppooonnnnggg membacanya!!...)

...gitu kesah ropanyer.. mmg dia Ibu yang TENANG BERTENANG sungguh haih..

mmmm... remeh yer... hmm.. remeh rupanyer.. hmm.. dia rasa hukum Allah tu remeh je kot.. selamat bertenangla cikguuuuuu....

....semoga ketenangan itu dinikmati juga bila menjawab soalan di 'sana' kelak..


... semahunya, taknak jd setenang itu dlm menangani kemungkaran!. Allahu..

tasekM said...

yu bungkus pad yek tiny...? he he.


.

kakpah said...

sapa cikgu ..
anak sapa yang berkemban..
ish.. sungguhlah akak kau ni ketinggalan keretapi.
apa-apa pun .. statement yang mengatakan berkemban tu perkara remeh adalah satu statemen yang biadab. cis!!!!!

ckLah@xiiinam said...

Kan kakPah...
Cikgu mana tu?
Cikgu ke dia?


Hmmmmm, memang remeh betul cikgu tu.



***Pernah dengar kenyataan seorang artis;
"Walaupun I pakai seksi macam ni, I masih jaga maruah I tau!"

.......hmmm, mungkin dia menganggap maruah dia cuma di bahagian kecil yang mampu ditutup itu saja.

iina said...

Itu statement bodoh sombong.. itu jek aku leh cakap.. sebab org yang cuba menidakkan yang salah.. sentiasa salah.. walaupun sejuta alasan diberikan ;)

Tijah said...

nak tengok ramai org berkemban? kat red carpet masa anugerah pilem. ntah hapa2 tahh...

KAKTINY said...

tasekM > chaits ko tas.. itu bukan topiknya.. itu sekadar mukadimahnyer jer.. kehkehkeh…

KAKTINY said...

kakpah > ingatkan tiny sorang je yg dh lambat kejar train.. akak pon sama eh.. kuikuikui...
Cikgu tu adalah cikgu utk program hiburan realiti tv.. hmm... agaknya pasai tu la dia tak kisah.. pasai dia cikgu program HIBURAN.. tu pasal jd tak ketahuan!.. owh sedih!!.. huhuhu..

KAKTINY said...

ckLah > ye la cklah.. dia cikgu yg tak dapat kelulusan dalam bidang Perguruan, pasai tu dia jadi lagu tu.. dan buleh tgk anak2 dia buat macam tu.. hmmm….

Membaca (terbaca) statement2 artis ni kekadang nk gelak ada, nak garu kepala pon ada.. gerun dan berdiri bulu roma pon ada... aduhaaaiiii....

Teringat plak kat lagu “yang remeh temeh” oleh Pak Pandir..

” Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
.....

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu”
…………………………………………


hmm…. Bolehkah nak buat tak tahu eh?..

huhuhuhuhuhuhuhuuuu......

KAKTINY said...

iina > aku setuju dear… sungguhla manusia tu makhluk Allah yg paling sombong dan angkuh di muka bumi ini kan!!... huhuhu…

Ayat Allah dah pon menerangkan kejahilan manusia ni kan..

Firman Allah:
Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu banyak kesalahannya dan bodoh. (Al-Quran Surah Al-Ahzab 33 : Ayat 72)

Semoga Allah menerima taubat kita dan memberi keampunannya ke atas segala kesalahan dan kebodohan kita selama hayat ini.. ameen.

KAKTINY said...

Tijah > sebab tu aku tak gamak nak tengok.. baik le aku ngan laki aku bawak bebudak ni pi jalan2.. lagi best.. hahahaha..

diba said...

besr bace;)

luahfikiran said...

SALAM,
SETUJU DENGAN N3 INI. ISLAM ITU AGAMA PENCEGAHAN AWALAN. PERKARA2 YG BOLEH MEMBAWA KEPADA KEMAKSIATAN DILARANG. MINUMAN ARAK WALAUPUN SETITIK DIHARAMKAN. BEGITU JUGA DENGAN PAKAIAN DAN CORAK HUBUNGAN SOSIAL DENGAN ORANG LAIN

suara said...

Org sebegitu biasanya hidup untuk hari ini (dunia), tanpa memikirkan kehidupan hari esok (akhirat).

Semoga Allah menyedarkan mereka tentang silapnya apa yg dipegang...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.