Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Sunday, July 10, 2011

Yang Terpilih


Entri lepas aku teruja dengan Aturan Allah terhadap kehidupanku, juga kisah suamiku.

Entri ini, aku menoleh memerhati sekeliling. Ada satu kisah yang membuatkan lenaku tidak nyenyak, tidurku sambil memikir, mindaku cuba menaksir, perasaanku sarat untuk memahami.
Firman Allah:
“Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sepadan dengan kemampuannya” (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 286)
Perenggan pertama ayat terakhir Surah Al-Baqarah itu meniti minda dan jiwaku berulang-ulang kali.. Memahami dengan jelas maksudnya dan meletakkan situasi itu di dalamnya.

Dalam aku merenung kisahnya, hati berulangkali berkata "HEBATNYA WANITA INI!. Ujian Allah kepadanya bertubi-tubi.. DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI BELIAU MAMPU MENGHADAPINYA!. SUBHANALLAH!. Maha Suci Allah yang mengatur dengan jelas!".

Dalam bulan ini sahaja, ujian Allah kepada WANITA itu (setakat yang aku ketahui):

1. Suami terlibat dalam kemalangan – Beliau KEHILANGAN HARTA-BENDA (keretanya rosak dgn total lost!).


2. Syarikatnya menutup jabatan yang beliau duduki dan mengarahkannya ‘bertukar ke anak syarikat’ lain dengan KADAR SEGERA!. – KERJAYANYA TERCABAR.


3. Ibunya disahkan mendapat kanser tahap 4!. Setelah seminggu berada di rumahnya.. (sehingga entri ini aku tulis, Ibu beliau masih di hospital dalam keadaan kritikal - Doktor menyuruh BERSEDIA dengan segala kemungkinan!.).. – PERASAANNYA GUSAR.


4. Perlu berulang-alik ke hospital menjaga dan menguruskan Ibu. Juga terpaksa mengangkut semua anak-anak ke hospital (bimbang sekiranya apa-apa berlaku) – TENAGA FIZIKALNYA DIKERAH.


5. Kembali ke pejabat dari cuti compassionate (Ibu dalam hospital) ke tempat kerja, semua dokumennya telah DILUPUSKAN oleh pihak syarikat – konon untuk memudahkannya ‘SEGERA’ ke tempat baru… - HATINYA TERCALAR.


6. Kerja di tempat baru nanti memungkinkan beliau ‘out-station’ – gusar memikirkan anak bongsunya yang ‘istimewa’ – Beliau mempunyai seorang anak lelaki (satu-satunya anak lelaki) yang mengidap “autisma”, yang memerlukan penjagaan dan pemantauan yang rapi. – JIWANYA BERDEBAR!.


Suaminya seorang Ketua Pramugara – dan pasti amat sukar utk menguruskan masa apabila kedua-duanya bertembung tugasan luar (suami duty overseas flight dan beliau duty out-station!!).

YA!. Bagi wanita lain, mungkin ini tidak seberapa kerana ada yang lebih teruk ujiannya.


1- Ada yang diuji SAKIT YANG TERUK!.


2- Ada yang diuji SUAMI CURANG!.


3- Ada yang diuji RUMAHTANGGA BERMASALAH!.


4- Ada yang diuji BELUM BERUMAHTANGGA!


5- Ada yang diuji TIADA ZURIAT!


6- Ada yang diuji ZURIAT BERMASALAH!.


7- Ada yang diuji TIADA KERJAYA!


8- Ada yang diuji KERJAYA BERMASALAH!


9- Ada yang diuji HUBUNGAN KELUARGA PINCANG!


10- Ada yang diuji DIBEBANI HUTANG PIUTANG!


… dan banyak lagi masalah lain yang membebani.


Namun, adakah masalah-masalah itu DATANGNYA SERENTAK seperti yang dilalui oleh wanita ini?. Apa bahagian bahagia kalian selain daripada ujian sedih yang kalian hadapi? (Aku turut bertanya kepada diriku sendiri sebenarnya!.. Yang sering mengeluh atas ujian-ujian KECIL yang Allah turunkan kepadaku!!).

Bagi yang diuji suami curang misalnya, yang bermasalah hanya dengan si suami, cuba perhatikan kebahagiaan lain yang Allah anugerahkan. Contohnya, kejayaan dalam kerjaya, hubungan dengan rakan sekerja, dengan keluarga malah dengan anak-anak atau dengan ibubapa, bukankah berwarna-warni?. Malah mungkin lebih menarik hidupnya daripada orang yang suaminya jujur setia tetapi masalah lain berganda!.

Bagi yang diuji tiada zuriat juga sedemikian.. malah apa jua ujian, pasti ada sudut bahagia yang Allah tetapkan.

Tetapi, bagi wanita ini, YA, ada sudut bahagia yang Allah berikan TETAPI, ujian hatinya di saat ini, sarat padat dengan sakit, bimbang, resah dan gusar yang SANGAAT BANYAAAK!. MASALAH DIRI, KELUARGA, KERJAYA BERTIMPA-TIMPA SERENTAK DALAM SATU MASA!.

Pada wanita-wanita yang berhadapan dengan contoh-contoh ujian 1 hingga 10 di atas, jika diberi pilihan menukar ‘satu’ masalah kalian dengan ‘barisan masalah’ yang di datangkan SERENTAK dalam satu masa seperti wanita itu – APAKAH KALIAN BERSEDIA??..

AKU TIDAK!!!..

Maka, aku sangat mensyukuri ujian-ujian KECIL yang Allah berikan kepadaku. Sungguh!.

Lantas segera aku memohon keampunan Illahi dan sungguh aku menjunjung tinggi kebesaran Ya-Khaliq..

Juga, aku mengkagumi kecekalan wanita itu yang Allah berikan ujian demi ujian ini kepadanya.

KUAT SUNGGUH beliau, kerana itu ALLAH MEMILIHNYA untuk ujian-ujian ini!.
Sabda Rasulullahi Salallahu Alaihi Wassalam:
"Tidaklah seorang Mukmin ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekalipun melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana pokok menggugurkan daunnya." (Wallahu’alam).
Wahai insan terpilih, sesungguhnya kau wanita hebat yang Allah pilih untuk ujian-ujian ini!.
Firman Allah:
“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada yang telah mereka kerjakan”. (Al-Quran Surah An-Nahl : Ayat 96)
Allah telah memujuk kita dengan sebaik-baik janji. Aduhai INDAHNYA.
Firman Allah:
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas”. (Al-Quran Surah Az-Zumar : Ayat 10)
Allah tidak pernah memungkiri janjiNya!. Kita yakini itu dengan sejelasnya!.
Firman Allah:
“Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan sedikitpun mereka tidak berubah janjinya” (Al-Quran Surah A;-Ahzab : Ayat 23).
Maka wahai teman muslimahku, ayuh kita tepati janji kita kepada Allah agar Allah anugerahkan kita apa yang telah dijanjikanNya.. (AKU BERPESAN KEPADA DIRIKU YANG SERING GOYAH DENGAN UJIAN ALLAH!!!! ALLAHU AKHBAR).

~Wahai sahabat muslimahku, aku hanya mampu berdoa kepada Allah dengan lafaz bacaan Al-Fatihah agar Allah terus memberi kekuatan dan kecekalan kepadamu untuk menghadapi detik-detik ini. Aku tahu dan yakin kau sangat meyakini janji-janji Allah itu. ~

“Ya Allah. Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu semua kebaikan, yang lalu dan yang akan datang, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Kami berlindung kepada-Mu dari semua kejahatan, yang lalu dan yang akan datang, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Dan kami memohon syurga-Mu dan yang dapat mendekatkan kami ke sana, berupa perkataan atau perbuatan. Dan kami berlindung kepada-Mu dari Neraka dan apa yang mendekatkan kami ke sana, berupa perkataan atau perbuatan. Dan kami memohon kebaikan kepada-Mu Ya Rabb sebagaimana yang dimohon oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam kepada-Mu. Dan sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan sebagaimana hamba-Mu dan Rasul-Mu, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam memohon perlindungan kepada-Mu. Dan kami memohon kepada-MU urusan yang Engkau tetapkan bagi kami, agar Engkau menjadikan kesudahannya sebagai kebenaran”. Ameen.

Dalam tenang, dalam cubaan, dalam lapang mahupun resah, kita pulangkan kembali segala rasa kepada Allah yang mentadbir jagat raya!. HASBUNALLAH WA NI' MAL WAKIL!. (cukuplah Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung!!).



Ya Allah, kami hamba-Mu yang lemah. Kami mohon hanya redha-Mu Allah. Redhai kami. Ameen.


.

10 comments:

Kak Long said...

ya, benar tu kerana itulah aku sering berkata kepada diriku sendiri. "kau beruntung, ujian Allah kepadamu kecil sahaja, dan tidak pernah datang serentak.kau sangat beruntung sebenarnya meskipun suatu masa kau pernah merasa malang. tapi malang itu juga akhirnya membawa untung kepada dirimu" hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu melebihi dari diriku sendiri...aku yakin dan percaya apabila Allah memilih aku, akulah yang paling sesuai berada di tempat itu....

Kaktiny said...

KakLong > sungguh kan yang!. Anugerah dan ujian yg diberi..
Allah tahu kita mampu memilikinya dan menghadapinya..

Semoga kita terus beristiqamah menerima takdir Allah dengan redha dan penuh rasa syukur.. dalam anugerahNya juga dalam ujianNya.. ameen.

<3

ckLah said...

Biasanya orang tidak sedar dia sedang diuji, kecuali ketika dia menerima kesusahan. Semasa diuji dengan kesenangan, kemewahan, kekayaan, kesihatan dan kebahagaiaan....dia tak sedar itu juga ujian. Dah susah baru rasa teruji. Kan Tiny!

Kaktiny said...

ckLah > sungguh benar cklah..
ujian susah itu rupanya LEBIH MUDAH dihadapi daripada UJIAN SENANG!.

.. apabila dlm ujian susah, tasbih kita panjang, sujud kita rapat, ratib kita padat, doa kita kuat!.

.. dalam ujian senang dgn anugerah, kita mudah lupa.. mengepak riang bangga, konon segala kesenangan AKU YANG PUNYA ATAS USAHAKU SENDIRI.. terlupa bersyukur kepada Allah atas ehsanNya yg sudi memberi..

(uwaaaa waaaa... tgh ingatkan diri yg sering LUPA DIRI!!!)..

... setiap detik nafas dan langkah kita adalah ujian dan anugerah.. kan cklah.. tak kirala di hari senang atau susah.. setiap saat kitab hisab menerima catatan!.. (tegur tiny ye cklah.. andai terlupa bersyukur dan asyik mengeluh je.. huhuhuhu...)


<3

.

iina said...

Allah berikan dugaan pada seseorang itu hanya kerna Allah tahu.. dia mampu memikulnya.. walaupun kita yang melihatnya lelah.. tapi aku percaya pasti ada kekuatan dan hikmah disebaliknya.. mungkin juga pada mereka yang memikulnya serasa tidak mampu.. tapi InsyAllah.. jgn putus asa dan bersangka buruk pada ketetapanNya..

kad0k. said...

ujian Allah tu juga nak tahu tahap keimanan kita kan kak tiny? :)

Kaktiny said...

iina > sungguh yang.. aku yakin itu!.

Kaktiny said...

kadok > sangat2.. dan pemberianNya bukan sia-sia.. hanya kita yg perlu menilai dan menaksir sebab dan akibatnya.. kan?!.

suara said...

As salam tiny... lama betul tak singgah sini. Sibuk kononnya...

Membaca catatan tiny yg ini, Su rasa syukur sangat dgn apa yg Allah anugerahi. Ujian yg diberikan Allah cukup kecil berbanding dia yang diduga bertimpa-timpa.

Moga kita dijauhi dugaan yg tak mampu dihadapi.

Kaktiny said...

Su > benarlah antara terapi jiwa itu adalah dgn memandang kebaikan yg Allah anugerahkan kepada kita berbanding ujian-Nya yg sgt sedikit berbanding org lain yg lebih berat diuji..

Mendongak ke langit mencari inspirasi.. Menunduk ke bumi mencari jati diri!.

Semoga kita tidak jatuh dalam godaan syaitan yg berada di sekitar diri.. juga dlm pembuluh darah dan urat nadi!.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.