Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, July 08, 2011

Aturan Takdir (Kagum vs. Cemburu)



Alhamdulillah. Setelah seminggu lebih bertarung dengan sakit perut yang amat, dan pemeriksaan pun sudah dibuat, doktor kata ia cuma gastrik (peringkat awal) dan boleh segera sembuh dengan syarat aku jaga dan kawal pemakanan aku. BREAKFAST IS A MUST!. Huhuhuhu…

OKLAH!. Tutup kisah aku dan penyakitku.. (namun, aku sangat bersyukur dengan penyakit yang Allah anugerahkan itu. Aku nampak sangat rahmat dan nikmatnya kenapa dan mengapa Allah takdirkan aku menerima sakit itu pada saat dan ketika itu. YES!. Allah knows the best and HE knows that it was the best reason for what I wish before!.. Subhanallah!! Segala pujian hanya berhak ke atas Allah Azzawa Jalla. I LOVE ALLAH.. SOOO MUCH!!!)..

Itu salah satu aturan takdir yang sangat indah dlm hidup aku.. meskipun 'sakit' yang diterima, tetapi hikmah di sebaliknya, SUBHANALLAH!.

Dan kisah 'TAKDIR' seterusnya adalah berkaitan cik abangku sayang!. HUH!. (ada ‘geram’ jugaks disini.. hahahahaha..)

Abang : Leen, tolong abang buatkan slide presentation, belasah le tajuk apa pun. Abang pening betul bila dapat nih..

hahahahaaa...
Lucu ~ tergelak bila abang hulur 'program' sambil cakap kat aku.. "APA YANG ABANG NAK CAKAP HAH???"... hahahaha... ... mengekek gelak aku bila tengok reaksi abang...


Dalam menyiapkan 'slide presentation' utk cik abang.. rasa 'kagum dan cemburu' terselit bercampur-baur.. bersama silangnya warna merah kuning biru putih di skrin.. hehehe..



YA!. Itulah perkara yang menerbitkan rasa KAGUM dan CEMBURU aku kepada cik abangku sayang!. hiihihi...

Kagum ~ kerana Allah memberinya RUANG DAN PELUANG untuk berdiri di pentas itu nanti dengan menyampaikan CERAMAH MOTIVASI..

Cemburu ~ sebab, selama ni, aku yg beriya berangan nak jadi "Penceramah Motivasi".. tapi.. KUASA ALLAH... ABANG YANG GO ONE STEP BEYOND ME.. angin tak dak, ribut tak dak, terus DI UNDANG JADI "PENCERAMAH MOTIVASI".. hahahaha..

Lihatlah KEHEBATAN KUASA ALLAH... diberi kepada yang dikehendaki, ditarik juga daripada yang dikehendakiNya..

Firman Allah:
"Allah mencukupkan rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Dia pula yang membatasinya. Sesungguhnya Allah itu cukup mengetahui segala sesuatu". (Al-Quran Surah Al-Ankabut 29 : Ayat 62).

Subhanallah.

Sungguh tak terjangkau dek fikiran dan akal waras yang cetek ini.

Ketentuan Allah terlalu hebat. Dan sesungguhnya... Dia Maha Mengetahui, apa yang terbaik pada ruang masa dan peluang tiba untuk hamba-hambaNya.. (....Sepanjang abang jadi BOSS masa 'makan gaji' dulu, setakat bagi 'morning talk' je kat anak-anak buah di meja bulat pejabat... Tapi ni, baru setahun jagung berkecimpung dalam arena 'kerja sendiri', abang berpeluang naik pentas utk bagi 'ceramah' kat more than 100 people!!.. huishhh... hehehehe.. Good Luck bang!!.. hahaha).

Anugerah dan pemberianNya bersebab dan berakibat. Maha Suci Allah dengan segala kebesaranNya. Sesungguhnya sujud syukur selayaknya hanya UNTUK ALLAH.

Dan, kami amat mensyukuri nikmat ini.. SUNGGUH!.

Alhamdulillah.

Dialog seusai solat subuh di pagi yang hening bening.

Abang : Leen, dah siap slide presentation abang?

Aku : Dah.. jap nk buka PC..

..... dalam abang khusyuk meneliti slide demi slide... tiba-tiba...

Abang : Masa ni abang nak cakap apa eh?. Point ni abang nak masuk kat slide mana eh?..

Abang (lagi) : Ni le masalahnya, kalau orang lain yang buat slide, orang lain yang kena bentang. Apa la diaorang ni, suruh abang pulak yang bagi ceramah. Abang bukan tahu nak cakap apa pon.

Aku : hahahaha... hantam je la labuuuuuu.... kuikuikui..

Abang : 40 minit tuuu. Kalau bagi dekat Leen, mesti tak cukup kan. Tapi, kena kat abang, Ya Allah, boleh pitam nak duduk atas pentas tu lama-lama. Adduuuuiii..

Aku : Abang boleh tu!. Yakin Boleh!.. kehkehkeh..

Abang : Takpun, Leen je la yang naik pentas tu bagi ceramah. Wakilkan abang!.

Aku : Cheh.. Mana aci camtuh.. NO WAY!. I WILL ONLY GIVE MY MOTIVATIONAL TALK TO MY OWN PROGRAM!!!...
(cheewaaaahhh.. cita-cita.. "Menggapai Langit Biru"!!!).. hihihi…

Abang : Amin. Abang doakan Leen become one of the TOP MOTIVATOR with your own TALK SHOW!.

Aku : Allahu Akhbar. Alhamdulillah. Jazakallahukhair atas doa abang. Mohon Allah perkenankan.. Ameen.

..............................................................................

"KUN FA YAKUN" kata Allah, siapa yang berani menyangkalnya kan??. :) HEBAT SUNGGUH KUASA ALLAH… ALLAHU AKHBAR!.

Firman Allah:
"Bukankah Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu?. Ya. Dia Yang Maha Pencipta yang tiada bandingan lagi Yang Maha Mengetahui. Hanya dengan perintahNya (kekuasaanNya) apabila Dia mengkehendaki adanya sesuatu,
dikatakanNya 'Jadilah'!. Maka terus menjadi. Maha Suci Tuhan yang tanganNya menguasai segala sesuatu dan kepadaNya kamu akan dikembalikan". (Al-Quran Surah Yaasin 36 : Ayat 81-83).

KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ATURAN ALLAH JUA ADALAH TAKDIR YANG TERBAIK..

Firman Allah:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan................................................ dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya." (Al-Quran Surah Al-A’raaf 7 : Ayat 55-56).


Note : To my dearie Maiza… Let’s MOVE ON with our ONGOING project. hihihihi....
Moga Allah menunjukkan jalan dan memberikan kemudahan untuk kita mencapai apa yang dicitakan. Ameen.



Ya Allah, redhaMu jua yang kami mohon. Redhailah kami. Ameen.









.

12 comments:

Acik Erna said...

Assalam tiny..alhamdulillah..tiada yang serius.
sebenarnya akak dari muda lagi gastrik tiny..sampai dah berumur macam ni..cuma perlu jaga makan..dan kalau bulan puasa..selepas sahur..akak makan sebijik ubqt gastrik. dalam seminggu 3 kali akak makan..tak mau tiap2 hari..alhamdulillah boleh bertahan puasa.

Kaktiny said...

Kak Erna > Wa'alaikumsalam kak..
Syukur kerana Allah uji sikit je sakitnya.. semoga ditarik dosa yg menggunung dgn ujian sakit tu.. hihihi...

tu la.. mmg tiny sgt jaga makan skrg ni.. dan ubat gastrik tu, di ambil secara 'serius' (selalunya ubat amik main2 je.. terasa sakit baru makan, kalau tak, langsung tak pegang!!..)

Mmg sgt2 kena jaga skrg ni.. sebab taknak sakit masa puasa!.. huhuhu.. (ni pon, tak start buat sunat syaaban lagi.. huhuhuhu).

rosdiana said...

Akhirnya berapdet jugak blog hang kak.
seperti biasa, penuh dengan motivasi.

hang memang dah buleh jadi penceramah kak!
konfem.

bila baca entry hang pun dah bersemangat!
uhuuuu!

Kaktiny said...

wos > hihihihi... lama sgt ka aku tak apdet?.. (pasai dok berlaga-berlagu kt facebook sgt, maka lupa plak nk berteleku kt blog.. kuikuikui)..

.. aku tiap2 hari jadi penceramah BEBAS... kat anak2 aku.. kot dak, kat laki aku pon kena sama.. rajin skit, ngan maid aku pon aku bantai bg ceramah perdana.. hahahahaha...

... aku rasa aku mmg NAK bg ceramah kt org wos oiii..
TAPI, masalahnya, aku tak rasa orang NAK dengaq berletiaq aku.. PANJAAAANNNGGG!!!... hahahahaha... (letih telinga!! hihihi).

;P

iina said...

Alhamdullilah.. lepas nie jgn skip2 makan.. makan kerap tapi tak semestinya banyak.. hehehe...

ibuintan said...

syukur Tiny... bila kita dapat merasakan sakit itu sebagai satu nikmat dan rahmat daripadaNya


moga cita2 Tiny untuk menjadi penceramah motivasi termakbul suatu hari nanti... tiny memang layak untuk itu

Kaktiny said...

iina > ye yang.. baiiikkk... aku jaga makan naaa... hihihi...

Kaktiny said...

Ibu Intan > Jazakillahukhair kak.. atas doa tersebut.. mohon Allah perkenankan.. amiiinn.. hihihi..

(teringin mmg teringin, tapi layak atau tidak, wallahu 'alam.. tak pernah try pon lagik!.. kuikuikui).

tasekM said...

hebat ko laki bini.
aku tumpang bangga.



.

Makbonda said...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,dapat melepasi ujian.

Sama dengan kes Makbonda.Suami tak berapa mahir komputer,tapi di lantik jadi unit ICT masjid,dan SU JKKK,jadi orang sebalik tabir nilah yang kerja. Mesyuarat akan datang rasa nak calonkan diri sendirilah nak rebut jawatannya.

Kaktiny said...

tasek > semua org Allah anugerahkan kehebatan masing-masing kan yang..

Ko pun hebat.. ada syarikat sendiri.. aku kagum. Sungguh!.



:)

Kaktiny said...

MakBonda > Wa'alaikum salam.

hahahahahaa..
Betul makbonda, cakap kat JKKK Surau, lantik makbonda jadi KETUA ICT.. sebab mmg sah-sah kerja tu makbonda yg buat.. hihihihi..

(benarkan, di belakang seorang lelaki, ada wanita yang menunjanginya!.. dan makbonda merupakan satu daripada ribuan "tiang seri" rumahtangga dunia yang membuktikannya!. Alhamdulillah... saya mencontohinya..)

:)

<3

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.