Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Saturday, June 18, 2011

Hanya seusia Aira!!.

Aira berusia 6 tahun. Aira tinggal bersama Ibunya, seorang Ibu tunggal. Ibu Aira menyara hidup mereka dengan menjual hasil gubahan bunga-bunga yang dikarang untuk perhiasan pejabat.

Satu hari, Ibu Aira mendapat jemputan menjual gubahan bunga di tapak ekspo pertanian. Ibunya mengubah pelbagai bentuk bunga dengan cantik dan bersedia untuk dipamerkan dan dijual di tapak ekspo.

Ibu Aira mengajak Aira mengikutinya untuk menjual gubahan-gubahan bunga tersebut. Aira sangat gembira.

Sampainya Aira di tapak ekspo pertanian, dilihat begitu banyak gerai-gerai yang mempamerkan dan menjual pelbagai barangan. Daripada makanan, haiwan ternakan, buah-buahan, sayur-sayuran malah gubahan bunga seperti yang Ibunya buat juga ada.

Gerai Ibu Aira di tengah-tengah gerai yang turut menjual gubahan bunga. Cantik-cantik gubahan yang mereka gubah, secantik gubahan yang digubah Ibunya.

Orang ramai mula menapak masuk ke tapak ekspo. Aira memerhatikan gelagat sekelilingnya. Ada pelanggan yang lalu lalang, ada yang singgah bertanya harga, ada yang seperti berminat untuk beli malah ada juga yang membeli produk-produk yang dijual di tapak ekspo tersebut.

Tiba-tiba, Aira mendengar bunyi bising dari arah pintu dewan besar ekspo, dilihat ramai orang berpakaian cantik dan berbaju kot. Menurut Ibunya, itu Menteri. Menteri adalah orang besar. Menteri mesti banyak duit. Menteri mesti beli barang yang banyak. Itu yang Aira faham apabila Ibunya menyebut Menteri itu ’Orang Besar’. Aira sangat berharap agar Menteri itu singgah di gerai Ibunya dan membeli gubahan Ibunya.

Aira memerhatikan langkah Menteri dan rombongannya. Aira melihat Menteri itu membeli sesuatu di gerai buah-buahan yang betul-betul berhadapan dengan gerai Ibunya. Kemudian Menteri itu membeli pula sayur-sayuran di gerai hujung gerai buah-buahan tadi.

Apabila Menteri itu singgah di gerai Ibunya, hati Aira girang kerana disangkanya pasti Menteri itu akan membeli gubahan Ibunya. Pasti Ibunya akan memperolehi keuntungan yang banyak jika Menteri itu membelinya. Menteri dan pengikut-pengikutnya membelek-belek hasil gubahan Ibu Aira dan seterusnya berlalu ke gerai sebelahnya pula. Di gerai sebelahnya, Menteri itu membeli 2 pasu gubahan bunga. Aira berasa amat kecewa kerana Menteri itu tidak membeli gubahan Ibunya. Aira benci melihat makcik di sebelah gerai Ibunya, kerana adanya makcik itu, maka Menteri itu tidak membeli gubahan Ibunya. Begitu getus hati Aira. Aira menjadi sugul dan murung sepanjang hari.

Kekecewaan Aira berlarutan sehingga ke malam hari. Aira tidak mahu menjamah makanan. Aira tidak mahu menonton rancangan kartun kegemarannya, malah Aira juga tidak mahu mendengar jumlah jualan yang Ibunya perolehi untuk hari tersebut.

Rajuknya sangat panjang. Ibunya yang menyedari rajuk Aira bertanyakan mengapa. Aira menyatakan bahawa dia tidak mahu lagi menemani Ibunya ke tapak ekspo pada esok hari. Puas ditanya dan disoal, tahulah Ibu Aira bahawa Aira merajuk kerana Menteri tersebut tidak membeli gubahan Ibunya. Ibu Aira memujuk Aira dan mengajar Aira bersabar, berserah dan berdoa kepada Allah semoga ada rezeki mereka di esok hari sambil menunjukkan keuntungan yang mereka perolehi pada hari tersebut.

Dengan hati yang rawan dan baki sisa tidak puas hati kepada Menteri tersebut, Aira termakan juga pujuk Ibunya dan bersetuju untuk mengikut Ibunya ke tapak Ekspo pada esok hari.

Pada keesokan harinya, dengan hati yang sedikit hambar, Aira mengikuti langkah Ibunya ke tapak ekspo. Hari ini Aira tidak mahu duduk di gerai Ibunya, Aira ingin berjalan-jalan. Aira menjelajah dari satu gerai ke satu gerai sehingga ke hujung gerai dan berpatah balik sehingga sampai ke muka pintu utama.

Dalam pada berjalan perlahan, Aira terdengar perbualan dua orang makcik yang baru melangkah masuk ke dewan. Mereka tertegun dengan keluasan tapak eskpo berkenaan. Seorang makcik itu menyatakan bahawa dia tidak larat untuk berjalan jauh. Dia hanya ingin mencari gubahan bunga, tetapi kedua-dua mereka tidak tahu di mana letaknya tapak gubahan bunga.

Aira yang mendengar terus bertanya kepada kedua-dua makcik tersebut adakah mereka mahu membeli gubahan bunga. Apabila diangguk oleh makcik-makcik itu, Aira pun mencadangkan kepada makcik-makcik itu agar membeli gubahan bunga Ibunya. Makcik-makcik tersebut bersetuju dan meminta Aira membawa mereka ke tempat Ibunya. Aira dengan girang membawa makcik-makcik itu ke gerai Ibunya.

Sesampai di gerai Ibunya, Aira menunjukkan gubahan-gubahan bunga dan mengesyorkan kepada makcik-makcik itu untuk membeli gubahan bunga Ibunya itu. Alangkah riangnya hati Aira apabila makcik-makcik itu memborong sebanyak 5 pasu gubahan Ibunya dan menempah lagi 15 pasu untuk diletakkan di sebuah Sekolah. Makcik-makcik itu sebenarnya adalah Guru-Guru sekolah yang berhampiran yang ditugaskan untuk membeli gubahan bunga bagi menghias sekolah mereka.

Cikgu-cikgu tersebut kemudiannya memuji gubahan Ibu Aira dan bersetuju untuk menempah gubahan Ibu Aira pada setiap acara di sekolah tersebut. Ibu Aira sangat gembira dan memeluk Aira sambil memuji kebijaksanaan Aira yang membawa guru-guru itu ke gerai mereka. Aira sangat gembira dengan pujian tersebut. Senyumnya melebar sepanjang hari. Puas dengan keuntungan yang Ibunya perolehi dan bangga kerana dia berjaya membawa cikgu-cikgu itu ke gerai Ibunya.

.....................................


Morale of the story:

Ada di antara kita seperti Aira, anak kecil yang dipimpin masuk ke dunia lakonan yang besar dengan pelbagai ragam dan lakon layar. Kita hanya tahu tentang naluri kita sahaja. Kita hanya mahu tahu tentang keuntungan kita dan apa yang membawa kebaikan kepada diri kita sahaja.

Kita mudah benar berasa kecewa jika tidak dapat sesuatu yang kita inginkan sedangkan kita terlupa untuk bersyukur dan berdoa untuk yang lebih baik serta kita tidak akur bahawa ada sesuatu yang lebih baik telah dirancang untuk kita. Kita sering mengharapkan impian kita tercapai seperti yang kita idamkan sedangkan kita terlupa aturan Allah itu lebih sempurna dan lebih tepat untuk diri kita.

Kita sering juga tidak mampu membendung rasa cemburu, benci dan iri hati dengan rezeki serta anugerah orang lain sedangkan ada bahagian kita yang telah Allah tetapkan. Kita lupa untuk mensyukurinya. Sering kita inginkan hasil yang lumayan dengan jalan yang mudah. Kurang berusaha tetapi tinggi angan-angan. Terlupa DUIT BESAR (Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal), dan asyik mengidamkan 'duit kecil' (wang kertas yang tiada nilai di sisi Allah).

Apabila mendapat berita gembira, kita mudah berasa bangga, seolah-olah perkara itu milik kita. Sebenarnya semua itu adalah milik Allah. Kita HANYA diberi pinjam bakat, dianugerahkan kemahiran untuk memiliki apa yang kita miliki hari ini. Ianya bukan hak milik kita. Tetapi kita sering lupa dan menyatakan semua yang kita ada adalah HASIL TITIK PELUH SENDIRI sedangkan kita tidak melihat bahawa itulah rahmat, nikmat dan kasih sayang yang Allah hadiahkan dan sedekahkan kepada kita, sebagai tanda kasihnya kepada hamba-Nya!.

Firman Allah:
"Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? “(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya!" “Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?" (Al-Quran Surah Yunus 10 : Ayat 31)

"Diberi kepada yang dikehendaki-Nya, dan ditarik juga dari yang dikehendaki-Nya". Pernahkah kita menghayati petikan tersebut?. Berapa kerap kita bersyukur dan pulangkan kembali rasa bangga dan riang di atas kejayaan dan pujian itu kepada yang punya hak yakni Allah?. Berapa kali kita meraung menyesali takdir apabila musibah menimpa kita?. Berapa lama kita sering merajuk dengan Sang Pencipta kerana merasakan ketidak-adilan-Nya menimpakan musibah itu kepada kita?

Jika mendapat pujian, kita sering menyatakan kepada diri sendiri bahawa "AKU LAYAK MENDAPAT PUJIAN DAN SANJUNGAN SEDEMIKIAN – AKU BERHAK!!"..
Apakah benar kita berhak di atas pujian tersebut?. Perasankan kita ini?. Mengaku hak kepada yang bukan hak!. (Iman dan takwa juga bukan milik kita, semuanya dengan izin dan kehendak Allah.. andai sahaja Allah membolak-balikkan hati kita, dalam masa sesaat juga boleh menyimpang jauh dari landasan Agama... Nauzubillah..)

PERNAHKAH apabila ditimpa mala-petaka, kita menadah tangan bersyukur dan menyatakan kepada Allah, "YA ALLAH.. AKU TERIMA DENGAN BERLAPANG DADA BAHAWA INI ADALAH UJIAN-MU KEPADAKU – AKU REDHA".
Apakah kita pernah melihat musibah yang menimpa diri sebagai rahmat kasih Allah kepada kita hamba-Nya. Dia sedang memerhatikan kita dan menanti dengan penuh rindu doa tulus dan mulus dari kita, sang hamba?!!..

Allahu.. Betapa kita ini tidak pernah dewasa!!

Dan aku!... Hanya seusia Aira!!.


Astaghfirullahal 'azhiim.


Ya Allah.. redhailah kami semua. Hamba-hamba-Mu yang sangat mengharapkan redha-Mu. Ameen.










.

16 comments:

ckLah said...

...ckLah takut dengan pujian berlebihan!

aNIe said...

Tiny... pujian yang berlebihan itu kadang membuat kita menjadi riak... itulah yang paling kita takuti...Nauzubillah...semoga dijauhkan kita dari sifat terserbut...

zino said...

biar perpada pada....tapi itu yg amat susah..

Makbonda said...

Rugi di awal untuk keuntungan yang lebih besar

AZANI said...

salam kaktiny
benar seperti dikata....

rosdiana said...

entry hang yg ni pun benar belaka.
iskk..

tiap kali baca entry2 hang ni kak.. terasa diri ini semakin kerdil.

suara said...

Hidup kita bukan kita yang mengawalnya. Bukan! Bukan kita yang menentukannya. Bukan! Bukan kita yang berhak keatasnya. Bukan!

Kalau kita sedar itu dan sentiasa mencari Allah untuk bergantung, kita akan temui tenang, sesuatu yang tak boleh dinilai dengan angka.

Setiap kali rasa sesak menguasai diri, itulah yang Su selalu ulang. Bukan apa, nak kena menguatkan keazaman diri yg kadang menipis seperti kulit bawang.

Semoga syukur sentiasa menjadi tunjang dalam kehidupan kita semua.

e.i.s.r.a.a said...

Salam sejahtera.

Akak sedang buat phd eh? Di univ mana? Kos apa eh? ;)

Kaktiny said...

ckLah > pujian boleh menjadi semangat.. tetapi yang lebih kerapnya menjadi pemancar kepada keegoan.. bimbang amat!. Huhuhuhu..

Kaktiny said...

Kak anie > sungguh kak!.. semoga dijauhkan kita dari sifat tersebut... ameen.

Kaktiny said...

zino > ya ya ya.. berpada pada....tapi itu yg amat susah..
Masih mencari formula berpada-pada.. huhuhu..

Kaktiny said...

Makbonda > semoga keberuntungan itu di sertai tawaduk dan syukur.. moga dijauhi riak dan takbur.. (sungguh, saya bimbang dgn mainan hati..!!!huhuhu)...

Kaktiny said...

AZANI > As Salam.. dan, sungguh saya bimbang.. jika pujian itu mengundang riak, takbur, sombong dan berlagak.. lupa diri dan perasan bagus!.. Allahu.. semoga terhindar dari semua itu!.

Kaktiny said...

rosdiana > pasai aku manusia kerdil lah, maka aku berbahasa dengan segala kekerdilan diri.... aku sungguh kecik sgt.. ’as TINY as my name!!”.. huhuhuhu...

Kaktiny said...

suara > Sungguh Su.. SUNGGUH BENAR!..
Adakalanya rasa kuat, rasa semangat, rasa berani.. tetapi tak kurang juga kerap diselubungi bimbang, takut, rajuk, sedih, sombong!!.. aduuuhh!!!!..
Semoga Allah lindungi hamba-hambaNya yang sangat lemah ini... dan semoga juga SYUKUR itu menjadi selimut diri.. pada setiap Qada’ dan Qadar tentuan-Nya!. Ameen.

Kaktiny said...

e.i.s.r.a.a > Salam sejahtera kembali..
InsyaAllah.. mohon izin dan rahmat Allah, bulan 9 ni baru akak start kelas PhD.. UPM.. Course HRD.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.