Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, June 13, 2011

Wahai Anak: Kakak nak adik lain!.


Si Nureen berlari dengan gaya merajuk dan memeluk si Ibu yang baru nak buka buku Feqah (gara-gara nak periksa hari sabtu minggu ni, baru nak bukak buku!. Itupun sekadar tengok tajuk je!! Haish!!).


Nureen : Ibu, kakak nak adik lain la Ibu.

Ibu : HAH?!! (terpinga-pinga dengar ayat si anak!!)

Nureen : Iya lah!. Adik ni asyiiiik nak buat kakak. Kakak taknak dah adik nih. Kakak nak macam aleesya! (merujuk kepada sepupunya, anak bongsu kakakku).

Ibu: (senyum, pening pun ada gak!!). Kakak!. Tak baik tau kakak cakap macam tu. Tu kan adik kakak. Adik tu anak Ibu. Kakak pun anak Ibu. Kenapa kakak tak nak adik?.

Nureen: Sebab adik nakal!. Adik suka tolak kakak. Adik suka taknak dengar cakap kakak. Adik suka buat kakak marah!.

Ibu : Pasal tu je?

Nureen: (Angguk).

Ibu : Hmm... Ibu nak tanya kakak. Ibu pernah marah kakak tak?

Nureen: Pernah.

Ibu : Kenapa Ibu marah kakak?.

Nureen: Sebab kakak taknak dengar cakap Ibu!. (tegasnya!. Tau pun salah sendiri!!)

Ibu : Tapi, pernah tak Ibu kata yang Ibu taknak kakak jadi anak Ibu?. Pernah tak Ibu nak bagi kakak dekat orang lain?.

Nureen: (menggeleng, dan dah nampak sedikit sebak.. kehkehkeh.. siap le ko!!)

Ibu : HAH!. Tau pun, kalau lepas ni kakak taknak dengar cakap Ibu, kakak buat Ibu dengan abah marah, boleh tak Ibu bagi kakak dekat orang. Boleh tak Ibu taknak kakak jadi anak Ibu dah?.

Nureen: Ibuuuuuuuuuuuu...... (nangis @ meraung yang panjang, sambil peluk si Ibu).

Ibu : Boleh tak???????? (tanya Ibu merenggangkan pelukan si anak)

Nureen: TAK NAAAAAKKKKK!!! (eratkan lagi rangkulan pelukannya!!)

Ibu (dalam hati) : (HAH! Taupun!!... INGAT SENANG IBU NAK DAPAT KORANG??.. senang-senang je dia taknak adik dia.. hambooiiii!!!).

Ibu : Sekarang ni, kalau adik buat kakak, kakak nak suruh Ibu 'buang' adik lagi tak?

Nureen: Taknak dah!!.. huhuhuhuhu...

Ibu : Dah, pegi main dengan adik.

Nureen: Ibu. Kakak nak adik girl boleh tak?. (jerit si kakak di permukaan pintu!!)

Ibu : Nanti Ibu cari kat pasar malam!.. hahahahahaha... (ingat buat anak tu macam beli belon air korang?!!!..).

Pembantu : Ibu, adik dah 4 tahun, Ibu taknak tambah lagi ke?

Ibu : (haih.. sempat pulak pembantu aku ni mencelah.. kehkehkeh..). Tu la pasal. Baru Ibu perasan adik dah besar. Ingatkan kecik lagi. Dulu, masa beranakkan adik, Ibu tengah ambil Master, masa tu Ibu ada cakap kat bapak, kalau nak tambah anak, tunggu bila Ibu dah dapat sambung PhD, tak sangka cepat sungguh masa berlalu, dan tahun ni, betul-betul Ibu dah dapat sambung PhD!. Subhanallah!!..

Pembantu : Dah tu Ibu, tahun depan ada baby la rumah ni.

Ibu : Alhamdulillah. InsyaAllah... (wah! Konfiden!!).. kuikuikuikui!!...

..........................................

Aku terharu membaca riwayat YUYOH YUSROH, (kematiannya pada hari kematian 16 anak-anak yatim di Ulu Langat), sangat2 menyentuh hati aku.. DAN MERUBAH PERSEPSI AKU MENGENAI BILANGAN ANAK!. SUNGGUH!!.. (kakakku terkejut ‘badak’ bila aku menyatakan keinginanku untuk menambah bilangan anak MELEBIHI apa yang beliau ada sekarang!!.. hahaha),


Yuyoh Yusroh, seorang Ibu yang mempunyai 13 orang anak, itupun di rasakan sedikit kerana mengambil iktibar daripada Palestin yang mempunyai anak seramai 14 orang itu adalah BIASA!! Allahu!!. Beliau melihat dirinya yang menghafal sekadar 20 juzuk Quran serta 115 itu hadis adalah sangat SEDIKIT berbanding wanita Palestin yang menghafal serta memahami SELURUH ISI QURAN serta menghafal ribuan hadis Rasulullahi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam (wallahu’ alam).

Beliau bukan sekadar Ibu dan Isteri, tetapi juga seorang wanita yang memegang tampuk pemerintahan di dalam Parti Politik, serta membangunkan Pusat Pengajian Dakwah serta seorang aktivitas masyarakat yang sangat aktif berjuang menyebarkan Islam dengan caranya yang tersendiri!. Sehingga ke Palestine langkahnya!. Subhanallah!!..

Ya! Aku akui, sehingga kelmarin, aku sangat TAKUT. Sangat takut dan sangat TIDAK MAHU mempunyai anak yang ramai!. Bagi aku, 2 orang (seorang putera dan seorang puteri) itu adalah sangat memadai. Andai ada tambahan ke bilangan ke-3 itu, ookeee laaa.. dan andai dianugerahkan 4 itu adalah MAKSIMA!. OWH!!

KETAKUTAN DAN RASA TIDAK MAHU itu terbit kerana menyaksikan gejala remaja dan tingkah laku anak-anak sekarang yang terlalu berada jauh dari orbit landasan Islam!. Malah, ibu bapanya juga sedemikian!. Aku bimbang tidak mampu mendidik anak-anakku menjadi insan ~ muslim dan muslimat ~ yang berada di atas Ad-Deen Islam yang sempurna!.


Dan, aku bimbang kelak ditanya dek Allah serta Rasulullah tentang amanah dan tanggungjawab yang telah aku perbuat di dunia di atas amanah-Nya yang bernama "ANAK" itu!.. ALLAHU!!.

Tapi, kini aku mencabar diri aku!. untuk meramaikan umat Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wassalam!!.. Itulah jihadku di jalan Ibadahku kepada Allah!. Jihad melahirkan, membesarkan, membentuk dan mencorak anak-anak menjadi mujahed dan mujaheedah Islam yang mereka juga berjihad di jalan Allah!. Dan meneruskan legasi kepimpinan Islam dengan meneladani Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wassalam!. (Sebelum Wawasan 2020, aku menambah lagi 5 orang anak menjadikannya cukup 7 orang!!!). Ameen. ~ Al-Fatihah untuk Ibu Yuyoh Yusroh, dan semoga Allah tempatkan beliau bersama para syuhada seperti yang dimohonnya!. Ameen. ~

DENGAN INI NANTI, AKU MUNGKIN BAKAL DICEMUH, DIKEJI, DICARI SILAP, DIINTAI SALAH, DIPERLI, DIKUTUK, DIMAKI OLEH MASYARAKAT? KAN?!... (ingin mempunyai anak yang ramai, entah bagaimana aku mengatur mereka!. Wallahu’alam!!)

HEY TINY! INGAT!!!!.. Rasulullah juga pernah dikatakan GILA oleh masyarakatnya.. Baginda menerima segala tohmahan dan makian!. Makanya, ADA AKU PERLU KESAH APA ORANG NAK KATA???... (andai ada yang tidak senang hati, semoga kutukan mereka akan lebih menyemarakkan semangat jihadku!. Semoga makian mereka akan lebih menguatkan azamku, semoga cemuhan mereka akan lebih membuka pintu kejayaanku, dan semoga umpatan mereka menambah bilangan pahalaku.. Ameen Ya Rabul ’alamiin!)

Insan yang baik, yang menegur dengan hemah, yang menasihati untuk membimbing, yang menyokong untuk aku teruskan usaha dan berjaya, itulah yang aku ambil iktibar.. itulah para penjual kasturi yang ingin aku dampingi. Moga dengan setiasa berada di sisi mereka, bajuku akan sentiasa harum dan wangi (jimat, takyah beli pewangi baju).

Bagi yang mengeji, yang tikam belakang, yang menjatuhkan semangat (dgn kutukan), yang menolak malah mengumpat memfitnah aku.. ALHAMDULILLAH.. aku pulangkan kembali segala rasa itu kepada Allah.. (aku tidak punyak hak atas rasa kalian!!). Dan orang sebegini, MAAF, akan aku jauhi kerana dalam bab ini, aku tidak kuat untuk mentarbiyah diriku sendiri, apatah lagi untuk mentarbiyah mereka. Mereka ini adalah umpama pembakar kayu arang, aku tidak berani mendekati apatah lagi duduk bersama dengan lama, kerana bimbang bajuku terpalit bau arang yang busuk!. (Aku tak rajin nak basuh baju!!).
Firman Allah:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." (Al-Quran Surah At-Taubah 9 : Ayat 71-72)

"Ya Allah.. temukan aku dan gaulkan aku dengan orang-orang yang beriman di jalan-Mu. Yang menasihatiku agar melakukan kebaikan dan menegurku daripada melakukan kejahatan!. Ya Allah, aku mohon agar kami dikelilingi oleh orang-orang yang berjihad di jalan Islam yang sebenar, yang Kau redhai dan rahmati.

Ya Rabb, izinkan aku menjadi hamba-Mu yang mampu memberi kembali pemberian-Mu sebagai pemberian yang membawa manfaat kepada diri sendiri, kepada anak-anakku, kepada suami dan kaum keluargaku, kepada Ibu bapa dan saudara maraku, kepada jiran tetangga, dan kepada seluruh muslimin dan muslimat Islam. Waima anugerah-Mu itu sekadar sebuah senyuman dan sekalung doa!. Moga ia menjadi satu daripada pemberian yang bermanfaat dan mendapat redha-Mu. Ameen. "





Ya Allah, kami dambakan redha-Mu Allah.. redhai kami semua. Ameen.




.

18 comments:

sindiketsulit said...

betul tu kak..
apa yg hang taip semuanya betul
(eh, mcm dah penah taip komen begini.. haha :)

kak, aku pun teringin nak tambah bilangan.. tapi..
tapi...
tapi..

TAPI TAKPER!
bila sampai waktu dan ketikanya nanti, mohon Allah permudahkan niat aku nih..

hang baik kan kak?
tlg doakan utk aku jugak aci?

Acik Erna said...

assalam tiny..masa anak akak kecik dulu..dia mintak kakak..aduhai..mana la akak nak carikan kakak..masa tu dia la yang sulung.
nasib baik adiknya yang dua orang lagi tak pandai mintak kakak..agaknya sebab dah ada abang..seronok bermain.
Tiny..akak jugak teringin anak ramai..seronok tengok kawan2 tapi..syukur alhamdulillah..ada jugak akak zuriat walaupun tiga2nya hero..
betapa besar rahmat allah..megizinkan akak ada anak jugak walaupun tak ramai.sekarang dah terlewat dan tiny..tiny masih muda..insyaallah dapat lagi tu
tapi kan tiny sampai kini..akak masih lagi suka tengok budak2 kecik baby..bahagia rasanya..banyak blog yang tayang gambar anak akak jelajah.sambil berangan..kalau la akak dapat jumpa..pegang..pelok dan cium baby2 tu..seronoknya.
nak tunggu cucu.nampaknya belum ada bayang..menantu pun belum.
nanti kalau tiny ada baby..izinkan akak pi tengok ye..

Kaktiny said...

wos > aku pon mcm penah baca ayat tu.. ya ya ya.. ayat yg sama dari org yang sama.. kehkehkeh..

wos.. aturan Allah terlalu sempurna.. dan Dia Yang Maha Pemurah itu adalahYang Maha Mengetahui.. diberi kepada yang dikehendaki, diambil juga daripada yang dikehendaki.. semuanya bersebab dan berakibat!. Kita sekadar melaksanakannya di pentas dunia fana ini!. Habuan setiap org telah ditetapkan di Luh Mahfuz milik-Nya.

Yang kita ingini tidak tentu yg kita perolehi.. tetapi pastinya ia terbaik utk kita selagi kita tahu membaca iktibar daripada yang terjadi..

[Ingatkan aku pada masa2 aku terlupa utk menasihati diri aku sendiri dgn ayat2 begini!!..]

Aku sayang hang!. <3.

Aku doakan apa yang kita doakan akan dimakbulkan Allah.. dan aku doakan juga semoga rahmat dan redha Allah itu sentiasa bersama kita semua.. ameen.

Kaktiny said...

kak erna > Subhanallah kak.. ayat terakhir akak membuat tiny rasa nk nangis je.. belum pon 'roh di luh mahfuz' itu ditiupkan di bumi, telah ada yg menanti utk mengasihi.. Allahu Akhbar.. Maha Suci Allah Maha Pengasih yang memberi hati yang suci dan bersih kepada hamba-Nya utk mencurahkan kasih sayang kepada sesama insan.. Alhamdulillah..

Semoga Allah perkenankan permohonan dan permintaan hamba-Nya ini utk meramaikan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wassalam.. (serta merapatkan lagi silaturahim sesama insan yang lain.. ameen).

~ bukan setakat dtg tengok, akak nak bawak diaorg pi jalan2 pon ok.. (boleh diaorg rasa masakan acik erna yang mantoop tuh especially kuih muih yg Ibu diaorg ni tak pandai buat.... hihihi)..

Cikgooden said...

mungkin stress belajar jd senang lekat baby kut no.....tp dulu aku stress jugak...tapi yilekkkkk.....

ibundo said...

hidup akak di kelilingi anak2. Ada beratus.. alhamdulillah.

ada orang mahukan anak tapi tak dapat2. Ada orang tak mahu anak sampai dibuang2 dicampak2.

cucu pertama kakpah pun selepas 6 tahun menunggu baru dapat. Kakpah bernazar seekor lembu untuk dapatkan dia. Memang tumbang sekor lembu meraikan kelahirannya. Alhamdulillah..

Kaktiny said...

cikgooden > tu ler... gamaknye kot.. hihihi... rezeki itu hak Allah.. kita hanya merancang, Dia juga penetap takdir yang sempurna!.

ibuintan said...

sesungguhnya anak anugerah tak ternilai, dulu akak punya impian untuk sekurang2nya lima orang anak namun Allah hanya mengizinkan akak mendapat tiga orang saja,,.. namun syukur ada dua lelaki dan seorang perempuan... lengkap rasanya

adik akak telah menunggu selama 14 th dan masih menunggu untuk mendapatkannya... moga Allah makbulkan doanya dan doa Tiny juga

Kaktiny said...

Kak pah > Alhamdulillah.. sungguh akak beruntung.. di kelilingi anak2 yang diterap ilmu dan agama.. MasyaAllah.. Syukur kepada ALlah dgn rezeki yang dianugerahkan kepada Allah utk akak.. teruskan berjuang mendidik dan membentuk AULAD JANNAH itu semua kak, agar menjadi pewaris pucuk pimpinan yang menegakkan dan memakmurkan bumi dengan Islam yg sebenar!.. tumpang seronok dan bahagia utk akak.. :)

sungguh kak.. bab anak ini, sgt sensitif sebenarnya kan!.

Puas hati tumbang seokor lembu.. nah!.. sekarang, dah dua cucu akak tu hah!.. lelaki ada.. pompuan pon ada.. hihihihi...
.. and a lot more to count.. and coming soon.. InsyaAllah.. ameen.

Kaktiny said...

IbuIntan > Alhamdulillah di atas segala anugerah Allah.. kan kak..

betul kak.. kita merancang, tapi, perancangan Allah itu yang paling sempurna.. tiny juga hanya merancang dan memohon, hak Allah utk memakbulkan dan menunaikannya.. tiny redha kak..

Andai diizinkannya, Alhamdulillah... andai tidak, pasti ada perancangan yang lebih sempurna yang telah diaturkan oleh-Nya.. kan?!.

Semoga adik akak mendapat apa yang dihajatinya.. pasti Allah telah menyediakan takdir yang terbaik untuknya.. dan untuk kita semua.. semoga dipermudahkan-Nya segala urusan kita dunia dan akhirat.. ameen.

sindiketsulit said...

tengkiu kak.
saya-sangat-amat-menghargainya-
ja'at la hang nih buat aku sedihhhh!

Kaktiny said...

wos > aku mmg suka tgk hang sedih sedih nih.. sbb hang adalah sangat-teramat-ungguh comei kalau sedih dgn tangan di muka, bahu terhinjut-hinjut, hinguih meleleh-leleh.... kuikuikkui...

;p

ckLah @xiiinam said...

Kain barut dan bengkung lama jangan buang tau...hehe

blackcardomompods said...

Kak tiny,better pregnant di awal study phd.dh ahkir thn stress byk xbgus utk bby lam perut.4 thn tu dh mnja sgt sb ank kita gap 5 thn,mnja gile.

suara said...

Okeh tiny... bagus. Sahut cabaran untuk meramaikan umat. Errr berapa target? Biar la lebih dari ibu Yuyoh ye!

Su doakan untuk tiny tau... :D

Kaktiny said...

ckLah > tgh kumpul balik baju2 mengandung.. hahahaha...

Kaktiny said...

ct > ya betul tu.. itulah nasihat org ramai.. hahahaha...

Kaktiny said...

Su > target 7 je.. (tapi cik abang plak yg membeliakkan mata.. katanya, cukup le 4-5 je!!.. huhuhu).

...tak mampu rasanya nk lebih dr Ibu yuyoh.. kalau 14, mau sampai sampai menapos tuh!.. huhuhu..

.... sekadar kemampuan yg Allah beri.. kita hanya merancang... penentu, di tangan Allah jua.. pasti ada hikmahnya... kan!.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.