Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, June 08, 2011

Beruntungnya Pembantu Rumahku....


Perbualan di antara Pembantu Rumahku dengan aku ketika lepak atas katil tengok Si Nureen dan Si Zaqwan rancak ‘sepahkan’ bilik dengan riangnya!.

Pembantu : Ibu, surat tadi tu, yang katanya Ibu mau sambung belajar ya?.

Aku : Ya Lia. Alhamdulillah. InsyaAllah andai dipermudahkan Allah, Ibu sambung belajar bulan 9 ni.

Pembantu: Beruntung Ibu kan. Ada pekerjaan bagus, ada gaji bagus, ada pelajaran, ada rumahtangga yang baik, ada ibu ayah dan keluarga yang akrab. Mak Tok dan Tok Ayah juga sering berkunjung ke sini. Kawan-kawan dan saudara-mara Ibu juga ramai yang bertandang. Pantasnya, Ibu disukai orang. Seronok saya lihat Ibu. Ibu sungguh beruntung!.

Aku : Alhamdulillah. Segala puji kembali kepada Allah. Segala anugerah Allah sangat-sangat Ibu syukuri. Apa yang Ibu ada sekarang adalah ehsan dari Allah. Baik anugerah yang bagus juga musibah yang sedih, sangat Ibu syukuri. Menjadi diri Ibu adalah satu pemberian Allah yang sangat Ibu hargai.

Aku lagi : Tapi, Lia tahu tak yang Lia juga sangat beruntung. Menjadi diri Lia.

Pembantu: Apa yang untungnya Ibu?. Saya jauh dari keluarga, masih belum berumahtangga, tidak punya pendapatan lumayan.

Aku : Lia hidup bergelandangan di perantauan. Tinggalkan ibu ayah, tinggal keluarga, untuk apa?. Lia pendam rasa rindu untuk keluarga, Lia hilang nikmat berkumpul bersama keluarga, Lia tahan rasa sedih sebab berjauhan dengan mereka. Kenapa?. Demi untuk mencari rezeki di jalan Allah... demi memenuhi tuntutan Ibadah seorang hamba kepada Pencipta-Nya. Ada yang Lia korbankan untuk berjihad di jalan Allah. Jihad untuk mencari rezeki yagn halal. Bila sedih, Lia memohon doa pada Allah dengan sungguh hati. Bila rindu, Lia mengaji Al-Quran dengan syahdu. Nikmat dunia yang Allah tarik dari Lia itu, dengan izin-Nya, akan digantinya dengan ganjaran yang lebih baik dari yang Lia hilang di dunia ini. Sedangkan Ibu, menikmati semuanya dalam senang, entah apa yang Allah tarik dari Ibu di akhirat sana?..

Pembantu: Tapi saya sering sedih. Sudahlah di dunia ini saya jarang bertemu dengan Ibu dan Ayah saya, entahnya di akhirat nanti saya mampu atau tidak bertemu mereka. Entah mereka di tingkat mana, entah saya di tingkat mana. Mungkinkah saya mampu mencari mereka di sana nanti..

Aku : Lia. Kalau sekarang ni, Lia dengar bunyi letupan dari arah rumah hujung tu, dan sayup-sayup letupan itu datang menuju ke arah rumah kita, apa Lia nak buat sekarang?.

Pembantu: Lari la Bu!.

Aku : Lia teringat tak nak ambil adik (merujuk kepada zaqwan, anak keduaku).

Pembantu : Tidaak lah Bu.

Aku : HAH!. Tau pun. Apa Lia ingat, di akhirat nanti, Lia mungkin akan sempat teringat nak lihat di mana Ibu dan Ayah Lia?. Di padang masyar nanti kita bangun bertelanjang bulat mengadap Allah untuk mengambil kitab hisab. Ada yang menjulur lidah merangkak merayau lintang pukang tanpa arah. Semua orang dalam gerun dan bimbang. Dalam risau dan ragu. Entah Allah kurniakan kitab hisab kita dengan tangan mana?. Tangan kanankah?. Atau tangan kiri atau membelakangi punggung!. Allahu Akhbar!.

Pembantu : Ya iya kan Bu. Mesti masing-masing sibuk dengan dosa pahala sendiri kan.

Aku : Tak payah di akhirat Lia, tengok saja di dunia. Apabila seorang bapa masuk penjara, adakah seluruh ahli keluarganya turut sama ingin masuk penjara?. Jika pun ingin, adakah mereka dibenarkan masuk penjara tanpa sebarang kesalahan?. Ketika seorang Ibu terlantar sakit tenat di hospital, apakah seluruh ahli keluarganya turut ingin diberi sakit dan bersama-sama tidur di wad kecemasan?. Meskipun mahu, namun tidak boleh!.

Pembantu : Maksud Ibu.

Aku : Di akhirat nanti, hitungan Allah terhadap kita terlalu banyak. Wallahu ’alam, tapi, ibu rasa, pastinya kita takkan sempat memikirkan sesiapa jua. Hatta Ibu atau anak. Hatta suami atau isteri. Macam yang Lia cakap tadi, kalau berlaku gempa di hujung rumah, pasti Lia akan cepat2 lari meninggalkan semua. Lari selamatkan diri sendiri. Tiada masa nak toleh ke belakang tengok siapa yang dah selamat atau belum!. Dan Allah sudahpun tugaskan malaikatnya untuk membalas takdir kita di sana nanti.

Pembantu : Betul jugak kan Ibu.

Aku : Di akhirat nanti, yang kita dambakan hanyalah syafaat Rasulullah. Redha Allah dan syurga Allah. Bila dah masuk syurga, dah dapat ganjaran, dah dapat pasangan yang sama muda belia sama usia, berjalan di bawah dua sungai yang mengalir putih bersih bak air susu, dengan buah anggur dan segala bagai tanaman, sempat ke kita nak fikir nasib orang lain?. Itu kalau ditakdirkan syurga. Kalau ditakdirkan neraka, setiap masa kena siksa, dipotong lidah, dibakar rambut, telan buah tajam keras berduri, minum nanah yang membara bahang panasnya, sempatkah kita nak cari Ibu Ayah kita?. Wallahu’ alam.

Pembantu : Ya kan Ibu. Kita tak tahu untung nasib kita di sana nanti kan?!.

Aku : Tahu pun. Mungkin di dunia ni kita menjadi orang yang sangaaat beruntung pada pandangan mata orang.. atau kita merasa kitalah orang yang sangaat rugi jika dibandingkan dengan orang lain. Tapi tahukan kita, untung rugi kita sebenarnya telah ada dalam catatan Allah di sana. Jika ditakdirkan Allah, orang yang kita pandang untung di dunia tetapi sebenarnya dia rugi di akhirat, lambat masuk syurga dan pula, orang yang rugi di dunia tetapi untung di akhirat, cepat masuk syurga, maka, manakah yang Lia nak?. Pilih satu ja.

Pembantu : (hmmm... fikir dengan agak lama.)

Aku : Hah.. tu kan!. Dah tamak la tuh!.. hahahaha.. hihihi.. Lia. Setiap orang ada habuannya masing-masing. Tak kiralah untung ke rugi ke. Mungkin kita lihat orang tu beruntung dari satu segi, tetapi kita tak tahu ruginya dari mana segi. Macam Ibu kata kat Lia, Lia beruntung, sebab dosa Lia tak banyak berbanding Ibu. Sebab kehidupan Lia berkisar dalam rumah ni je. Lia jauh dari Ibu ayah dan mereka pun redha Lia datang kerja di Malaysia, bila berjauhan, pastinya doa mereka berlebih-lebihan untuk kesejahteraan Lia. Sebagai majikan, Ibu juga redha dengan setiap kerja yang Lia lakukan, jadinya Lia dah lepas tanggungan amanah yang Ibu titipkan. Lia belum kahwin lagi, tidak ada anak, jadinya, amanah dan tanggungjawab sebagai isteri, sebagai Ibu, sebagai menantu, ipar duai, tidak perlu dipersoalkan sebab kosong. Sungguh beruntung hidup kamu Lia.

Aku lagi : Sedangkan Ibu.. Berhadapan dengan suami setiap hari, anak-anak, rakan sepejabat, Boss, Ibu ayah adik beradik sahabat handai jiran tetangga, mertua ipar duai, masyarakat, rakan internet, makanya setiap hari itulah pertuturan Ibu, penulisan Ibu, perkataan Ibu, perbuatan Ibu, niat hati Ibu, sikap Ibu terhadap mereka semua menjadi taruhan kepada timbangan amalan Ibu. Entah ada yang terguriskah, terkecil hatikah, terasa sentapkah, tersinggungkah?. Samada secara sengaja atau tidak, gurau diambil hati, rajuk disimpan lama, Nauzubillah. Andai ada dosa Ibu terhadap mereka, adakah mereka memaafkan Ibu atau tidak?. Jika tidak, beruntungkah Ibu di kala ini?.

Pembantu : Aduh... ya ampuun Ibu!.

Aku : Justeru itu Lia. Kesimpulannya. Jangan mudah memandang orang lain beruntung. Cukuplah sekadar mensyukuri ’keberuntungan’ yang kita lihat dengan mata kasar kita di atas apa yang orang itu perolehi, kerana kita tak pernah tahu dan takkan diberitahu akan kesusahan dan kesukaran yang mungkin orang itu tempuhi dan lalui. Takkan ada seorang makhluk pun yang Allah ciptakan tanpa ujian tanpa dugaan tanpa kesusahan. Pasti ada. Cuma banyak atau sikit sahaja yang membezakannya. Dan sentiasalah bersyukur dengan ’keberuntungan’ diri kita. Meski diuji susah atau payah, meski mendapat anugerah serta nikmat. Itukan hak Allah. Diberi kepada yang dikehendaki, ditarik juga daripada yang dikehendaki. Sesungguhnya aturan-Nya adalah terlalu sempurna. Cuma kita ni buta mata, buta hati, buta iman untuk menilai anugerah dan nikmat Allah kerana nafsu bermaharajalela di birai jiwa!. Kan?!.

(Perbualan berhenti apabila zaqwan mula "mensaljikan" bilik!.. Habis debu bedak berterbangan menghiasi ruang bilik seumpama salji di Negara 4 musim yang baru turun di bulan Disember.. huhuhuhu).

Aku ingatkan diri aku jugak, untuk sentiasa bersyukur. Dan terus mensyukuri pemberian Allah. Kerana Dia Yang Maha Pemberi itu adalah Yang Maha Mengetahui. Pemberian-Nya bersebab dan berakibat. Pemberian musibah agar kita lebih hampir dan dekat dengan-Nya. Pemberian nikmat agar kita bersyukur dan lebih berdoa kepada-Nya. Allah itu Maha Sempurna, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jangan kufur nikmat dengan menyesali takdir. Jangan pernah merasa tersisih dengan nasib dan takdir yang kita rasa buruk dan tidak menyebelahi kita, seumpamanya kita membenci takdir Allah.

Firman Allah:
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalKu serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia enggan menerima melainkan berlaku kufur." (Al-Quran Surah Al-Furqan 25: Ayat 50)


Dan, wahai diriku!. INGAT!.. Jangan pernah berasa bongkak, riak dan berlagak kerana itu adalah pakaian ALLAH, bukan hak manusia untuk memilikinya!!. Kita hamba yang sangat serba kekurangan, mana mungkin mampu memakai kalung ego milik Allah. ”Ego” itu hanya ALLAH yang boleh menikmatinya kerana DIA PENGUASA LANGIT DAN BUMI. Dengan semua sifat Asma-wal-sifat-Nya, terlalu mulia Allah kerana sudi memberi segala anugerah dan nikmat kepada kita hamba-hamba-Nya yang sering LUPA DIRI!. LUPA KEBERUNTUNGAN YANG DIBERI!. Allahu Akhbar!.
Firman Allah:
"Katakanlah tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah S.W.T. hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al-Quran Surah Al-Maidah 5: Ayat 100).
Orang yang benar-benar beruntung adalah orang yang MENDAPAT REDHA ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT. Pastinya kita semua yang beragama Islam ini, yang mempercayai penuh yakin Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ihsan ini, ingin sangat menjadi salah seorang yang berada di dalam kumpulan itu. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedemikian!. Semoga Allah izinkan.. Ameen.
Firman Allah:
"Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang bahagia (beruntung)."(Al-Quran Surah Al-Baqarah 2: ayat 5).
Ya Allah, redhai kami semua. Ameen.




.

9 comments:

iina said...

Kdgkala kita lebih nampak keberuntungan org lain.. tapi terlupa untung diri sendiri.. Samalah juga.. kdg kita juga lihat susahnya diri kita.. dan terlupa ada org lain lebih susah dari kita..

Benar syukuri apa yang kita ada.. dan syukuri dan gembiralah dgn apa yg kwn2 kita perolehi dan jgn berhasad dengki.. ;)

Kaktiny said...

iina > itulah kita ni kan.. selagi bernama 'MANUSIA" yg punyai nafsu.. selagi itulah perbandingan itu wujud.. dan ruang itulah yg digunakan syaitan utk menghasut agar kita hanyut jauuuuuhhhh dari redha Allah.. kan!..

Ingatkan aku dear.. andai aku engkar bersyukur!!!..

<3

blackcardomompods said...

setiap pencaturan hidup itu Allah dh tetapkan,adakalanya kita seperti nampak sgt rugi tp sebenaanya beruntung,ada kalanya kita merasakan bertuahnya memliki itu ini tp ada kalanya pemilikan itu membawa kepada pelbagai hitungan di ahkirat nanti.

Moga2 kita sentiasa menuju ke jalan Allah dan dilindungi anak cucu dr godaan syaitan.

Sebenarnya jika kita tak pandang kelebihan orang kita pasti akan rasa gembira dgn apa yang ada namun sebagai insan yakni manusia memang akan sentiasa terpandang akan kelebihan org lain.Moga pandangan itu tidak membawa kepada kufur nikmat.

Makbonda said...

Assalamualaikum Tiny,

Selain dari itu ada juga syafaat dari manusia,bila kita pernah menyelamatkan manusia lain dari tersasar dan kembali ke jalan kebenaran,insyaallah di alam sana nanti kita akan mendapat syafaat dari mereka.Oleh itu mari kita saling menyelamatkan.

“Sesungguhnya dari umatku ada orang yang akan memberikan syafaat kepada sekelompok orang. Dan di antara mereka ada juga yang akan memberikan syafaat kepada sebuah qabilah. Dan di antara mereka ada yang memberikan syafaat kepada al-’ushbah [Al-’Ushbah yaitu sekelompok orang yang berjumlah antara 10 sampai 40 orang. (An-Nihayah, ed)]. Dan di antara mereka ada yang akan memberikan syafaat kepada satu orang, sehingga mereka masuk surga.” [HR. Al-Imam At-Tirmidzi dari shahabat Abu Sa’id Al-Khudri dan dihasankan oleh Asy-Syaikh Muqbil di dalam kitab Asy-Syafaat hal. 195]

Kaktiny said...

ct > betul.. jika hidup ini antara kita dengan Allah sahaja.. pastinya mudah.. kerana kita sungguh jujur, tulus dan ikhlas melakukan setiap tindak tanduk Lillahi Ta'ala..

Namun apabila masuk campurtangan masyarakat yg berbagai pandangan dan pendapat.. maka iman kita goyah, hati kita gundah.. nafsu mula menampakkan wajah..

Semoga sahaja Allah lindungi diri kita dan pelihara tingkat takwa kita.. wallahu 'alam bisawab.

Kaktiny said...

makbonda > Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh..

Allahu Rabbi Ya Kariim.

Alhamdulillah.. terima kasih di atas ilmu yang disampaikan..

Sungguhla ilmu tentang hadis ini amat ‘zero’ pada diri tiny ni makbonda.. Terima kasih banyak2 kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat.. Jazakillahu khairan kathira..

Sangat2 tiny syukuri dengan ilmu yang makbonda sebarkan itu.. Alhamdulillah. Sungguh terharu.. begitu rupanya.. Moga sahaja diizinkan Allah untuk kita bertukar syafaat..

Allahu.. Indahnya Islam.. Hebatnya anugerah Allah.. Subhanallah..

Makbonda… Jangan pernah jemu untuk mendidik dan menyemai cahaya ad-deen ke jiwa-jiwa yang kosong dan gersang dgn ilmu…wahai Ibu guru..

<3

Kak Long said...

Rasulullah juga pernah dikatakan GILA oleh masyarakatnya.. Baginda menerima segala tohmahan dan makian!. Benar sahabatku, dan itulah kata kunci yang menyemarakkan semangatku. Aku kadangkala kecewa jika kebaikan yang kuberi tapi tuba yang aku perolehi. Lihatlah Rasulullah yang sudah dijanjikan syurga, ujian terhadapnya tak mungkin mampu dihadapi oleh insan biasa macam kita. Malunya aku kerana perkara kecil, pandangan manusia yang tidak sepenting mana pun buat aku kekadang kesasar dan nanar. Malu sesangat dengan Allah akan diri aku yang iman senipis kulit bawang, amalan sebesar debu ini...ya Allah. Benarlah yang hang katakan, seharusnya lebih baik kita dampingi penjual kasturi yang sudah tentu wanginya akan melekat pada kita juga...biarkanlah mereka... biarkan...biarkan...dan hanglah penjual kasturi yang aku kenal itu...sungguh aku bertuah bersahabatkan insan sepertimu...

Kaktiny said...

kaklong > Allah mentakdirkan sesuatu sesuai dengan kemampuan dan keperluan kita..

Allah mentakdirkan pertemuan hang dgn aku bukan semata-mata utk meneruskan pencarian ilmu dunia di atas tiket Ijazah.. tetapi, memanjangkan jodoh persahabatan kita agar kita saling ingat-mengingatkan satu sama lain.. saling menongkat di saat rebah dan jatuh.. saling berhibur di kala suka dan ria.. saling memberi semangat dan meminjam telinga di saat yg diperlukan..

Hang adalah penjual kasturi yang sangat hebat.. banyak ilmu tuaian dan jualan kasturi yang aku belajaq dari hang!. Sungguh!!.

Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana menemukan aku dengan hang.. sangat2 bersyukur.. aku mohon Allah panjangkan jodoh kita dan semoga berpisah kita juga dengan takdir Allah dan kerana Allah.. sungguh-sungguh aku mohon.. semoga Allah makbulkan.. Ameen.

<3 <3 <3


# lama tak buat pedicure.. jom deting.. hihihi..

anna said...

Assalam kaktiny, googling kat internet bawa anna ke catatan kaktiny...dont know whether u'll get this but i'll write anyway.

alhamdulillah, rasa soothing sangat baca bicara kaktiny ngan maid. anna status immigran jugak, jadi doctor kat new zealand dah 7 tahun berpisah ngan family (campur study). entah kenapa this year seems to be the hardest. tapi gagahkan hati nak cari rezeki tanggung family pula, rasa sgt happy dapat kasik duit kat parents. tapi tu lah, it doesnt come easy. nak habiskan just another yr of my housemanship proved to be very challenging. lagi-lagi masuk ramadan ni hebat sgt sedihnya. but after reading the above, rasa terubat sikit. alhamdulillah.

ramadan kareem, fr auckland :)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.