Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, November 04, 2011

Zulhijjah dan Aidil Adha

Esok, 9 Zulhijjah..

Ayuh semua, yang tidak berkesempatan menjejakkan kaki di Tanah Haram - Tanah Suci Kita Mekah, AYUH KITA BERPUASA..... satu hari yang penuh barakah hendaknya..

Mohon agar Allah mengampunkan dosa-dosa lalu kita dan dosa-dosa yang akan datang.. Dan.. puasa itu semata-mata untuk mencari dan meraih redha Allah..

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. (Hadis isnad sohih oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Kemudian.. tanggal 10 Zulhijjah.. kita bersama menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Bagi yang berkorban, Alhamdulillah.. bagi yang tiada rezeki berkorban tahun ini, tanamkan azam untuk berkorban di tahun-tahun akan datang..

Begitu juga bagi yang tiada rezeki ke Kota Mekah untuk menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini, moga-moga Allah jemput di tahun hadapan atau tahun-tahun ke hadapan.. Ameen.




SALAM AIDILADHA!..




10 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
KITA SAMA2 BERPUASA SUNAT HARI ARAFAH ESOK. KITA USAHAKAN BANGUN AWAL UTK SOLAT SUNAT TAHAJUD DAN WITIR DAN KEMUDIAN KITA BERSAHUR !INSYAALLAH !

tasekM said...

selamat hari raya aidiladha tiny..


.

Tukang cuci cute said...

Tiny

Salam Aidiladha dari jauh.. Selamat balik kg semoga selamat semuanya ;)

Acik Erna said...

Assalam Tiny..Amin..Insyaallah.
salam aidiladha ..

@xiiinam said...

Selamat Hari Raya Haji Tiny...

Kaktiny said...

LF > Salam kembali.. Alhamdulillah.. :-)

Kaktiny said...

Tasek > sama2 beraya kita ya.. hihihi..

Kaktiny said...

TCC > tahun depan moga kita dapat beraya bersama ye.. (nak sup daging, murtabak daging, pie daging.. beef steak!.. hihihi)

Kaktiny said...

achik erna > AsSalam kak.. semoga akak dh sembuh ya..

Kaktiny said...

cklah > huish.. rugi tak sempat singgah masa on d way balik KL dari kulim!!.. kalau tidak, pasti dapat merasa kari daging ngan roti pita ngan rendang tu.. yummmyy yummmm... hihihi..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.