Sebagai seorang isteri yang sentiasa disokong si suami untuk ‘multi-tasking’!.
Sebagai seorang Ibu, yang bekerja sepenuh masa, mempunyai anak kecil yang masih menyusu!.
Sebagai seorang anak yang mempunyai mak dah ayah yang sangat pengasih dan pemurah, yang sudi menemani membantu menjaga anak-anak di rumah..
Sebagai seorang pekerja yang menggalas tanggungjawab pekerjaan!.
Ditambah lagi sebagai seorang pelajar yang menyambung pengajian di peringkat PhD, pada masa yang sama juga mengambil Kelas Fardhu Ain sebagai tambahan kepada ilmu yang sangat kurang dalam diri..
…. Rupa-rupanya gabungan semua itu merupakan satu tanggungjawab yang sangat mencabar minda dan emosi apabila jadual yang cuba diatur sempurna terganggu dengan perkara yang diluar jangka serta tiada jalan alternative untuk mengatasinya!!.. (belum lagi dicampur amanah lain.. sebagai saudara-mara, jiran tetangga, ahli masyarakat, saudara seislam sedunia.. perggghhhhh!!)...
Itulah yang berlaku dalam perjalanan hidup aku sekarang ni..
Segala perancangan terganggu-gugat sebagaimana rencana asalnya apabila maid aku berhenti kerja (balik kampung for good – nak kahwin katanya.. takpela tuh!!)..
Masalah utama adalah, tak ada orang nak jaga anak-anak di rumah apabila aku perlu ke kelas (terutamanya si kecil, Zharif)!!..
Atas ehsan seorang ibu dan ayah yang sangat mengasihi dan mengasihani anaknya, mak dan ayah tak sampai hati nak tengok aku dan cik abang berserabut memikirkan perihal anak-anak di rumah... (yang betulnya mak kesian kat zharif kalau duduk dengan nursery – mak tak percaya diaorang boleh jaga dia sebaiknya sebab zharif masih bayi sangat.. kalau nureen dan zaqwan, mak tak kisah sangat, sebab dah besar, dah mampu mandi dan makan sendiri).. jadi, selama tak dapat maid baru lagi ni, mak dan ayah la yang tolong jaga anak-anak, maka… jadual sebagai pelajar PhD dan kelas pengajian fardhu ain di masjid negara dapatlah diteruskan mengikut perancangan.
TETAPI!!... minggu lepas, Allah menguji emosi seorang Isteri, seorang Ibu, seorang Anak, seorang Pekerja, yang juga seorang pelajar..
Hari Rabu lepas, pepagi lagi Mak telefon pejabat… minta aku cuti hari Jumaat sebab mak dan ayah NAK BALIK KAMPUNG.. ada hal yang memang tak dapat nak dielakkan.. Segera aku print borang cuti dan minta Boss sign sewaktu itu juga..
Petang itu, hati mula runsing, memikirkan kelas hari sabtu yang entah macam mana hendak diuruskan.. di mana si kecil itu hendak ditinggalkan sementara?.. hendak bawa ke kelas, seribu satu persoalan nak kena difikirkan.. kalau dia menangis, lapar, nak salin lampin, mandi dan segalanya tu, macam mana nak buat?..
Cik abang pula, ada 4 hari training, bermula Jumaat hingga Isnin.. aduussshhhhh!!!... (sahla takde orang yang nak hantar dan ambil aku ke dua-dua kelas!! Huhuhu...)
Hari berganti, Jumaat pun tiba.. mak ayah balik kampung bawa si Nureen dan si Zaqwan bersama (jadi fokus utama sekarang adalah si Zharif sahaja!!)
Hari Jumaat lepas serasanya hari yang paling panjaaannggg dalam hidup aku!.. 24 jam tak berenggang dengan si kecil tu... Hajat hati nak buka jugalah buku atau bahan thesis.. tapi, maafla, tak diberinya peluang apabila terusan dia melalak nak tekan juga key board tu!!.. sudahnya, tutup laptop, mengadap muka dia je la!!..
Hari sabtu adalah dilema yang paling sarat!. Menimbang tara samada hendak menghantar Zharif ke day-care atau tidak.. lepas tu memikirkan pula nak menghantar dan mengambil zharif ke day-care seusai waktu kelas.. huish.. DRIVE ALONE WITH HIM???.. Zharif sangat lasak!!.. dipanjat seat sebelah untuk datang ke seat aku.. kalau tak pegang dia, melalaknya sampai muntah!..
Tak berani aku nak ambil risiko drive sorang-sorang dengan zharif.. (kalau baby 2-3 bulan, masa dia tak boleh meniarap merangkak, berani jugakla bawak dia letak kat riba.. tapi sekarang, dah 7-8 bulan ni.. tak sanggup la.. rajin memanjat!!)
Keputusan akhir, aku bagitau cik abang, aku tak pergi MANA-MANA kelas.. tidak kelas PhD, tidak juga kelas fardhu ain (kelas fardhu ain pukul 9-11 di Masjid Negara, kelas PhD pukul 12-3 di UPM).
Maka, hari sabtu juga aku menghabiskan masa berdua dengan Zharif.. DI RUMAH!!..
Ya.. hari sabtu tersebut merupakan hari yang sangat mencabar emosi aku sebagai seorang Ibu!!.. Jika tidak bertembung dengan kelas, mungkin aku tidak akan rasa tertekan.. tetapi apabila memikirkan ada komitmen di kelas (Kelas Fardhu Ain, ustazah nak bagi tips untuk exam.. kelas PhD, perbincangan lanjut untuk penerbitan buku Belia yang sedang diusahakan bersama Prof. Turiman) – jadinya ia menjadi sedikit tekanan apabila aku tidak dapat menghadirkan diri untuk kedua-dua kelas tersebut..
Sebenarnya, perkara begini berulang untuk yang entah ke berapa kalinya dalam masa beberapa bulan ini – selepas ketiadaan maid aku.. Maklumla, dengan kenduri kendaranya, dengan komitmen kekeluargaan yang lainnya.. banyak kelas hari sabtu terpaksa aku abaikan!!..
Aku perlu adil pada mak ayah yang sudi membantu meringankan beban kami suami isteri dengan tidak menyekat hak mereka untuk ke mana-mana pada hari sabtu dan hari minggu serta jika ada hari-hari yang memerlukan masa mereka sendiri seperti pergi check darah atau ambil ubat di hospital.. Allahu. Tanpa merungut, tanpa keluh kesah, meraka sudi menjaga anak-anakku di rumah.. (dah la waktu kecil jaga aku dan adik beradik lain, dah besar ni pun kena jaga cucu pulak!!.. Ya Rabb, malunya aku pada mak dan ayah!!), takkan bila mereka memerlukan waktu untuk mereka, aku berani mempersoalkan.. huishh.. tak berani la oii.. nanti tak pasal2 kalau mereka kecik hati, mau merana hidup aku dunia akhirat.. Nauzubillahi mindzaalik..!!
Kasih mak dan ayah tak terbalas meski nyawa aku pertaruhkan..
Moga Allah lindungi, pelihara, rahmati serta redhai mak dan ayah dunia dan akhirat.. aku kagumi jiwa dan kasih sayang mak dan ayah.. benarlah kata pepatah, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tak kira masa, kasih saudara masa berada!!.. MAK AYAH.. I LOVE YOU BOTH TILL JANNAH!!..
Apabila berhadapan dengan cabaran ~ ”Memilih antara menjaga anak dan minatku terhadap kelas-kelas pengajian” ~ Aku perlu mengutamakan hirarki tanggungjawab utama aku..
Hirarki Amanah:
(1) isteri;
(2) ibu;
(3) anak;
(4) pekerja; dan
(5) pelajar.
3 tanggungjawab yang teratas adalah untuk keluarga dan 2 di belakangnya adalah untuk komitmen diluar ruang lingkup kekeluargaan..
Jadinya, keluarga memenangi sebarang keputusan akhir aku..
Matlamat akhirat aku adalah untuk bersama ahli keluargaku di Jannatul Firdaus... jadinya, keluarga adalah keutamaan aku.. berbanding keperluan luaran diriku..
JIKA... (aku sekadar mengandaikan JIKA).. aku tidak menyambung pelajaraku (bergelar pelajar) atau tidak lagi meneruskan pekerjaanku (sebagai pekerja), aku masih mampu hidup dengan senang dan tenang.. tetapi, adakah MUNGKIN untuk aku hidup BUKAN sebagai seorang ANAK?, juga IBU?, waima ISTERI?.
Bukankah pintu syurga itu mudah diketuk oleh seorang ISTERI..
Laluan syurga itu menjadi mudah bagi seorang IBU..
Ada jaminan mudah ke syurga bagi seorang ANAK yang soleh..
Maka, mengingatkan diri akan hirarki amanah itu, aku berlapang dada untuk tidak lagi melayan emosi yang terkilan sebab tidak dapat mengikuti 2 kelas yang sangat aku rindui itu.. (sekadar terlepas kelas beberapa kali je poonn.. bukannya berhenti terus!!!)...
Bagaimanapun, aku yakin dengan janji Allah.
Firman Allah:"... Oleh itu, (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya di setiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan). Bahawa sesungguhnya di setiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (Al-Quran Surah Al-Insyirah 94: Ayat 5-8).
Dalam keadaan sukar, dalam susah yang bagaimanapun, akan ada jalan keluar, dengan syarat, MOHONLAH pada ALLAH... Dia akan menunjukkan jalan dan mempermudahkannya!!..
"Ya Rabb.. aku yakin dengan janji-Mu.. aku pasti dengan takdir-Mu.. tiada yang sia-sia dalam setiap qadar-Mu.. tiada yang mampu mendatangkan mudarat waima manfaat melainkan atas izin-Mu.. Aku mohon keampunan dari-Mu.. terimalah taubatku.. terimalah ibadahku.."
Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakkabbir..
Permudahkan segala urusanku..
Permudahkan segala urusanku..
Permudahkan segala urusanku..
Dunia dan akhirat..
Ya Rahman.. Ya Rahim.. Redha-Mu jua yang aku pohon.. Ya Dzaljalalill wal ikram.. Redhai aku..
Ya Allah.. redhailah kami semua.. Ameen.